Memang sibuk benar aku nih..
semakin hari semakin sebuk hinggakan tak sempat untuk menjengah ke Tamansuri.....
Sabtu tadi Saara & Imraan di ambil Azmaan dan aku seperti biasa mengizinkannya...
Semalam Azmaan menghantar semula anak2 jam 9.30 mlm..
setibanya di rumah Imraan muntah2..
'Imraan dah muntah td dlm kereta babah ma..' adu Saara
'babah tau ke Imraan x sihat? soalku
'Tahu..'
'abis tu babah tak belikan ubat..? tak bw ke klinik dulu..?
saraa diam...
kdg2 benda2 mcm ni buang aku hangin satu badan... untuk kebajikan anak pun susah sgt nak keluar duit.. kalu bawa pg klinik pun bukannya tak boleh claim...
'aku menyapu vicks & mula memicit kepala Imraan yang tampak lesu..'
'ketot ade ke tadi? soal aku..- ketot- panggilan Saraa & Imraan kepada awek si Azmaan yang rendah & kecil molek..
anak2 aku mengangguk..
'Ma.. babah kalau marahkan kitaorg selalu burukkan mama' adu Saara dan di iyakan oleh Imraan..
'kenapa pula? soalku tak faham
'yalah babah kata kami berdua ikut perangai mama..
'ha ikutlah perangai mama tu' ajuk Imraan
'Nenek pun sama mama..salu burukkan mama.. nenek kata mama tak ambik berat pasal pelajaran kami...
'babah pun kata mama tu sik keluarrrr aja.. sik berjalannn jerr..pastu suka menghabiskan duit'
' aku rasa terpukul dengan tuduhan itu' aku hanya senyum walaupun hatiku rasa bagai di siat2..tak terasa air mula bergenang di kolam mata menunggu masa untuk mengalir keluar...
Siapa mereka untuk menghukum aku begitu..? tahukah mereka tiap kepayahan & kesulitan aku dlan meniti hidup bersama anak2? kalaupun benar perangai aku buruk mengapa mesti mengaitkan anak2 dengan aku..?
'Nenek marah sebb mama tak pergi sekolah kakak sabtu tadi'..
' mcmana nenek tahu? soal aku..
sudah bnyak kali aku berpesan pada anak2.. aku tak suka mereka mngadu domba pasal hal dlm rumah kepas sesiapa saja'
'Nenek tahu sebb sekolah abg syafiq pun ada buat program sabtu tadi' jawab Saara jujur..Syafiq adalah anak kakak Azmaan yang juga sama baya dgn Saara & tinggal serumag dgn Azmaan.
nenek Saara yang juga bekas mertua ku adalah seorang guru besar.. tp telah pencen.
'mama minta maaf tak dapat dtg ke sekolah kakak hari sabtu tadi.. kakak tahu kan mama ada class.. mama tak boleh ponteng' aku memandang muka Saara.. aku tahu sepatutnya aku datang ke program pemuafakatan di sekolah Saara namun aku telah maklumkan kepada sekolah yang aku tidak dapat hadir..
Tapi aku tak sangka itu menjadi isu pula di pihak sana.
Bukan Azmaan tidak tahu yang aku wajib untuk datang ke kuliah setiap Sabtu... kenapa Azmaan sendiri tidak mahu dtg? dan kemudiannya menyalah aku..
Bila memandang wajah aku yang muram, Imraan & Saara merapati aku & memeluk aku..
'kakak & Imraan kena belajar betul.. rajin2... pandai2...
sekarang babah & nenek dah mula salahkan mama.. kalau nanti kakak & Imraan tak bagus di dalam peperiksaan nenek & babah akan salahkan mama lagi... kalau sayangkan mama, tolong buat yang terbaik untuk diri Kakak & Imraan..' aku memeluk kedua anak ku erat2...
Saara & Imraan membalas pelukkan erat2 seolah tak mahu lepas...
aku pasti anak2ku memahami.. mereka tahu sebabnya kenapa aku keluar..
aku bersukur tangan yang di anugerahkan Allah pada aku bisa meraih pendapatan untuk aku menampung perbelanjaan aku & anak2...
mereka tahu kenapa aku belajar.. untuk menaikkan taraf pendidikan aku supaya mendapat kerja yang lebih baik sekaligus menjadi pendorong kepada anak2 untuk terus belajar...
Sesekali aku mencuri masa juga membawa anak2 ku berjalan... bersama keluarga besar aku.. dan kadang kala bersama keluarga Hasrul.. Tapi itu mendatangkan ketidak puasan hati terhadap Azmaan..
'awak ni asik berjalan saja' pernah dia bersuara pada aku..
'apa yang asiknya..setahun sekali bawa anak2 berjalan bersama keluarga x boleh ke..?' aku mempersoakan semula padanya..
ladang2 terbit rasa sedih.. niat yang baik selalu di salah ertikan...
9 tahun aku membesarkan Saara & Imraan tanpa Azmaan.. kenapa baru sekarang Azmaan nmpak salah aku...kenapa tidak dulu..
aku sendiri tidak pernah memburuk2kan Azmaan pada anak2.. walau aku mampu & boleh untuk membuat demikian...
Kalau mahu cakap soal pelajaran, ada Azmaan ambil peduli? soalnya mahu marahh saja.. baru saja bercadang menhantar Saara ke pusat tusyen, Azmaan awal2 sudah tak bersetuju.. mahal katanya...
Cukupkah sekadar mengambil anak-anak 2 3 minggu sekali...mencampakkan seratus dua pada aku dan kemudian menuduh aku tidak pandai menjaga anak?
Aku tidak minta Azmaan melihat kebaikan aku... cukuplah sekadar tidak menjaja keburukan aku pada anak2...
Showing posts with label Aku Dan Diari Hatiku. Show all posts
Showing posts with label Aku Dan Diari Hatiku. Show all posts
Monday, January 24, 2011
Thursday, December 30, 2010
Sibuknya Aku di Tahun Baru
Sepatutnya petang ini Azmaan menghantar Saara & Imran balik ke rumahku..
Namun kata Azmaan Saara & Imraan telah membuat rayuan untuk 'mengextend'
hingga ke petang esuk.. dan seperti biasa aku tiada masalah untuk mengizinkanya...sebelum memutuskan talian tak aku tak lupa memesan pada Azmaan supaya memasukkan sedikit wang utk buku sekolah.
Memandangkan esuk adalah cuti, jadi bolehlah aku bermalas malasan sedikit... otak ligat merancang rancang aktiviti untuk hari esuk..
Mungkin akan menemani Tuty ke Jalan Ampang untuk Medical Check up kemudian merayau di Jalan TAR mencari beberapa kelengkapan perkahwinan..
Sabtunya menemani Lis pula ke Shah Alam untuk Photoshoot..
Beria Beria Lis mengajak aku untuk turut serta.. Owhh tidak..
Ahadnya aku mesti mengosongkan diri dr sebarang aktiviti... Harusnya duduk di rumah & membuat persiapan terakhir utk Saara & Imraan..
Isnin.. seperti biasa menhantar Saara & Imran ke sekolah..
melunaskan pula yuran yuran sebagainya...
Dan Selasa.. Back Too Workk...
Hari ini rajuk hati mula terubat..
Bayaran dari Hanis telah ku terima sepenuhnya.. itu pun setelah beberapa kali aku menghubunginya atas desakan Lis..
'Kak.. Duit akak ada pada saya.. Hanis hantar tadi dengan barang-barang akak' berita yang ku terima dari Nora ku sambut dengan kesyukuran..
Pada Nora telah ku jelaskan haknya dan tak lupa sedikit sagu hati buat Lis...Allamdulillah aku kini sudah boleh tersenyum sedikit..
Untuk 2011 aku harus sedikit bertegas..supaya di di pijak lagii..
sebenarnya ini bukan pertama kali aku di pijak sebegini.. acapkali..
namun kdg2 aku terpaksa memujuk hati sendiri dgn mengatakan ianya bukan rezeki aku..
Semoga kehadiran 2011 akan memberikan sinar buat diri aku & anak anak.. Amin..

Subscribe to:
Posts (Atom)