Monday, February 28, 2011

Cuppies Suka-suka

Haishhh.. cuppies lagi..
asik buat cuppies aja cik Hanna ni..
Cuppies yang ni sebenarnya saja sy buat suka suka. Kebetulan pula di oder oleh seseorang sebagai door gift. Yang ini harganya 2.50 seketul.



Kembang kembung cuppiesnya ek.. macam terlebih baking powder pulak.. huhuu

Cuppies Lagi

H a.. ni pulak cuppies yang sy buat untuk Leez. . sebenarnya cuppies ni datang dengan Lovely pillow. Nanti sy uploadkan gambar pillownya ya...
2 pcs cuppies + 1 Lovely Pillow RM10.00 sahaja



Yang ni pulak sy buat utk kak Mas & Moli.. Saja kasik sorang sebijik wat kenangan


My Lovely Cuppies

Taraaa... harini sy nak tunjukkan fabric cuppies yang sy buat sndiri...
first time buat cuppies ni punyalah susah nak carik paper cup nya.. melilau carik.. abis giant , carefour, hero, semua pi carik..end up jumpak jugak.. ni ler hasilnya yerr.. sesuwaii utk buat iyasan atopu goor gift...

Cuppies kat bawah ni di tempah oleh Leez Riedzuan sebagai cendera hati untuk peserta yang menghadiri Event yg dia anjurkan..
kalua nak tau Event apa jom click kat www.lrtouch.blogspot.com


Comey tak? cuppies ni sy taruk pewangi juga utk wangikan dia...


Opss lupa nak bagitau.. harganya seketul RM2.80( Medium saiz) kalau untuk small size RM2.50 aja.. : )

Friday, February 25, 2011

Apa dah jadi?

Pasti ada yang tertanya-tanya apa dah jadi dengan blog Hanna? kemana hilangnya senja nan merah? kenapa pula dah jadi ala2 pink gitu?
Jawapannya...
Aku sememangnya ingin membuat berapa perubahan pada blog ini.. di mana di samping menulis tentang hidup aku.. aku ingin sekali berkongsi dengan kegemaran dan juga hobi aku... atas alasan itulah aku membuat pembaharuan ke atas blog ini supaya ianya nampak lebih cumel gitew...

Dalam beberapa hari lagi aku juga akan menukarkan address blog ini www.http://tamansuri.blogspot.com ini kepada
www.http://hanna-simerahjambu.blogspot

Hanya address & layoutnya saja yang bertukar.. nama Hanna tetap di sini sebagai pemilik blog dan masih jua akan berkongsi rasa dengan anda semua.
Tima kasih kepada follower2 yang masih setia memolow blog aku specially to Sephi, kak Ina dan juga kepada silent follower yang rajin berkunjung ke blog aku.. Love u ollsss..

Friday, February 11, 2011

Aku, Hari Jumaat Dan Baju Kurung

Mukadimmah
Hari Jumaat begitu sinonim dengan Baju Kurung kan…
Bak kata Org Jumaat adalah Penghulu segala Hari…
Di Hari Jumaat biasanya semuanya berpakaian sopan sopan semuanya…
Anda semua pernah x memakai pakaian lain di hari Jumaat??

Hari ni hari Jumaat.. tetapi aku tak pakai baju kurung…
Di sebab kan aku tak pakai baju kurung or baju kebaya or jubah or yang sewaktu denganya ada pulak hamba Allah yang begitu concern akan diri aku & bertanya..

“akak pakai apa arini?
‘Kenapa tanya” soal aku
“ Si polan suh tanya.. dia nak pastikan akak pakai apa arini”

pehal lak nak confirmation nihh.. perlu ke nak confirm confirm dgn dia apa yang aku pakai.. Tapi demi menjaga persahabatan aku menjawab juga

“ pakai dress harini..”
Masih x puas hati & bertanya
“ Dress labuh ke pendek”
“ Kenapa ada masalah ke” soalku semula..
“ Tak delah.. harini kan hari Jumaat.. “
“Ada ke tulis kat mana mana Jumaat tak boleh pakai baju lain selain dari baju kurung or kebaya? Soalku semula..
“Akk tak pernah kisah pun org pakai apa….”
“ Si polan xde niat gituw.. dia just nak confirmkan aja..”
“Sekarang akak dah comfirmkan yang akak pakai dress so…..?”
“tak de pelah kak.. sy pun pakai suar jer arini..”

Watdehell citer nihh…
Dari dulu sampai skrg apa aja aku pakai org sibuk nak ambil tahu.. kata kawan aku si Elly..aku ni ada aura…even kalau jual tikus mampos pun org beli..
Merapu jerr..
Tapi aku tak paham kenapa ada org yang nak buat confirmation pula…
Perlu ke nak confim2 ni… apa yang diorg dapat..
lainlah kalu aku tak pakai baju..
Aku tak pernah kisah apa org nak pakai .. nak beli… itu hak masing2 kan…
Asal selesa.. asal tak menjolok mata dan sesuai untuk ke pejabat itu sudah cukup baik…
Bila ada orang yang begitu concern ni tetiba terasa “ Diriku Terasa Amat Berharga”
Hahaha….

Ni Gambar kenangan aku bersama CT & Tuty yang di snap di Hari Jumaat...
cuba teka.. yang mana satu aku..?


Aku Gemuk

Salah ke kalu gemuk..? kenapa pulak kalau gemuk?
Pagi tadi aku dah di tegur oleh seseorang
‘ Hanna, apa hal ko nampak makin gemuk sekarang?
Aku dengan spontan menjawab “ aku bukan nampak gemuk sekarang.. aku sememangnya dah gemuk’

Semlm juga aku di terjah oleh soalan yang sama oleh orang yang bebeza..
Aku akui mmg aku tergolong dlm golongan yang chubby chubby gituw…
Tapi takde lah dlm kategory Obess…
Aku terfikir.. kenapa pula kalau aku gemuk?
Masalah ke bagi mereka?
Owh.. mungkin diorg mahu aku kembali dgn bentuk badan asal 10 tahun lalu.. bolehkah begitu?
Or mereka mahu menjual ubat kurus keluaran syarikat MLM yang mereka sertai..?

Aku selesa dgn bentuk badan aku sekarang.. adatla kalau ada spare tyre seketul dua tu kan.. dah beranak pinak mana mungkin mendapatkan tubuh yang persis model kan..
Lainlah artis or model2.. baru mengandung 2 3 bulan , banyak dah syarikat pelansingan yang sibuk mengoffer menjadi Duta mereka… diorg pun bnyak duit.. x heranlah takat buang 10 20 ribu utk cantik.. Kalau aku banyak duit mungkin aku pun nak kot..ha ha ha


Kadang- kadang perkataan2 yang keluar dari mulut orang mmg boleh membuat kita tension & tertekan..
Memanglah kita boleh ignore kalau sekali dua.. tapi kalau asik berkali kali org tegur mmg boleh stress jugakkan…
Patutla kakak aku selau tension bila org asik bercerita pasal kegemukan dia..
Aku masih ingt ketika kami berdua ke kenduri kawin.. dari jauh seorang makcik dah menjerit..
“ laaaa……hang ka Sarimah….tak kenal mak cik… gemuk sungguh hang sekarang.. dah macam Yusni Jaafar pulak…

Serta merta air mata kakak aku berubah…dah la kat kenduri kawin… memang tak patut..
Itu baru org luar.. belum lagi adik beradik sepupu sepepat yang sesekali berjumpa.. mungkin lagi pedas ayatnya

“ Sarimahhh…. Gemuknya engko sekarang… dah macam tong dram dah aku tengok…’
“ Ko makan beras cap apa Sarimahh? Besar sungguh ko sekarang’

Kadang –kadang aku juga terkena tempiasnya…
“ Laa… ko ke Hanna.. makcik ingat Sarimah tadi.. dari belakang dah macam Sarimah dahh… gemuk ngko sekarang…”
Aku hanya tersenyum & terkadang membalas ‘ Bahagia makcik.. sebb tu la gemuk..’ dulu asik makan hati jerr tu yang kurus kering..”

Aku tak kisah la kalau yang menegor tu badannya persis Rozita Che Wan walau dah beranak 3 4… ini yang menegur pun 2 x 5 aja…

Sejujurnya aku tidak terasa terasa hati dengan teguran2 tersebut…
Mungkin juga aku perlu buat sesuatu dengan lemak yang berkilogram di badan aku ini..
Tapi bagi aku, ukuran kebahgiaan bukannya mengikut kelansing badan sesorang ..
Kakak aku yang di jadikan bahan kegemukan itu, memang gemuk ( maaf yer kak Imah)
Tetapi dia mempunyai keluarga yang bahagia..Suami yang penyanyang.. anak2 anak yang baik baik…
Bukankah itu lebih dari mempunyai rupa paras yang cantek jelita, badan yang lansing menggoda tetapi tidak BAHAGIA?
 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat