Showing posts with label Make Up Gallery. Show all posts
Showing posts with label Make Up Gallery. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

Mania @ ASTRO


Memang dah terlambat sangat aku kongsikan Entry ni dengan uolls... Tapi aku nakk share jugak sebab :

Imraan : Ma..
Aku : hurmmm..
Imrann : Man ( nick name utk Imraan) ada join kelas fotografi kat sekolah..
Aku : owh... baguslah tu... 
Imraan :Tp kena bw kamera ke sekolah
Aku : mana ada kamera man.. kamera mama tu chargernya dah hilang ( masa tu charger aku hilang)
Imraan : cikgu kata, bawak IPAD pun boleh dtg sekolah..
Aku : IPAD?
Imraan : Ha ah ma.. cikgu suruh bawa IPAD
Aku : macamana cikgu tau kita ada IPAD?
Imraan : Betul..cikgu suh bawa IPAD...
Aku : mama tanya camana cikgu tau kita ada IPAD
Imraan: ( diamm.....)

Lepas di soal selidik, barulah aku tahu... sbb utama dia nak bw IPAD ke sekolah adalah sebb nak tunjuk kat kawan2 dia gambar ni ::


 
 
MANIA @ ASTRO

 Aduhai anak... suka sgt dia dgn Hafiz ni ha....


Sebenarnya Di hujung2 kehamilan aku 2 bulan yang lepas, banyak lak rezeki mencurah2... dan ini adalah Job aku 2 minggu sebelum Bersalinkan Muhammad Nur Zafrel..
So maksudnya usia kandungan aku dah 34 minggu time tu. .. ( cer tengok perut aku mcm x nmpak jer kan... kontrol nokkss.. sebb nak bergambar dgn hafiz.. heheheh)

Mekasih kpd ASTRO Team specially to mazlien & Abg Amy dari ASTRO yang menginvite aku, Anne  & Shasha bagi memeriahkan majlis... hehehe
Sebelum tu aku mcm regrette sikit a sebb gamba2 dlm album ni aku snap via IPAD jer... very the blurrr...nak nak pulak bila mlm...


Ni TAG aku... rasa mcm xmo tanggal pulakkk...


Ni bilik tempat aku & the gang buat kerja...



 Ni Team mekap aku, 2 orang mak buyung aku & Anne.. sorang lagi si Shasha  yng tukang snap gambar ni Mazlien... Diorg ni semua Make Up Artist yang sama2 beganding bahu ewahhhh....
Time ni geng geng make Up yang lain belum maii.. so kami cop meja dulu & posing2 sekejap..





Aku setat buat kerja... yang ni kalu x silap aku.. Dancers utk Ariel & Zahid AF masa dia nyanyikan lagu Arab .. yang belakang tuuuuuu... kumpulan Extrange..aisehh lupa lak nama dia.. tapi budak AF jugak.. suami si Velvet.. Riz kot nama dia.. heheh main bedal jer aku ni...
Macam nilah keadaan dalam bilik mekap... pack dgn artist dan dancers yang menunggu giliran utk di mekapkan...



Aku dengan Rodi - kumpulan Kristal...Abaikan muka aku yang berminyak2 tu yerrr... penat mak buat kerja..



 Maya karinn In progresss


 Aku dengan Shahir AF.. very humble..

Adira yang sebok ke sana ke mari...



 Ni jelah gambar yang sempat aku snap.. mmg x smpat pun nak snap lelebih...  anyway seronok dapat merasai pengalaman ini....nak nak pulak di saat hamil... wehuuuu...

Monday, June 27, 2011

The Red Kebaya Photoshoot ( Saloma Vs P.Ramlee)


Date : 25/6/11
Venue : Pullman Lake Putrajaya
Model : Mizz Chainy


Comey jer pasangan ni.. Model lelakinya Hanna lupa pulak nama talent tu.
Sebenarnya dah lama Hanna tak follow mana2 photoshoot or outing. Jadual agak padat tapi Hanna mencuri jugak masa untuk outing kali ni sebb sukakan temanya The Red Kebaya - Saloma & P.Ramlee
 
Model ni Chainy namanya..mukanya persis anak cina, susah la jugak nak mensalomakan dia.
akhirnya Hanna hanya dapat mensalomakan rambut dia aja.. heheh


 Make up gaya Saloma alaf baru .. heheh

Tuesday, May 24, 2011

Make Up Using Giffarine Cosmetics

Hi.. harini Hanna nak uploadkan gambar cutomer yang Hanna mekapkan  menggunakan Giffarine cosmetik.

Jom tengok!!
nanti Hanna uploadkan gambar sebelum mekap

Aquara Spray by Giffarine
Make up base by Giffarine RM25.00
Foundation Stick Crystalline RM29.00
Loose Powder by Giffarine RM31.00
Compact Powder by Giffarine RM31.00
yang tahu barang2 lain & teknik tekniknya kenalah contact Hanna : )

Kat bawah ni pula Gambar masa bridal photoshoot




Monday, January 10, 2011

Gothic Punya Pasal

Hari ni bekerja seperti biasa.. bangun pagi badan terasa sengal2 di serata sendi..mcm selepas berlari 100 meter pula.. urat2 terasa terik…
Kenapa ya? Apa aku tersalah makan?
Selalunya aku rasa begini kalau lepas bersukan saja.. maklumla aku ni setahun sekali aja bersukan..itupun jika kompeni membuat tournament.. heheh
Ligat kepala mencari jawapan..
Ahahhh… baru tingattt..semlm semasa photoshoot aku membongkok selama lebih sejam.. photoshoot di buat di sebuah rumah lama ataupun lebih tepat di katakan rumah tinggal dan di rumah itu hanya ada sampah2 dan botol2 todi bergelimpangan.. & make up artis terpaksa mencari port yang baik & selesa utk melakukan tugas… sib baik aku ada bawak stool … tapi di sebbkan aku yang baik hati jadi aku bagi model aku duduk atas stook tu & aku membongkok utk mekapkan mukanya.. kejap bongkok ke ats.. kejap bongkok ke bawah, kejap bertinggung pula mengambil barang mekap… dan aku pasti ‘ aktiviti bongkok membongkok inilah yang membuatkan urat2 dan sendi2 aku mogok hari ini…

Sebut pasal Gothic.. aku pun sebenarnya tak tau apa dia Gothic tu & apa yang cantiknya pada mekap Gothic ni.. di sebabkan mendapat job semlm, terpaksa juga aku mengoogle mencari contoh dan di sini aku sertakan contohnya :


Nak mekap gothic ni sebenarnya ada alat2 makeupnya… cuba tengok kat bawah ni :



Tapi di sebabkan aku ni bukannya biasa sgt menghotic2 ni.. dan biasanya mekap aku menjurus kepada melawakan orang aja.. jadi aku tak adalah alat2 seperti di bawah ni… aku hanya menggunakan alat mekap yang aku ada supaya dapat juga kesan gothic tu. Model yang datang tu comey… kulit nya mulus walaupun mempunyai lobang2 jerawat batu.. pendek kata muka baik suci & bersih… tapi aku telah menukar penampilannya menjadi gothic.. nasib baik dia pakai tudung.. so tak la nampak keganasan sgt..





Aku sebenarnya kesian nak mekapkan muka diorg teruk2.. nak buat darah2.. dakwat hitam meleleh leleh segala tu rasa tak sanggup.. lagipun bukan budaya kita kat malaysia ni buat bebenda mam tu lagi pun mcm kesian pulak.. dah la diorg ni bertudung…tapi atas tuntutan kerja aku terpaksa juga mengothickan muka diorg… jadi aku pun buat gothic yang ala2 muslimah..

Sebok dok citer pasal Gothic ni.. tapi aku sendiri pun tau tau asal usul Gothic ni.. ada sesapa tahu?
 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat