Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Solekan Natural - Trend Make Up Sekarang

Masuk bulan March ni ramailah bakal bakal panten yang bakal melansungkan perkahwinan..pertunangan... pernikahan.. dan mcm mcm jenis per lagilah yer dak..

Time ni jugaklah ramai MUA - Make Up artist - Jurusolek yang bizee dgn tempahan mekap- termasuklah aku.. :)

Berbalik kepada mekap mekap ni... rasanya trend sekarang para panten2 semua lebih sukakan gaya mekap yang natural look... tapi ada juga yang mahu kelihatan VAVAVOM di hari bahagia mereka...


Ni adalah di antara Sentuhan aku yang boleh di kategorikan ' Natural'.
Rata rata sekarang memang mahukan Solekan yang tipis...Ternyata solekan natural mampu menaikkan seri wajah anda..

Tetapi solekan jenis ini mungkin kurang sesuai untuk anda yang mempunyai kulit yang bermasalah...

Biasanya  Jurusolek akan bertanya tentang konsep ataupun jenis solekan bagaimana yang di mahukan...TETAPI adalah lebih baik anda membuat research tentang hasil solekan seseorang jurusolek sebelum anda bersetuju untuk mendapatkan sentuhannya melainkan kalau anda jenis yang Tak kisah apa hasil selepas anda di Mekapkan...
Make sure anda tahu apa yang anda mahu...
Cheers....




Wednesday, December 26, 2012

13 Tahun Berlalu


Sedar x sedar dah 13 tahun berlalu.. apa yang berlalu? nilah nak citer ni... tengah kekemas rumah semlm terjumpa la pulak satu gambar lama... lamaaaa... sgt ..... 13 tahun lalu....




aku & Jurumekap Artist Zulfazli Suhadi yang aku kagumi. Gambar ni di ambil masa aku belajar mekap dengan Zul di Dewa Dewi Beauty House pada tahun 1999.. 
Inilah buat pertama kalinya aku mengenali erti make up...
memang minat tu dari kecik dah ada... memandangkan kakak aku adalah  mak andam kampung lepasan IKBN pertak  jadi mmg minat semulajadi tu mmg dah ada la...

Kenapa aku memilih Zulfadzli ? jawapanya teng teng tenggg,,...
sebb aku dulu mmg adore sgt dgn Ziana Zain.. sedari remaja sanggup ikat perut semata mata nak beli kaset Ziana Zain walopun umah aku x de player.. terpaksa pg umah kawan semata mata nak tumpang dengar lagu Ziana Zain.. Jadinya aku amatlah suka kepada gaya solekan Ziana Zain  yang ketika itu aku rasa teramatlah cantiknyaaaaaa 




** Sumber gambar dari makcik Google**

Di sebabkab gambag gambaq di ataslah aku dgn gigihnya berusaha mencari Zulfazli untuk menagih ilmu darinya.. dan akhirnya aku berjaya menjadi anak didik Zulfazli Suhadi.. dan kini setelah 13 tahun Zulfazli menulis di Fb wall aku..


Tengkiu Sifu Zulfazli...tanpamu siapalah aku.. aicehhh

Thursday, December 20, 2012

Floristika Bangsar

Semlm lime lunch aku makan nasik ayam penyet... sedapnyalah humanghaihh...petang nya pulak hujan..so secara otomatiknya tekak aku ni menggatal nak makan bakso.. tetiba teringatlah pulak kat kakak yang jual bakso kat Briekfield.. so mulalah bagi signel kat driver..bukak citer bab bakso... buat cerita ghairah2 ghairah sikit tentang bakso... lama lama trick aku menjadi apabila dia menghalakan kereta ke arah Brickfield...
yesssss..... aku kecil ku bergumbiraaa..

Tapi bila sampai je kat kedai yang di maksudkan... kakak Bakso tu dah x meniaga bakso dah... huarghhhh frust aku.... since kitaorg dh sampai Brickfield so aku mntak tolong cik driver tunjukkan aku jalan ke Floristika bangsar.. sebabnya Jumaat ni cadangnya aku nak kesana sebb ada org menempah sirih junjung..
So dengan senag hatinya cik driver menunjukkan jalannya..
masuk jalan bangsar... teruss.... nmpak maybank .. terus.. lps tu U turn.... terus... masuk lorong kiri...kiri lagi....taraaaaa


owh ini tempatnya... singgah jap lah... eh eh tadi kata nk survey jalan kan.. tpi pikir punya pikir since dah sampai sini baik aku beli teruslah... x yah la dtg lagi Jumaat nanti..


memula masuk dh nampak bunga2 hidup ni... ni kalu mak aku nampak ni... mesti x senang duduk la dia...

  Masuk jer kat sini aku dgn konfidennya terus ke dalam..
sejuknya mintak ampunn..dh macam masuk dlm es box lak aku rasa...

 Nampak x bunga kat atas nihh.... satu bungkos tu RM13 Hokeyy.. murahksss sesangat

Kat Bawah ni pulak kawasan Bunga Orkid.. regenya seperti di bawah



Lepas tu aku masuk satu lagi bilik.. ya ampunn.. bilik ni lagilah sejukkkkk gilerrr... sama giler la dgn aku yang dah tak tentu arah tengok bunga... terus lupa pasal Bakso..




Ni fresh Flower hokeyy bukan pastik tauuu.... aku x sure rose ni dtg dari mana... yang aku tau sgt cantik...
tapi bunga kat sini x de harga..dah la x de staff dia kat situ so sgt la susah nak cek harga..specially yang nak cari bunga cantik & murah cam aku ni...
Setelah aku siasat bunga kat atas ni hanya rm30 sebungkos...


Sempat posing jap



Lama sgt aku kat dalam.. cik driver merangkap baby sitter aku dah masuk dalam.. kesian si ketik tu kesejukkan


Lepas suruh baby sitter bawa kuar baby aku.. aku sambung musing lagi... sebab nak carik bunga yang murah heheh


 Bunga kat bawah ni pun cantikla teramat... dah la murah...RM20 sebungkos... tapi aku tak beli yang ni...sebabnya aku nak pakai bunag tu lagi 2 hari... so aku kena carik bunga yang masih belum kembang & masih pakai sarung mcm bunga yang aku pegang dlm gambar di atas...


Bunga kat bawah ni pun cantik jugak,,, RM20 jerr ape kebenda la nama bunga ni tapi pun aku x beli...
sebb nmpak mcm x tahan lama jer...


Lama sgt aku kat dlm.. Cik baby sitter datang lagi suh aku cepat sikit...


Sekali lagi aku suh dia tunggu kat luar  sebb aku x puas musing lagi...
Bunga kat bawah ni aku pegang aku letak.. aku letak aku pegang... sebab pikir bnyak kali.. aku nak pakai sikit jer,,, tapi nak kena beli 1 bungkos pulak..
hah rege dia RM30 jugak sebungkos... samalah dengan bunga baby breath tu... huh kempunan aku...


 tetiba ternmpak lak bunga butang kat bawah ni.. wahhh teruja aku... nak buat aksesori selit selit kat hantaran sirih junjung utk kasteme aku kan...
tapi tercekik lak aku dengar harga dia RM35 nokks...
so aku x jd ambik... ambik gambar jelah...


Ni la asisstant merangkap jurufoto aku... sebok dok tarik trolley sambil bising kat aku... mama ni takkan beli satui jer bunga... haishh

Carnation RM19 jer 1 bungkos... sgt murah uools



Hand bouquet yang org tempah gamaknya,,, aku snap jelah gambo...geram aku dgn baby breath tu,, uhhh



kat sini pun ada jual serba mak neka jenis daun... pilih jer nokss...
daun kat bawah ni banyak jer kat ladang sawit mak aku...


kat sini jugak da jual aksesori utk bunga mcm pasu..pita pelilit... span... reben.. bakul..paper pembalut bunga... mcm2 ada... aku dah x sempat  nk snap gambar sebb baby sitter dah kol suh cepat....
Kuar je dari Floristika.. ada sorang awek dtg kat aku nak mintak tolong sebb ketenya x leh start..
so aku dgn baik hatinya suh cik driver tolong pinjamkan jumper kat dia...



sambil tu sempat aku kerling dlm keta dia.. wahhhh dia beli baby breathhh.... rasa mcm nak tanya jer..
err.. boleh x jual kat saya 3 4 tangkai baby breathh tu... huhuuu tp x berani pulak....
rupanya cik kak ni bisness buat hantaran.. hand bouguet.. wahhhhh... aku ingt dia cikgu..
gambar dia aku snap blur blur sikit... tapi still boley nampak bungkusan putih kat seat belakang kancil dia.. tu la baby breathh...heheh



 so lepas tu kami terus balik rumah... so hari tu aku kempunan 2 benda... Bakso & Baby breath...
Sampai umah aku singgah kedai kat bawah rumah jer bungkos nasik paprik... kiranya kempunan aku nak makan Bakso masih belum terbalas... ..

Wednesday, August 8, 2012

Baby Menangis Malam


Dah lama x beranak kecil...bila dah ada bby baru  everything hv to start from ZERO lah.. experiance anak yg dulu2 pun mcm dah terlupa... ni lah bby baru aku bersama suami  baru Oppss....


 Sejak balik dr bercuti ke Bandung hari tu baby Demam... sik menangis jer.. specially tetengah malam.. smpai aku pun dah x tau nak buat apa...
 
Teringat hari yang kami sampai ke LCCT tu... Aku sampai rumah lebih kurang jam 2ptg.. sampai umah jer igtkan nak tidolah ..maklomla bulan posa kan.. sementara nak tggu time masak tu aku pun letak lah baby… nak mandi2 nak nk lelapkan mata kjap.. tetiba bby aku melalak2 menjerit2… terkejut la kan.. so aku aasume dia penat travel jauh… keadaannya on an off..tdo pun skjap je…selebihnya nangis jer… badan pun dh start panas…  demam rupanya anak mama ni yer.. so aku just bagi makan ubat demam yang ada kat aku… sebb sebelum ke bandung tu mmg bby ada checkup  & injection, so nurse tu mmg kasik ubat demam la buat spare.. 

masuk hari kedua bby masih demam.. di tambah dengan batuk dan selsema.. lagilah aku x leh nak buat kerja..melalak lalak jugak…mlm pun x boleh nk tdor... bby nangis jerrr... so hari ketiga tu aku bawa ke klinik.. bagi makan ubat apa..so panas dia ada kurang… menjelang ptg membawa ke mlm.. panas balik…. Kesian bby..dah la dia hanya minum susu aku jer.. bila masuk cecair lain dlm mulut dia x boleh nak telan.. tp terpaksa aku paksa jugak… tu pun aku mintak spare ubat demam yg masuk kot buntut…malam malam dia menangis kalau paksa makan ubat cecair tu makin kuatlah tangisnya…Begitulah hari2…

sampai seminggu dah demamnya x baik2.. aku makin risau… tanngisnya makin kuat..  sampailah lepas subuh haritu aku cadang nak lelapkan mata skjap..sebb dah beberapa malam x cukup tidor.. tapi bby menangis melalak lalak… bila aku angkat & peluk dia diam.. bila dia mcm nak terlena aku letakkan ats tilam dia sambung menangissss dan terus menangis sampai jam 8.pagi.. aku dukung & peluk dia kuat2 sambil aku pun menangis.. habis smua ayat2 suci keluar dari mulut aku..sudahnya terpaksa kol ashben aku sebb dh x tau nak buat apa… kemudian  kol mak aku n kampong mintak bantuan… habis bby aku bogelkan nak cek kot semut ke gigit.. kot kembung ke… hampir jam 9 pg ashbern aku sampai rumah dan terus ambil baby dr aku..syukur baby mula senyap dan  akhirnya terlena di pangkuan papanya… bby xmau dgn aku.. minum nenen pun sikit2 aja lps tu nangis…

Aku mula rasa samting rong samwere ttg bby aku ni…sebb bby aku ni bukan jenis yg bnyak ragam..even semasa kat bandung pun dia mmg hokeyyy sgt sgt....
kmudian mak aku kol dr kampong.. kata mak, mak dah mntak tolong Ustaz taib tengokkan bby…dalam pada tu aku & ashben bergilir2 jaga bby...tp bby mmg x berapa mau dgn aku...  

petang sikit mak kol,  menurut ustat taib katanya ada gangguan dah 6 hari dah dok ikut bby aku… Subhanallah.. antara percaya atau  tidak….katanya dari jauhhh…
Ustat Taib tolong buatkan dr jauh… syukur mlm tub by tdo dengan lena … 
Tapi esuknya bby buat hal lagi… kali ni aku sendiri yg kol ustat taib… kata ustat… Gangguan tu payah nak balik sebb dtg dr jauh… ustat Tanya aku ada pergi mana2 ke? Aku kata x ada.. tapi minggu lepas ada la pg ke Bandung.. 

Ustat taib mula bokbek kat aku… ustat taib ni sebenarnya anak angkat mak aku.. asalnya jadik anak angkat mak aku 26 tahun yang lepas bila mana ustat taib & kwn2 dia Berjaya pulihkan kakak aku dari gangguan sihir…sejak itulah dia menjadi sebahagian dr family kami…  Tapi skrg ustat taib pun dh berumur..sebaya dgn abg aku yang sulong.. dan dia skrg hanya brubat sikit2 saja…dia hanya mampu tengok2kan saja…

Ustat taib kata dia akan bantu halau sekali lagi dan minta aku ustat yg berdekatan dgn aku & berubat di sini saja …  aku kol MIL.. tapi dia pun x tahu kt mn tempat yg boleh aku tuju...

Petang tu borak2 dgn ashben.. kami amik keputusan utk mintak air tawar dari Imam masjid kat umah aku ni... aku sebenarnya risau jugak nak pegi berubat dgn org yg kita xtau latar belakang dia.. maklumla org berubat ni banyak cara...   
malam tu selepas berbuka,  aku di bekalkan dgn sebotol Air oleh ustaz Riduan.. dan air itulah yang aku gunakan utk baby aku… Setakat entry ini di tulis, alhamdulillah badan bby dah sejuk.. dah x menangis dan dah mau respon bila aku agah dia… Syukur kepada Allah...

Meh aku nak share sikit, Menurut Dr Amran Kasimin,
Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.

Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.
Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.

Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.

Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.
Walaupun demikian, tangisan yang memanjang seperti yang berlaku kepada anak puan tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu.

Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis ini, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.

Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.

Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.
Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.
Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.

Sawan tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.
Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.

Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.
Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.

Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.
Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.

Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian m
enangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.
Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.
Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.



Ni pulak aku nk kongsikan Tips Ubati Bayi Menangis Malam yang aku copy dari Blog Widura


Tips Ubati Bayi Menangis Malam


Khasiat surah Al-Baqarah untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan telah banyak diajarkan oleh Rasulullah di dalam banyak hadis sahih. Malah menariknya, khasiatnya boleh tahan sehingga 2-3 hari untuk melindungi rumah.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan (hanya untuk tidur sahaja) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Bacalah surat al-Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.

Intipati surah Al-Baqarah menceritakan tentang asal usul kejadian manusia, dan asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Ia mendedahkan kelemahan syaitan dan kehormatan manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia oleh Allah SWT. Hal inilah yang melemahkan syaitan apabila manusia membaca surat tersebut.
Lepas dapat tau perkara ni, aku terus praktikkan membaca surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 30 selepas solat maghrib. Dan keajaiban itu berlaku. Khasiat surah ini memang nampak kemujarabannya serta-merta. 

Kelebihan surah Al-Baqarah juga boleh digunakan apabila berpindah rumah. Sebelum memasuki rumah baru, bacakan surah Al-Baqarah di dalam rumah tersebut. InsyaAllah selamat dari gangguan syaitan selama ianya diamalkan.
Jadi parents di luar sana, sekiranya berhadapan dengan masalah anak yang meragam akibat gangguan makhluk lain, bolehlah cuba amalkan surah ini dengan ikhlas dan yakin.
Wallahualam.

So Moral Of The Story.. kalau baby masih kecil.. jgn gatai2 nak bawak berjalan jauh jauh... huhuuuu Nyesal dulu pendapatan, Nyesel kemudian tidak berguna....

Tuesday, January 3, 2012

I'm Backkk....

Salam tahun baru semuaa...... Dah lama sungguh aku x ngapdate blog merah jambu ni... Keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan untuk aku slalu mengapdate blog yang dah bersawang ni... Semoga kesihatan bertambah baik di tahun baru ini...
Banyak menda yang perlu di susun semula di tahun baru ni..specially tumpuan aku terhadap pelajaran anak anak.. Cukuplah perasaan bersalah yang menghantui diri aku bila mna Saara hanya mampu mendapat 3A sahaja di dalm UPSR yang lepas.. Aku tahu dia mampu mendapat lebih baik lagi tapi kerana keculasan aku sebagai ibu utk selalu sentiasa membimbingnya membuatkan dia hanya mampu mendapat 3A sajaa... Mama akan sentiasa di sisi Saara selepas ini..

Sebenrnya bnyk lagi yang ingin aku kongsikan di sini.. Tunggu ya... Aku akan kembali bersiaran seperti biasa nanti....

Thursday, October 20, 2011

Hantu Karipap

Entah kenapa semenjak dua menjak ni aku suka pulak makan karipap...
boleh kata hari2 beli karipap kat bawah flet umah tu... tapi yang sedikit menghairankan.. hari2 beli..tp hari hari rasa lain.. walaupun orang yang membuatnya sama...
kadang kadang terfikir.. takkan makcik ni suh anak dia yang buat inti kot... kalau dia yang buat hari2 mestilah dah tahu gulanya berapa sudu.. garamnya berapa cubit...
kelmarin aku beli karipapnya tawar.. semlm beli sedap pulak.. harini beli kurang masin plak intinya...
ishh.. xpaham aku....
patutnya org meniaga ni haruslah pentingkan kualiti yakni rasa karipap tu kan... kalau sedap pasti pelanggan akan datang lagi..


Citer pasal karipap teringat plak karipap pusing mak aku yang sedap tu.. aku bolehlah jugak buat.. tapinya tepung main agak2 jer.. xde sukatan.. jadinya tak leh ler nak share resepi....
kalau kat kg.. mak aku glemer sikit sebb karipap pusing dia..... nama mak aku & karipap tu mmg dah sinonim lah..sebut pasal karipap jer orang mesti akan tanya.. 'mana karipap kak Esah'
dari kecik aku selalu tertidur tepi mak yang menggetel karipap tetengah malam..
Boleh di katakan, selain membesar dengan hasil sawit, hasil jualan karipap mak juga turut sama membesarkan aku...
skrang mak dah x aktif buat karipap mcm dulu.. kalau ada special oder jer baru mak buat... bukan apa.. kesian lak tengok mak dah tetua tu dok gentel karipap.. gentel 50 biji baru dapat 15.00..
kalu sebab nak dapat 15 ringgit tu mak bersengkang mata.. x sanggup pulak aku..

Buat karipap ni memacam caranya... ada yang guna lemak sayur... tapi karipap mak aku.. doh pertama tu bebetul tepung dgn air garam jer...
doh kedua plak tepung dengan marjerin jer...
tapi tetap sedap... kata mak masa nak gulung tu celetkan sikit bancuhan tepung ubi & minyak.. lepas tu barulah gulung2kan... lepas buat perap sekejap karipap karipap tu.. kalau terus goreng nanti keposibilitian utk karipap tu merekah amat tinggi..so sebaiknya perap dulu..
Nak tau sebab apa kena celetkan sikit bancuhan tepung ubi & minyak tu? supaya crunchy dan sisiknya naik....mcm gambo yang pinjam kat makcik google tu sisisknya macam tak naik... tapi kalau celetkan bancuhan tepung ubi & minyak, sisiknya akan naik cantik... tu petua mak la...
ituyang aku pollow sampai sekarang.. dan itulah the one and only kuih yang aku tau buat... hehehheh

Wednesday, October 19, 2011

Minggu Yang Padat

Minggu minggu lalu teramat la sibuknya sehinggakan x sempat mengupdate Blog si merah Jambu ni...
Gambo gambo solekan pun baru jer sempat di upload semalam kat blog aku yang satu lagi....

Bermula kat  pameran pengantin yang aku pegi 8 hb lalu kat Jusco AU2 wangsa maju..
kebetulan aritu bestpren aku Leez di beri kepercayaan untuk menata rias model yang di arak sebagai pengantin. Since aku pun buat part time job dengan butik yang sponsor pelamin & perarakan haritu,
so aku pun turun padang.. bagi sapot lah katakan... bila aku sampai.. Leez dah siap mekapkan model pompuan.. so aku just tolong tacap muka model lelaki yang mmg dh sedia hensem...




Menggedik jer model pompuan ni.. heh baekkk punya berlakon.. walhal diorg bukan kenal pun.. hari perarakan tu jer baru kenal satu sama lain..dah tu kena jadik pengantin olok2 lak tu...

 Grandkan pelamin ni....  semua ni hasil sentuhan Butik Aura Raja Sehari..
Ramai jugak orang kat Jusco tu... rata rata amik kesempatan untuk menyervey harga2 terbaik yang butik butik pengantin tawarkan...


Masuk 2 jam aku kat sana.. anak aku si kecik dah mula buat perangai... bosan agaknya...
sibuk ajak aku pegi sinun sinunn...sinunn


Nampak tak deretan kereta ni? anak aku tergedik2 nak naik.. RM3.00 sekali naik...
nampak tempat parking yang dah kosong tu? ha anak aku dah rembat kete warna pink...


bawak kete tapi mata asik pandang aku jer.. dah tu mulalah nak melanggar org jer...


Lepas round round naik kete... masik tak puas jugak... nak naik motor pulak.. ishh geram aku.. tp sebb
dia temankan aku jadi aku kasik can lah..

Kali ni nak naik motor pulak.. tetapp nak warna pinkk


comey jer sekuter ni... berapa hengget la gamaknya kalau beli.. anak aku suka sgt dgn skuter ni...
asik cakap jer.. nanti mama belikan sekuter cam ni yek...
Nantilah nak yerr... mama belikan satu utk mu...

Friday, October 14, 2011

Bahasa Rahsia

masa Uolls kekecik ada tak bahasa rahsia yang di gunakan & hanya orang tertentu jer yang pahamm.?
hikhik.. haruslah ada kan..
Bahasa Rahsia yang paling top di zaman aku dulu adalah jelingan mata.....
kalau mak dah menjeling bagai nak terluar bijik mata tu bermakna kita dah buat kesalahan..

Keduanya adalah sepit ketam... kdg2 slow jerrr kita terasa peha kita telah di sepit...
awaslah kalau dah mcm tu...

Ketiganya pulak adalah moncongan mulut.. kalau mak dah moncong moncongkan mulut tu bermakna adalah yang hendak di beritahu tu...

Keempatnya pulak adalah kenyitan mata...kalau dah mata terkenyit2 tu maksudnya nak ajak kita sekali bersekongkol... cthnya kalau org nak jual sesuatu kat mak.. mak akan kata dah ada barang tu kat umah.. dan mak akan kekenyit mata kat aku..supaya setuju dgn kata2 mak.. kalau mak tak kenyit mata nanti.. aku mesti jawab balik " kita mana ada barang ni kat umah mak...' dan sah sah aku kena sekeh lepas tu...

Tapi masa aku kekecik dulu mak selalu guna bahasa rahsia yang kelima ...
bahasa resmi mak iaitu jawa...
Arwah abah aku asalnya keturunan cina.. bagi kat melayu jaga... tau jelah org dulu2..suka suki jer nak bagi anak diorg kat sapa sapa pun..tu sebb mata aku ni spesis sepet sikit agaknya...

walupun mak jawa tapi kami semua x tahu cakap jawa.. hehhe.. hanya tau cakap bebenda tertentu jer...
contonghya bila ada org dtg mak akan senyum2 sambil cakap...' ngawe weddang' kalu mcmtu aku taulah mak aku suh buat air ..

kalau ke kedai plak kalau aku nak apa2.. & kalau mak cakap 'larang' tu maknanya mahal.. so mmgla aku tak dapat benda yang aku nak tu...

citer pasal bahasa rahsia ni, teringat aku pasal satu citer ' kes jelingan mata' ni lah..

Kata si A, dulu kalau abah dia jeling mata tu maksudnya abah dia tak suka...
katakan dia pergi kedai dan nak ambil gula2.. kalau abahnya jeling maksudnya dia kena letak balik gula2 tu.. begitulah seterusnya.. kalau dia ambil apa2 pun kalau abahnya jeling dia mesti kena letakkan balik di tempaty asalnya.. hurmm begitu hebatnya kuasa jelingan mata abah dia..

Sehinggalah suatu hari dia mengikut abahnya bersolat jemaah di Masjid...
sedang asyik solat ternampaklah dia yang kain pelikat Imam itu terselit di celah bontot,, maka dia dengan baik hatinya  menarik keluar kain yg terselit itu..
tertiba ternampak pula jelingan mata ayahnya yg tajam sedang menjeling kpdnya..
seperti biasa.. faham dgn jelingan mata abahnya.. maka dengan perlahan di masukkan semula kain ke celah bontot imam tadi.. maka dengan tak semena mena.. melatahlah Imam tersebut sebab terkejut...hehehe wallah hualam.. yg ni aku dapat citer dari email kawan2...

sekarang aku rasa bahasa rahsia dh tak berapa relevant utk di guna pakai utk anak2.. sebb diorg lagi advance dari kita...
kalau kita jegilkanmata kat diorg, selamba pulak diaorg tanya " mak kenapa jegil2 mata ni? heheh

Wednesday, October 12, 2011

Mati Di Dera Bapa Tiri

Tersentap Hati membaca Metro semlm...
Tapi aku hanya sempat membacanya pagi ini aja...
Pasti ada di antara kalian yang sempat membacanya...
Kanak kanak berusia 6 Tahun mati di dera bapa Tiri...

Allahyarham Mohd Firdaus Bin Mohd Dan di sera dengan menggunakan sterika oleh bapak tirinya yang berusi 37 Tahun.. Ibu mangsa, berusi 41 Tahun sedang berada di hospital kerana melahirkan baby baru...
Allahyarham Mohd Firdaus  di dera menggunakan besi panas juga hingga tumit kakinya berlubang...
mmg setan betul bapak Tiri jenis mcm tu..
apa xde peri kemanusiaan ke..? mmg itu bukan anak kandung dia.. tapi takkanlah x ada sekelumit rasa kasihan...

Nauzubillah... minta di jauhkan oleh Allah swt...
Cerita cerita begini buatkan aku rasa insaf

Al Fatihah buat Allahyarham Mohd Firdaus Bin Mohd Dan

Tuesday, October 11, 2011

Peniaga Cekik Darah

Baru sat sat ni dengar radio.. Berita pasal peniaga cekik darah.. Katanya sebuah kedai makan di area Bukit Tunku, mengecas pelanggannya dengan harga RM17.50 bagi segelas teh O ais, nasik putih, ayam goreng, kerabu pucuk paku & sambal tempe ..
Kelass ko Jahh... sampai 17.50.. aku salu makan kat kak mok kalau cenggitu lauknya mau dekat 8 ringgit jugak... agaknya sebb lokasinya di Bukit Tunku kot.. tu yang harga pun ala ala 'tunku' jugak...

Zaman zaman skrg ni mana la nak dapat nasik, lauk & sayo RM3.50 yer dak...
paling paling pun RM5.50 sepinggan...


aku Jumaat tadi pi makan kat Kg baru... kedai ni Restoren Minang..
dah 2 3 kali aku pegi situ & mmg tau mahal skett harganya.. tapi sebb aku x reti nak buat sendiri daging dendeng dia tu..so kalu terasa nak makan daging dendang sini haruslah aku ke sana..

mcm nilah rupanya daging dendeng Minang tu..



as usuall pinjam dari kak Google...
mana taknya.. aku nak snap gambo pun segan.,.ramai sgt orang yang makan kat situ...

Hari tu aku amik nasik putih, daging Dengdeng sahaja plus teh o ais..  aku amik dalam 3 4 keping jelah.. cukup utk sorang makan.. xde lah amik sepinggan dlm gambo ni...
Harganya RM11.50

Hasrul pun ngambil nasik putih dgn paru goreng sahaja & teh o ais dan harganya sama RM11.50

Terkujat sekejap... tengok menu rege nasik putih 1.50, teh O ais 1.40 maknanya daging tu RM8.60 lah..
itu belum aku amik sayur ke.. sambal tempe ke.. bergedil ke...
aku rasa kalau aku amik yang lain2 tu harus jugak cecah Rm20 kot...

Mmg mahal gilos... tapi ramai jugak org pegi kedai tu...  termasuk la aku..dah tau mahal pun still nak pegi jugak.. tetiba rasa nak bukak kedai makan pulak heheh...

Thursday, October 6, 2011

Rombongan Tadika


Tadi aku  kol mak… dah 3 ari x kol mal.. rasa cam lama jer… biaslaah anak mak lah kan..
Rupanya mak dah ada di Bukit Cerakah.. aisehment..cemana lak aku leh tak tau nihh….Mak polow Rombongan Tadika… hurmm itu dah memang acara Tahunan mak.. Wajib…
Maklumlah mak tu ntah ada jawatan apa ntah kat Tadika tu aku pun x pasti… tapi yang aku tahu sedari kecil aku ni sik kena tinggal jer…mak kata pi meeting...
ingat lagi arwah abah aku salu usik mak
' Mak hang tu asik meeting meeting..."
'lama-lama beras abis tinggil tin..."

Skrg mak dah tua pun.. dah 72 Tahun.. Tapi masih aktif ke sana sini...

Ni gambar mak...
( masa nak sanap gambo ni, aku paksa mak pakai spek itam aku heheh )


yang lelaki tu abag aku yang no 6... aku yang no 7... maksudnya dia lahir dulu 10 tahun dari aku..pastu aku lah nyebok lahir.. Jadinya mak aku panggil ang aku tu 'Adek"
sungguh x adik kan..? heheh

Berbalik kepada kisah rombongan tadi, rupanya Kakak aku pun ikut gak gi rombongan tu sedababnya anak dia a.k.a anak buah aku si Ayeeq tu kan Tadika.. jadi Ofkoz la Kakak aku pun ikut…Tetiba teringat zezaman aku tadika dulu… Rombongan ke Kuala Lumpur… Mak aku tak ikut pon..  tapi bila anak2 anak buah aku pi rombongan mak aku ikut pulak.. menci betul...
Masa tu tempat wajib dilawati adalah Zoo Negara.. Tasik Perdana.. Muzium Negara… masa tu mmg la best teramat dah….Berenti makan kat Tasik Perdana .. masing2 keluarkan bekal…. Makan ramai ramai dgn cikgu kat atas rumput..
owhh suwitnya time tu…Maklumla aku pun stil cute miut time tu kan….

Apa yang menariknya, aku bersekolah di Tadika Kemas Felda Trolak Selatan masa aku berusia 6 tahun… dan kini selepas 27 tahun, anak buah aku pun bersekolah di Tadika yang sama… wah begitu bersejarah  sekali kan…Nak tengok sekolah akau dulu..?Kebetulan time ni aku buat assaigment untuk Lecturer aku so ada la aku snap gambo Tadika tu.. after 27 years, tadika tu masih di tapak tang sama cumanya mcm dah tak berapa menarik… time aku dtg tu diorg tengah paking2 barang.. untuk pindah ke banggunan lain..sebb banggunan tadika tu nak di renovet…

Gate Beso nak masuk Tadika....
Hurm.. mungkin cat nyer aja yang berubah.. yg lain remain aja mcm masa aku sekolah dulu
Masih aku ingat kat gate nilah jadi tempat bebudak bergayut sambil melalak sebb tanak masuk Tadika... Mak bapak lak sibuk dok pujuk anak2 diorg..

Sib baik la..aku time tu cam berani sikit... tak nangis pun... sebb mak aku antar sampai dalam sekolah.. lepas tu mak kata nak pi tandas jap sebb sakit perut...
sudahnya sampai abis waktu sekolah tak nmpak batang idung mak..
sah sah aku kena tipu idup idup...heheh


Banggunan Tadika...


Suma pakat dok atas lantai.. sebb kusi & meja dah di hantar ke banggunan baru sementara diorg nak renovet banggunan tadika ni...

Kat kelas ni masih dok atas kusi... meja belum di angkat lagi....



Apa yang menariknya.. cikgu Tadika yang mengajar aku dulu.. masih bersedia berkhidmat di Tadika yang sama.... bayangkanlah dah berapa tahun cikgu tu masih setia di sini...
Fizikalnya sama jer macam 27 tahun yang lalu.. aku ni jer yang mengembang tak tentu pasal...
Bila jumpa di balik rasa cam memalu kucing pun ada...
seronok kan mengimbas memori lama...

Wednesday, October 5, 2011

Demi Tuhan Aku Izinkan

Ondewe pergi kerja tadi cam biasalah dengar celoteh Kak Engku, Sy dgn Kyrll merapu kat Sinar FM..
kalu dengar sehari rasa mcm x komplit lak perjalanan ke tempat kerja .. heheh

Tapi pagi tadi aku tak berapa perasan sgt apa topiknya.. tapi apa yang menarik perhatian aku adalah perbualan mereka dgn seorang caller. Mesti ada yang dengar topik ni pagi tadi kan....
 Caller tu bagitau yang suami dia nak kawin lagi..so skrg caller tu tgh sibuk carikan calon madu utknya a.k.a calon isteri muda untuk  suaminya.. Tapi katanya pompuan tu mestilah anak yatim...
kalau ada yang sesuai dia sendiri yang akan minang kan & uruskan segala persiapan utk madu dia tu...

Statement bersahaja dari Caller ni bebetul menginsafkan aku ( insaf ke ) huhuhuu..
Nada suaranya ceria.... bila dia usik oleh Kyrill & Sy, dia kata dia tak kisah pun suami dia nak kawin lain.. 2 3 kali ayat tak kisah tu berkumandang.... hinggakan Kak Engku pun x terkata apa..
Katanya dah jumpa seorang calon tapi student & muda sgt...
kata SY kalau muda, suruh dia jodohkan dengan anak jelah...
kak Engku plak kata suh carik yang sebaya dengan suami dia.. 
Tapi Caller tu riang gumbira nya... siap tanya Kyrill, kot kot ada calon...

Humanghai.. baiknya ati ko wahai cik kak...
tak terjangka dek akal kalau berjumpa manusia sebaik ini...

Teringat plak cerita aku yang aku tgk dlm minggu lepas kat chanel mana ntah tajuknya ' Demi Tuhan Aku Izinkan"  Eja & Norman Hakim yang berlakon..

Baiknya hati Eja tu suh suami dia berkahwin lagi satu...
Norman tu pulak kenkunun tak mau..lepas nikah.. beriya iya dia xnak masuk bilik bini muda dia...Jenuhla pulak si Eja tu pujuk.. barulah dia nak tdo dgn bini muda dia...
 Tapi dalam dalam tanak tu..ngadung jer plak bini muda dia tu...
cepat jer bini muda tu dah uwekk uwek... mabuk...

Citer ni macam taching taching sket la...
Eja tu Izinkan suami dia kawin lagi sebab agama.. sebab Allah...
Tapi Sebaik baik Eja tu.. walaupun dia yang nyuruh & izikan suami dia kawen lain tapi masih ada rasa cemburu di hati dia..
Tiap kali tengok suami dia dgn bini muda.. dia menangis cemburu...
hatinya rasa di siat siat....
Ofkozla kan.. sapa yang tak cemburu.. kalau suami kita  nengok org lain pun rasa nak korekk jer bijik mata diorg.. apatah lagi nengok suami bermesra dengan orang lain..

Baik sungguhla hati Eja dlm citer nih.. ( citer lah katakan...)
dia yang jaga madu dia tu mabuk2 time ngandung.... lps tu suami dia lak meninggal..
dia plak yang sara hidup diorg sekeluarga termasuklah cik madu dia tu..
pastu madu dia lak meninggal... anak madu dia tu Eja yang jaga...
Pendek kata Eja tu mmg la baik sesangat...

Bila nonton citer tu.. terkadang terpikir... Ada ke wanita sebaik itu di Dunia ini...
Tapi aku percaya .. memang ada wanita sebaik itu...tapinya mungkin satu di dalam seribu...

Friday, September 30, 2011

Bayo Singgit jer untuk Urut dengan Gentel

Badan ni dah lama sakit sakit...
mintak di urut.. mintak di belai...
tapi mmglah xde masa untuk semua tu... dapat buat sit up 3 4 kali sehari pun dah cukup baik dah.. tu pun kalu nasib baik dapat la 'sit & up' kalau nasib tak baik.. sittt jer la x boleh nak up up...

Aku suka gak ngurut ngurut badan nih... nak nak pulak kalau Zanna si tukang karut yang urutkan..puas rasanya mendengarkan dia sendawa berkali kali.. heheh macam magic plak.. boleh transper transper angin nih...

Kalu nak urut geli geli vs manja manja bolehla mngurut si Spa Spa... mcm mcm jenis urut ada... korang sediakan duit jelah yer... sebut pasal Spa ni, nak pomot siket Spa kawan aku si Dina,
De AUra Spa kat Sri Kembangan...

Kalu nak urut power siket kenalah cr tukang urut, mak mak bidan ke.. haa.. time tu rasa nak terkencing pun ada.. memang sakit diorang mencari urat urat kita tuh.. dan bayarannya seikhlas hati... tapi sekranag rasanya dah ada bayaran tetap RM30.00 sekali urut... kalau amik pakej urut bersalin 10 kali urut RM500 termasuk ubat.. kelass kan..

Tapi semlm aku ke Mines temankan Cik Akua sopping smbil2 tu cecuci mata...
Lepas tu ternampak la kerusi hitam macam ni :




sementara Tunggu Cik Akua membelek belek baju.. aku melabuhkan punggung kejap.. tetiba terasa plak nak cuba kusi urut ni...
masukkan seringgit & anda akan di urut selama 3 minit.. wah sedapp betul... complete dari kaki hingga ke kepala di urut.. perghhhh lega rasanya....
3 minit berlalu.. mesin dah berhenti....
pandang kiri.. pandang kanan.. masukkan lagi seringgit.. heheh.. hilang rasa sesengal badann. dan yang paling best vontot kita pun di urutnya.. kelass ko cik jahhh


Tengok ni... Fara Fauzana pun guna kosi Gentel ni youuu...


So, kepada sesapa yang nak terasa di belai.. di urut dengan best & murah, boleh le dapatkan kerusi Gintell ni di kedai berdekatan yerr..
Tapi kalau tak nak beli pun x pe.. masukkan jer singgit & anda akan di layan sepenuhnya selama 3 minit...
Selamat Mencoba...

Sedekah Jariah

kata orang aku ni terlalu lembut hati.. mudah terpengaruh & mudah terpedaya.. selalu percaya kepada benda benda yang belum tentu kesohehannya..
Di sebabkan perangai aku yang satu ni jugak..aku acapkali di tipu oleh syarikat goreng & menang... ngeee... itu belum di kira lagi aku kena tipu masa beli gula gula kat kedai antie sebelah opis ni...
seposen 2 biji... tapi kalu beli yang dah siap peket , sepeket 0.50 sen..kalau kira balik dlmnya cuma ada 8 bijik. sepatutnya 50 sen 10 biji kan..? ha.. tulah korang semua x tau... tektik antie jual gegula dlm peket utk cepat kaya.. heeeee..

Adatlah kan dalam dunia ni pasti ada adengan tipu menipu punya... even kita pun sesekali akan menipu jugak kan.. tipu sunat lah katakan...
alau apa pun aku sgt bersyukur kerna di kuniakan hati yang lembut & mudah tersentuh melihat kesusahan orang lain walau aku sendiri bukanlah dalam kategori senang lenang. Tapi bagi aku tak salah andai rezeki yang Allah Taala kurniakan pada aku ini, di kongsikan dengan orang lain..
Andai kata aku di tipu, itu antara orang yang menipu itu dengan Allah  Taala.. Tanggunglah dosa menipu
Tentu ada yang tak bersetuju dgn statement aku ni kan.. tak apa.. setiap orang ada pandangan masing masing.
Bersedekah ini tidak terikat kepada wang ringgit sahaja, banyak lagi kaedah kaedah lain.. mendoakan orang lain jugak sedekah... kongsi kongsi resepi jugak di anggap sedekah.. banyak lagi cari kita untuk bersedekah.
Teringat pula kehebatan Saiyidina Umar Al-Khattab bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang bersedekah seluruh hartanya.
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)


Tapi kalau tiap kali kita mahu bersedekah & tiap kali itu jugak kita takut 'org yang patut menerima sumbangan kita itu menipu' kita, sampai kiamat pun kita tidak dapat bersedekah...
Teori aku senang saja...  kalau di datangi si peminta sedekah aku akan bagi jer seihklas hati aku.. x kisahlah 2 ringgit ke singgit ke... dan aku niatkan sedekah aku itu ikhlas kerana Allah Taala...
selebihnya aku hanya berserah.. andai kata orang yang aku sedekah tadi menipu aku, itu antara dia & Allah Taala... antara aku sesama manusia dah lepas dah. Dan yang paling aku pasti aku takkan akan miskin pun kerana memberi seringgit dua kepada dia walupun dia ada potensi untuk kaya dengan koleksyen seringit dua ringgit yang dia terima sepanjang hari.. Wallahualam..

Cer baca email yang aku terima semlm...
sebak aku membacanya.. membayangkan kalau itu adalah anak aku...


SESUAP MAKANAN, SEJAMBAK HARAPAN
by Help KAFA Integrasi Al-Insaniah on Friday, September 9, 2011 at 7:08pm
Ini Izam. Sebabnya saya tak letak nama penuh dan terpaksa memozekkan wajahnya adalah kerana janji saya pada bapanya (kejap lagi saya terangkan).
 
Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.
Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah  sejak  2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT  (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.” 
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.
Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.
Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.
Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.
Pertama kali kami bertemu, Izam  senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.
Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.
Tak makan, jawabnya.
Sebelum ke KAFA?
Tak makan.
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni  baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk.
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.
Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu. 
Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk. 
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya. 
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan  mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum. 
Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2. 
Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka? 
Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.  
Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya. 
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.   
Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik. 
Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg. 
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya. 
Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.
Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.
“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.” 
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka,  baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk.  Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar. 
Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.
Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya. 
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)
------------------------
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
MBB account - 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.
 
RHB
Account number 1-12479-00092090
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.
 
Sumbangan terus kepada: 
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971
 
Minta tolong sebarkan, jazakumullahu khairan.



Mencongak congak baki simpanan di dalam mebenk tuyu aku. lantas aku klicklan sejumlah amount yang amat kecil utk di salurkan ke KAFA ini.. ( ini bukan riak yer penpuan.. sekadar berkongsi cerita).
Yalah, nak hantar beras ke gula ke jauh pulak aku nak menghantarnya ke PJ sana..
 kebetulan datang seorang sahabat & bertanya
' Akak percaya ke bebenda macam ni?
' Ya.. percaya... jawab aku... akak ni banyak dosa.... jadilah kot sedekah ni dapat bantu serba sedikit kat akhirat nanti....
masih teringat petikan dari http://rahsiasedekah.wordpress.com/ yang berbunyi :

“Carilah anak-anak yatim untuk diberikan sedekah. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari”.

Wallahualambisawab....

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat