Monday, June 27, 2011

The Red Kebaya Photoshoot ( Saloma Vs P.Ramlee)


Date : 25/6/11
Venue : Pullman Lake Putrajaya
Model : Mizz Chainy


Comey jer pasangan ni.. Model lelakinya Hanna lupa pulak nama talent tu.
Sebenarnya dah lama Hanna tak follow mana2 photoshoot or outing. Jadual agak padat tapi Hanna mencuri jugak masa untuk outing kali ni sebb sukakan temanya The Red Kebaya - Saloma & P.Ramlee
 
Model ni Chainy namanya..mukanya persis anak cina, susah la jugak nak mensalomakan dia.
akhirnya Hanna hanya dapat mensalomakan rambut dia aja.. heheh


 Make up gaya Saloma alaf baru .. heheh

Tuesday, June 14, 2011

Aquara Spray & Make Up Base Girrafine

Hi semua, minggu lepas Hanna telah menerima oder daripada Cik Erna dari Kelantan dan  Hanna telahpun menghantar pesanan untuk Erna melalui perkhidmatan Pos Malaysia. Jom kita tengok apa yang Cik Erna oder : )


Tadaaaa.. ini adalah Aquara Bio Essense dari Giffarine.  Aquara ini adalah semburan mineral dengan campuran bung alily yang membantu seimbangkan kulit muka kita. Hanna mmg sukakan sgt Aquara ni
sehari berkali kali Hanna akan semprotkan ( spray) kat muka..bila rasa panas.. muka melekit.. ke mengantuk ke... terus jer hanna spray kat muka dan ianya mmg menyegarkan.. mmg Hanna transfer dlm botol kecil &; masukkan kat dlm hanbeg ..so bebila masa jer Hanna boleh spray kat muka & rasakan kesegarannya.  yang paling best lagi sebelum mekap.. spraykan dulu aquara ni kat muka..sebab ia juga berupaya untuk membantu staykan mekap kita...
Untuk yang memandu jauh pula highly recommaded untuk menyegarkan muka & menghilangkan rasa mengantuk. Ada sorang pemandu teksi yang dah berbotol guna Aquara ni sebb ianya sangat membantu menghilangkan rasa mengantuk.. OOpsss.. Harganya?? cuma RM18.90 sebotol.. (200ml)

Jom tengok pulak barang kedua yang di Oder oleh Erna

ha..ini adalah Make Up based daripada rangkaian kosmetik Giffarine dan kegunaanya adalah untuk mekap tahan lebih tahan lama & sekata. Ia juga mampu untuk melindungi garis garis halus di muka kita. Make up base ini di datangkan dalam 3 warna yang berbeza iaitu kuning untuk kulit sawo matang, purple untuk kulit cerah dan hijau untuk kulit kuning langsat.
Tapi Hanna lebih menggemari warna Kuning dan Hijau kerana bagi Hanna kedua warna ini senang di matchkan dengan apa jua warna kulit. Caranya senang aja.. sapukan secara nipis & ratakan di muka lepastu barulah pakai Foundation. Hasilnya solekan akan lebih licin & tahan lebih lama

Semoga Erna telah pun menerima courier dari Hanna : )


Tuesday, May 24, 2011

Make Up Using Giffarine Cosmetics

Hi.. harini Hanna nak uploadkan gambar cutomer yang Hanna mekapkan  menggunakan Giffarine cosmetik.

Jom tengok!!
nanti Hanna uploadkan gambar sebelum mekap

Aquara Spray by Giffarine
Make up base by Giffarine RM25.00
Foundation Stick Crystalline RM29.00
Loose Powder by Giffarine RM31.00
Compact Powder by Giffarine RM31.00
yang tahu barang2 lain & teknik tekniknya kenalah contact Hanna : )

Kat bawah ni pula Gambar masa bridal photoshoot




Friday, May 6, 2011

Lipstick/ Lip Pallet



Compact/ Loose Powder

Compact Powder




Foundation Stick Crystalline By Giffarine

Sebenarnya dah lama dah nak share tapi x berkesempatan, Foundation Stick ni sangat la bestnya.. sebelum ni guna pakai sendiri saja, tapi bila ramai yang tegur so Hanna akan share dengan semua betapa bestnya Foundation stick ni.
Inilah rupanya foundation stiknya. Hanya berharga RM29.00 tapi sesangat la bestnya. Kalau  nak boleh contact Hanna yer.


 Di datangkan dalam 7 tone warna. Meh Hanna cadangkan code yang sesuai dgn kulit uolls ya.

Untuk Kulit yang putih - putih cina FS31
Untuk Kulit yang putih - putih kuning FS32
Untuk Kulit yang sederhana putih to Medium - putih kuning FS33
Untuk Kulit yang Medium to sederhana gelap FS34
Untuk Kulit gelap FS37
Untuk shading FS35
Untuk highlight FS36

Tapi Hanna selalu guna FS33 & FS34
Contoh FS33 yang Hanna gunakan untuk customer adalah macam kat bawah ni :



  Yang kat bawah ni pun guna FS33




Yang kat bawah ni pula Hanna guna FS33 blend sket dgn FS34



Gambar kat bawah ni pulak masa Hanna & Leez mekapkan team cheerleading untuk opis kami. 100% Giffarine. Code yang di gunakan adalah FS33 & FS34. Untuk Compact powder  pula Hanna guna Giffarine Compact Foundation Code C2.

Foundation stick ni sangat sesuai untuk gi keje..jenjalan.. mekap-mekap. Ianya tak terasa tebal pon bahkan kulit nampak flawless gitu. Kalu nak best lagi pakai pula dengan compact powder Giffarine RM28 sahaja. Kalu nak tau lagi tip tips boleh contact Hanna yer.

Tuesday, March 22, 2011

Red Cuppies

 Ahad tadi sy siapkan Red Cuppies tempahan dari Sham & Shiela untuk wedding diorg pada ahad ini. Cuppies2 ni akan di masukkan ke dlm goodies bag untuk tetamu VIP's.
Sham & Sheila menempah 60 pcs Red Cuppies & juga 30 pcs Bunga dada yang simple.
Tema perkahwinan Sham & Sheila ni ialah Putih & merah.
Nanti sy akan uploadkan gambar bunga dada tu ya..


Gambar kat bawah ni sebahagian dari Red Cuppies yang telah siap.




Designya simple saja..tapi tetap nampak menarik dengan padanan warna merah & putih.

Wednesday, March 2, 2011

Sifat 20

Sedang aku asyikk dengan tugasan harian (asyik la sangat..huhu) kawan2 kat depan aku plak tgh buat keje sambil borak2 yang aku pun xpastu bijik butirnya..tiba2 aku dengar suara sang jejaka ni ' cuba tanya Hanna'
mendengarkan nama aku di sebut makan ondespot aku angkat muka. Apadia? soal aku..
' Hanna cuba bacakan sifat 20'  adehhh...terkujat la aku kan... bukannya tak taw pun sifat 20 tu tapi bila tetiba jer di terjah mcm tu mcm panik la jugak...sebutir sebutir kuar dari mulut aku sudahnya aku hanya dapat menyenaraikan 15 jer daripada 20 tu... 5 lagi aku mcm blur blur aja nak recall balik ( jahilnya aku : ( )

Sib baik dapat jugak jawab walopun short 5 lagi berbanding dgn kawan2 lain yang mcm buat2 x dengar aja sang jejaka ni bertanya..
Bila pikir-pikir balik memang aku rasa ramai yang tak ambil kisah benda-benda macam ni... mungkin org anggap kurang penting ( macam aku jugak). Teringat pulak masa aku kecil dulu mak selalu tampal poster cecara sembahyang.. doa-doa.. dan ada satu ayat tu (dari Surah Yunus ) mak letak dalm bilik aku kesannya sampai sekarang aku masih ingat & hafal ayat tu di sebabkan hari2 membacanya secara tidak sengaja... maksudnya aku bukan nak baca pun tapi bila terpandang otomatik aku akan terbaca.. bila dah selalu terbaca lama2 mestila terhafal...
Aku rasa aku pun haruss buat macam tu jugak untuk diri aku & anak-anak aku supaya diorang tahu Sifat 20 dan pengertiannya..
kat bawah ni aku share kan SIFAT 20 utk panduan kita bersama yang aku copy dari http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/209/-Sifat-20-Bagi-ALLAH

Sifat 20 Bagi ALLAH


Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Renung2kan dan Selamat Beramal...!
 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat