Thursday, August 9, 2012

Mania @ ASTRO


Memang dah terlambat sangat aku kongsikan Entry ni dengan uolls... Tapi aku nakk share jugak sebab :

Imraan : Ma..
Aku : hurmmm..
Imrann : Man ( nick name utk Imraan) ada join kelas fotografi kat sekolah..
Aku : owh... baguslah tu... 
Imraan :Tp kena bw kamera ke sekolah
Aku : mana ada kamera man.. kamera mama tu chargernya dah hilang ( masa tu charger aku hilang)
Imraan : cikgu kata, bawak IPAD pun boleh dtg sekolah..
Aku : IPAD?
Imraan : Ha ah ma.. cikgu suruh bawa IPAD
Aku : macamana cikgu tau kita ada IPAD?
Imraan : Betul..cikgu suh bawa IPAD...
Aku : mama tanya camana cikgu tau kita ada IPAD
Imraan: ( diamm.....)

Lepas di soal selidik, barulah aku tahu... sbb utama dia nak bw IPAD ke sekolah adalah sebb nak tunjuk kat kawan2 dia gambar ni ::


 
 
MANIA @ ASTRO

 Aduhai anak... suka sgt dia dgn Hafiz ni ha....


Sebenarnya Di hujung2 kehamilan aku 2 bulan yang lepas, banyak lak rezeki mencurah2... dan ini adalah Job aku 2 minggu sebelum Bersalinkan Muhammad Nur Zafrel..
So maksudnya usia kandungan aku dah 34 minggu time tu. .. ( cer tengok perut aku mcm x nmpak jer kan... kontrol nokkss.. sebb nak bergambar dgn hafiz.. heheheh)

Mekasih kpd ASTRO Team specially to mazlien & Abg Amy dari ASTRO yang menginvite aku, Anne  & Shasha bagi memeriahkan majlis... hehehe
Sebelum tu aku mcm regrette sikit a sebb gamba2 dlm album ni aku snap via IPAD jer... very the blurrr...nak nak pulak bila mlm...


Ni TAG aku... rasa mcm xmo tanggal pulakkk...


Ni bilik tempat aku & the gang buat kerja...



 Ni Team mekap aku, 2 orang mak buyung aku & Anne.. sorang lagi si Shasha  yng tukang snap gambar ni Mazlien... Diorg ni semua Make Up Artist yang sama2 beganding bahu ewahhhh....
Time ni geng geng make Up yang lain belum maii.. so kami cop meja dulu & posing2 sekejap..





Aku setat buat kerja... yang ni kalu x silap aku.. Dancers utk Ariel & Zahid AF masa dia nyanyikan lagu Arab .. yang belakang tuuuuuu... kumpulan Extrange..aisehh lupa lak nama dia.. tapi budak AF jugak.. suami si Velvet.. Riz kot nama dia.. heheh main bedal jer aku ni...
Macam nilah keadaan dalam bilik mekap... pack dgn artist dan dancers yang menunggu giliran utk di mekapkan...



Aku dengan Rodi - kumpulan Kristal...Abaikan muka aku yang berminyak2 tu yerrr... penat mak buat kerja..



 Maya karinn In progresss


 Aku dengan Shahir AF.. very humble..

Adira yang sebok ke sana ke mari...



 Ni jelah gambar yang sempat aku snap.. mmg x smpat pun nak snap lelebih...  anyway seronok dapat merasai pengalaman ini....nak nak pulak di saat hamil... wehuuuu...

Wednesday, August 8, 2012

Baby Menangis Malam


Dah lama x beranak kecil...bila dah ada bby baru  everything hv to start from ZERO lah.. experiance anak yg dulu2 pun mcm dah terlupa... ni lah bby baru aku bersama suami  baru Oppss....


 Sejak balik dr bercuti ke Bandung hari tu baby Demam... sik menangis jer.. specially tetengah malam.. smpai aku pun dah x tau nak buat apa...
 
Teringat hari yang kami sampai ke LCCT tu... Aku sampai rumah lebih kurang jam 2ptg.. sampai umah jer igtkan nak tidolah ..maklomla bulan posa kan.. sementara nak tggu time masak tu aku pun letak lah baby… nak mandi2 nak nk lelapkan mata kjap.. tetiba bby aku melalak2 menjerit2… terkejut la kan.. so aku aasume dia penat travel jauh… keadaannya on an off..tdo pun skjap je…selebihnya nangis jer… badan pun dh start panas…  demam rupanya anak mama ni yer.. so aku just bagi makan ubat demam yang ada kat aku… sebb sebelum ke bandung tu mmg bby ada checkup  & injection, so nurse tu mmg kasik ubat demam la buat spare.. 

masuk hari kedua bby masih demam.. di tambah dengan batuk dan selsema.. lagilah aku x leh nak buat kerja..melalak lalak jugak…mlm pun x boleh nk tdor... bby nangis jerrr... so hari ketiga tu aku bawa ke klinik.. bagi makan ubat apa..so panas dia ada kurang… menjelang ptg membawa ke mlm.. panas balik…. Kesian bby..dah la dia hanya minum susu aku jer.. bila masuk cecair lain dlm mulut dia x boleh nak telan.. tp terpaksa aku paksa jugak… tu pun aku mintak spare ubat demam yg masuk kot buntut…malam malam dia menangis kalau paksa makan ubat cecair tu makin kuatlah tangisnya…Begitulah hari2…

sampai seminggu dah demamnya x baik2.. aku makin risau… tanngisnya makin kuat..  sampailah lepas subuh haritu aku cadang nak lelapkan mata skjap..sebb dah beberapa malam x cukup tidor.. tapi bby menangis melalak lalak… bila aku angkat & peluk dia diam.. bila dia mcm nak terlena aku letakkan ats tilam dia sambung menangissss dan terus menangis sampai jam 8.pagi.. aku dukung & peluk dia kuat2 sambil aku pun menangis.. habis smua ayat2 suci keluar dari mulut aku..sudahnya terpaksa kol ashben aku sebb dh x tau nak buat apa… kemudian  kol mak aku n kampong mintak bantuan… habis bby aku bogelkan nak cek kot semut ke gigit.. kot kembung ke… hampir jam 9 pg ashbern aku sampai rumah dan terus ambil baby dr aku..syukur baby mula senyap dan  akhirnya terlena di pangkuan papanya… bby xmau dgn aku.. minum nenen pun sikit2 aja lps tu nangis…

Aku mula rasa samting rong samwere ttg bby aku ni…sebb bby aku ni bukan jenis yg bnyak ragam..even semasa kat bandung pun dia mmg hokeyyy sgt sgt....
kmudian mak aku kol dr kampong.. kata mak, mak dah mntak tolong Ustaz taib tengokkan bby…dalam pada tu aku & ashben bergilir2 jaga bby...tp bby mmg x berapa mau dgn aku...  

petang sikit mak kol,  menurut ustat taib katanya ada gangguan dah 6 hari dah dok ikut bby aku… Subhanallah.. antara percaya atau  tidak….katanya dari jauhhh…
Ustat Taib tolong buatkan dr jauh… syukur mlm tub by tdo dengan lena … 
Tapi esuknya bby buat hal lagi… kali ni aku sendiri yg kol ustat taib… kata ustat… Gangguan tu payah nak balik sebb dtg dr jauh… ustat Tanya aku ada pergi mana2 ke? Aku kata x ada.. tapi minggu lepas ada la pg ke Bandung.. 

Ustat taib mula bokbek kat aku… ustat taib ni sebenarnya anak angkat mak aku.. asalnya jadik anak angkat mak aku 26 tahun yang lepas bila mana ustat taib & kwn2 dia Berjaya pulihkan kakak aku dari gangguan sihir…sejak itulah dia menjadi sebahagian dr family kami…  Tapi skrg ustat taib pun dh berumur..sebaya dgn abg aku yang sulong.. dan dia skrg hanya brubat sikit2 saja…dia hanya mampu tengok2kan saja…

Ustat taib kata dia akan bantu halau sekali lagi dan minta aku ustat yg berdekatan dgn aku & berubat di sini saja …  aku kol MIL.. tapi dia pun x tahu kt mn tempat yg boleh aku tuju...

Petang tu borak2 dgn ashben.. kami amik keputusan utk mintak air tawar dari Imam masjid kat umah aku ni... aku sebenarnya risau jugak nak pegi berubat dgn org yg kita xtau latar belakang dia.. maklumla org berubat ni banyak cara...   
malam tu selepas berbuka,  aku di bekalkan dgn sebotol Air oleh ustaz Riduan.. dan air itulah yang aku gunakan utk baby aku… Setakat entry ini di tulis, alhamdulillah badan bby dah sejuk.. dah x menangis dan dah mau respon bila aku agah dia… Syukur kepada Allah...

Meh aku nak share sikit, Menurut Dr Amran Kasimin,
Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.

Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.
Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.

Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.

Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.
Walaupun demikian, tangisan yang memanjang seperti yang berlaku kepada anak puan tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu.

Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis ini, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.

Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.

Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.
Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.
Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.

Sawan tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.
Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.

Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.
Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.

Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.
Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.

Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian m
enangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.
Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.
Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.



Ni pulak aku nk kongsikan Tips Ubati Bayi Menangis Malam yang aku copy dari Blog Widura


Tips Ubati Bayi Menangis Malam


Khasiat surah Al-Baqarah untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan telah banyak diajarkan oleh Rasulullah di dalam banyak hadis sahih. Malah menariknya, khasiatnya boleh tahan sehingga 2-3 hari untuk melindungi rumah.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan (hanya untuk tidur sahaja) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Bacalah surat al-Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.

Intipati surah Al-Baqarah menceritakan tentang asal usul kejadian manusia, dan asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Ia mendedahkan kelemahan syaitan dan kehormatan manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia oleh Allah SWT. Hal inilah yang melemahkan syaitan apabila manusia membaca surat tersebut.
Lepas dapat tau perkara ni, aku terus praktikkan membaca surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 30 selepas solat maghrib. Dan keajaiban itu berlaku. Khasiat surah ini memang nampak kemujarabannya serta-merta. 

Kelebihan surah Al-Baqarah juga boleh digunakan apabila berpindah rumah. Sebelum memasuki rumah baru, bacakan surah Al-Baqarah di dalam rumah tersebut. InsyaAllah selamat dari gangguan syaitan selama ianya diamalkan.
Jadi parents di luar sana, sekiranya berhadapan dengan masalah anak yang meragam akibat gangguan makhluk lain, bolehlah cuba amalkan surah ini dengan ikhlas dan yakin.
Wallahualam.

So Moral Of The Story.. kalau baby masih kecil.. jgn gatai2 nak bawak berjalan jauh jauh... huhuuuu Nyesal dulu pendapatan, Nyesel kemudian tidak berguna....

Bercuti ke Bandung PART 1


Bercuti Ke Bandung Di Bulan Ramadhan

26 July 2012 Inilah buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke kota bandung.. Bertahun tahun menyimpan hasrat untuk kesana barulah kali ini kesampaian..syukur 

Sebenarnya tiket telah aku tempah pada awal tahun lepas semasa Air Asia membuat promosi RM10 untuk ke Bandung..tapi nak dapat masuknya bukan main susah… jenuhhhh… tunggu di waiting room ( jangan tak tahu youuu di intenet pon ada waiting room tauuu) akhirnya setelah 2 hari mencuba, barulah aku Berjaya membuat tempahan…di sebabkan  terlalu excited  maka tanpa di sedara aku telah mengelik Tarikh 26 July 2012 untuk ke Bandung..sekali bila cek balik calendar haiyaaaaa bulan Posaaaaa…. 
3 bulan setelah aku membuat tempahan…aku di dapati telah mngandung…ayat x bleh blah kann.. heheh
 so percutian kali ini di sertakan dengan bayi aku yang baru jer berusia 2 bulan…

Penerbangan dari LCCT ke Bandung mengambil masa lebih kurang 2 jam.. beza masa antara Indonesia dan Malaysia adalah 1 jam..kat sana awal sejam dr waktu kita.
Aku ke Bandung bersama ashben aku, 2 org anak aku & dgn BFF aku Leez..
Leez adalah BFF yg memayungkan hotel aku semasa di Bandung.. inilah yang di namakan BFF kannn.. baik ati..xkedekut...xberkira lansung... love u babe... Leez bawa anaknya & kedua org tuanya sekali..

 ashbern aku sebokk dgn epad dia... snap sana snap sini...
gambar bnyak dlm ipad dia tapi aku xleh nk amik.. ipad dia cap buah epel.. laptop aku chap buah anggur..huhuu
kami berbuka posa di dalam flight jer.. aku order nasik lemak satu dengan nasik goreng Minado lebih kurang camtulah bunyik dia.. mineral kecik satu dgn milo kotak... time nak bayo awek er esia tu tanya nak bayar dlm RM ke rupiah..? di sebabkan aku syg duit rupiah aku..makanya aku pun nak bayr dlm RM.. Untuk makanan yg mcm dlm gambo kat bawah dia RM41 dia cekik aku...
Milo kotak tu jer 7 hengget Nookkk...  

** Gambo sebelum x sempat nak snap...**


ni anak dara aku yg terlentok kepenatan...sampai ternganga nganga mulut...


  kami sampai kat Airport bandung lebih kurang jam 8.30 mlm waktu Indonesia...masa flight nak landing tu aku sempat lagi cecurik snap gambo...sebb nmpak cantik sgt lampu lampu dia.... tapi bila dah snap tengok kat kamera x cantik pulak...


Airport bandung ni kecik jer rupanya...cuaca kat sana Dingin ameett.. sangat sejuk.. sian baby aku...ingatkan aku jer yg bercuti tentime posa ni..rupanya ramai gak manusia... ada sorang adik ni, dia dtg beramai ramai dgn family dia..30 org bercuti kat sana... time kat Imegresen tu jem la sikit...

dari sana kami amik Kijang (Avanza) untuk ke Hotel. 150ribu dia ketuk kami.. huh.. tu la akibatnya kalu x amik supir..

Atas pengaruh anak buah aku yang baru balik bercuti di bandung sebelum bulan posa yang lalu, Kami menginap di Hotel Royal Dago2.. …

 

 kami main redah jer..akibatnya xde bilik single yg available… so malam pertama tu kami amik family room…pada rate 275 ribu .not bad la.. masuk jer bilik tu ada satu katil besar… lps tu ada tangga pusing2 naik ats ada lagi satu bilik ada 2 katil kecik… tapi yg x sioknya.. bilik air satu jerk at bawah, so kena turun naik… kalu yg ada anak kecik tu x di galakkanlah.. anak aku si nana tu pun asik main tangga pusing tu jer…

Hotel Royal dago ni ada dua.. bertentangan antara satu ama lain.. Royal Dago 1 & royal Dago2.. Royal Dago satu ada Restaurant & Bar..so rate dia up skeet…. Yang bestnya dok kat sini sebab dia dekat dgn Mc Donald…so malam tu kami makan mc Donald jelah… mc Donald kat sini ada nasik tau.. 

Rege xdelah murah pun...bege Mc Chicken  22500ribu.. lebih kurang rege kat sini..
Kalu korang order air panas, spesel sikit cara serve dia.. siap ada teko kecik lagi... cer tengok kat gambar bawah ni... aku order Teh perisa Lemongrass... layan jugaklaaa...

anak dara aku dengan anak teruna si Leez ni bersuap suap sakan...


Kat depan Mc D ni jugak ada ATM BII bank ( Maybank)..so senang nak cucuk duit.. tapi pastikan korang aktifkan dulu pegeluaran antarabangsa sebelum korang pergi ke Bandung…

Circle K ( kedai serbaneka mcm 7 eleven) pun dekat jugak.. so senang la kalau nak membeli apa2..
Tapikan yang aku peliknya.. banyak org dok jual bunga tepi2 jalan...malam malam pulak tu... ada yang bawa anak lagi...kesian mmg kesian..tapi kalu aku beli pun nak buat apa bunga bunga tu...


Malam kedua & seterusnya kami berpindah bilik… aku & family nyewa satu standard room & Leez pon amik standard room jugak pada harga 175ribu bersamaan  68 ringgit semlm..ada 2 katil beso…bilik yang ada  satu katil beso dah fully booked..

Kat jalan Dago ni, .banyak Factory Outlet di sepanjang jalan ni… ada Jet Set, Blossom, The Grande, Episode, Donatello, Central, DSE dan mmc mcm lagi…


  aku x banyak snap gambar... maklomla dok carry baby.. x sompek nak capai kamera.. harapkan ashben aku jer la dok snap..

 kesimpulannya kalu korang kaki sopping mmg syok la… tapi aku just masuk 3 4 FO saja… lps tu malas dah nak masuk sebb pada aku yang biasa pakai baju murah ni, harga baju 2 kat FO tu xdelah murah mana pun… aku beli t shirt sleve less (mcm siglet jer ) utk nana yang berumur 4 tahun tu kat sini regenya 75 ribu bersamaan Rm25 yang pada aku kat Malaysia ni boleh dapat rege mcm tu jugak.. ntah kot leh dpt murah lagi.. Ini pendapat peribadi aku yer..sebb kalu korang terjah blog org lain citer bab bandung ni ramai yg citer baju2 kat FO ni memurah… tapi TIDAK bgi aku….maklomla.. org tak biasa pakai baju mahal la katakan…..aku berabis jugak kat Episod seratus lebih duit Malaysia untuk 3 helai tshirt anak anak aku.. Murah ke? huhuuu


Kat Jalan dago ni  jugak ada Alamanda & Kartika sari yg famous dgn jualan Brownies.. aku just singgah Amanda jer sebab dekat dgn hotel. Maklumla aku ni pemalas nak berjalan jauh.. anak dara aku si nana ngamok ngamok nak kek gulung... geram aku..walhal kat pasaraya kat umah aku tu berlambak orang jual.. nak x nk beli lah jugak.. rege 22,500 rupiah..

 Lepas tu aku singgah kat gerai depan Amanda yang jual Batagor.. aku tapau utk makan kat hotel lps berbuka nanti... sedap batagor ni...nama mmg mcm pelik tp dia macam tauhu yg di goreng dan di makan dgn kuah...sedap nokks.. kena dengan selera tekak aku yang mmg ada keturunan jowo jowo nih..

makanan org bandung ni sesedap sebenarnya tapi kena make sure tempat yg diorg sediakan makanan tu bersih la...kalu tak mhu ceret beret di buatnya... macam gerai bang Robi yang jual batagor ni, gerainya bersih sgt...dia buat kerja pun bersih... xde gagau gagau guna tangan.. dia gunakan penyepit & sarung tangan plastik... tetambah lagi aku dok usha dia buat kerja heheh...


 Banyak lagi FO, FO di sepanjang jln Dago nih... antara larat dengan x larat jer.. aku mmg la x larat... dah la bulan puasa kann.... huhuuu
kalu korang malas jalan, korang leh naik angkutan kota ( angkut yang xputus2 lalu depan hotel.. tiap kali nmpak kita berdiri tepi jalan pasti diorg akan berenti.. memula aku mcm takut naik angkut tu…tp sekali naik rasa syok plak…
Korang naik cakap jerk at mana korang nak berenti… maksud aku berenti di sepanjang jln dago tu jelah.. sebb kalau korang nak pg tempat lain, kena pastikan korang nak angkut yang betul.. kiranya ngkut ni mcm bas minilah… tambang dari hotel dago tu lebih kurang dlm 2ribu ke 4 ribu sorang… bergantung kpd mulut si pemandu td nak cas berapa..biasa kalu dia tau kita org luar dia akn ketuk harga skett… ala.. kalu dia ketuk pun takat 6ribu jer la.. duit kita baru rm1.50.. hari pertama aku naik angkut Dari hotel ke FO Grande dia Cuma cas 1ribu untuk  5 dewasa dan 2 kanak2… tp aku bagi 4ribu.. kesian pulak kan..

malam tu kami makan di Restoran Dago Panyawangan.. boleh tahan masakkannya... Harga pun boleh tahan murah.. kami makan 5 dewasa & 2 kanak-kanak berharga 365,475 rupiah.. dlm seratus lebih duit kita.. ok wattt...




org dh xramai time ni sebb kami dtg lepas time berbuka...


BFF aku Leez dan anak teruna dia..



Lepas makan kat Dago Panyawangan ni, aku sempat lagi menyinggah kat FO Episod kat sebelah restorent ni.. Lupa nak cakap.. semua FO kat sini ttup pada jam 9malam .. 
Time balik Leez & family dia jalan kaki.. tapi aku naik angkut... malas berjalan..tambang pun murah...

Esuknya, kami ke pasar baru pulak memborong telekung... nantikan Entry aku selepas ni ya...jeng jeng jengggg


LAGI CERITA PASAL BANDUNG :

Bercuti Ke Bandung PART 1
Bercuti Ke Bandung PART II
Bercuti Ke Bandung PART III
Bercuti Ke Bandung PART IV
Bercuti Ke Bandung PART V

Tuesday, August 7, 2012

Bercuti ke Bandung PART II



Esok pagi2, aku  kol pak supir utk bawak kami ke pasar baru… pak supir ni, pak supir yang sama yang bawa anak bauah aku masa dia ke bandung sminggu seblom posa… Supir ni sgt baik sampaikan anak buah aku kirim sedikit saguhati utk dia.. Malanganya pak supir ni dah tak menyupir…dulu dia bawa teksi Blue Cab.. ( banyak entry pasal bandung akan suggest korang naik teksi jenis ini sebb diorg gunakan meter)  Kami just berjumpa di Hotel saja...tapi sebb kesian kat kami, dia datang jugak bawak jip burok & hantarkan kami ke pasar baru…

Sebelum berangkat ke Pasar baru, aku sempat berposing kat Bus Stand nih.. wehuuuu


Keadaan  Di pasar baru biasalah macettt ( jemm) keadaan lalu lintas kat sini aku pun x brapa paham.. lampu hijau ke biru ke merah ke semua pun pakat jalan... tp x de lah eksiden ke langgar ke.. gaduh ke.. kalau kat tempat kita ni koman koman pun mesti kena maki....

Sampai sana, aku  & Liz berpecah… sebb Pasar Baru ni besar… mmg payah nak jumpa.. so kami janji tggu di main entrance dekat dgn Dunkin Donut jam 5.30 ptg waktu Indonesia..

Nampak jer Kedai telekung aku  terus jer  singgah  nak belikan telekung untuk mak aku..Qatifa nama kedai tu... mcm mahal jer aku beli.. selai telekung tu bunga tak dela lebat mana.. kain pun koten jepon jer 170,000 rupiah dia ketok aku...(RM58) pastu telekung yang bebiasa jer dia ketuk aku 100,000 rupiah (Rm34).

baru jer nak memilih lagi anak aku melalak nak nenen… di sebabkan aku Bfeeding, so Tokey kedai telekung tu suh aku naik ke Lantai 6.. kat situ luas 7 selesa..ada foodcourt katanya…

Mujurla anak aku merengek..kalu tak mesti teruk lagi aku kena ketuk..sebabnya dari cara aku carry baby pun diorg dah tau yg aku ni org luar.. org sana kan pakai kain jer ngendong anak diorg...dah tu aku siap bawak stroller lagi..patutla ramai org dok usha & pandang2 aku…asik cakap jer.." kasihan buk.. bayinya dinginn...." rupanya org sana bayi kecil pantang di bawa keluar... paling palimg selepas 100 hari.. tu pun boleh bawak kuar dedekat jer.. xde lah seberang laut cam aku nihh,,, dah tu dah anak kan, xkan nak tinggal pulak....




Aku & ashben cecepat carik lif utk naik ke tingkat ats... lagipun kat lantai dasar ni xde ekon.. org pun bersesak2... Bila sampai jer atas..fuhh lega.... barulah selesa sikit


Sampai jer kat Lantai 6 terkujat beruks la aku...tgk org2 kat situ baekkk punya soru.. ni kan bulan puasa.. tapi rupanya kat sini x kisah kot. yang tua yang muda.. lelaki ..perempuan...yang bertudung yang berjubah... semuanya tengah menjamu selera/... cer tengok gambar kat atas ni.. Mas joko yang bertopi biru tu baru jer abis makan... tp isteri dia yang pakai tudung hijau tu x makan... dia tengok jer laki & anak dia makan... mebi dia posa la...
 Tu sekumpulan awek kat belakang tu pun sedang menjamu selera jugak... Abaikan jelingan manja ashbern aku tu ya.. dia igtkan aku snap gambar dia... tp yg sebenarnya aku nak snap gambar belakang nun.. heheh
 Semasa lebih kurang setengah jam aku kat sini menukar diapers baby.. susukan dia kenkenyang, 3 4 5 6 org peniaga kat fud kot tu dtg.. mau pesen apa buk.. bakso, mee ayam, gurame goreng, es campor, mee soto bla bla bla....
Fuhh.. kalu ikutkan mmg la lapar.. dahaga.. nak nak pulak fully brestfeed kan... aicehhh alasan le tuee... hikhik... at last aku pesan jugak soto ayam dgn nasik & suapkan kat anak dara aku yg gaduh lapo lapoo...

  

Kat Lantai 6 ni..ada jual mcm2 jenis beg…aku sambar jugaklah 1 handbeg murahan  pada harga Obrol 50ribu bersamaan dgn  17 ringgit Malaysia. Lps tu aku beli clutch utk dinner.. harganya pun 50 ribu jugak..aku beli 2 utk adik ipo aku sebb dia rajin pg dinner.. sebb murah kan..so aku belilah dua..Total 3 beg aku beli baru RM50 ringgit...




 Macam macam jenis beg ada.. rambang mata..  mamat yang jaga kedai ni layan aku baekkk punya... kira mmg puas hatilah.. bersungguh2 dia melayan... sempat lagi dia tanya aku ' Ibuk dtg dari Sumatera ya?, dengan bangganya aku menjawab.. 'Tak.. sy datang dai Malaysia'  di sebabkan jawapan aku yang penuh kebanggaan tadi,  mamat tadi mintak aku duit singgit wat kenang kenangan katanya... bila aku bukak jer purse dia dah start mintak 2 keping wet singgit plak.. lps tu kawan kawan dia yag lain pun nak jugak..sib baik ada 4 keping jer duit singgit dlm purse aku...



 Aku singgah kedai ni sebab nak beli beg luggage yang tarik tu.. convert balik duit malaysia sama jer seratos lebih.. so aku decide x yah beli.. baik beli kat Malaysia jer ha... so di sebabkan aku mmg x bw beg beso, aku beli jugak satu beg kat kedai ni.. tu beg coklat yang ada roda tu pd harga 85000 rupiah... mintak tawar sikit pun x kasik... huhhh.. tapi aku beli jugak la... duit kita baru RM30.. bila balik sini aku mnyesal pulak sebb beli satu jerrr

Jalan jalan lagi ternampak pulak kedai jual kasut kekanak ni.. Apa lagi anak dara aku mula la mengelinjang nak kasut... tapi kasut kanak2 kat sini serius lawa lawa dan banyak sgt pilihan.... sampai pening kepala anak aku nak pilih.... Harga pun sgt murah 60,000 rupiah..aku tawar dia bagi 50,000 rupiah bersamaan dgn RM17 duit kita...  yang best semua kasut kekanak ni sama jer harganya...


Lepas tu kami Turun ke Lantai 5, ada jual jeans/. ashbern aku sambar selai jean Levis.. pada harga 150,000 rupiah... RM50 wet kita... Lepas tu aku borong Tshirt utk adik beradik aku .. 5 lai 100,000 rupiah.. RM34.. aku beli 10 lai.. dia kasik free selai Tshirtt.. jenuh bodek mintak 2 lai dia tak kasik pon...

kalu korang nak beli T shirt, beli yang tulisannya kecil.. jangan beli yang tulisan besar macam I LOVE BANDUNG.. sebabnya bila cuci, tulisan tu akan melekat satu sama lain & getahnya mcm tercabut.. yalah sebb dia just printed jer tulisan tu ats T shirt tu kan... tapi kualiti kain dia not bad la... tebal jugak...sehelai jatuh RM7 duit kita. ok laaa


 

Pusing pusing lagi nmpak aku kedai cermin mata.. kebetulan ashbern aku mmg mngalami masalah mata beberapa minggu sebelum ke bandung.. so aku ternampak promosi dia.. Frame plus lense hanya 150,000 rupiah (RM51) terusla ashbern pun cek mata... punyalah lama.. haishhh... letih aku menunggu....

  Sudahnya xdpt jugak buat cermin mata kat situ sebb dah abis lense dah org tu try kat mata ashbern aku semuanya x ngam... dlm hati aku geram jer.. sedar2.. ramai peniaga yg dh kemas2 nk ttup kedai..

Pasar Baru ni ttup awal..jam 5 dh ttup… 4.30 ramai yag dah tarik shutter… di sebbkn lama mnunggu en ashbern cek mata.. so kami kluar dr kdai tu jam 5 ptg..sama dgn sales2 girl yang dah abis waktu kerja akibatnya berjanggut nak dpt naik lif… penuh dgn manusia..dah la aku bawa stroller… 

Sampai kt bawah, Liz dah sedia menunggu aku di Dunkin Donot.. tggu  sekejap x nmpak pulak Blue cab lalu kat situ.. yang ada Cuma teksi2 biasa yg semestinya x menggunakan meter..  ntah mcmana ayah si Liz menahan angkut & booking tu utk kami smua balik ke hotel… sah sah kami kena kencing.. drebar angkut tu cas 100,000rupiah (RM34)..dah la tu dia sndiri pun xtau kat mana hotel kami..jenuh a musing2 …akhirnya dia panggil sapa ntah suh follow dia utk tunjukkan jalan….

  Rasa mcm pelakon sinetron lak.. naik angkut..


 Seronok jugak rupanya naik angkut beramai ramai nihh.. so berakhirlah aktiviti sopping kami pada hari tu.. Tunggu next entry pula aku ke rumah Perfume & Rumah Mode..


LAGI CERITA PASAL BANDUNG :

Bercuti Ke Bandung PART 1
Bercuti Ke Bandung PART II
Bercuti Ke Bandung PART III
Bercuti Ke Bandung PART IV
Bercuti Ke Bandung PART V


Monday, August 6, 2012

Bercuti ke Bandung PART III

Balik Otel jer aku rasa geramm sgt..sebb Leez & mak dia beli telekung yang mcm aku beli RM34 tu pada harga 20 ringgit jer...Sah sah aku kena kencing lagik.. iskkkkkk...
So Harini aku pg pasar Baru lagi sebb nak balas dendam..ada lagi beberapa telekung lagi yang aku nak beli utk kakak & adik ipr...Tapi kali ni aku pg dgn ashbern & anak anak jer... Leez x folo pasal dia nak jalan kat FO di sepanjang jalan dago tu...

Kali ni aku beli kat Lantai 4, ok jugak.. telekung yang kain licin bebiasa tu dia bagi RM20 jer... ( Tapi Leez kata dia beli dpt belas2 jerr.. huhuu stress aku) aku beli yg cotton bebetul tu utk mak mertua aku... dia letak 250,000ribu.. aku tawarrrrrrr dapat la 180,000...pastu beli utk baby sitter aku.. utk kakak aku.. lps tu aku beli telekung yg gantung2 tu..untuk travel untuk kawan2....beli itu ini.. terbanglah jugak 400,000 rupiah...



telekung dah dapat lepas tu aku merayap ke lantai 4 pulak .. ingt nak carik kain lace... mmg rambang mata.. di sebabkan manusia yag terlalu ramai dok membeli kain & lace.. so aku x jadik la beli lace...huk huk.. kaciwa... lagi pun payah nak memilih dgn baby kecik aku ni lagi...

 lace tgh sale... lace biasa yang RM30 tu bleh dapat dlm 150,000 rupiah (RM8) murah kan... tapi kalu Nagoya or Kamdar buat sale aku pun bleh dapat RM16  semeter... yang tu jer aku sempat tanya.. border lace dlm RM30 semeter ada la 8 - 10 line... nak tanya lace yg lain2 lagi tp sebb bby aku dah mrengek..so ashbern cakap next time jelah..so aku pun x jadikla beli lace & kain...


Turun bawah lagi aku beli kasut utk aku & anak dara aku si Saara.. 50,000rupiah..RM17.. aku beli 2 pasang... ok jugak la.. kasut tu kalau kat sini..paling murah pun RM29.90 la kot...
aku beli pattern ballerina shoes lace kaler coklat & hitam lebih kurang cam gambar kat bawah ni

 Lepas dah beli smua tu kami tahan teksi ( kaler silver teksi cantik tp xguna meter huh) dah aku terus suh dia bawak aku ke jln Riau sebab anak buah aku pesan perfume... di sebabkan x lama kat situ, so aku suh teksi tu tunggu... sejam dia cas 60,000ribu... mahal kan.. tp x pelah sebb aku bawa bby.. lg pun teksi dia selesa...

Kebetulan hari tu hari Sabtu , so jln tersangat la macetnya.. sebb org jakarta turun Shopping kat Bandung.. Sampai kat Oasis, aku terus ke kaunter perfume..

taste aku senang je.. terus cakap kat mamat tu aku nk bau yang manis2.... aku borong 8 botoi perfume pada harga RM17 satu botoi 30ml.. minyak wangi dia mmg tahan lama.. mcm original.. rugi kalu uolls x beli...




anak buah aku pun kirim perfume, aku dok godek sms la tu.. carik balik jenis apa yang dia nak...

Lepas borong perfume, aku suh teksi tu singgah Rumah Mode kejap... dah sampai sini rasanya haruslah nak pergi jugak walopun x mnyopping kann... Otw ke Rumah Mode, aku ternampak seorg budak perempuan sebaya anak aku si nana lingkungn umur 5 6 tahun dok jual lesung batu dari kereta ke kereta... luluh rasa hati aku melihat kehidupan diorg kat sana... masih terbayang di mata aku wajah mungilnya dan matanya yang penuh pengharapan.. belum sempat dia mengampiri teksi kami, lampu jalan telah bertukar hijau.. sampai saat ini aku masih kesal sebab x dapat menghulurkan sedikit sumbangan kepadanya...
Sebenarnya sebelum aku ke sana.. aku mmg ada berniat akn memberikan sedikit sumbangan andai ada yang mengemis dgt kpd aku.. tapi sepanjang 5 hari aku di sana, aku hanya di datangi seorang budak perempuan yang meminta sedikit habuan untuk belanja sekolah...Hingga hari terakhir aku di bandung, aku tidak berjupa atau di datangi oleh seorang pengemis pun.. Wallahualambisawab...


back to story hokeyy, so kami dah sampai ke rumah mode.. ya ampunn di banjiri ratusan manusia/... rata rata mereka datang dari jakarta... ramai juga yg menegur bayi aku...' masuk angin bayinya buk...' " dingin bayinya' tapi yang nyatakan baby aku berpeluh peluh kepanasan...




  Ramai kan.... kat sini aku beli singlet anak aku jer.. 49,900 rupiah...  lps tu dah nak berbuka kami layan Tauhu Getroj dgn tauhu Kremes... sedappppppp..... anak dara aku si nana layan Es Campor..

Si nana dok mnyelit tengok org dok buat tahu yang kami order

 Lepas makan, kami terus suh drebar teksi tu hantar kami ke Hotel... hambek ko dekat RM100 ringgit melayang...huhuuuuuu

Badan pun dah penat, balik hotel rest kejap... jam 9 kami kluar makan di Rumah makan Pondok kapau berhadapan dgn Mc Donald.. Restoren Minang... Sejak datang di bandung ni aku dah mula jatuh cinta dengan teh botol nihh..


Malam tu kami tdo dgn lena sebab kepenatan... Sib baik sepanjang aku kat sini baby aku x meragam lansung... Tumggu Next Entry ya.. Kami ke Cibaduyut...


LAGI CERITA PASAL BANDUNG :

Bercuti Ke Bandung PART 1
Bercuti Ke Bandung PART II
Bercuti Ke Bandung PART III
Bercuti Ke Bandung PART IV
Bercuti Ke Bandung PART V
Tips Bercuti & Tempat Menarik Di Bandung
Hotel Di Bandung
Hanna Ke Bandung Lagi

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat