Monday, January 24, 2011

Lagi lagi Azmaan

Memang sibuk benar aku nih..
semakin hari semakin sebuk hinggakan tak sempat untuk menjengah ke Tamansuri.....
Sabtu tadi Saara & Imraan di ambil Azmaan dan aku seperti biasa mengizinkannya...
Semalam Azmaan menghantar semula anak2 jam 9.30 mlm..
setibanya di rumah Imraan muntah2..
'Imraan dah muntah td dlm kereta babah ma..' adu Saara
'babah tau ke Imraan x sihat? soalku
'Tahu..'
'abis tu babah tak belikan ubat..? tak bw ke klinik dulu..?
saraa diam...
kdg2 benda2 mcm ni buang aku hangin satu badan... untuk kebajikan anak pun susah sgt nak keluar duit.. kalu bawa pg klinik pun bukannya tak boleh claim...

'aku menyapu vicks & mula memicit kepala Imraan yang tampak lesu..'
'ketot ade ke tadi? soal aku..- ketot- panggilan Saraa & Imraan kepada awek si Azmaan yang rendah & kecil molek..
anak2 aku mengangguk..
'Ma.. babah kalau marahkan kitaorg selalu burukkan mama' adu Saara dan di iyakan oleh Imraan..
'kenapa pula? soalku tak faham
'yalah babah kata kami berdua ikut perangai mama..
'ha ikutlah perangai mama tu' ajuk Imraan
'Nenek pun sama mama..salu burukkan mama.. nenek kata mama tak ambik berat pasal pelajaran kami...
'babah pun kata mama tu sik keluarrrr aja.. sik berjalannn jerr..pastu suka menghabiskan duit'
' aku rasa terpukul dengan tuduhan itu' aku hanya senyum walaupun hatiku rasa bagai di siat2..tak terasa air mula bergenang di kolam mata menunggu masa untuk mengalir keluar...
Siapa mereka untuk menghukum aku begitu..? tahukah mereka tiap kepayahan & kesulitan aku dlan meniti hidup bersama anak2? kalaupun benar perangai aku buruk mengapa mesti mengaitkan anak2 dengan aku..?

'Nenek marah sebb mama tak pergi sekolah kakak sabtu tadi'..
' mcmana nenek tahu? soal aku..
sudah bnyak kali aku berpesan pada anak2.. aku tak suka mereka mngadu domba pasal hal dlm rumah kepas sesiapa saja'
'Nenek tahu sebb sekolah abg syafiq pun ada buat program sabtu tadi' jawab Saara jujur..Syafiq adalah anak kakak Azmaan yang juga sama baya dgn Saara & tinggal serumag dgn Azmaan.
nenek Saara yang juga bekas mertua ku adalah seorang guru besar.. tp telah pencen.
'mama minta maaf tak dapat dtg ke sekolah kakak hari sabtu tadi.. kakak tahu kan mama ada class.. mama tak boleh ponteng' aku memandang muka Saara.. aku tahu sepatutnya aku datang ke program pemuafakatan di sekolah Saara namun aku telah maklumkan kepada sekolah yang aku tidak dapat hadir..
Tapi aku tak sangka itu menjadi isu pula di pihak sana.
Bukan Azmaan tidak tahu yang aku wajib untuk datang ke kuliah setiap Sabtu... kenapa Azmaan sendiri tidak mahu dtg? dan kemudiannya menyalah aku..

Bila memandang wajah aku yang muram, Imraan & Saara merapati aku & memeluk aku..
'kakak & Imraan kena belajar betul.. rajin2... pandai2...
sekarang babah & nenek dah mula salahkan mama.. kalau nanti kakak & Imraan tak bagus di dalam peperiksaan nenek & babah akan salahkan mama lagi... kalau sayangkan mama, tolong buat yang terbaik untuk diri Kakak & Imraan..' aku memeluk kedua anak ku erat2...
Saara & Imraan membalas pelukkan erat2 seolah tak mahu lepas...

aku pasti anak2ku memahami.. mereka tahu sebabnya kenapa aku keluar..
aku bersukur tangan yang di anugerahkan Allah pada aku bisa meraih pendapatan untuk aku menampung perbelanjaan aku & anak2...
mereka tahu kenapa aku belajar.. untuk menaikkan taraf pendidikan aku supaya mendapat kerja yang lebih baik sekaligus menjadi pendorong kepada anak2 untuk terus belajar...

Sesekali aku mencuri masa juga membawa anak2 ku berjalan... bersama keluarga besar aku.. dan kadang kala bersama keluarga Hasrul.. Tapi itu mendatangkan ketidak puasan hati terhadap Azmaan..
'awak ni asik berjalan saja' pernah dia bersuara pada aku..
'apa yang asiknya..setahun sekali bawa anak2 berjalan bersama keluarga x boleh ke..?' aku mempersoakan semula padanya..
ladang2 terbit rasa sedih.. niat yang baik selalu di salah ertikan...

9 tahun aku membesarkan Saara & Imraan tanpa Azmaan.. kenapa baru sekarang Azmaan nmpak salah aku...kenapa tidak dulu..
aku sendiri tidak pernah memburuk2kan Azmaan pada anak2.. walau aku mampu & boleh untuk membuat demikian...

Kalau mahu cakap soal pelajaran, ada Azmaan ambil peduli? soalnya mahu marahh saja.. baru saja bercadang menhantar Saara ke pusat tusyen, Azmaan awal2 sudah tak bersetuju.. mahal katanya...
Cukupkah sekadar mengambil anak-anak 2 3 minggu sekali...mencampakkan seratus dua pada aku dan kemudian menuduh aku tidak pandai menjaga anak?
Aku tidak minta Azmaan melihat kebaikan aku... cukuplah sekadar tidak menjaja keburukan aku pada anak2...

Wednesday, January 19, 2011

Imraan & Peti Sejuk

Hari ini genaplah seminggu kiranya aku tidak mengapdate blog..
kesibukan memaksa aku untuk mengabaikan 'Taman Suri' ini.. namun begitu aku masih mencuri masa menjengah ke blog2 yang aku gemari

Minggu ini terlalu sibuk.. dengan kerja dengan Asaiganment.. dengan anak-anak.. warghh.. banyak betul benda yang berputar di dalam kepala..

Imraan telah selamat aku hantar semula ke rumah kak Syimah.. cukuplah dia dengan sikap pelupanya itu.. baru 2 minggu bersekolah sudah 3 hari ponteng sebab asik terlupa... peti sejuk aku juga sudah rosak gara2 imran yang menyucuk ais batu di dalam peti dan tercucuk cooling coil di dalamnya.. mujur tak ada apa2 yang berlaku.. akibatnya zzzzzzzzzssstt gas keluar & tamatlah riwayat peti ais aku itu...
mahu tak mahu Imraan terpaksa ku hantar semula ke rumah kak syimah walaupun dengan muka yang kelat.. aku tak mahu macam2 lagi hal lagi yang timbul jika terus membiarkan Imran menguruskan dirinya sendiri..
aku tahu Imraan tak bersalah.. ini semua kecuaian aku sendiri sebagai ibu... tapi apakan daya.hukhuk..
Di sebabkan itu aku terpaksa membeli gabus ais buat simpan ikan sementara menunggu agung di dalam dompet aku ni cukup untuk aku mendapatkan peti ais baru...
Imraan hanya diam bila aku 'kononnya' nak keluarkan semua savingnya di bank sebb nak ganti peti ais aku yang di rosakkan..
Dah rosakkan peti ais mama, kena gantilah... lalalalaaa

Thursday, January 13, 2011

Mandi Koboi

Pernah dengar istilah mandi koboi..?
Macam macam lagi bahasa koboi ni yang pernah aku dengar..
'Mandi Koboi, Kawin Koboi, cerita koboi, baju koboi, apa lagi yea...

Dulu aku selalu dengar istilah koboi2 ni... tapi tak pernah ambil port..
tapi pagi tadi terpaksa juga pinjam istilah ' Mandi Koboi'..
mana taknya pulas kepala paip setitik air pun tak keluar...
Ingat balik, aku ada termiss bayar bil air ke..? rasanya tak de outstanding bil.. owhh.. mungkin budak2 dah pulas kepala paip yang dekat meter tu kot.. haishhh..
bukak pintu nak cek meter air, tengok org sebelah dok bersembang dgn
org depan...dok bokbek bokbek dok bergebang pasal tak de air...
maknanya kompomlah xde air..

Aku jengok air dalam tong merah.. ada separuh jer..cukup ke?
Isk.. menyesal tak penuhkan semlm...

Maka terpaksalah aku mencatu air..utk Saara, Imraan & kak teh (anak buah aku) mandi. Akhirnya aku hanya dapat serdak serdak air aje... : ((
Jadilah asal dapat basah badan sikit, dapat gosok gigi & cuci muka daripada tak mandi lansung..

Tapi aku tetap tak puas hati...
di sebbkan kecuaian Management aku tak dapat nak masak..
nak cuci beras dengan apa..? huh..

Diorg ni menyusahkan btul.. at lis bagi la notis ke.. tampal bebesar kat lif so that penduduk tahu yang akan ada gangguan bekalan air..
bolelah kita prepare simpan air ..
tahu jelah dok kat umah flet kat KL ni bukannya ada kolah air pun... koman2 pun ada tong air yang merah tu jer..
lainlah kat kampung.. kolah bebesar... ala2 swimming pool...
kalau air takde takat sehari dua pun boleh tahan lagi..
Pagi pagi kalau tak de air memang boleh spoilkan mood sampai petang..hurmmmm

Tuesday, January 11, 2011

Imraan & Gulai Ketam

Hari ni genap 7 hari persekolahan dan selama 6 hari ini Imraan telah berdikari.. maksud aku dia tidak lagi tinggal di rumah pengasuh seperti tahun tahun sebelumnya..
Hari pertama persekolahan aku bercuti & tiada masalah..
Hari kedua, Imraan sudah mula berdikari... 12.30 aku menalifonnya dari pejabat untuk memastikan yang dia telah bersiap untuk ke sekolah..
'Imraan dah makan? soalku
'Dah..'
'Harini mama masak apa?' soalku sekadar menduga..
sebb Imraan ni susah sangat nak makan nasi tambah pula jika lauk tak kena dengan seleranya..
'Mama masak ayam masak kicap' jawabnya jujur..

'Okay dah 12.30 ni, pergi sekolah skrg.. jangan lewat' pesanku
'Ok mama.. Imraan nak keluar rumah dah' balasnya..

Lega.. sekurang2nya Imraan telah mendengar pesanan ku.. pukul berapa mesti mandi.. pukul berapa mesti makan.. pukul berapa mesti siap pakai baju & 12.40 mesti keluar rumah.

1.55 tghari, telefon bimbitku ku berbunyi..
'Ma.. kakak ni..' suara Saara di hujung talian
'Imraan tak pergi sekolah Ma... masa kakak balik.. Imraan duduk kat tangga kat luar rumah'
'La.. kenapa.. bukan ke tadi mama dah kol & Imraan nak pergi sekolah dah? soalku semula...
'Imraan tertinggal kunci kat dalam... semuanya dia dah siap.. Lock pintu & baru dia perasan dia pakai selipar...'
nak masuk balik tukar kasut tp kunci kat dalam rumah' terang Saara panjang lebar...

Ya ampunn.... Memang sebelum ni Imraan hanya memakai selipar bila ke rumah pengasuhnya.. sampai di rumah pengasuh barulah dia menukar uniform sekolah & menyarung kasut ke sekolah..Jadi aku tak menyalahkan imraan juga... bukan mudah untuk menukar sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan..
dan hari itu pontenglah si Imraan..

Keesokannya... Imrann bersekolah seperti biasa...
aku lega....

Lusanya, Imraan ponteng sekolah lagi...
Kali ini alasannya 'Imraan keluar rumah tapi lupa bawa beg... nak masuk umah balik tp kunci ada dalam beg'
Aduii.. kalau begini mama hantar Imraan ke rumah cik syimah la... takkan hari2 Imraan sik nak ponteng aja...'bentakku

Imrann menangis... 'tak mau la ma... Imran tanak duduk rumah orang...'
'Habistu baru 4 hari sekolah tapi Imraan dah ponteng 2 hari tau...' tak bolehla macam ni Imraan...
dan malam tu berkilo2 la aku sekolahkan si Imraan...
Memang Imraan masih muda.. tapi aku peru mendidiknya supaya ada rasa tanggungjawab terhadap dirinya sendiri...
Ku ikat kuncinya menjadi rantai yang boleh di gantung di beg sekolahnya..
Ku ajar Imraan supaya memeriksa dulu beg, kasut, payung & pastikan kunci rumah ada bersamanya sebelum dia mengunci pintu.

Allahamdulillah 2 3 hari ini tiada masalah lagi..
dan sebagai balasannya pagi tadi aku telah memasak Gulai Ketam kegemaran Imraan..
'Ma..esuk buat gulai ketam ma.. tapi jangan buat pedas pedas ya Ma' pesan Imraan sebelum tdur.
dan pagi tadi seperti biasa aku akan masak makanan tghari untuk Saara & Imraan dulu sebelum aku ke tempat kerja..
Entah kenapa sewaktu menggunting plastik santan aku tergunting jariku sendiri ouchhh...aku terjerit kecil..
'Napa ma? soal saraa yang ketika itu sedang memakai stokin untuk ke sekolah..
' Jari mama terkena hujung gunting' balasku..
'Sakit ma?' soal saara lagii.
' Ala sikit aja..' jawab ku sambil mengesat darah yang mengalir..

memang lukanya tidak besar tapi agak sakit & pedih dan sekarang ianya sedikit membengkak..
alah luka kecil saja.... bukankah itu perkara biasa bagi ibu- ibu....
tak gitu kak Ina? :)

Monday, January 10, 2011

Aku Masih Seperti Dahulu

ada yang bertanya kepada aku.. mengapa lenggok bahasa aku di dalam tamansuri ini sudah tidak seperti dulu..
Terima kasih kerana menyukai lenggok bahasa aku sebelum ini..
Mungkin ada yang terbuai buai atau membuai buai perasaan pabila membaca entry aku sebelum ini.. terima kasih kerana selalu mengikuti penulisan aku walau Taman Suri ini baru sahaja aku wujudkan...

Jawapannya ialah kerana aku tidak mahu lagi bersedih2 di tahun baru ini...
bukankah aku sudah berjanji aku tak mahu lagi menjadi lembek dan akhirnya dengan senang menjadi bahan pijakan orang lain...
posting2 aku sebelum ini lebih menjurus kepada hati aku... emosi aku.... kesedihan aku... kesayuan aku...hinggakan aku lupa untuk berkongsi kegembiraan aku bersama kalian...
Tidak salah bukan andai di tahun baru ini aku ingin menulis sesuatu yang baru dan tidak hanya menjurus kepada kesedihan semata mata...dan aku tidak mahu di cop sebagai 'penagih simpati' dengan posting2 sebelum ini..
Salahkan aku untuk berkongsi rasa dengan pengunjung di Taman Suri ini?

Namun aku tetap seperti aku yang dulu.. bukan bermakna aku telah berubah sepenuhnya...cuma berazam untuk sedikit bertegas dan tak mahu lagi melayan benda benda remeh yang bisa mengganggu emosi aku di 2011 ini..

Aku mahu lebih maju & suksess.. doakan ya...

Gothic Punya Pasal

Hari ni bekerja seperti biasa.. bangun pagi badan terasa sengal2 di serata sendi..mcm selepas berlari 100 meter pula.. urat2 terasa terik…
Kenapa ya? Apa aku tersalah makan?
Selalunya aku rasa begini kalau lepas bersukan saja.. maklumla aku ni setahun sekali aja bersukan..itupun jika kompeni membuat tournament.. heheh
Ligat kepala mencari jawapan..
Ahahhh… baru tingattt..semlm semasa photoshoot aku membongkok selama lebih sejam.. photoshoot di buat di sebuah rumah lama ataupun lebih tepat di katakan rumah tinggal dan di rumah itu hanya ada sampah2 dan botol2 todi bergelimpangan.. & make up artis terpaksa mencari port yang baik & selesa utk melakukan tugas… sib baik aku ada bawak stool … tapi di sebbkan aku yang baik hati jadi aku bagi model aku duduk atas stook tu & aku membongkok utk mekapkan mukanya.. kejap bongkok ke ats.. kejap bongkok ke bawah, kejap bertinggung pula mengambil barang mekap… dan aku pasti ‘ aktiviti bongkok membongkok inilah yang membuatkan urat2 dan sendi2 aku mogok hari ini…

Sebut pasal Gothic.. aku pun sebenarnya tak tau apa dia Gothic tu & apa yang cantiknya pada mekap Gothic ni.. di sebabkan mendapat job semlm, terpaksa juga aku mengoogle mencari contoh dan di sini aku sertakan contohnya :


Nak mekap gothic ni sebenarnya ada alat2 makeupnya… cuba tengok kat bawah ni :



Tapi di sebabkan aku ni bukannya biasa sgt menghotic2 ni.. dan biasanya mekap aku menjurus kepada melawakan orang aja.. jadi aku tak adalah alat2 seperti di bawah ni… aku hanya menggunakan alat mekap yang aku ada supaya dapat juga kesan gothic tu. Model yang datang tu comey… kulit nya mulus walaupun mempunyai lobang2 jerawat batu.. pendek kata muka baik suci & bersih… tapi aku telah menukar penampilannya menjadi gothic.. nasib baik dia pakai tudung.. so tak la nampak keganasan sgt..





Aku sebenarnya kesian nak mekapkan muka diorg teruk2.. nak buat darah2.. dakwat hitam meleleh leleh segala tu rasa tak sanggup.. lagipun bukan budaya kita kat malaysia ni buat bebenda mam tu lagi pun mcm kesian pulak.. dah la diorg ni bertudung…tapi atas tuntutan kerja aku terpaksa juga mengothickan muka diorg… jadi aku pun buat gothic yang ala2 muslimah..

Sebok dok citer pasal Gothic ni.. tapi aku sendiri pun tau tau asal usul Gothic ni.. ada sesapa tahu?

Sunday, January 9, 2011

Catatan Hujung Minggu

Dengan penyakit M yang masih lagi bersisa ku gagahkan jua diri ke UM..
kuliah bejalan seperti biasa... dua jam pertama okayy... masuk dua jam ke dua.. penyakit M dah mula menggodek2 jiwa...namun berjaya di tepis... selepas lunch... penyakit M bertandang semula tapi sikap di lecturer yang pandai mencuit hati aku.. membuatkan aku terlupa pasal penyakit M dan seterusnya BERJAYA menamatkan kuliah ..
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Azmaan memberitahu mahu mengambil Saara & Imraan..dan seperti biasa aku tak punya masalah untuk mengizinkan anak anak ke rumahnya..setibanya aku di parking ku lihat kereta Azmaan juga berada di situ..

Awak baru balik? soalnya sambil membantu aku membawa beberapa plastik yang berisi botol kicap, sos, gula, susu..sebenarnya barang2 ini aku beli semlm tapi di sebabkan dah tak cukup tangan jadi semalam aku hanya membawa barang barang basah sahaja....

ha ah.. mana anak2? soal ku
Belum turun...kol hp Saara byk kali xdpat..adunya..
Azmaan membuntuti aku hingga ke lobi lif..
kalau mcm tu sy naik dulula...pinta aku sambil mengambil barang2 di tangannya..
opss..lupa.. nanti awak tolong belikan songkok utk Imraan ya..
'Songkok lama mana? soalnya..
' Hilang... ' balas aku
'yalah..awak naik dulu bagatau anak2 sy tunggu kat sini..' balas AZmaan

'Ma.. Imraan tanak pg umah babah.. adu Saara sebaik aku menguak pintu rumah..
'La... knapa pula... kesian babah dh lama tunggu kat bawah..
'Imraan.. pegilah umah babah.. esuk balik umah mama semula.. pujukku.. lagipun kan imraan kata nak beli songkok baru... bolehla beli sekali.. tadi mama dh bgtau babah ustaz suruh beli songkok... aku cuba memancing mood Imrann..
'Okla.. nak pegi la ni.... Imraan termakan pujuk...

hurm.. begitula perangai anak anak.. Imraan punya hati yang lembut berbanding Saara yang agak degil.. namun Imraan mudah merajuk dan mudah di pujuk.....

Memandangkan Saara & Imraan ke rumah Azmaan.. percaya atau tidak jam 8 aku sudah terlelap... jam 1 pg bangun sekejap menunaikan apa yang patut dan kemudian tidur semula hingga 6 pagi...
Bangun tidur terasa cergass sangat.. mungkin sebb cukup tidur agaknya.. ataupun mungkin juga sebb terlebih tidur... hahah..
selepas membuat apa yang patut, aku bergegas ke Jalan Chochrane pula utk Photoshoot model dan tema hari ini adalah Gothic vs Denim..tak ramai pun kali ini ada 5 orang model saja & kesemuanya bertudung..muda muda belia semuanya.... dan di sebabkan kesemunya memakai tudung & memakai dress aku dengan memandainya menukarkan temanya menjadi Muslimah Ghotic.. heheh
Walaupun sedikit penat namun aku enjoyyy..sekurang kurangnya hjung minggu aku dapat di isi dengn benda yang berfaedah...

Friday, January 7, 2011

Penyakit M & Si Tukang Sapot

Sabtu ini kelas aku di UM akan bermula seperti biasa..setelah 2 minggu bercuti minggu ni terasa PENYAKIT M makin membuak buak walaupun ini adalah adalah semester terakhir aku…
Walhal semasa di semester pertama terasa betapa bersemangatnya dapat menyambung pelajaran yang terkandas satu tika dulu.. barulah terasa bestnya study.. bestnya menjadi warga Kampus…..

Hari pertama di class dah terbayang bayang bila aku tamat bajar nanti.. naik atas pentas..bersalam denagn Dekan.. pastu peluk anak anak…time tu bersemangat aku blajar...hurrm…
itulah manusia.. suka sgt berangan angan.. hehe

Masuk Sem kedua dah lunyai sikit semangat tu…nak pula asaiment berlambak2… mana dgn kerja lagi.. anak2… part time aku aku lagi…Bukan senang rupanya menyambung pelajaran di umur sebegini…otak pun agak beku sikit…
Tamak kah aku andai merebut peluang di depan mata..?
Kerja – Amat perlu untuk menyara hidup.. kalau tak kerja macamana pula?
Masa utk Anak-Anak – Perlu jugak membahagikan masa utk anak2.. mnyelak2 buku diorg sambil cit cat tentang aktiviti seharian
Rumahtangga- Perlulah..kalau tak sapa nak urus makan pakai anak-anak
Part time mekap – Perluuu utk cr duit lebih… utk siapa? Untuk aku & anak anak.. nak harap gaji ngam ngam soi saja
Belajar – perlu jugak la..demi masa depan…

Kan semuanya perlu tu...
Bukan senang nak senang.. kena korbankan bnyak benda.. dah tentulah Masa & duit ringgit….
terkadang terlintas di fikiran Alangkah baiknya jika ada seseorang yang sudi menyapot hidup ini …makan, pakai, keperluan dan kesemua kehendak di sapot…. Tentu best,, dan semestinya semakin bertambahlah kilogram aku yang sememamngna sudah terlebih dari berat badan yang ideal utk ketinggian aku… Tapi itu semua hanya angan angan.. boleh ke aku yang sudah biasa mencari duit sendiri, memegang duit sendiri dan seterusnya mengabiskan duit sendiri ini mngharapkan sapotan org?
Mesti rimas andai seringgit pun harus di minta pada si tukang sapot..
Tapi lainlah kalau si tukang sapot tu mmg memberi duit tanpa di minta…dan duit yang di sapot pula berlebih2 hinggakan tak sempat abis dah di topapnya….
Boleh ke gitu? Hahah merepek saja … tiada ada benda yang PERCUMA di dunia ini..
jika ada pun tentu saja mengharapkan balasan yang bukan bukan...

Bukankah mencari rezeki sendiri itu lebih besar maknanya? Tambahan pula jika dengan rezeki yang kita cari itulah anak- anak dapat membesar & mendapat pendidikan dengan sempurna… betapa berkatnya rezeki itu …

Thursday, January 6, 2011

Nanu & Baju Tidur

Semalam melayan cerita Spa Qistina… rasanya tak penah nonton citer ni…
kali terakhir dulu pernahlah nonton Spa Q.. mungkin ceritanya lebih kurang saja… sementelaah itu para pelakonnya juga lebih kurang sama saja.. Cuma yang aku perasan Nanu nampak lebih cantik & montok dalam cerita ini.. mungkin juga teknik solekan yang membuatkan pipinya kelihatan tegang bak telur di kupass...
Untungnya menjadi Nanu..tak makan dek tua..semakin tua semakin cantik.. masih ku ingat filem pertama lakonan Nanu ialah Immigran..( betul ke tak tajuknya tapi bunyiknya lebih kuranglah ) Masa tu aku masih kecil..di darjah 4 atau 5 barangkali… Apa yang menariknya, wajah Nanu sekarang lebih cantik & menarik daripada dulu..bahkan lebih cantik dari aku uhuk uhuk...Pelik bukan…?

Tapi sebenarnya apa yang aku nak sampaikan di sini ialah tentang baju tidur…
Dalam cerita tu ada babak di mana Nanu & suaminya –lakonan Ijoy.. dah siap siap pakai baju tidur sebab nak tidur..
Teringat plak aku masa kecik kecik dahulu.. punyalah teringinnya ya ampunn nak pakai baju tidur.. menangis nangis minta mak belikan.. sebab terpengaruh… asal tengok drama kat TV jer mesti ada scene atas katil pakai baju tidor.. masa tu rasa mcm best aja bila dapat pakai baju tidur…
seolahnya Wajib pakai baju tidur bila nak tidur...
sudahnya dapat la jugak aku sepasang baju tidur tangan panjang siap berkolar sepasang dengan suar panjang jugak berwarna coklat belang belang. Zaman dulu mana ada baju printed dgn gambar kitty..benten, spiderman segala.. abis2 pun bintik2 & belang2 aja…tu pun bagi aku dah cukup cantik dah…
Tiap kali nak tidur aja mesti nak pakai baju tu.. macamlah tak boleh tidur kalu pakai baju lain.. walaupun panas nak mampus berpeluh2 tapi still gak nak pakai baju tidur tu...

Bila dah meningkat remaja dah teringin pulak nak pakai baju tidur macam ni…

Time ni dah tak mintak mak belikan.. tapi minta duit jerrr..lepas tu kuar ke pasar minggu sebab nak carik baju macam tu.. bila jumpa malu pulak nak beli sebab jurujualnya lelaki.. haishhh..sudahnya oder kat katalog.. apa ke nama katalog tu lupa pulak.. tapi dia sama jenis macam katalog LATINA la. Pastu bila baju dah sampai melaram la..bila nak tidur siap posing2 depan cermin.. membayangkan kununnya macam model yang dalam katalog baju tu… bila mak tanya kenapa beli baju pendek.. aku jawab 'panas' sebab bilik tak de kipas ...huhuhuu time ni dah tau reti ‘panas’ so tak suka la baju tidur yang panjang2… tebal2… sebab panas la kunun…


Bila dah dewasa..dah tak pakai lagi baju tdo mcm tu… tapi dah pakai baju tidur yang macam, ni


Maklumla..time ni dah dok bujang.. dok ngan housemet.. jadi perlula menjaga auratt kununnyaa…


Itu kalu cerita dulu.. kalau cerita bab sekarang rasanya mmg tak de baju khas untuk tidur.. asal selesa..letak jer mata terus zzzzzzzz..

Apakah baju tidur kegemaran anda?? Baju kelawar kah? Kain batik kah? Suar pendek kah? Tshirt kah?

Wednesday, January 5, 2011

Tahun Baru di Hari Ke 5

Sudah 5 hari kita berada di 2011 namun rasanya belum terlewat untuk aku mngucapkan Selamat Tahun Baru untuk kalian semua..
Semalam aku sudah bekerja semula setelah bercuti menguruskan persekolahan anak –anak.. Namun kesibukan kerja membuatkan aku tak punya waktu untuk mengapdate blog walau ku tahu ada yang menanti...

Hari ini aku bekerja dgn mood yang ceria & berbunga bunga..dan ku harapkan mood ini akan kekal untuk sepanjang tahun….
aku tak mahu lagi memikirkan benda remeh temeh yang boleh spoilkan mood aku. Walaupun penghujung 2010 tidak memberi ending yang baik buat aku...namun aku bersyukur... segalanya ku jadikan pengajaran..Yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari aku.. di penghujung ini juga perhubungan aku dgn 2 org insan yang aku sayangi tidak lagi seperti dulu & tidak mungkin akan kembali seperti dahulu.. namun aku tidak menyimpan sebarang dendam terhadap mereka...Bagi aku, walau apa pun yang terjadi hidup perlu di teruskan...

Tahun baru membuka lembaran baru buat aku .Aku mengharap dan tentu saja BERUSAHA untuk memajukan diri tanpa bergantung pada orang lain....
Hari Pertama di Tahun baru aku mengikut Liz ke Casting QT Talent & Models.. Bermula dari menemani hinggalah aku juga turut terjebak sekali menjalani Casting dan agak kelakar bila aku di tawarkan watak pembantu dlm filem BOHSIA 2..
Ya ammpunn… mana mungkin aku terima tawaran sebegitu…dengan umur yang sebegini… malu aku pada anak anak yang semakin membesar...
Memang tak salah untuk mencuba tapi Its too late buat aku untuk menceburi bidang ini.. biarlah aku hanya bekerja di belakang tabir… merias wajah wajah model, pengantin dan sesiapa saja yang memerlukan perkhidmatan aku…..
itu lebih baik bukan... : )
 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat