Thursday, December 30, 2010

Sibuknya Aku di Tahun Baru

Sepatutnya petang ini Azmaan menghantar Saara & Imran balik ke rumahku..
Namun kata Azmaan Saara & Imraan telah membuat rayuan untuk 'mengextend'
hingga ke petang esuk.. dan seperti biasa aku tiada masalah untuk mengizinkanya...sebelum memutuskan talian tak aku tak lupa memesan pada Azmaan supaya memasukkan sedikit wang utk buku sekolah.

Memandangkan esuk adalah cuti, jadi bolehlah aku bermalas malasan sedikit... otak ligat merancang rancang aktiviti untuk hari esuk..
Mungkin akan menemani Tuty ke Jalan Ampang untuk Medical Check up kemudian merayau di Jalan TAR mencari beberapa kelengkapan perkahwinan..

Sabtunya menemani Lis pula ke Shah Alam untuk Photoshoot..
Beria Beria Lis mengajak aku untuk turut serta.. Owhh tidak..

Ahadnya aku mesti mengosongkan diri dr sebarang aktiviti... Harusnya duduk di rumah & membuat persiapan terakhir utk Saara & Imraan..

Isnin.. seperti biasa menhantar Saara & Imran ke sekolah..
melunaskan pula yuran yuran sebagainya...

Dan Selasa.. Back Too Workk...

Hari ini rajuk hati mula terubat..
Bayaran dari Hanis telah ku terima sepenuhnya.. itu pun setelah beberapa kali aku menghubunginya atas desakan Lis..
'Kak.. Duit akak ada pada saya.. Hanis hantar tadi dengan barang-barang akak' berita yang ku terima dari Nora ku sambut dengan kesyukuran..
Pada Nora telah ku jelaskan haknya dan tak lupa sedikit sagu hati buat Lis...Allamdulillah aku kini sudah boleh tersenyum sedikit..
Untuk 2011 aku harus sedikit bertegas..supaya di di pijak lagii..
sebenarnya ini bukan pertama kali aku di pijak sebegini.. acapkali..
namun kdg2 aku terpaksa memujuk hati sendiri dgn mengatakan ianya bukan rezeki aku..
Semoga kehadiran 2011 akan memberikan sinar buat diri aku & anak anak.. Amin..

Hati Yang Kau Sakiti

Hati Yang Kau Sakiti
oleh: Rossa



Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis...
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah....
Kau sakiti...

Wednesday, December 29, 2010

Kemarau Di Hati

Petang semlm ujan turun tersangatlah lebat... namun ianya tak dapat sampai menghentikan KEMARAU di hati aku....
Kebelakangan ini berbagai bagai masalah yang timbul… belum pun selesai satu perkara satu perkara lain pula timbul..
Walaupun masalah yang remeh namun ianya bisa merubah emosi aku walaupun sebenarnya aku ni jarang beremosi..
Bukan terlalu memikir tapi kalu dah di sogok dgn masalah hari hari mau lunyai jugak pikiran aku ni.. mana hati lagi yang kian lama kian membengkak dan bernanah.. dan tadi Mawar putih dengan sengaja telah menyucuk bengkak di hati aku dengan durinya hinggakan nanahnya telah pecah & mengalir keluar dan sekarang walaupun bengkaknya sudah sedikit surut namun sakitnya hanya tuhan Yang Tahu...Tambah menyakitkan bila Si Mawar Berduri berlagak seolah olah tidak bersalah & tidak tahu apa apa di atas apa yang berlaku..Sungguh menjengkelkan...
Itulah akibatnya kalau sesuatu perhubungan itu tidak si sulami dengan kejujuran dan aku seperti biasa di Pijak kerana KELEMBIKAN aku..

Berbalik pada cerita hujan tadi, setibanya di tempat parking aku berlari ke lobi lif… Hujan masih belum mahu berhenti... dan aku terpaksa mencecahkan kaki aku mengharungi air - hurmm.. basah kasut aku...
Lobi di penuhi puluhan manusia yang menunggu giliran untuk naik ke atas..
Biasalah tentime ujan berpusu pusu lah manusia di depan lif.. masing2 tak sabar sabar nak naik ke rumah masing-masing.. termasuklah aku…
Masing2 berebut masuk ke perut lif biarpun lif sudah bunyi ada juga yang seakan tidak mendengar bunyinya...aku pun hampir terpenyek kat belakang… lif masih berbunyi teeeetttttttttttttttttttttt..menandakan overload..tapi masih ada yang berhimpit masuk…Hambir beberapa minit berlalu tiada siapa pun yang mahu keluar…masing masing seolah olah tidak faham.. mata masing masing mencerlong kearah seorang yang kukira dlm lingkungan awal 40 an kerana dialah merupakan org yang terakhir masuk ke perut lif… secara logiknya dia sepatutnya keluar…
Si jejaka tadi hanya buat tak paham… biarpun lif terus berlagu… kemudian seorang pemuda keluar sambil membebel – marah barangkali.. lif masih lagi berlagu menandakan seorang lagi harus keluar… Melihatkan semua mata tertumpu ke arahnya si jejaka tadi mengejas ejas kedudukannya dengan harapan lif akan berhenti berbunyi…menyedari tindakannya itu tidak berhasil si jejaka tadi berkata ‘bukannya berat sgt…x ramai pun org dlm lif ni.. tu pun dah berbunyi..mungkin sebab ujan kottt’ dia berkata sendirian dan kemudiannya melangkah keluar tanpa rasa bersalah…

Tuesday, December 28, 2010

Minggu Yang Sibuk

Minggu ini terlalu sibuk.menguruskan Majlis Hanis.. mungkin ada yang bertanya mengapa aku terlalu sibuk dengan Majlis Hanis? Aku sebenarnya buat freelance Make up untuk pengantin dan juga baru berjinak jinak di alam Modelling.. tapi bukan aku yang jadi modelnya.. just tumpang sekaki untuk mencontengkan muka muka si model….

Majlis Hanis memang meninggalkan kesan kepenatan yang teramat sangat …bermula dari mekap hinggalah pelamin semuanya aku yang uruskan. Dengan bantuan Liz & Nora…semuanya telah selesai…Hanis amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang di berikan & aku juga amat bersyukur dapat memenuhi kehendak pelanggan..
Majlis bertandangnya juga amat gilang gemilang di Dewan Perdana Felda.. dan aku di pertanggungjawabkan untuk menatarias wajah Hanis di malam itu..
Dan aku telah memberikan yang terbaik untuk Hanis…

kerja telah selesai.. majlis juga sudah berakhir.. tapi masih ada yang belum langsai….. Setelah seminggu lebih majlis berlalu tapi aku belum pun mendapat bayaran.. memang terasa teramat penat..
SMS ringkas yang ku terima dari Hanis menyatakan betapa dia kesempitan wang kerana sudah berhabis untuk majlisnya yang telah terover badget… dan meminta tempoh.. menunggu bonus suaminya yang di jangka keluar xlama lagi…
Katanya dia hanya mampu membayar aku 700 sahaja buat masa ini..
Tapi sehingga ke saat ini.. 700 itu juga belum Nampak bayangnya…
Aku masih mempunyai hati perut.. aku faham keadaan Hanis yang kesempitan.. tapi janganlah menganiaya aku.. ..aku bukan saja saja membazirkan wang.. dan seluruh tenaga aku secara percuma untuknya..
Aku juga mencari rezeki.. Aku sanggup mengorbankan masa cuti yang sepatutnya ku luangkan dengan anak2 kerana sesuap nasi..

Kata Liz, aku sepatutnya melayan Customer sebagai customer dan x lebih dari itu..
Tapi bagi aku bukankah elok jika melayan customer seperti kawan…Supaya hubungan antara aku & customer akan berpanjangan… tapi kini aku sedar kebenaran kata kata Lis..
Liz membebel pada aku bila aku mengadu yang Hanis minta tangguhkan bayaran.. ‘Orang dah pijak kepala kau. Benda lain dia boleh bayar.. kenapa tak pada kau?

Mungkin kerana itulah bayaran untuk aku ditangguhkan.. kerana dia menganggap aku kawannya….Hubungan yang baik membuatkan orang mengambil kesempatan di atas kebaikan aku.. tanpa mengira keadaan aku.

Tatkala terasa diri ini amat kerdil.. Mengapa aku selalu menjadi mangsa keadaan..?

Thursday, December 23, 2010

Hati Yang Sebal, Tebal dan Bebal

Sejak semlm hati aku di rundung sebal yang tebal…
Terasa macam ada benda yang menyumbat nyumbat dlm hati yang minta di keluarkan segera.. Tidur menjadi tak lena walau puas mencari posisi yang sesuai…
Terimbas imbas kepada penyebab perasaan aku menjadi sebegini..
Rasanya dah lama betul aku tak mengalami perasaan yang menyumbat menyumbat macam ni.. (maaf ya pembaca.. tak abis abis lagi pasal sahabat aku tu..)
Susahkan nak hilangkan kesumbatan hati ini…
Ini semua pasal Mawar Putih Berduri



Yang Zahirnya Nampak suci..
Yang kuntumnya Cantik Beseri
Yang baunya semerbak wangi
Yang batangnya dipenuh Duri..

Tapi sayang..
Putih tidak bererti suci..
Cantik tidak bererti baik..
Wangi tak bererti mulia…..

Mengapa ya.. Mawar putih selalu menjadi lambang kesucian??
Mengapa ia selalu menjadi pilihan?
Memang zahirnya suci.. tetapi ia berduri…
Memang ia cantik.. tetapi ia berduri….
Memang ia harum ..tetapi ia berduri……

Kecantikan.. kesucian dan keharumannya membuatkan org lupa pada durinya…
Walaupun ia bisa menyakitkan hati dan Mencederakan perasaan orang lain……

Wednesday, December 22, 2010

Hari Ini

Rasanya dah 3 4 hari aku tidak menulis....
sibuk barangkali... melayan kerja yang tak pernah kurang di pejabat... mahu tak mahu harus ku layan jua tiap helaian kertas yang ku terima kerana itulah punca rezeki aku.. kerana kertas2 itu jugalah aku di bayar... kerana kertas kertas itu jugalah aku mampu menyuapkan nasi ke mulut anak anak..
Dari hari Sabtu rutin harian aku begitu sebuk ketat dan padat..paginya bergegas ke rumah Hanis untuk majlis pernikahan dia.. selepas itu memecut pula ke UM untuk mengambil exam untuk Subject Strategi & Planning. Dari Setiawangsa bergegas pula ke UM ...Jalan pula jem teruk.. . tak henti henti mulut aku berdoa memohon supaya Allah permudahkan perjalanan aku… alhamdulillah aku selamat sampai ke dewan peperiksaan walau terlewat 5 minit..
Setelah selesai menjawab soalan..aku bergegas semula ke Setiawangsa .. Hanis ada malam berinai… seterusnya bertukar2 baju ( biasalah org kawin kan…) walau badan penat.. mata mengantuk.. namun terhibur dgn aksi aksi hanis yang sememangnya suka berposing didepan lensa….
Ahadnya selepas kenduri Hanis berakhir..aku bergegas ke rumah... badan terasa amat penat dan menuntut untuk berehat seketika.. Namun anak2 buah pula sibuk mengajak aku menonton wayang. "Hantu Kak Limah Balik Rumah' walau badan penat.. x smpai hati pula mnghampakan anak anak buah yang beria beria mahu mengajak aku bersama.
Terasa ingin juga menonton Filem Mamat Khalid ini... hebat barangkali..
Panggung di penuhi oleh ratusan manusia yang mahu melihat 'Hantu Kak Limah'
Dari awal cerita hinggalah ke hujungnya boleh di katakan seronok.. aku agak terhibur dengan jalan cerita.. ketawa tak berhenti walau ada ketikanya di buru rasa suspen..
Cerita ini bukan sekadar Hantu.. lucu.. tapi ada mesej tersendiri yang cuba Di sampaikan...
Dalam keeronokan menonton wayang..hati kecil aku tetap teringkan Saara & Imran yang kini berada di rumah Azman...

Friday, December 17, 2010

Salahkah Aku??

Kenapa ya?
Kenapa sekarang semuanya berubah?
Akukah yang berubah? Atau diakah yang berubah..?
Ya.. memang dia yang berubah.. kemudian pura pura bertanya mengapa aku berubah..?
Sedangkan dia yang berubah.. atau dia yang membuatkan aku berubah?
Aku tak mengerti mengapa perlu dia berbuat begitu .. mengapa?

Aku bukanlah jenis manusia yang begitu.. biarkan dia berubah dan aku sebolehnya tidak mahu mewujudkan jurang persahabatan biarpun aku tahu… dia semakin jauh jauh dan terus jauh dari aku…namun untuk aku memutuskan persahabatan ini tidak mungkin…. Terlalu banyak kenangan indah untuk di kenang…tak sanggup rasanya memutuskan tali persahabatan hanya kerana mendambakan ‘kasih sayang dari seseorang’

Tapi mengapa dia sanggup mencemari ikatan persahabatan ini hanya kerana dia juga ingin di kasihi oleh orang yang mengasihi aku? Mengapa dia cuba mengganggu dan mempertikaikan kasih yang aku terima? Sedangkan aku tidak pernah mengganggu hak dia..apatah lagi mempersoalkan tentang kehidupan dia..

Salahkan aku jika ada insan yang sudi mengasihi aku?
Salahkah aku jika tiada orang yang mahu mengasihi dia?
Salahkah jika aku yang sudah ber ‘anak’ ini di kasihi?
Salahkah aku ??

Aku tidak boleh memaksa orang untuk mengasihi aku..
Aku juga tidak boleh memaksa orang untuk membenci aku
Aku tidak pernah meminta apa-apa…
Jauh sekali mengharap simpati orang…
Tapi mengapa aku menjadi bahan ‘irihati ‘ org lain ?
dan yang paling menyedihkan orang yang iri itu adalah sahabat aku sendiri…..

Wednesday, December 15, 2010

Apa yang Seronok..?

Di sebabkan Saara & Imraan kat umah babahnya jadi semlm aku mengambil kesempatan merewang rewang ke Sg wang mencari rambut palsu…
tapi bukan untuk aku…
Untuk Hanis…kawan merangkap..teman tapi mesra… utk wedding dia sabtu ni..
Inilah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Sg Wang plaza sejak 13 tahun yang lepas..
Naik kebas kaki memusing & finally jumpa jugak kedainya… tapi tak jumpa apa yang aku nak… Tanya sales girl tu.. tak reti cakap melayu pulak.. ok la.. cakap bahasa inggeris pun dia x faham sgt pulak yang dia tau cakap Thailand aja…
sudahnya aku balik macam tu aja…satu apa pun tak beli…

Hurm.. terkenang pulak cerita bab seronok ….
nak citer bab bab seronok ni aku pun tak tau la apa yang seronok.. atau aku mmg tak reti menulis kalau citer tu seronok.. yang biasa aku tulis tentang diri aku jerr.. ttg perjalanan life aku …tapi kawan aku kata seronok baca citer aku… iya ke seronok..?

Tak sabar rasanya aku menantikan detik keseronokkan itu hadir… supaya aku boleh merasai nikmat keseronokan seperti yang orang lain kecapi….

Tuesday, December 14, 2010

Blog yang Best!!

Asyik bercerita tentang kesedihan… terasa nak berkongsi cerita yang best best pulak…
Mmg life aku kadang2 suram.. kadang2 sunyi sepi…. Tapi kesuraman, kesedihan, kesunyian itu terubat bila membaca blog-blog org lain bila membaca blog yg best macam tu buat aku tersenyum dan kadang-kadang tertawa sendirian…
Sedikit sebanyak terfikir… kalau org sedih & bermasalah baca blog yang best2 mesti sedikit sebanyak terubat jugak kesedihan mereka..
tapi kalau membaca blog yang sedihh.. slowww..macam blog aku mesti diorg akan lagi sedih…kan..
So aku tak mou sesedih lagi.. nak citer bab yang best2 lah..
Tapi ada ke part yang best dalam hidup aku? Ada kot? walaupun part sedih tu melebihi
Dari part gumbira.. tapi at least adalah juga…
Tapi aku kena recall balikla moment moment kegembiraan tu.. nanti kalau dah ingat aku postkan kat sini ya…

Monday, December 13, 2010

Aku dan Hari Ini

Ntah kenapa hari ini mcm tak ada mood nak menulis... kerja pun bnyak..mata pun mengantuk..bermula dari Petang jumaat hinggalah ke mlm tadi tak selesai selesai agendaku..
'Ma penat ya ma..? soal Saara..'
aku hanya tersenyum...
'Kakak picitkan kaki ya? tanya saara
tanpa menunggu jawapan tangan tangan halusnya mula memicit kaki aku...
Imraan pula sibuk menunjukkan skill mengurut pinggang.. memang ku akui walaupun Imran baru berumur 8 tahun namun tangan kecilnya 'terasa' bila memicit aku.. mungkin mewarisi bakat mengurut Azman agaknya..
Sesekali berborak dgn anak2 sambil memicit badan terasa best juga.
Imraan sibuk memancing aku membawanya ke Petrosains.. ( terpengaruh dgn rancangan tom tom bak....)
'jom la ma... kita pergi petro sains..' bodek Imraan
'Nantilah kita pergi..tggu ma ada duit ya' aku pula memujuk..
'Ajak babah la Imraan.. boleh pau awek babah sekali' Saara mencelah..
wah anak-anak aku ni dah pandai mengepau rupanya..
" kita selesaikan apa yang perlu dulu ya Imraan.. mama belum beli buku sekolah... nanti dah beli semua.. ada duit lebih kita pergi ya...' aku memujuk...
" Imraan hanya diam.. aku tahu hati kecilnya memberontak...
bukannya aku tak mahu membawa Saara & Imraan ke sana tapi aku belum punya kesempatan.. hari-hari biasa aku bekerja.. sabtu pula ada kelas.. ahad saja aku ada masa.. itupun kalau aku betul2 free..
Tapi itu cerita malam semalam....Malam ni aku mesti sunyi...
Semalam Azman dtg menjemput Saara & Imraan untuk ke rumahnya pula...
seperti biasa aku izinkan...dan kini aku kembali sunyi...
Kesunyian memaksa aku membelek belek semula sms di dalam inbox hp..
sms yang ku terima dari Zam di petang Jumaat itu ku baca semula..
satu persatu ku belek & ku delete mana yang tidak patut ku simpan..
Kenapa ya? susah sungguh memadam kenangan silam..

Friday, December 10, 2010

Lebih Senang Begini

Aku lebih senang begini… bercerita tentag kehidupan sendiri.. untuk kepuasan aku sendiri….biarlah taman suri ini yang menjadi teman setia...mendengar apa juar coretan & luahan hati aku… itu lebih baik daripada berkongsi dgn teman2 dan akhirmya cerita itu akan di panjang panjangkan dan di sampai sampaikan…paling teruk andai teman kita itu menjadikan cerita lampau kita sebagai senjata untuk menjatuhkan kita…


Tuntutan hidup terkadang membuatkan masa terasa amat berharga.. Terkadang teringat juga pada insan2 yang pernah hadir dlm hidup ini satu tika dulu.. mereka yang senantiasa memberi semangat kepada aku untuk terus maju… Tapi apalah gunanya mengenang benda yang telah lepas….
Esuk aku akan menghadapai peperiksaan dan aku perlu kuat.. perlu melakukan semuanya selagi terdaya utk masa depan aku & anak2… 2 3 hari aku telah menelaah buku tapi aku tak berapa dapat apa yang di baca… mungkin sebb bermacam2 perkara yang menghantui fikiran aku…
Kata org bukan senang nak senang.. aku akui mmg bukan senang..semuanya memerlukan pengorbanan.. antara anak2..kerjaya.. pelajaran.. minat & juga hobi…
Semuanya menuntut pengorbanan…
Mujur anak2 memahami mamanya yang masih belajar.. mamanya yang selalu tertidur dengan buku dan pen di tangan.. mamanya yang selalu meninggalkan mereka sewaktu ke kuliah.. mamanya yang selalu meninggalkan mereka tatkala mencari rezeki…
Namun aku lakukan semuanya demi mereka.. Benarlah kata orang.. kasih ibu sampai ke syurga…

Wednesday, December 8, 2010

Its Overr....

Sejak itu Zamri tidak lagi menghubungi aku secara rasminya.. kalau ada pun hanyalah pesanan ringkas yang di tinggalan di facebook aku.
Masih ku ingat.. kata Zamri.. dulu dia rajin ber FB hanya untuk mencari aku.. & sekarang setelah bertemu aku semula.. kadang2 aja dia akan buka fb.. itupun skdar melihat jika ada friend request.. dan tiap kali membuka fb pasti dia akan membuka Fb aku juga.. suka melihat gambar2 aku & membaca komen kawan2 katanya....

Hari berganti Hari minggu berganti minggu.. tiada lagi apa2 berita dari Zamri.. hinggalah suatu hari dia menghantar mesej di inbox Fb aku..

' Hanna.. maafkan Zam... Hanna x salah apa2 pun... hari-hari Zam ingat kat Hanna, Tapi Zam rasa bersalah dgn wife Zam..dia terlalu baik utk Zam.. Zam cuba anggap kita kawan biasa... tapi bila Zam jumpa Hanna semula semuanya berubah.. Zam tak boleh kawal bila berjumpa dengan Hanna semula..Zam sayangkan Hanna sgt sgt.. bila Hanna beritahu Hanna dah ada seseorg dlm hidup Hanna Zam jadi cemburu..pada masa yang sama Zam rasa bersalah sebab mengganggu hubungan Hanna dgn dia.. Zam halalkan apa yang Zam dah beri pada Hanna..kalau Hanna susah Zam harap Hanna bgtau Zam.. Zam akan tolong stakat yang termampu...Zam tak pernah berdendam pada Hanna.. Percayalah Zam masih sayangkan Hanna tapi Zam tak mampu nak teruskan... Maafkan Zam Hanna..'

Mesej yang ringkas tapi bisa menyiatkan hati aku... aku redho.. apa yang aku buat padanya dulu lebih teruk...
Aku juga tak mengharapkan apa2 pada Zamri... Hutang aku padanya telah selesai... dan ku kira kami tidak mempunyai apa-apa lagi
Aku mendoakan yang terbaik buat Zamri & Isterinya...
Jika 12 tahun dulu cinta kami terkubur tanpa nisan namun kini... Zamri telah menyempurnakannya...
Segalanya telah berakhir...
Langkah perlu di teruskan...aku perlu mengatur langkah demi aku..Saara & Imraan ..
Walau apa pun anak-anak tidak akan ku abaikan....

Aku, Zamri & Kini..

Aidil adha di sambut seadaanya.. aku sedikit gembira beraya bersama keluarga Hasrul.. Bukan sekadar beraya bahkan turut sama ke dapur menunjukkan skill memasak... bukan nak menunjuk tapi terpaksa tunjuk..
Lepas Zohor aku meminta diri utk pulang.. Ku jemput Saara & Imraan di rumah Azman tapi kelibat Azman tak kelihatan..
'Babah pegi memancing' kata Saara
'Kata nak raya dgn Kakak & Imraan tapi pegi memancing pulak' Saara mengomel sepanjang perjalanan ke kampung...
2 hari di kampung aku sempat membuat rondaan di keliling kampung bersama anak-anak buah.. Ku lihat toyota hitam Zamri di halaman rumahnya..

Sudah 5 hari aku balik ke Kuala Lumpur.. Zamri tidak lagi menghubungi aku... sibuk barangkali... karenah anak2 membuatkan Zamri bukan lagi perkara utama yang harus fikirkan..
Petang itu aku bertemu lagi dgn Zamri.. Tak salah rasanya jika aku sekadar minum bersama.. pada Hasrul sudah ku maklumkan yang aku berjumpa kawan..
Ku lihat Zamri sedikit sugul..
'Hanna... Maafkan Zam sebb dah seminggu x hubungi Hanna.. Hanna ok kan..? soalnya
'Hanna ok aja..' jawabku ikhlas..
'Zam tak tahu mcmana nak mulakan.. tapi Zam mesti bgtau Hanna.. Sejak kita berjumpa Zam tak dapat lupakan hanna... sejak kita berjumpa.. baru sekali saja Zam bersama isteri Zam.. tapi sewaktu bersama dia Zam ternmpak itu bukan dia.. tapi itu adalah Hanna...' Zamri meraup mukanya...
'Astagfirullahalazim Zam.... aku mengucap panjang.. Hanna x buat apa2 pun kat Zam.. kenapa sampai mcm ni sekali Zam...
'Zam tak tahu.. itulah sebabnya Zam tak hubungi Hanna.. sebb Zam tak tahu mcmana caranya utk Zam berhenti lupakan Hanna...tapi tak boleh... tiap hari Zam teringatkan Hanna'

Oh Tuhan..
Salahkah aku jika Zamri membayangkan yang isterinya itu adalah aku...
Salahkah aku jika Zamri terus menyayangi aku..
Salahkan aku...???
Ya Tuhan bantulahlah aku untuk menghentikan semua ini...

Aku , Zamri & Kenangan..

Pertemuan kami tidak berakhir di situ...
Zamri rajin menghubungi aku sekadar bertanya khabar..dan kadang2 mengajak aku minum petang bersama...
Namun aku mulai rasa perubahan dlm perhubungan aku & Zamri..aku merasakan yang memori 12 tahun lampau mulai bersambung...
Aku menolak perasaan yang ada...Zamri sudah beristeri & aku tak mungkin dan tak mungkin mencintainya semula... mungkinkah perasaan bersalah itu yang membuatkan aku sentiasa teringatkan dia?

Zamri melayani aku dengan baik & kdg2 aku kurang senang dgn sikapnya.. acapkali dia menghulurkan duit buat anak-anak katanya & seperti biasa aku tak mahu menerimanya namun terkadang sengaja di selitkan di dalam beg tanganku.. Aku taku Zamri hidup senang sekarang.. melihat 2 biji keretanya saja aku yang di mmg hidup dengan selesa tapi aku takut.. takut jika hak yang sepatutnya di berikan untuk anak2nya di berikannya pada aku.
Melihatkan Zamri yang begitu ku kira aku harus berterus terang..

4 minggu selepas kami bertemu semula, Pada Zamri ku nyatakan yang aku sudah mempunyai seseorang dlm hidup aku..
Serius? soal Zamri.. aku hanya mengangguk...
" Zam tahu Zam tak berhak melarang Hanna serius dgn sesiapa..
tapi Zam xdpt nafikan yang Zam rasa cemburu katanya'
aku tersentak... Namun aku hanya diam.. x mahu memburukkan lagi keadaan..

" Zam masih sayang kat Hanna.. terangnya tanpa di pinta... dunia aku terasa gelap.. inilah yang paling aku takuti... Zam tak pernah lupakan kat Hanna.. even after 12 tahun rasa sayang tu tetap ada,, dan sekarang selepas Zam dah jumpa Hanna semula rasa sayang itu segar semula...
' Zam.. u tak boleh ada rasa mcm ni... u kan ada isteri.. anak-anak.. aku memandang wajahnya...
' Zam tahu.. walau Zam sayang Hanna sekalipun Zam tak mampu nak ambil Hanna dlm hidup Zam.. Zam tak mampu nak lukakan hati isteri Zam.. tapi Zam juga tak mampu nak lupakan Hanna...
'Zam.. i tak minta u ambil i balik.. & i pun x mungkin akan menerima u semula.. dan kalau tak disebabkan kita kawan lama i juga tak akan bersetuju untuk keluar dengan u... serasa air mata ini bergenang di kelopak mata... kenapa tiba2 aku terasa seperti maruah aku di pijak pijak...
'Hanna.. maafkan Zam...Zam harap kita akan terus menjadi kawan...' aku lihat anak matanya seperti memohon pengertian..
'Zam.. kenapa melalut lalut ni.. kan mmg kita kawan... aku cuba meneutralkan kembali keadaan.. namun hakikatnya aku tidak mahu lagi .. tak mahu dan tak mahu.... biarlah ianya segera berakhir....

Sehari sebelum Aidil Adha, Zamri datang menemui aku di pejabat.. 'Zam kat bawah.. Hanna turun sekejap pintanya..'
'iya Zam? soal aku sebaik melihat wajahnya..
'ni.. di hulurkan beg plastik kpdku..
' apa ni? soalah aku..
'kan haritu Hanna kata nak pakai alat muzik utk Practical kelas muzik Hanna.. so Zam belikan 2 3 barang dlm tu..tak tahulah samada betul ke tidak...'
'Laaa.. napa susah2.. Hanna kan boleh beli sendiri..' aku memandang mukanya
'kan Zam dah belikan tu.. xpayahla Hanna susah2 nak carik...
'terima kasih.. jawabku sambil membelek brg yang di belikan..
' Zam nak balik kg ptg ni... Hanna balik bila..?' soalnya
' Hari raya baru balik Kg.. anak2 nak raya dgn abahnya..' terangku
'Bistu Hanna raya kat umah jer ke?'
' Tak.. pagi Hanna pergi umah 'si dia' tghari sikit amik anak2 & petang baru balik kg..' terangku jujur..
Kulihat air muka Zam berubah...'
' Ok lah Zam tak boleh lama ni.. Wife dah tggu kat umah.. jelasnya tanpa di pinta... jaga diri baik2.. .. ni ambil buat belanja raya.. ujarnya sambil menghulur 4 keping note 50...'
"Tanaklah Zam.. kenapalah u ni asik nak kasi i duit aja...mcm i ni mata duitan pulak' aku protes..
' ala sikit aja ni untuk2 anak2.. belanja raya..kalu hari2 biasa u tanak ambil tak apa.. tp ni hari raya..Zam bagi u duit raya... utk anak2 u..' lembut suaranya memujuk..
akhirnya 4 keping note 50 telah berada di genggamanku...

Zamri & Facebook

Kini 12 tahun telah berlalu….
Kerana facebook aku telah berjumpa semula dengan Zamri...

Suatu hari aku menerim panggilan talifon dan seperti biasa aku terus menjawabnya tanpa banyak soal..
‘ Assalamualaikum… Hanna ya?’
Berdegup jantung aku bila mendengrkan suaranya.. serta merta memori 12 tahun lampau terus bangkit..
Hari itu aku sedikit terganggu dgn panggilan dari Zamri.. walaupun panggilan itu hanya biasa2 saja sekadar bertanya khabar. Serta merta kenangan aku bersama Zamri bangkit kembali… terasa malu mengenangkan perbuatan aku padanya...
Seterusnya aku terus menerima panggilan dari Zamri.. panggilan pendek yang ku kira biasa biasa sahaja..
Zamri mengajak aku untuk berjumpa dengannya… aku memberi alasan.. mahu segera pulang ke rumah kerana perlu menguruskan anak2…namun aku tak dapat menolak bila Zamri sudah pun menunggu di Restoran Q-Bistro berhampiran dgn rumahku.

Lama meninjau barulah aku ternampak kelibat Zamri yang sedang duduk mengadap Jalan raya.. dia semakin berisi .. mukanya juga agak bulat… iyalah.. 12 tahun x pernah berjumpa tentu saja fizikalnya berubah… aku sendiri juga tidak lagi mempunyai fizikal yang seperti dulu..sudah beranak dan tentu sekali chasisnya pun sudah lari..huhuuu

Aku menyapanya dan dia agak terkejut.. seketika dia tersenyum.. aku cuba berlagak biasa.. tarik bangku dan terus duduk di hadapannya..
Kulihat Zamri berpeluh2.. mengelap mukanya beberapa kali dgn sapu tangan… Nervous’ katanya… bukankah aku yang patutnya berasa nervous?
Lama tak jumpa katanya…dan tak sangka dapat bertemu aku semua…
Kami bersembang berkisar pada keluarga dan anak2.. .. Zamri sendiri sudah mempunyai 3 anak.. dan aku mengambil kesempatan itu untuk memohon kemaafan daripadanya.. cukuplah.. sudah terlalau lama aku menyimpan rasa bersalah terhadapnya dan hari ini secara rasminya aku di maafkan…
Kata Zamri dia sudah lama memaafkan aku.. sudah 12 kali raya & setiap kali raya dia telah memaafkan aku usiknya dalam tawa…
Zamri mula membuka cerita… katanya dia tahu aku hadir masa perkahwinan dia.. kakak & emaknya yang memberitahu dia yang aku dtg tapi sekadar menghantar hadiah sahaja..

Katanya setiap kali balik ke kg..seringkali dia lalu di hadapan rumahku..dgn harapan dapat mengintai kehidupan aku sekarang… dan dia tak pernah tahu kisah hidup aku yang sebenarnya..
Hinggalah berjumpa kawan2 lama di facebook...dia cuba mencari & terus mencari aku namun tidak berjumpa.. kerana aku tidak menggunakan nama penuh aku.. dan akhirnya hari ini doanya termakbul bila mana teleh menemui aku semula...
Katanya selepas aku memutuskan perhubungan dgnnya, dia terasa down sgt2... hidupnya hanya untuk kerja kerja kerja... dia tidak lagi balik ke rumah sewanya bahkan pejabat di jadikan tempat tidur... dunianya hanya untuk kerja kerja... dia merasanya hanya kerana dia hanya kuli biasa maka aku menolaknya..
sejak dari itu hidupnya berubah... majikan memberi sepenuh kepercayaan terhadapnya.. tahun demi tahun Zamri semakin berjaya dan sekarang dia sudah mempunyai syarikat sendiri & pada yang sama masih lagi menguruskan syarikat Majikannya.. kata Zamri dia patut berterima kasih pada aku.. kerana aku dia jadi begini.. kerana aku juga dia berjaya.. tiba2 aku terasa malu yang teramat...

Monday, December 6, 2010

Aku, Azman, Zamri Dan 12 Tahun...

Siapa sangka selepas 12 tahun aku bertemu semula dengan seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku & membahagiakan aku satu tika dulu …
Selama 12 jualah aku di hantui dosa silam.. kejamnya aku.. sanggup memilih kaca kerana terpukau dengan sinarnya… walhal intan yang ada di depan mata tidak aku hiraukan…
Itulah kesilapan besar yang pertama telah ku lakukan dalam hidupkan hingganya memberikan impak yang besar dlm kehidupan aku..

Zamri…. Kenalan aku sewaktu zaman persekolahan…kami bersekolah di sekolah yang sama… tetapi hubungan kami hanyalah sebagai rakan sekolah sahaja.. hinggalah aku mengijak dewasa dan telah beberapa tahun berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjadi warga kota.
Ketika aku pulang berhari raya di kampung aku telah bertemu kembali dgn Zamri. Dari situ bibit-bibit kemesraan antara aku & Zamri telah timbul…
Sekembalinya aku di Kuala Lumpur Zamri sentiasa menghubungi aku… dan akhirnya benih2 cinta antara kami telah bercambah.. emak juga nmpaknya merestui hubungan aku & Zamri.. pernah beberapa kali aku dan Zamri pulang ke kampung bersama sama. Hubungan Aku dan Zamri berlarutan hampir setahun.. dan sepanjang tempoh itu aku kerap membawa Zamri berkunjung ke rumah Kak Yang yang tika itu menetap di Selayang. Kak Yang juga amat senang dgn perhubungan aku & Zamri.. Kata kak yang
Zamri seorang yang baik..sekampung dgn aku.. kawan sekolah dan yang paling penting Zamri seorang yang bertanggung jawab…

Dari minggu ke minggu...bulan ke bulan masa berlalu dengan pantas..ketika itu aku telah mengenali Azman secara tidak sengaja..aku ketika itu menyambut panggilan untuk rakan sepejabat.. namun selepas itu kerap pula Azman menalifon rakan sepejabat aku itu dan yang peliknya setiap kali Azman talifon, setiap kali itu jugalah rakan aku itu tidak ada di tempatnya & aku sekadar mem bantu untuk menjawab panggilan.. lama kelamaan Azman mulai mendekati aku melalui pangilan talifon… Namun kami tidak pernah berjumpa.. dan tika ituaku & Zamri masih saling menyayangi

Petang Jumaat itu, aku berhasrat untuk bermalam di rumah Kak yang di Selayang… Dari pejabat aku menaiki Komuter ke Pusat Bandaraya dan seterusnya bersesak sesak pula menaiki Bas interakota untuk ke Selayang.. Ketika ingin membayar tambang aku dapati dompet aku telah hilang di curi…
aku panik & tak tahu apa yang mesti aku lakukan… ia berlku terllu pntas..sehinggakan tika aku memaklumkan kpd pihak bank, Duit di dalam bank juga telah lesap…
Esuknya aku menalifon Zamri meminta pertolonganya membawa aku membuat report dibalai namun ketika itu Zamri tak senang untuk membawa aku… Kebetulan ketika itu Azman pula menalifon… dan dengan senang hati Azman menawarkan pertolongan yang ku kira tak mampu untuk aku menolaknya…
Di situlah segalanya bermula.. kami berjumpa untuk pertama kalinya di Central Market
Azman membawa ku untuk membuat report kemudiannya membawa aku ke JPN untuk membuat kad pengenalan baru..Aku terhutang budi thdap Azman dan pada masa yang sama aku merasakan yang Zamri tidak mengambil berat ttg diri aku.
Sejak itu, Azman makin kerap berjumpa aku... selalu dia menjemput aku di oficce... mungkin kerana umur Azman yang matang dia mmg pandai memikat hatiku..segalanya berlaku amat pantas...3 bulan mengenali Azman aku sudah semakin jauh dgn Zamri...aku merasakan Azman adalah yang terbaik untuk aku... Azman membawa aku berjumpa pakciknya yang kemudian mengusulkan supaya AZman bertemu dgn kedua ibu bapa ku.. aku hanya menurut...
Sejak itu aku semakin melupakan Zamri... kejamnya aku.. tiap panggilan talifon dari Zamri x pernah aku layani... pernah Zamri menunggu aku di hadapan pejabat untuk bertemu aku tapi tidak aku hiraukan... berkali2 Zamri dtg ke rumah untuk menemui aku.. tapi aku hanya mendiamkan diri... aku sendiri x faham mengapakah aku seteruk itu? demam cinta aku terhadap Azman membuatkan aku sesenang itu melupai Zamri...
Azman melamar aku untuk menjadi isterinya... aku hanya menurut... Kak Yang mmg menentang... kerana dari awal Kak Yang mmg menyukai Zamri... Masih ku ingat Kak yang marah2.. 'Ko masih muda Hanna,, kenapa nak kawin cepat sgt? dh tu baru aja kenal 3 bulan dah nak bertunang..abis Zam mcmna? tinggalkan mcmtu aja..? Aku diam... cinta membuatkan aku tidak nampak apa2.. yang aku nampak.. yang aku tahu hanyalah Azman....
Akhirnya kami bertunang.... dalam pada itu Zamri masih cuba menghubungi aku.. kasihan dia... aku dgn selamba merasa seperti tidak berdosa kpdnya...
3 bulan selepas bertunang aku akhirnya berkahwin dgn Azman.. pilihan hatiku sendiri... Kejamnya aku...
Sepanjang tempoh perkahwinan aku dgn Azman.. aku tetap mngingati Zamri.. tapi perasaan itu hanya terkubur di hatiku.. sehinggalah 6 tahun selepas aku di ceraikan Azman...
Aku kembali ke kampung...2 tahun menjadi ibu tunggal, aku mendapat berita Zamri melansungkan perkahwinan... di sebbkan kami tinggal di kampung yang bersebelahan, aku dtg jua walau tanpa undangan... datang sekadar menghantar hadiah untuk Zamri...
Ketika itu aku rasa teramat berdosa...aku menghancurkan hati Zamri dgn mengahwini Azman. dan sekarang aku di ceraikan... sedangkan Zamri sudah bertemu dgn org yang benar2 ikhlas mencintai dirinya.. bukan seperti aku yang tidak setia...

Aku.. Cinta.. Dan Air Mata

Cinta memerlukan pengorbanan… betulkan begitu?
Aku memang mencintai Saara.. & Mencintai Imraan.. Mencintai emak dan Mencintai….
Biarlah cinta itu buta tetapi aku tidak mahu menjadi buta kerana cinta…
Namun salahkan jika aku menyayangi seseorang yang ku anggap sebagai kakak sendiri? Mengapakah ada yang mempertikaikan kasih & sayang aku?
Aku jua manusia biasa yang inginkan kasih sayang…ingin di cintai dan juga mencintai….
Memang betul kata emak..cinta dan kasih sayang boleh membuatkan kita menangis..tapi air mata adalah saksi kepada kasih sayang kita… Namun ada tikanya kita hanya mampu menangis di dalam hati…
Kata orang kasih.. cinta & sayang itu subjektif.. benarkah begitu?? Ada juga org yang mampu mencintai ramai org dalam satu masa dan ada juga yang hanya mencintai seorang insan sahaja dalam hatinya… mmg tak ada ruang lagi utk org lain..
Aku sendiri tak pasti samada masih ada ruang dlm hati ini untuk di isi dengan cinta cinta lain di luar sana.. apa yang aku tahu aku tidak mampu membenci org lain walau org itu telah meranapkan seluruh kepercayaan aku terhadapnya…biarpun ia itu telah memusnahkan hidup aku….namun aku tidak mampu untuk terus membencinya.. Kerana aku tahu kebencian itu akan hanya membuatkan aku terus hidup dalam dendam yang tidak berkesudahan…

Friday, December 3, 2010

Kawan.. Sahabat Dan 2K

Adat manusia dalam berkawan ada yang suka dan ada yang kurang suka atau kurang senang dengan diri kita.. Tapi kebiasaannya lebih ramai yang tak suka berbanding yang suka… Ada juga yang bermuka-muka… itu memang lumrah dunia..tapi terkadang sukar untuk menerima bila kawan baik sendiri sanggup menjadi talam dua muka, menjadi gunting dalam lipatan dan menikam dari belakang. Aku sendiri tak pasti perumpaan yang mana satukah sesuai untuk diberikan kepada org yang sebegini…

Aku amat menghargai nilai sebuah persahabatan..Dalam persahabatan aku amat mementing 2K iaitu kejujuran & keihlasan .. Persahabatan yang ikhlas akan membuatkan dunia persahabatan menjadi terlalu indah untuk di kenang.. Kawan…sahabat.. merupakan antara orang yang rapat dengan kita selain keluarga.. dengan kawan…kita berkongsi cerita,, bertukar pandangan.. dan kadang2 meminjamkan telinga untuk mendengar masalah mereka… Jika perlu bahu juga turut di tawarkan sebagai lapik kepala tatkala mereka melepaskan tangis…Namun bila persahabatan tidak lagi berteraskan 2K ia mula menjadi hambar… tatkala itu sang PHD mula beraja di hati.. dan akhirnya kawan mula menjadi lawan….

Memang hati sedih bila sahabat sendiri mengkhianati sesebuah perhubungan..aku tak mengerti apa sebabnya.. namun untuk aku bertanya tidak sekali.. biarlah.. biarlah dia terus dengan dunia lakonannya…

Thursday, December 2, 2010

Hasrul

Hidup aku kini semakin berbahagia bersama Hasrul. Walaupun terkadang risau penerimaa keluarga Hasrul namun aku tak dapat menepis rasa senang terhadapnya. Walaupun sudah beranak dua namun aku juga manusia biasa yang ingin mencintai dan di cintai.
Namun bukan semudah itu aku menerima Hasrul.. Kami mula rapat setelah aku mula merasa selesa bersama dia..
Hasrul juga dapat menerima anak2ku. Saara & Imraan juga senang dengan Hasrul. Bukan tidak pernah berkawan dengan org lain, namun aku perlu mengutamakan anak-anak.. Jika aku di ajak keluar oleh mana2 kawan lelaki aku pastikan akan membawa Saara & Imraan bersama dan dari situ aku dapat melihat sejauh mana keikhlasan mereka untuk menerima anak2ku.
Memang ramai yang bermulut manis.. sanggup menerima aku & anak2.. tapi hari pertama berjumpa saja sudah menunjukkan rasa kurang senang dengan kehadiran Saara & Imraan. Perlukah aku memberi peluang kepasa lelaki yang begitu?

Aku tak mahu terlebih memuji Hasrul.. Dia juga manusia biasa.. tapi beberapa insiden yang berlaku membuatkan naluri aku tersentuh..
Masih ku ingat satu tika dulu ketika Imran masih kecil dan aku ketika itu tidak mempunyai kenderaan. Aku meminta pertolongan Hasrul untuk menghantar aku & anak2 ke stesen Komuter kerana aku ingin ke rumah Kak Yang di Rawang. Hasrul dengan senang hati mahu menghantar aku terus ke Rawang.. tak perlu besesak2.. kasihan anak2 bisiknya.. aku hanya menurut..
kami berhenti makan di sebuah R & R.. Saara mengajak aku menemaninya ke tandas.. " Sakit perut" bisiknya pada aku. Aku meninggalkan Imraan bersama Hasrul kerana aku harus menguruskan Saara.
Agak lama menguruskan Saara di tandas.. dan ketika aku keluar dari tandas aku lihat Hasrul sedang melayani Imraan yang leka menaiki kuda bermuzik..
Imraan nak pegi tandas tak? soal ku pada Imraan..
Dah.. saya dah bersihkan.. Imraan buang air besar tadi.. dengan selamba Hasrul memberitahu aku..
aku memandang muka Hasrul.. Terima Kasih...itu saja yang mampu ku ucapkan..

Naluri keibuan aku mmg tersentuh.. org yang tidak mempunyai pertalian dgn Imraan sanggup membersihkan najis anak ku tanpa rasa geli..
Kalau org lain di tempat Hasrul, mahukan dia membersihkan najis anak org lain..? hurmm...
Agaknya Hasrul memang begitu... ketika makan juga dia tak segan silu menghabiskan sisa makanan yang tidak di habiskan oleh Saara & Imraan... sayang makanan.. jawabnya bila aku bertanya....
Azman sendiri tidak mahu menghabiskan makanan anak2nya...
Namun aku agak kurang senang dengan perlakuan Hasrul..tapi dengan itu, aku tahu yang Hasrul memang ikhlas menerima aku, Saara & Imraan...

Monday, November 29, 2010

Saara, Imran, Azman Dan Facebook

Berbalik pada Azman.. aku tak pasti samada wajar atau tidak aku menceritakan tentang hidupnya sekarang...
Apa yang aku tahu Azman tidak lagi bersama Ina.. Kata Saara..babah dah ada awek lain.. aku hanya tersenyumm.. 8 tahun berlalu masakan tiada yang berkenan di hatinya...

Terbaru saara memberitahu yang babahnya sudah mempunyai buah hati..
‘Dia pun suka climbing macam babah… orgnya kecik aja mama… rendah pada kakak….’'Dia dah add kakak dlm fb ma... Imraan pun dia ada add juga'
'Abis tu kakak accept? soal aku
'Hurmm tak tahu lagi...' saara memandang wajahku..
'Ma... Imraan dah accept...' Imraan menyampuk..
'Okay... mama tak halang kalau Kakak & Imraan nak accept dia as a friend tp tolong remove mama dlm friends list kakak & Imraan..
‘Napa ma? Soal Saraa
“ kalau dia dah jadi friend dan mama juga menjadi friend Saraa & Imrann.. apa juga yang mama tulis.. yang mama post dlm fb mama dia juga dapat baca..mama rasa tak wajar kalau dia tahu semua aktiviti mama… kakak faham kan? Soal aku pada Saara..
Saraa hanya mengangguk dan aku pasti dia takkan sanggup ‘remove’ mamanya…

Dalam diam aku memjengah jua ke FB ' org yang di maksudkan' org nya comel.. mungkin muda setahun dua dari aku... agak cantik dan memang secocok dgn Azman... cuma aku kurang gemar apabila dia selalu post kan gambar2 dia bersama Saara & Imran...
Sebagai ibu, hati kecil ini sedikit terusik melihat kemesraan dia bersama anak2 aku.. tapi apa yang aku harapkan biarlah dia ikhlas menerima Saara & Imraan sebagaimana dia menerima Azman...

Friday, November 26, 2010

Diari Hatiku - Selepas 8 Tahun

Kini sudah lapan tahun aku meninggalkan kedukaan lampau... Saara kini sudah 11 tahun...Imraan pula sudah 8 tahun.. sebaya dgn usia penceraian aku dgn Azman..
Azman masih lagi menduda... babah masih mencari cinta.. kata Saara..hihii
Anak-anak sudah faham dan menerima hakikat yang babah & mama mmg tidak mungkin bersama lagi.

Dalam sebulan Azman akan mengambil anak-anak...Itupun bergantung pada aktiviti anak-anak di sekolah.. tak lupa setiap bulan kini ada juga dia menghulur belanja walaupun jumlah yang di hulurkan tak lepaspun utk sara diri anak-anak...tapi tak apa..aku pun bukan manusia kejam yang menuntut 5 6 ratus sebulan... berapa yang dia mampu aku terima waima 50 ringgit sekali pun...

Namun apa yang menjadi tanda tanya aku & Azman kini menjadi baik..tiada lagi pertengkaran...kdg2 aku rasa dia boleh memahami aku & aku boleh berkongsi apa saja dengan dia.. begitu juga sebaliknya... mungkin masa yang membuatkan dia begitu..

Terkadang dia meluahkan rasa hatinya..soal umi.. soal ayah.. soal keluarga... aku hanya mampu mendengar.. walaupun kdg rasa mcm nak cakap jer.. 'itu bukan masalah saya' tapi tegarkah aku untuk bercakap mcm tu....
Kadang kadang terbit rasa kesian.. on his age dia tak punya apa-apa.. masih tinggal bersama keluarga... masih menagih kasih dari keluarga aku..
aku mmg kurang senang dgn Azman yang tak segan2 berkunjung ke rumah mak.. pantang di pelawa ada kenduri pasti dia akan hadir..walaupun pelawaan itu lebih menjurus kepada ajak ajak ayam..
Aku tahu ada hati yang terluka tatkala melihat Azman... Namun aku tak boleh memaksa keluarga aku untuk terus membenci Azman...
Jika Mak.. Yop.. Abg Ros.. Yang & Kak wati masih ingin meneruskan silaturrahim dengan Azman aku tak mampu menghalang...



Thursday, November 25, 2010

Diari Hatiku - Bab 16

Panggilan talifon dari mak malam itu benar2 menggangu emosiku..... masih terngiang ngiang di telinga ku suara emak di corong talifon.....'ada cikgu sekolah bertanyakan tentang kau Hanna....bujang lagi.... terpulanglah pada kamu nak terima atau tidak... mak tak memaksa.....tapi mak tengok baik juga orangnya...'
Rasanya aku belum bersedia untuk berumah tangga buat kali kedua... cukuplah dgn apa yang aku lalui bersama dgn Azman dahulu... kepada mak ku nyatakan isi hatiku....
' Hanna minta maaf mak..buat masa ni Hanna tak bersedia lagi.. ..biarlah Saara & Imran besar dulu....Hanna tak mahu pisang berbuah dua kali.....kalau ada jodoh Hanna, tak kemana mak..... '
Ku rasa mak agak terkilan dengan keputusanku itu.. Bukan aku tak mahu.. tapi biarlah masa yang menentukannya...

Masa kian berlalu…kini sudah 5 tahun aku menjalani hidup tanpa suami di sisi…Ku tarik nafas dalam dalam..... ku pandang wajah ku di cermin.... wajah yg pernah mnyimpan seribu satu kedukaan ini tidak lagi cengkung seperti dulu ......badan ku juga tidak lagi sekurus dahulu.... namun jika di renung jauh di dalam mataku masih tergambar kedukaan silam .....jauh di sudut hatiku berbisik..biarlah hidup ku ini kembali bersinar bersama Saara & Imran...
Cukuplah segala pahit maung dan liku liku hidup yang telah ku tempuhi selama ini….bermacam macam jenis manusia yg aku temui.. ada yang benar2 ikhlas membantu..dan tak kurang juga yang ingin mengambil kesempatan di atas kekurangan diriku... kadang kadang aku memang tersentuh dgn tanggapan sesetengah orang terhadap 'janda' seperti ku... aku jua ingin bahagia seperti org lain...

Kini aku bahagia bersama Saara dan Imran…. Imran sekarang sudah 4 tahun dan Saraa sudah pun berada di Tahun satu....Cuma satu ku pohon dari yang Esa.. agar di panjangkan umur ku... di sihatkan tubuh badan ini supaya aku dapat meneruskan hidup di samping Saara & Imran dan mendidik anak anak ku supaya menjadi insan yang berguna satu hari nanti...

Hanna

Diari Hatiku - Bab 15

Mak sudah ku hantar pulang ke kampung… Masih terbayang di mataku air mata mak yang berlinangan ketika melepaskan Saara & Imran........ bukan niatku untuk memisahkan mereka....cukuplah selama ini aku banyak menyusah mak... kini berilah aku peluang untuk membesarkan anak anakku dgn tangan ku sendiri.... Maafkan Hanna mak.....

Saara telah ku daftar kan di Tadika Islam dan Imran ku hantar ke Taska islam bersebelahan dgn Tadika Saara....
Minggu pertama semuanya agak kelam kabut juga.. aku terpaksa menyusun balik jadual harian...pagi pagi mana nak siapkan sarapan... nak kejutkan Saraa & Imran.. mandikan.... siapkan Saara & Imran....
Imran pula setiap pagi selalu merengek rengek.. ada saja yang tak kena..... lepas sarapan.. terkocoh pula aku keluar rumah...tunggu lif.....begitulah rutin harianku.....Setiap pagi Saara & Imran akan ku hantar ke Tadika sebelum aku ke tempat kerja…
Mulanya agak sukar kerana dari hari pertama hingga dua bulan lamanya setiap kali ku hantar ke Taska Imran akan menangis semahu mahunya sambil mulutnya terjerit jerit...' nak duduk dgn atukk... tanak duduk sini.....'susah hatiku di buatnya..... tapi alhamdulillah perlahan lahan dia sudah dapat menerima keadaan itu…

Sejak Saara & Imran disini ku rasakan hidupku kembali bermakna.... cumanya setiap hari aku sudah tak boleh membuat kerja lebih masa.. setiap hari paling lewat jam 5.30 aku harus meninggalkan office.... kemudian aku menjemput Saara & Imran... selalunya jika cuaca mengizinkan aku akan terus membawa mereka ke taman permainan sebelum pulang ke rumah.... tatkala Saara & Imran riang bermain kadangkala perasaan ku tersentuh jua melihat anak anak orang lain yang riang bermain bersama ibu & ayah masing masing... ........
seboleh bolehnya aku mahu memberikan yang terbaik buat Saraa & Imran biarpun aku tahu setinggi mana pun kasih sayang ku terhadap mereka tapi takkan sama dgn sekelumit kasih seorang ayah....

Kini Azman agak kerap mengambil Saara & Imran... Kadang kadang adalah juga dia menghulurkan note 50 atau 100 ringgit buat belanja buat Saara & Imran ....itupun jika angin baiknya datang....jika anginnya kurang baik...tak adalah belanja buat anak anak...... aku juga malas nak bergaduh dgn Azman pasal nafkah lagi...pernah sekali ku suarakan pada Azman ' dulu kat mahkamah awak janji nak kasi 200 sebulan... tapi sekarang nak bagi 100 pun susah...bantulah saya sikit..mana nak bayar taska anak lagi..susu anak...makan pakai anak..."

Bila ku kata begitu lain pula penerimaan Azman " kalu awak rasa anak anak tu membebankan... biar saja aja yang jaga...!! kat umah tu Umi ada... kak Ngah pun ada..' seposen pun awak tak payah keluar untuk anak anak..katanya keras...
Akhirnya hingga ke hari ini aku tak pernah lagi membicarakan tentang duit...kalau ada rezeki Saara & Imran adalah....

Boleh di katakan setiap hari Jumaat Azman akan dtg menjemput Saara & Imran dan akan menghantar pulang pada lewat petang ahad. aku tidak banyak bercakap bila bertemu dengannya.... walaupun kadang kadang riak mukanya agak menjengkelkan hatiku....tapi aku buat tak tahu sahaja.... .Acapkali dia membawa Ina buah hatinya itu ketika menjemput Saara & Imran... tapi Ina hanya duduk di dalam kereta.... pernah jua Saara memberitahu ku yang Azman menyuruh Saara & Imran memanggil perempuan itu dgn panggilan 'Ibu'

Diari Hatiku - Bab 14

Kini sudah 3 bulan aku menyewa di rumah Abg Hasrul…. Kelengkapan rumah serba sedikit telah ku beli…
Dapur dan TV kecil kepunyaan Abg Hasrul telah ku pulangkan kembali kepadanya….. Tak selesa pula rasanya aku gunakan barang orang lama lama.....
Rumah comel itu ku hiasi seadanya. Hampir enam tahun tinggal bersama dgn mertua tak memberi aku peluang untuk mengemas dan menyusun atur rumah mengikut citarasa ku.. Kini aku bebas melakukan apa saja…..Walaupun sekadar rumah sewa tapi aku merasa amat gembira…
Kehidupan ku rasakan semakin lengkap…….cuma..jka boleh aku mahukan anak anak membesar di sisi aku.... sudah lama ku nantikan saat saat itu... ingin benar aku membelai dan mendakap anak anak ku seperti ibu ibu yang lain...
'mama terlalu rindukan Saraa & Imran...' hati kecil ku berbisik....

Lewat petang itu aku pulang ke kampung menjenguk Saara & Imran, Seperti biasa meloncat loncatlah Saara & Imran bersama sama dgn sepupunya Sarah & Asrul bila melihat kereta ku memasuki halaman rumah mak....
Acu balik!!! acu balik!! jerit Imran sambil meloncat kegirangan.......
Bila saja aku membuka pintu kereta Imran sudah memanjat dan duduk di ribaku.... pipiku di cium bertalu talu.. Saara juga begitu..sibuk dia menarik dan mencium tangan ku.....'kakak rindu kat mama' wajah bersih saara ku pandang seketika...
" mama juga begitu sayang......" Imran ku dukung dan Saara ku pimpin masuk ke dalam rumah....

Pada mak ku suarakan hasrat hati ku buat kali kedua untuk membawa Saara & Imran tinggal bersamaku… dan aku bersyukur bila emak mengizinkan…
" bawalah Hanna...itu anak anak kamu...mak tak berhak menghalang... cuma sekali sekala kamu hantarlah Saara & Imran berjumpa mak..." pinta mak dengan muka yang sayu...
" mak...Hanna kan selalu balik sini... kalu mak rindu mak bgtau ya, pasti Hanna bawak budak berdua ni jumpa mak.." wajah tua mak kembali jernih apabila mendengar kata2 yg keluar dari mulutku...

Dua minggu selepas itu aku membawa Saara & Imran tinggal bersama dengan ku. Mak juga ikut serta.... sayang nak berpisah katanya….2 minggu mak berada di rumahku..kata mak.. biar Imran dan Saara biasa dulu dgn persekitaran disini, barulah senang hati mak meninggalkan Saara & Imran..
Selama dua minggu mak yang mnguruskan anak anak ku sepeninggalan ku ke tempat kerja...
Saara ku lihat biasa saja cumanya Imran yang asyik merengek nak main di luar. Mungkin bosan seharian terperap di dalam rumah. Maklumla di kampung dulu dia bebas berlari ke sana ke mari....tapi kini dgn keadaan rumah sewa ku yang comel tu, tak ada banyak ruang untuk dia bermain dan aku sama sekali tak akan membenarnya imran bermain di luar... bukan sombong atau tak mahu bercampur dgn org lain. Tapi aku memang maklum dgn sikap Imran yang agak lasak dan suka memanjat.. aku pula menyewa di tingkat 15, sudah tentu banyak perkara buruk yang aku fikirkan.

Kini ku rasakan hidup ku semakin bermakna….Tak ku sangka…walaupun
tanpa Azman di sisi aku masih mampu untuk meneruskan hidup…

Diari Hatiku - Bab 13

Aku cuba menghubungi Azman berkaitan dgn namaku yang telah di senarai hitamkan……Azman hanya lepas tangan..katanya tiada apa yang boleh dia buat… sebab dia sendiri tak cukup wang untuk membayar ansuran bulanan rumah tersebut…. Kalau mahu, awak cariklah buyer tak pun awak kluarkan KWSP awak settle kan.. katanya….

Akhirnya aku berjaya memiliki kereta sendiri dengan menggunakan nama Abg Ros. Aku amat bersyukur……sekurang kurangnya aku masih boleh memiliki kereta biarpun menggunakan nama orang…
Sejak itu, setiap sabtu lepas waktu bekerja, pasti aku akan pulang menjenguk Saara & Imran di kampung….

Kini aku masih lagi berulang dari rumah Kak Yang di Sg Buaya ke tempat kerjaku di Serdang.. Cuma bezanya kini aku memandu ke tempat kerja….Tak larat juga aku seharian berulang dari Sg Buaya ke Serdang….kalau ikut jalan templer, kenalah keluar awal ..kalau ikut highway..ok… tapi tak larat nak bayar tol pula.. mana nak tuang minyak lagi…. Setelah ku congak congak…ku hitung hitung dan ku fikir fikir aku akhirnya aku membuat keputusan untuk menyewa rumah sendiri……

Dengan pertolongan Abg Hasrul, aku menyewa rumahnya di Cheras. Pangsapuri 17 tingkat itu ku sewa dengan kadar RM400 sebulan… ‘ Sejak beli rumah ni 2 tahun lepas, rumah ni memang kosong Hanna…sesekali saja abang datang lepak2 bersama family di sini….’ Jelas abg Hasrul padaku…
Tanpa deposit, Aku mula berpindah ke rumah abang Hasrul.. tiada apa yang ku bawa melainkan kain baju ku sahaja. Mujur Kak Yang memberi sedikit pinggan mangkuk untuk kegunaanku.
Rumah itu tidak berapa besar….tapi agak selesa juga.
Ketika aku berpindah ke sana rumah tersebut telah siap di pasangkan tikar dan langsir.. juga ada TV kecil, meja makan dan dapur… Kata abg Hasrul barang barang itu memang sudah lama ada di sana….

Ku rasakan hidup ku kembali bercahaya….biarpun tanpa Azman di sisi namun aku mampu untuk meneruskan hidup…Tapi alangkan baiknya jika dapat ku bawa Saara & Imran tinggal bersamaku… tapi kata mak..’ biarlah dulu Hanna..kamu susun hidup kamu baik baik dulu… kalau dah semuanya baik, barulah kamu ambil anak anak kamu semula..kesian Saara & Imran kalu seharian kamu nak tinggalkan di taska… tunggulah Imran besar sedikit..barulah senang hati mak nak lepaskan….’
Aku akur dengan nasihat mak… Aku faham sedari di lahirkan tangan emaklah yang membelai anak anak…setiap malam dialah yang mendodoi & mendakap Saara & Imran…..mana mungkin aku nak pisahkan mereka dalam sekelip mata…..

Diari Hatiku - Bab 12

Kerinduan ku terhadap Saara & Imran kembali hadir…. Mak sudah membawa anak anak ku pulang ke kampung……. Ketika aku menalifon mak kelmarin mak memberitahu ku Imran demam… …. Serta merta wajah Imran terbayang di mataku…Alangkah baiknya jika aku mampu menjaga anak anak ku sendiri di sini… Sampai bila Saara & Imran harus ku tinggalkan pada mak… bisik hati kecilku…..

Aku mencongak congak simpanan yang ada di dalam akaun bank ku….pada mak ku suarakan hajat ku untuk membeli sebuah kereta untuk kegunaan harian dan untuk memudahkan aku pulang untuk menjenguk Saara & Imran di kampung. Mak tidak membantah…. Kalau kamu mampu apa salahnya….’ kata mak.
Satu hari aku menerima panggilan dari pihak Bank…. Malang nasibku, bila permohonan loan aku di tolak oleh pihak bank…. Rupanya nama aku telah di senarai hitamkan oleh pihak bank. Aku di fahamkan, nama aku di senarai hitamkan kerana tidak membayar ansuran loan rumah. Baru aku sedar….. ketika Azman membeli rumah di Beranang dulu dia telah meletakkan nama ku sebagai penama kedua… .’ combined gaji’ kata nya…’ Pada mulanya aku tak bersetuju……….
‘abg kan ke dah ada rumah, takkan nak beli rumah lagi…nak bayar bulan bulan macamana…. Bukannya hutang setahun dua… tapi berpuluh tahun….rumah sini nak bayar… rumah sana nak bayar…. Dua buah rumah aja..dekat 2 ribu kita kena bayar kat bank tetiap bulan….’aku cuba menukar fikiran Azman… Alah…letak nama saja….nanti bulan bulan umi bayarlah….nanti pencen umi nak duduk sana… Umi pula mencelah…. rimas dengan pujukan umi, aku akhirnya akur…
Sudahnya.. wang gaji ku setiap bulan terpaksa ku agihkan pada Azman untuk membantunya membayar pinjaman 2 biji rumah. Bukan itu sahaja… Azman juga memujukku mengeluarkan akaun KWSP ku untuk membayar loan rumah. Jika ku fikir fikirkan balik betapa bodohnya aku tika itu….

Semasa memfailkan penceraian dulu, Azman memujuk aku supaya tidak membincangkan hal itu di dalam mahkamah… ‘saya akan settle di luar mahkamah …awak jgn risau …saya nak jual rumah tu dan hasilnya nanti saya akan bayar balik duit awak katanya.. .. di sebabkan perasaan dan fikiran yang tidak menetu tika itu, aku hanya menurut kemahuan Azman. Sejak bercerai aku sudah tak tahu apa apa mengenai status rumah itu… segala surat menyurat tak pernah sampai padaku…. Hinggalah ke hari ini….Aku benar benar kesal…..

Diari Hatiku - Bab 11

Tengahari itu ketika kami sedang makan beramai ramai bersama mak dan Abg Ros sekeluarga, tiba tiba ku lihat sebuah kereta berhenti di hadapan pagar rumah Kak Yang… Azman rupanya. Ahh... mengapa pula Azman datang? bisik hatiku ... Bagaimana pula dia tahu aku ada di sini..... ..
Abang menjemput Azman masuk…. Kulihat air mukanya biasa saja..seolah olah tiada apa yang berlaku walaupun Abang, kak Yang, Abang Ros, Kak Ro dan mak ada di situ…
Memang muka tak tahu malu…getus hatiku! Peliknya Mak pula melayan Azman seperti biasa… sama seperti dulu… di ajaknya masuk… di hidangkan minuman….bahkan sewaktu Azman bersalaman, mak masih mengusap dahi Azman seperti dahulu. Itulah agaknya yang membuatkan Azman naik lemak. Aku memandang dengan perasaan yang sebal. “ mak ni..org dah buat anak mak macam ni pun masih masih nak layan dia elok elok lagi….rungut ku sendirian….”
Walau apa pun kata mak, dia tak pernah ,membenci Azman….dunia akhirat mak tetap sayang dia seperti dulu..cumanya jodoh aku dengan Azman tak panjang…..
Mak terlalu lembut hati dan pemaaf…..Aku kira sifat mak yang lembut hati dan penyabar itu banyak mempengaruhiku.

Saara ku lihat tak lekang dari riba Azman….Sejak dari Azman datang, Saara diam di ribaan Azman …..Cuma Imran yang agak takut takut untuk mendekati Azman. ‘ Hanna, saya nak bawak anak anak makan KFC kat Rawang.. jom ikut sama… ‘ Azman tiba tiba bersuara… aku hanya membatukan diri ..… kalu satu tika dulu dia membenci diriku…kini aku sudah merasakan bibit bibit kebencianku terhadapnya sudah mula ada dalam diriku… “ Tak apalah…awak pergilah dengan Saara & Imran…’ acuh tak acuh aku menolak ajakannya…
‘Pergilah siap Hanna…dah lama Azman tunggu tu….’mak memujuk…
aku hanya memandang wajah mak…..’hush!!! Mak ni…, org tanak dia suruh pula… getus hati kecil ku…..’
Saara dan Imran sudah masuk ke dlm kereta Azman…..Mahu tak mahu terpaksa juga aku pergi… …

Sepanjang perjalanan dari Sg Buaya ke pekan Rawang, Saara & Imran bukan main gembira…melompat sana sini ….aku hanya membatukan diri dan membuang pandangan jauh jauh…entah mengapa hati ini terasa begitu sakit……
Sampai di restoren KFC, Azman juga tidak berbual dengan ku…dia sibuk melayan karenah Saara yang mahu di suapkan ayam, di suapkan nugget…. Kemudian dia mengambil Imran dari pangkuanku…di dukungnya Imran sambil melihat Display Toys yang ada di restoren KFC itu…….aku hanya melihat dengan pandangan yang kosong……
‘Hanna…tolong ambilkan gambar saya dgn anak anak’…pinta Azman……
Aku hanya menurut….. Azman mendukung Imran dan Saara berdiri di sebelahnya….
( Hingga kini gambar itu masih ada dalam simpanan Saara... selalu ku lihat Saara menatap gambarnya bersama Azman & Imran....)
Lewat petang Azman menghantar aku bersama Saara & Imran semula ke rumah Kak Yang… Azman sempat menghulurkan note 50 ringgit padaku sebelum berlalu pergi………

Diari Hatiku - Bab 10

Hujan masih lebat ketika aku menekan loceng untuk berhenti… Jarak antara simpang tempat bas berhenti ke rumah Kak Yang agak jauh. Terlintas untuk berteduh di bus stop sahaja… tapi keadaan malam yang semakin gelap buat aku menukar fikiran . Takut juga berteduh berseorangan di bas stop yang agak sunyi itu. Aku mula mengatur langkah. Dengan beg yang tergalas di bahu membataskan langkah kaki aku… titis titis hujan mula membasahi tubuhku….Terasa diri ini begitu kecil….dalam sekelip mata tubuhku lenjun di basahi hujan....
serta merta wajah Saara & Imran terbayang di mataku….Betapa rindunya aku pada anak anakku. Fikiranku mula melayang… mengenangkan kembali apa yang telah berlaku pada diri ku…..kenangan tika aku mengecap bahagia dan saat saat manis bersama Azman kembali menerjah di kotak fikiran…. “ Sudikah Hanna jadi Isteri abang…” masih segar di ingatan ku ketika Azman meluahkan isi hatinya… ' Abang akan jaga Hanna baik baik..selagi hayat di kandung badan...." Aku sendiri tak menyangka begini kesudahannya rumah tangga yang ku bina bersama Azman… Segalanya ku rasakan bagaikan mimpi… ya mimpi ngeri yang tak akan aku lupakan sepanjang hidupku……Pertama kali aku berjumpa umi aku sudah mengagak umi kurang senang dengan gadis kampung seperti aku... huluran tangan ku hanya di sambut dengan hujung jarinya sahaja tanpa memandang wajahku...Mana mungkin dapat ku lupa watak watak penting yang telah pernah hadir dalam hidupku satu tika dulu..…wajah umi, ayah dan Azman silih berganti…..

Sedar tak sedar, aku sudah sampai ke perkarangan rumah Kak yang. Perlahan pintu rumah ku ketuk. Riuh rendah suara anak anak buahku melihat keadaan ku yang basah dan mukaku yang pucat kesejukkan. Kak Yang tiba tiba datang memelukku erat ...ku lihat ada air mengalir dari kelopak matanya…. “ Kak Yang… napa nangis nihh……'soalku....aku sedih melihat keadaan kamu yang macam pelarian Hanna’ kata kak Yang sambil menghulukan tuala …. Aku hanya tersenyum mendengarkan kata kata kak Yang….'mana ada Hanna lari kak.. Hanna naik bas lah...'aku cuba menutup mendung di hati Namun jauh disudut hatiku… aku juga sedihh dengan perjalanan hidupku sendiri… tapi aku pasti…….mendung tak bererti hujan…. satu hari nanti pasti ada sinar untukku…aku pasrah
Malam itu aku tak dapat melelapkan mata... macam macam yang bermain di fikiranku... bilalah dugaan ini akan berakhir ya Allah. Berikanlah Aku kekuatan untuk meneruskan hidup demi anak anak ku...

Di sebabkan jarak antara Rawang dan Serdang agak jauh, setiap hari, seawal 5.45 pagi aku sudah terpacak di bas stop. Seterusnya berhimpit himpit menaiki bas Dari sg Buaya ke Pekan Rawang, setibanya di pekan rawang, aku terkocoh kocoh pula melintas jalan ke stesen komuter untuk ke tempat kerja di Serdang.. Begitulah rutin harian ku…
Kadang kadang bekejar kejar aku untuk menaiki bas terakhir dari pekan Rawang ke rumah Kak Yang. Penatnya tak usah di kira..... sampai melecet kakiku di buatnya.... Kalau terlepas bas alamatnya terpaksalah menaiki teksi dengan kadar RM15 dari pekan Rawang ke Sg Buaya..... Kadang2 jika berkesempatan, Abang & Kak Yang datang menjemputku di stesen komuter Rawang......

Aku menjadi lebih tenang tinggal bersama dengan Kak Yang…kesunyian ku terisi dengan kaletah anak anak Kak Yang. Along, Angah, Alang & Boy benar benar mengisi kerinduan aku terhadap Saara & Imran.

Sejak tinggal bersama kak Yang Abg Ros kerap membawa mak bersama Saara & Imran menjenguk aku di rumah Kak Yang. Mungkin jarak antara Slim River & Sg Buaya tidak terlalu jauh membuatkan Abg Ros tak kisah untuk menghantar mak datang menjengukku setiap minggu. Tak lupa ku hulurkan duit minyak untuk Abg Ros dan selalunya Abg Ros akan menolak pemberianku. Sudahnya secara senyap ku masukkan sejumlah wang dalam poket seluarnya.
Kini hidup aku lebih ceria....kadang2 hingga seminggu mak di rumah kak Yang. Terubat segala kerinduanku selama ini. Saara sudah semakin bijak dan Imran juga sudah semakin lasak... jauh di susut hati ku berdetik...sudah besar anak anak ku......

Diari Hatiku - Bab 9

Hari demi hari aku menjalani hidup seperti biasa...Hinggalah suatu hari aku di kejutkan oleh panggilan telefon dari seorang perempuan yang memperkenalkan dirinya sebagai Ina...barulah ku tahu...inilah rupanya perempuan yang di gilai oleh Azman selama ini...begitu berani dia memberi amaran kepadaku... ' Hey...Jangan ingat, awak dah bekerja di kuala Lumpur, awak dapat merebut Azman semula!!.. Aku akan buat sampai Azman melutut di kaki aku! katanya keras...hemmm kalau setakat kerja sebagai kerani, awak tak payah nak berlagak lah Hanna!!...aku tersentak...wah sungguh berani perempuan ni bercakap begini padaku....kalu di ikutkan rasa hati mahu saja perempuan itu ku maki.............sakit sungguh hati aku dengan intonasi suara nya yang seolah olah mngejek aku.....di hujung perbualan aku sempat mencelah..kalau lelaki yang macam Azman yang awak mahu kan..ambil lah..saya sedikit pun tak kisah...!!! dan akhirnya dia memutuskan talian......

Aku merasa sedikit tertekan...Aku baru sahaja nak memulakan penghidupan yang baru di sini...Azman pula kerap mengganggu ku... kini perempuan itu pula...fikiran ku kusut...
Petang itu aku balik ke rumah dengan perasaan yang sebal... bilalah agaknya dugaan ini kan berakhir...aku mengeluh panjang......


Sebaik saja aku sampai di pintu rumah aku terkejut apabila melihat mangga & lubang kunci grill telah di rosakkan...pintu rumah juga telah di cat dengan kata kata ugutan...aku jadi takut dan terus menalifon Liza..Liza memberitahu ku dia ada sedikit masalah kerana seseorang sedang mencarinya dan dia takkan pulang buat beberapa hari... Aku tiba tiba jadi marah...dan terus mendesak Liza..akhirnya Liza mengaku ada meminjam duit along dan sekarang along sedang memburunya.....
Seluruh badanku menggigil... bagaimana kalau tiba tiba Along itu ada di sini..? ke mana harus ku tuju...?
Wajah Abg Hasrul tiba2 terlintas di mataku....segera nombornya ku dial...malang sekali abg Hasrul sedang bertugas..tapi katanya dia akan meminta bantuan Othman despatch boy di office kami untuk membantu ku...

Setelah pintu di pecahkan, Othman segera mnyuruh aku membawa keluar barang2 yang penting..
'Bahaya kak, kalu berhutang dengan Along ni dia bukan kisah siapa yang berutang....baik akak jangan duduk sini dulu buat sementara waktu ni..kata Othman
Tapi kemana pula harus ku tuju...akhirnya aku meminta Othman menghantar aku ke stesen komuter...

Setibanya di stesyen komuter, aku berkira kira ke mana harus ku tuju, sudahnya aku membeli tiket ke Rawang... tidur di rumah kak Yang ajalah bisik hati kecilku..
Empat puluh lima minit perjalanan dari Serdang ke Rawang ku rasakan terlalu jauh. Sepanjang perjalanan macam macam yang bermain di fikiranku. Wajah Saara & Imran silih berganti....
Tiba di rawang hujan mula turun...dengan beg yang ku galas, aku berlari lari anak menuju ke perhentian bas....
nasib ku baik..bas terakhir menuju ke Sg Buaya masih lagi menunggu penumpang.....
Ku lihat jam di tangan...jam sembilan malam....bas mula bergerak dalam kepekatan malam....

Diari Hatiku - Bab 8

Aku berkira kira untuk mencari pekerjaan.. tapi kalau setakat di kampung, kerja apalah sangat yang boleh aku buat….terlintas di hatiku untuk berhijrah ke kuala lumpur… Tapi bagi kah mak kalu aku ke sana… bagaimana dengan Saraa dan Imran yang ketika itu masih menyusu badan….
Aku kembali menghubungi kawan kawan lama untuk meninjau ninjau peluang pekerjaan…
Gembira aku bukan kepalang apabila mengetahui Kak Sheila, Abg Hasrul, Kak Miza, semuanya masih lagi bekerja dengan syarikat lama tempat aku bekerja dulu...

Atas persetujuan mak aku membuat keputusan untuk berhijrah.. Ku cekalkan hati berbekalkan baki simpanan hasil dari penjualan bunga aku mula mengatur langkah. Genap umur Imran 6 bulan aku membuat keputusan ke Kuala Lumpur. Imran ku ajar menyusukan melalui botol...
Sayu hati aku bila memandang mata kedua dua anakku… Namun apakan daya…mama terpaksa sayangg…

Aku bersyukur, setibanya aku di KL aku telah mendapat kerja di sebuah syarikat pembentungan. Walaupun hanya berpendapatan asas RM500 dan selebihnya bergantung kepada komisyen namun aku tiada pilihan.
Tak apalah..buat sementara bisik hati kecilku….
Di sana aku berkenalan dengan Liza…Dengan ehsan Liza, aku menyewa bilik di rumah sewanya dengan kadar RM200 sebulan…di sebabkan aku tidak mempunyai kenderaan, En, Syawal bos di syarikat tempatku bekerja menyewakan keretanya kepada aku dan Liza untuk memudah kan aku mencari jualan…
Hidup tak semudah yang di sangkakan…..

Kalau pada waktu siang aku kesana sini mencari jualan, waktu malamnya aku banyak menghabiskan masa berseorangan di bilik…Keadaan bilik ku kosong….hanya ada beg pakaian dan sebiji bantal kecil yang ku bawa dari kampung….
Setiap kali ku pandang siling, wajah Saara & Iran bermain di fikiranku…malam ku rasakan terlalu panjang….terlalu rindu hati ini pada Saara & Imran....

Tinggal bersama Liza benar benar mencabar aku dgn telatahnya... Liza ketika itu berusia 28 tahun…janda anak 7 dan berasal dari Utara tanah air.. Tapi tingkah lakunya tak ubah seperti anak gadis yang berusia 18 tahun… suka bersosial dan gemar memasang muzik dengan kuat sambil menggoyang goyangkan kepala dan badannya sambil mengikut rentak …kadang kadang lucu juga melihat gelagatnya…. Aku selalu mengusik Liza....."Liza.. kalau la anak anak hang yang 7 orang tu tengok mak dia terkinja kinja begini…macamana lah agaknya reaksi diorg ya…
Walaupun begitu Liza tak pernah melupakan aku…. kemana saja dia pergi selalu aku di ajak bersama…pernah jua dia mengajak aku ke Disko dan Pub yang seumur hidup tak pernah aku kunjungi…….Namun aku cepat sedar…itu bukan dunia aku….Aku datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki yang halal untuk Saara & Imran…

Sebulan bekerja aku mendapat tawaran baru di Syarikat ‘M’ yang sama tempat aku, Abg Hasrul dan Kak Sheila bekerja dulu… kebetulan aku pergi utk menziarahi Kak Sheila di sana dan aku di tawarkan bekerja .Gembira hati ku bukan kepalang… Imbuhan yang ku terima jauh lebih baik dari sekarang….Rezeki Saara & Imran.mungkinn….

Jika dahulu aku berkongsi dengan Liza menyewa kereta En. Syawal tapi kini aku tak ada kenderaan untuk ke tempat kerja… kebetulan tak ada bas mahupun public transport dari rumah sewaku untuk ke tempat kerja yang baru… Liza mencadangkan agar teman lelakinya yang ku kenali sebagai Rizal menghantarku ke tempat kerja buat sementara waktu…mulanya aku agak keberatan ..bimbang apa pula tanggapan orang nanti...tapi akhirnya aku tiada pilihan…
Atas izin Liza setiap hari Rizal menghantar dan mengambil ku dari tempat kerja.


Setelah menerima gaji pertama di Syarikat M, aku pulang ke kampung menjenguk Imran dan Saara..Riang hati ku tak terhingga apabila menatap wajah anak anak ku...tak puas rasanya sehari bersama Saara & Imran..
Petang itu Kak Wati menghantar ku ke perhentian bas... tak lupa ku tinggalkan duit untuk perbelanjaaan anak anak ku dan ku hulurkan sedikit belanja untuk mak….sejak itu setiap 2 minggu sekali akukan pulang ke kampung menjenguk Saara dan Imran

Masuk bulan kedua aku di Syarikat ‘M’, sok sek sok sek perihal diriku mula di perkatakan di pejabat. Di sebabkan aku pernah bekerja di Syarikat ‘M’ satu tika dulu Rata rata dari staff lama mengenali aku sejak dari anak dara hinggalah aku berkahwin dengan Azman…kisah hidup aku menjadi bahan sendaan…. Apa aku pakai…apa aku buat…dengan siapa aku keluar..dengan siapa aku makan semuanya menjadi topik hangat di pejabat….Hinggakan ramai yang beranggapan buruk padaku. Pernah aku terfikir untuk berhenti… tapi atas Nasihat abg Hasrul aku pekakan juga telinga… ….

Sejak Azman mengetahui aku berada di kuala Lumpur, seringkali dia menalifon aku dan selalu marah marah dengan sebab yang aku sendiri pun tak tahu… pernah sekali Azman mengungkit yang Saara & Imran tu anaknya..dan bukan anak aku bila aku berkeras tak mengizinkannya mengambil Saara & Imran. Katanya benih itu benih dia….dia hanya tumpangkan di dalam rahim aku…dan meminjam alat aku untuk melahirkan Saara & Imran…
Azman mengugut untuk melarikan Saara & Imran.. aku jadi takut & tertekan… .. masih ku ingat ketika di Mah kamah dulu… Azman merayu rayu supaya aku tidak menuntut harta sepencarian dan nafkah tertunggak…. Katanya kalau aku tak tuntut harta..dia juga takkan tuntut anak….
Tapi sekarang lain pula jadinya….
Dia benar benar mengganggu perasaan aku…....

Diari Hatiku - Bab 7

Kepulangan Nyah ke kampung benar benar mengubati hati aku.. Memang aku agak rapat dgn Nyah…dari kecil memang aku selalu di manjakannya…aku di panggil adik Na oleh Nyah… dengan Nyah ku kongsikan segala suka duka ku...
Selama di kampung Nyah tidak menunjukkan sebarang perubahan hinggalah pada suatu hari Nyah mengadu sakit kepala yang amat sangat…dan begitulah keadaanya..hari demi hari… Nyah hanya terlantar di katil… keadaannya bertambah teruk ketika hari beransur senja… kadang kadang naik lenguh tangan ku memicit kepalanya. Kak Ngah, mak, kak wati dan aku bergilir gilir menjaga Nyah… puas mak bawa Nyah berubat ke sana sini..tapi tak nampak sebarang perubahan… bahkan keadaan Nyah makin teruk. Mak ku lihat semakin sedih… Di sebabkan penyakitnya itu, Nyah di berhentikan kerja…Mak sekali lagi terpaksa menanggung beban menyara Kak Ngah dan empat orang anak Nyah yang masih lagi bersekolah…
Mak sedikit pun tak merungut apabila terpaksa mengeluarkan simpanannya utk ke tanah suci untuk membayar ansuran kereta Nyah yang sudah 3 bulan tertangguh…dan untuk kegunaan perubatan Nyah. Kasihan mak…..Setiap malam mak akan tidur di sisi Nyah sambil tangannya tak berhenti memicit kepala Nyah….sungguh besar pengorbanan mak…..

Petang Selasa tu Nyah merungut nak makan kebab… kebetulan hari tu ada pekan sehari aku bergegas membelikan Nyah kebab…. berselera sungguh ku lihat Nyah mengigit kebab sambil menghirup air tebu yang ku bungkuskan untuknya.
Lewat petang Nyah merungut susah nak bernafas… aku mengusap ngusap dada Nyah dan ku sapu dgn vicks. Ku lihat dada Nyah berombak seperti orang kepenatan.
Hampir Magrib, Nyah mengesot perlahan lahan..menuju ke bilik air.. nak mandi katanya….
Dalam sekelipmata ku lihat Nyah terjelepuk di pintu bilik air dan tak sedarkan diri… keadaan menjadi kecoh..
Kami beramai ramai mengangkat Nyah ke dalam kereta dan menghantar Nyah ke Klinik Kesihatan berhampiran. Malang sungguh nasib Nyah, Pembantu perubatan di sana juga tak dapat memulihkan Nyah.

Sudahnya Nyah di kejarkan ke Hospital Tanjung Malim… sampai di sana Nyah di sahkan kritikal..dan terus di hantar ke Hospital Ipoh. Malang sungguh, ketika sampai di Simpang Pulai..ambulan yang membawa Nyah menagalami kerosakan…dan terpaksa berpatah balik ke Slim River…
Nyah menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke Slim River…

Masih ku ingat bila deringan talifon berbunyi…kami semua berdebar menunggu khabar tentang Nyah… tetapi bila Abg wan menyebut ‘innalillah hiwaina ila hirojiun’ aku pasti Nyah telah meninggalkan aku… meninggalkan mak… meninggalkan kami semua……
Mak menangis dan meratap semahu mahu nya… kenapa tinggal mak…mak dulu sepatutnya tinggal kan kamu….
Ku peluk mak erat erat….mak…jangan meratus begini mak…Allah lebih sayangkan Nyah….
Jika mak sedih…aku jua turut sedih…bila memandang mata ke empat empat anak arwah Nyah…aku jadi semakin pilu… wajah aida..syima..fikri, syamil & Hakim ku pandang dengan hati yang sayu…. anak anak buah ku kini menjadi anak yatim...Tak sanggup aku menatap anak mata mereka……

Jenazah Nyah selamat di kebumikan berdekatan dgn kubur arwah abah…..ketika semua sudah selesai…aku masih lagi di tanah perkuburan….. aku terus ke kubur arwah abah…ku pegang nisan kubur …..wajah abah terus menjelma di ingatan aku…sedari aku kecil..tak pernah sekali pun abah menjentikku..apatah lagi memukul ku….aku di tatang bagai minyak yang penuh….air mata tak dapat di seka lagi…….abah…lihat Hanna abah… pandang Hanna… anak bongsu abah yang di persia siakan… kalau abah masih ada tentu anak abah takkan jadi begini…..Hanna tak ada siapa lagi abah… Nyah pun dah pergi tinggalkan Hanna……aku menangis semahu mahunya…..

Seminggu selepas Nyah pergi..mak masih lagi berendam air mata…. Aku tahu..dugaan untuk mak terlalu berat….Lepas satu..satu lagi musibah yang datang....kasihan mak...Setiap saat air mata sentiasa bergenang di mata tuanya…

Diari Hatiku - Bab 6

Pagi itu Kak Yang & Abang menemani aku ke Mahkamah.. Setibanya aku di sana aku tak nampak kelibat Azman ... Biarpun hampir setengah jam menunggu, bayangnya pun tak nampak. Aku merungut di dalam hati...kalau Azman tak datang kali ni..mesti kes akan di tangguhkan....Puas aku menalifon talifon bimbitnya tapi tak dapat di hubungi...
Akhirnya ketika nama aku di panggil utk memasuki dewan mahkamah, dari jauh ku lihat Azman terkocoh kocoh berlari anak dari tempat paking kereta sambil mngenakan songkok di atas kepalanya.....
Masuk kedalam dewan Mahkamah Azman duduk di sebelah ku...aku memandang wajah Azman....aku sedar kasih sayang ku terhadapnya masih berbaki di hati ini......tapi aku juga sedar..tiada sekelumit pun rasa cinta Azman untukku......

Tiba masa perbicaraan, Azman tiba tiba memohon untuk menukar penceraian biasa kepada tebus talak…Ini bermakna aku harus membayar Azman untuk melepaskan aku dan bukan penceraian biasa seperti yang di persetujui oleh Azman sebelum ini. Berlaku sedikit kekecohan dia mahkamah… Aku mohon pada Azman, jika dia mahu aku membayarnya..aku akan bayar..tapi bukan di dalam mahkamah…biarlah di luar mahkamah….kerana walau seringgit aku membayarnya untuk ‘Talak” aku sudah tidak boleh rujuk kembali dengan nya….ketika itu naluri aku kuat mengatakan satu hari nanti Azman pasti datang kembali kepadaku....Azman berkeras..dan akhirnya aku memberi persetujuuan kepada mahkamah…
Azman hanya meminta aku membayarnya RM64.64. dan akhirnya aku tertalak lagi buat kali kedua..

Mahkamah memutuskan Hak penjagaan anak di serah kan sepenuhnya kepadaku dan atas rasa ehsan aku membenarkan Azman menjenguk anak anak sebulan sekali selama seminggu.Mahkamah juga memerintahkan Azman membayar nafkah sebanyak RM400 untuk anak anak dan Azman merayu untuk mngurangkan jumlah..akhirnya aku bersetuju dengan kadar RM200 sebulan untuk kedua anakku. Memang Azman cerdik..dia memberikan berbagai alasan apabila mahkamah mahu memindahkan terus RM200 dari akaunya ke akaunku pada setiap bulan.. Dia memberi alasan, setiap bulan dia akan memberi wang terus ke tangan ku semasa dia menjenguk anak anak. Aku ketika itu hanya menurut saja apa kemahuan Azman.

Setelah semuanya selesai aku mngatur langkah ke luar mahkamah dengan persaan yang lega... segalanya telah berakhir... ku lihat abang & kak Yang sedang menanti ku di lobi Mahkamah dengan muka yang sedihh..aku tahu...mereka sayangkan aku...aku anak bongsu 7 beradik... tetapi aku yang terpilih untuk menghadapi ujian ini....aku mengukir senyuman....ketika aku masuk ke dalam kereta, kulihat kereta Azman melepasi perkarangan Mahkamah..biarlah ....
biarlah kedukaan itu pergi....

Dalam masa aku dikampung..ada juga sesekali Azman menalifon, tapi dia hanya bercakap dengan Saraa sahaja. aku semakin dapat menerima kenyataan. Walaupun pedih telinga ini mendengar umpatan jiran sekampung namun aku tak hiraukan. Aku berasa semakin tenang. Kalu di ingat ingat semula.. dalam usia 23 tahun sudah menjadi janda beranak dua... kadang kadang terasa lucu juga bila ku bawa Saara keluar orang menyangka yang Saara itu adik ku... Mungkin keadaan tubuh aku aku kurus tika itu membuatkan orang menyangka begitu..
Bergelar janda dalam usia yang muda bukanlah senang...mak kata aku kena banyak banyak sabarrrr...banyak banyak pekak kan telinga dengan umpatan orang.....dan yang paling penting kena tabah...

Kebetulan diwaktu itu, musim bunga telah menular di kampungku. Bunga bunga hidup digilai oleh orang kampung semua rumah di hiasi dengan bunga bunga gantung dan beranika jenis dan warna bunga. Aku tak melepaskan kesempatan ini... Anak anak pokok bunga yang ku ambil di sekitar rumah mak ku ke semai di dalam polybeg. Ku susun rapi di bawah pokok rambutan, setiap hari ku siram dan Abg wan juga telah membuat pondok bunga dan ku jadikan mini nuseri untuk aku mempamirkan anak anak bunga yang ku semai. Kereta buruk arwah abah aku gunakan untuk mengangkut tanah di kebun sawit...anak anak buah ramai yang membantu... Alhamduluillah bunga bunga semaian ku menjadi...
Rezeki ku murah, ramai jiran tetangga datang untuk membeli anak anak bunga semaian ku. Gembira hatiku bukan kepalang. Sekurang kurangnya dengan duit yg ku terima, aku mampu untuk membeli susu untuk Sara & Imran. Nak harapkan duit Azman... jangan mimpilahh....Seminggu sekali aku ke pekan Bidor dengan kereta abg Ros untuk mendapatkan bekalan bunga.

Hinggalah suatu hari aku terasa sakit di bahagian ari ari... mak cakap mungkin peranakan ku jatuh. mana taknya...hari hari aku mengangkut tanah...menyangkul...mengangkat pasu pasu bunga...kebetulan ada seorang bidan kampung aku yang pandai mengurut. Mak membawa aku untuk menaikkan kembali peranakan... aku kembali sihat tetapi selepas itu cerita baru pula timbul... kononnya Azman meninggalkan aku kerana 'permata' aku sudah tidak elok...sudah rosakkk...itu sebab Azman cari perempuan lain...sedihnya aku bukan kepalang... kenapa manusia hanya pandai menghukum aku.... seingat aku sejak aku melahirkan Imran..sehinggalah aku di ceraikan Azman dahulu..belum pernah sekali pun Azman menyentuhku...apatah lagi meniduriku... cerita itu sampai di telinga mak ketika di kenduri kahwin di rumah jiran... Jika selama ini mak banyak bersabar tapi kali ini mak tak dapat menerima bilamana orang menuduh anaknya begitu... namun apalah daya aku untuk membetulkan tanggapan orang......Perasaan aku bercampur baur...antara marah....sedih...dan malu...malu yang teramat sangat..............

Diari Hatiku - Bab 5

Setibanya di kampung aku cuba berlagak seperti biasa walaupun aku begitu tertekan dengan keadaan sekarang. Setiap saat fikiran ku bercelaru?kenapa..kenapa...dan kenapa... terus menjadi persoalannya....aku cuba mendekatkan diri pada tuhan?mencari cari jawapan yang tersembunyi ?mengapakah begitu hebat dugaan untukku.. di cerai?di rujuk?dan di tinggalkan semula?ya Allah..berilah aku kekuatan..
Aku menjalani hidup seperti biasa. Sok sek sok sek jiran sekampung membuatkan aku merasa malu untuk keluar rumah. Ada yang menganggap aku perempuan murahan..sebab itu di tinggalkan suami...ada juga yang kata mak yang kawal hidup aku.....macam macam cerita yang ku dengar... kasihan mak... sedikit sebanyak mesti hati tuanya tersentuh dengan cerita cerita sebegitu.Tapi mak tetap meniupkan kata kata semangat untuk aku...dan mak jugalah yang menyara kami anak beranak. Kadang kadang abang ros, abg wan ada juga menghulurkan duit buat belanja untuk Imran dan Sara. Sampai bila aku harus bergantung pada mak. Kesian mak..dengan umurnya yang sebegini tak wajar aku menyusahkannya. Tapi siapa lagi yang aku ada selain dari mak untuk aku tumpang bergantung pada saat saat begini. Namun kata mak, selagi dia hidup dia takkan benarkan orang mempersia siakan aku dan cucu cucunya.

Imran & Sara amat manja dengan mak, mak memberikan perhatian yang lebih pada anak anak ku. Begitu juga dgn kak Wati & Abg Atan yang tinggal sekali dengan mak. Setiap hari Sara & Imran di kiliknya hinggakan Sara & Imran memanggil Mak & Ayah pada Kak Wati & Abg Atan. Walaupun tanpa Azman sekurangnya kurangnya anak anaku dapat juga merasa kasih sayang seorang ayah.

Masih ku ingat, ketika itu lagi seminggu hari raya akan menjelang...aku sibuk membantu mak menyiapkan tempahan biskut dan kuih raya. Ramadan ku sambut seadaanya... Abg Atan membelikan Saara & Imran sepasang baju baru.. betapa gembiranya Saara sambil berpusing pusing menggayakan baju barunya di hadapan ku. Apalah anak sekecil itu tahu.....Jauh di sudut hatiku sedihnya bukan kepalang....aku tak dapat membelikan apa apa untuk Saara & Imran.....Maafkan mama sayangg....
Pagi hari raya..aku membuang pandangan jauh jauh.... orang lain mengucup tangan suami....riang gembira bersama anak anak... tapi aku??? ketika aku menghulurkan tangan bersalaman dengan mak..aku tak dapat menahan perasaan.....semuanya terhambur di situ juga..air mata yang selama ini cuba ku seka... cuba ku tahan..akhirnya gugur jua....aku menangis semahu mahunya... dan akhirnya hari raya berlalu begitu sahaja tanpa apa apa erti buat aku......

Hari berganti hari?bulan berganti bulan?Saraa semakin besar dan Imran juga semakin cerdik. Aku memfailkan tuntutan cerai sekali lagi di Pejabat Kadi . Kali ini aku nekad. Jika Azman sudah tak mahukan aku, buat apa lagi aku menunggu?.. aku masih muda.. baru 23 tahun.. masih banyak ruang di hadapan sana untukku meneruskan hidup. Nak tunggu Azman..entah bila aku akan di gantung begini....Kes di failkan di Mahkamah Syariah Teluk Intan. Dalam pada itu..aku sering berulang dari Kampung ke Teluk Intan. Kereta abg Ros lah yang selalu ku jadikan sasaran. Nasib baiklah abg ku itu amat memahami. Azman telah ku maklumkan bahawa kes sudah di failkan. Dia sedikit pun tak kisah...

Diari Hatiku - Bab 4

Pagi Selasa itu aku bersiap siap utk ke mahkamah. Mak nampak sugul. Aku tahu mak sedih.. tapi apa dayaku….
Ku cium ubun ubun sara dan Imran. Mama pergi sayang….. bisik ku perlahan…

Kali ini aku tidak di jemput oleh Azman sebaliknya aku memandu sendiri kereta yg aku pinjam dari Abg Ros. Setibanya di Mahkamah dari jauh ku lihat kelibat Azman menuju ke arahku…tangannya ku cium lembut..walau pun aku tahu…hari ini adalah hari terakhir aku akan bergelar isterinya. Azman hanya memandang kosong dan di hulurnya aku satu bungkusan. Rupanya dia telah membelikan aku sepasang kasut. Aku sendiri pun tidak tahu atas alasan apa kasut itu di belikannya utk ku.

Setelah perbicaraan berakhir akhirnya aku di ceraikan oleh Azman dengan talak satu.
Sedihnya bukan kepalang..6 tahun berkongsi hidup akhirnya aku di ceraikan…
Aku cuba mengawal perasaan agar tiada setitik air mata pun yang gugur di hadapan Azman.
Biar hatiku pedih…biar jiwa ku merintih…aku redha jika itu kehendak Nya.

Azman mengekori aku keluar dari mahkamah, Hana…Hanna… jeritnya… abg nak ikut balik kg boleh.? Abg nak tengok anak…aku mengangguk tanpa menoleh ke arahnya ....…
Kereta Azman mengekori ku hingga ke halaman rumah mak.
Mak nampak terkejut apabila melihat Azman datang bersama ku..
“ hanna tak jadi bercerai ya…? Azman tak jadi ceraikan hanna ya..” kulihat ada sinar di sorotan mata tuanya. tapi apabila ku kabarkan pada mak
yang aku telah di ceraikan mak menangis lagi.. maafkan Hanna mak… Hanna tak berniat melukakan hati mak.. tapi apa daya Hanna mak…hati kecil ku terusik melihat linangan mak………
Petang itu Azman pulang ke Kuala Lumpur. Aku hanya memandang kosong hingga bayangan keretanya hilang di pandangan mataku. Hanna…. Kamu sudah tak punya suami sekarang…hati kecilku berbisik…
Setelah 2 minggu menjalani hidup sebagai janda, Azman tiba tiba balik ke rumah mak jam 4 pagi. Aku terkejut bila Azman tiba2 meluru ke arahku…di sembahnya kaki aku. Katanya dia tak boleh hidup tanpa aku dan anak2…
Dia menyesali apa yang berlaku...satu persatu dia menceritakan segalanya walaupun aku tak bertanya...
katanya dia memang ada perempuan lain...Janda beranak satu yang berkerja disalon bersebelahan Bank tempatnya bekerja...Dia juga sudah macam suami isteri dengan perempuan yg hanya ku kenali sebagai Ina itu.
Hancur luluh hatiku bagai dirobek robek....Tapi bila mengenangkan Saraa & Imran ku pujuk hatiku untuk menerima Azman semula..

2 minggu selepas itu kami kembali rujuk . Sebagaimana dia tergesa gesa menceraikan aku dahulu..begitulah juga keadaannya ketika dia mahu rujuk dengan ku. Kadang kadang ku lihat Azman seperti orang yang hilang arah. Tapi ku tekadkan hati...
Azman berjanji utk membawa aku berpindah dari rumah Umi ke rumah baru kami di Beranang.
Aku terpaksa berhenti kerja demi menyelamatkan rumahtangga. Masih terbayang betapa murungnya wajah cikgu Alias bila mengetahui aku ingin meletakkan jawatan. Namun tiada apa yg membahagikan ku selain berada di sisi suami & anak anak.

Mak melepaskan aku dengan berat hati. Azman membawa aku kembali ke rumah Umi. Buat sementara waktu katanya.. lagipun rumah di Beranang tu, belum di pasang lampu dan grill.
Mungkin itu alasan Azman untuk memujuk aku pulang ke Kuala Lumpur.
Sudah ku agak, setibanya di Kuala Lumpur kehadiran aku mmg tidak di alu alukan oleh mertuaku...
Ayah mahupun Umi masing masing menyalahkan aku atas sebb yang aku sendiri tak faham. Demi rumatangga yang baru bercantum semula, mahu tak mahu terpaksa aku telan segala kepahitan.

Sejak aku kembali ke rumah ini, belum sekali Azman menyentuhku...Sikapnya tidak menentu..hinggalah
masuk minggu ke dua Azman mula tidak pulang kerumah…..kalau pulang pun hanya sekadar mandi dan bersalin pakaian. Bila ku ajukan soalan, akan mencetuskan pergaduhan.
Aku sering di ganggu oleh panggilan panggilan yang tidak berjawab dan yang paling mengejutkan aku bila Azman sendiri mengaku tak dapat melupakan Ina. Rupanya setiap pagi Azman akan menghantar Ina ke tempat kerja dan sering bermalam di rumah Ina. Aku tak faham dan tak mengerti atas alasan apa Azman rujuk semula dengan ku jika dia masih lagi dengan perangai lamanya..
Aku tertekan dgn keadaan Azman, Umi & Ayah. Hampir gila aku di buatnya…….

Azman bersikap seperti tidak bersalah... Awak buatlah apa yang awak suka.. pergilah failkan kes kalu awak nak..Malas dah saya nak turun naik mahkamah...katanya . Ya Allah.. begitu mudah sekali Azman berkata...seolah aku ini sampah yang boleh di pungut dan di buang sesuka hati...
Aku korbankan segalanya demi Azman….tapi inikah yang aku dapat..Aku mengalami gangguan mental yang teruk. Kepala seringkali ku hantukkan ke dinding..aku buat apa saja yang ku rasanya betul. Seolah olah ada suara yang membisikkan pada ku supaya bertindak begitu. Aku pernah menyalahkan tuhan kenapa aku diuji begini… kenapa!!

Kepada Ayah & Umi ku suarakan apa yang ku rasa, dengan harapan mereka akan memahami ku, tapi malang nasibku Ayah & Umi menyalahkan aku lagi. ‘kau ingat kau baik sgt ke Hanna?, cuba kau cermin diri kau tu sebelum menyalah kan anak aku’. Ayah menunjal nunjal dahi aku di hadapan Umi.
Umi hanya memandang dan semua keburan aku di ungkitnya…Ayah & umi kata aku ni tidak sabar. Sabar sebagaimana lagikan yang harapkan dari aku?? aku jadi terlalu sedih dgn semua ini.Kini aku tiada sesiapa lagi di sampingku. Hanya Saara dan Imran… ya hanya anak anak ku..

Malam itu aku di jemput oleh Abg Wan pulang ke Kampung. Keadaan menjadi tegang. Namun ku kuatkan hati. Aku bukan sampah, yang boleh di buang dan di pungut sesuka hati..Aku juga ada maruah! Sepanjang perjalanan ke kampung air mataku tak putus putus berlinangan. Kenapalah aku hambamu di terpilih untuk menanggung beban ini ya Allah..

Diari Hatiku - Bab 3

Setiap hari aku berendam air mata. Makan minum tak ku hiraukan, puas mak membebel padaku ‘ kamu
tu dalam pantang Hanna, jaga makan minum…jgn hanya ikutkan perasaan.. .
Aku juga tak mahu menyiksa diri ku sendiri mak... bisik hati kecilku.,.


Dua minggu selepas itu aku menerima surat dari Pejabat Kadi dan aku tahu bahawa Azman telah pun membuat
pengaduan dan aku benar benar pasti yg Azman benar benar sudah membenciku .
Sungguh mudah dia membuangku. Fikiranku bercelaru memikirkan sebabnya.

Pada hari seisi kaunseling Azman menjemput aku di rumah mak terus ke pejabat Kadi.
Macam2 alasan yg di berikan pada Kadi . Aku ketika itu masih dalam pantang,
dgn susu yg masih membengkak, dgn kaki yg masih berstokin ku gagahi juga mengikuti seisi
kaunseling tersebut. Puas kadi memberi jalan penyelesaian tapi Azman tetap dgn keputusannya tetap
mahu menceraikan aku. Akhirnya setelah ketiga tiga kali seisi kaunseling tidak berjaya kes kami
di failkan di Mahkamah Slim River. Dalam masa itu Azman tidak pernah ,menghulurkan belanja utkku
& anak 2, untuk itu aku terpaksa berniaga kecik kecilan di hadapan rumah mak.
Dapat juga 5 6 riggit sehari utuk belanja susu sara & Imran selebihnya mak & abang abangku
yang menghulurkan serba sedikit untuk keperluan kami anak beranak.


Deruman motosikal mengejutkan lamunanku Oh abg Ros rupanya……..Hanna, Abg ada nampak iklan kat Stesen minyak tadi, diorg nak pakai cikgu tadika….esok interviewnya kat sekolah rendah, cubalah Hanna mohon, mana tau ada rezeki anak2.. Cadang abg Ros.. aku mengangguk lemah……di saat begini rasanya mmg aku sudah tidak ada hati utk bekerja.tapi mngenangkan anak2 aku harus tabah. Takkan nak mengharapkan ehsan org sampai bila bila. Hidup harus di teruskan… Ya..aku harus tabah!



Ramai juga calon2 yg hadir untuk temuduga pagi tu, aku mengenakan kebaya & selendang hijau..sedondon.. Kalau di ikutkan aku malu untuk berdepan2 dgn org2 di situ..rata rata mgetahu masalah rumahtangga ku. Tapi demi sesuap nasi utk anak2 di gagahi jugak…Maklum sajalah tinggal di kawasan kampung yang rata ratanya penduduknya melayu cerita begitu mmg mudah tersebar. Aku tersentak apabila namaku di panggil masuk.
Eh, kamu ni anak Pn Aisyah Pengerusi GPW kan? Soal salah seorg dari penemuduga. Err.ya saya….emm saya Puan Asmah, penolong Kanan sekolah ini…..yg itu En Ismail dari Jabatan pendidikan Daerah & yg ini Cikgu Alias Guru besar di sekolah ni….melihat pada rekod kamu, kamu pernah bertugas sebagai guru sandaran di sekolah ini dulu ya. Apa agaknya yg mendorong kamu utk mencuba jawatan sebagai guru tadika di sekolah ini? soal Puan Asmah
Encik,, sebagai anak jati kampong ini, tak salah rasanya jika saya mencurahkan sedikit sebanyak ilmu saya kepada anak bangsa saya sendiri. Aku menjawab tiap soalan yg di ajukan kepadanya dengan tenang….tekadku hanya satu.. hidup perlu di teruskan demi anak anak…

Akhirnya aku berjaya menjawat jawatan sebgai guru Prasekolah di tanah tumpah kelahiranku sendiri. Aku bersyukur sekurang kurangnya rezeki Allah masih ada buat ku. Aku kembali bersemangat untuk membina hidup baru.
Hari pertama di Prasekolah hati ku terhibur dengan telatah anak nak muridku...ada yang menangis..menjerit...kadang kadang melayan karenah mereka membuatkan aku rasa terhibur dan terlupa dengan masalah yang m,elanda diriku buat seketika...
Hari hari ku rasakan semakin bermakna... aku sekarang sudah bekerja... sekurang kurangnya aku ada pendapatan tetap biarpun hanya RM600 sebulan. Wajah Imran dan Saara terus bermain di minda ku...

Seminggu di sekolah aku mendapat surat utk sebut kes di mahkamah Slim river. Mahu tak mahu aku terpaksa berterus terang dgn guru besar tempat aku mngajar dan secara tak lansung guru besar juga mngetahui masalah ku. Sejak itu rajin pula Cikgu Alias mengambil berat tentang diri aku. Rajin dia menjenguk aku selepas waktu mengajar. Bertanya kan aku macam macam soalan..tak sunyi kah aku….tak teringat pada alam perkahwinan yang dulu kah…tak ingin berteman kah….macam macam soalan yang pada aku tak patut di tanya.
Kekerapan cikgu Alias menjenguk aku di Prasekolah selepas habis waktu mengajar telah membuatkan aku merasa kurang senang. Di tambah pula dengan soalan soalan yang agak memalukan membuatkan aku benar benar tidak selesa... Tapi tak apalah...sekurang kurangnya..cuti aku telah di luluskannya....

Diari Hatiku - Bab 2

Sejak aku balik ke Kampung, dua atau 3 minggu sekali Azman aku pulang ke Slim River untuk menjenguk aku & Sara tapi kebekangan ini jika balik pun masanya banyak dihabiskan di kolam kolam pancing bersama Shani anak buahku. Aku tidak merasa apa2 perubahan Azman sehinggalah suatu malam aku terasa sudah sampai waktu utk melahirkan. Malangnya mak pulang ke Taiping ,menghadiri kenduri kawin anak mak Ngah. Kebetulan Azman pulang hari tu dan aku di bawa ke hospital Slim River oleh Azman. Sepanjang perjalanan Azman membebel kerana mak balik kg di saat ahkir kehamilan ku. Nasib baiklah dia balik hari tu. Jika tidak siapa yg akan mnghantar aku ke hospital. Aku Cuma membatukan diri sambil menahan kesakitan.
Tepat jam 4.00 pagi aku selamat melahirkan Imran dan kerana ada sedikit kompilasi aku & bayi ku di kejarkan ke HKL. Azman tidak menaiki ambulan bersamaku.. Dia memberitahu ku dia kan mengekori dari belakang. Setelah semuanya selesai aku menanti kelibat Azman namun tak kelihatan. flask air , raga yg berisi susu,milo & biskut serta beg pakaian aku semuanya berada di kereta Azman. Sehinggalah aku di tempatkan di wad aku tak nampak bayang Azman. Akhirnya aku tertidur dgn keadaan yg lapar & dahaga. Hanya keesukan pagimya Azman dtg melawatku dan Imran. Tanpa rasa bersalah dia memberitahu ku ia tidak terus ke hospital sebaliknya pulang ke rumah Umi. Dia tak terfikirkan betapa aku memerlukan semua yg ada di dalam raga itu? Tak terfikirkan dia bisikku di dalam hati.
3 hari aku di hospital Azman datang membawa mak & Sara bertemu ku. Gembira hatiku bukan kepalang. Namun kegembiraan ku tidak lama kata Azman aku harus tinggal di rumah Umi seminggu lagi sebelum dapat pulang ke rumah mak. Seminggu di sana aku kasihankan mak. Serba tak kena di buatnya, Maklum berada di rumah orang tambahan pula Umi hanya bersikap selamba saja. Aku rasa amat bersyukur bila Azman mnghntar aku ke rumah mak. Setibanya di kg. Azman terus pulang ke Kl atas alasan kerja.
Di kg mak melayan aku bgkan puteri, semuanya mak sediakan utkku..air mandian dari daun, lauk haruan masak lada, sup ayam kampong..emmm sedapnya..
Jika dahulu Azman akan pulang menjengukku & Anak 2 minggu sekali. Tapi kini pulangnya tak menentu. Rupanya di situlah segalanya bermula



Abg nak tidur dimana? tidur di sini aja ya…..Hanna bentangkan tilam untuk abg ya? aku bertanya pada Azman. Tak apalah, saya nak tidur di luar,.Keras suara Azman menjawab.Janganlah begitu bang……nanti apa pula kata mak, lagipun abg balik sesekali, kalaupun tak mahu sekatil dgn Hanna tapi tidurlah dgn Sara. kesian dia. Aku memujuk Azman sambil menyusukan Imran. Ubun ubun Imran ku elus lembut. Eh.. awak tau tak……saya ni dah tak ada apa perasaan pada awak lagi tauu…..Cuma sebb anak2 aja saya balik. aku terpaku dgn kata kata yg keluar dari mulut Azman. Sejak kebelakangan ini lain benar perangai Azman. Apa salah Hanna bang?? Knapa abg cakap begitu? aku mula menyeka air mata yg mula mngalir. Saya dah tak ada feeling kat awak, dah tawar hati tau takk? Saya nak balik KL malam ini juga. Tegas Azman. Aku mula menangis, kalau pun abg nak balik…..tunggulah esok pagi…..nanti apa pula kata emak…sampai hati abg buat Hanna macam ni, .. tangisan ku makin kuat.ku letakkan Imran yg nyenyak di tilam.perlahan lahan aku membontoti Azman
Ini barang barang awak, semua , saya dah bawa ke Kampung.tak payahlah awak balik ke KL lagi!! aku tersentak melihat Azman mengeluarkan barang2 dari kereta , Kain baju ku di bungkus dgn plastik sampah …….apakah kesalahan yang aku lakukannya hingga suami sendiri sanggup memperlakukan aku begitu….. kalau Hana buat salah Hanna mintak ampunn, minta Maaf, tapi jgn buat Hanna macam ni….ku sembah kaki Azman…tangisan ku tak dapat di kawal lagi.
Kenapa ni Hanna?? Celah mak tiba tiba…..apa yg dah jadik ni Man?? mak….saya mintak maaf banyak banyak.tapi saya tak dapat nak jaga anak mak lagi……saya dah tak ada perasaan terhadap dia…..sekarang saya serahkan dia semula pada mak. Tapi kenapa Man?? Apa salah Hanna ?? Azman meninggalkan aku yg terjelepuk di pangkuan mak


Hanna tak tahu apa salah Hanna mak, kenapa dia buat Hanna begini, aku sudah tak peduli lagi…aku menangis dgn semahu mahunya…mana mungkin suami yg amat aku cintai meninggalkan aku begitu saja tanpa sebab.. sudahlah Hanna….jgn di ikutkan sangat hati.kau tu masih dalam pantang….nanti bentan….mak memujuk aku …Mak juga sedih Hanna…kata mak sambil menangis…. …Tapi mak kenapa dia buat Hanna begini, kenapa..? luka bersalin pun belum sembuh mak, sakitnya pun masih terasa..sampai hati dia buat Hanna begini mak……….aku sudah tidak malu lagi..sampai hati Azman buat aku begini..sampai hati Azman!!


Sejak itu Sudah dua minggu Azman tidak menjenguk aku & anak anak di kampung. Sara sudah mula merengek.…mana abah ma?? abah kerja...carik duit..nanti nak beli susu kakak……pampers adik..jadi minggu ni abah tak dapat balik tengok kita…aku cuba memujuk Sara walaupun hatiku hancur mengingatkan apa yang keluar dari mulut Azman . Hari hari yg ku lalui begiru perit, namun ku gagahi juga….memandang bayi kecil yg baru 29 hari umurnya aku jadik sebak.Inikah hadiah yang ku terima dari azman setelah berarung nyawa melahirkan zuriat untuknya.
Apalah yg bayi sekecil ini tahu. Ku renung mata Sara..arghh.anak anak ini tak bersalah….kenapalah tiba tiba saja Azman berubah laku? Hati ku hancur mengenangkan apa yg berlaku.Ya Allah adakah ini dugaan utk ku ya Allah… Tiap masa air mataku pasti gugur, perit rasanya menghadapi situasi sebegini…


Deringan talifon pagi itu membuatkan Imran sedikit terkejut. Pantas mak menyambut gagang . Hanna….. talifon dari Azman, Perlahan aku menyambut gagang….. Hanna, petang esok saya akan balik , sejuk hati aku mendengarnya….awak panggil abg abg awak..saya nak berbincang pasal kita….saya dah tak boleh nak teruskan hidup bersama awak Hanna….. Berdegup jantung aku mendengarnya….tapi kenapa bang? Apa salah Hanna?? Engkau fikirlan sendiri jawab Azman sebelum memutuskan talian.
Kenapa Hanna?? Man nak balik esok mak….dia nak jumpa abg ..dia dah tak mahu bersama dgn Hanna lagi mak….sampai hati dia mak…. Mak mngelus ngelus rambut aku…kenapalah nasib kau begini Hanna…mak juga turut menangis… .Memang dia amat sayangkan menantunya itu…tak sangka Azman boleh berubah dalam sekelip mata…


Kepulangan Azman di nanti oleh 2 abgku & 2 org abg Iparku. Saya dah tak mahu bersama dgn Hanna…dgn bersahaja kata kata itu keluar dari Mulut Azman. Tapi kenapa?? Kalau Hanna ada buat salah, sebagai seorg suami kau patut membimbing dia bukannya meninggalkan dia begini aja.. abg Ngah mula meninggikan suara…. Tapi Saya dah tak ada perasaan pada Hanna..lagipun saya tak mampu nak menjaganya…Azman memberi alasan..Kalau kamu ada adik…dan adik kamu di perlakukan sebagimana kamu perlakukan pada adik aku, barulah kau tahu apa yg aku rasa sekarang. Keras suara abg Ngah. Aku mendengar dgr dgn tenang…..sedaya upayanya aku tidak mahu meniskan air mata hari ini. Walaupun hatiku bagai di robek robek namun ku seka juga air mata agar tidak jatuh……buai Imran ku hayun lembut….Mak sudah mengongoi ngongoi menangis….dia sudah tidak malu lagi….di sembahnya kaki Azman, janganlah kamu ceraikan Hanna man….ingatlah anak anak kamu yg masih kecil tu… Azman diam..keras benar hatinya……Abg Ngah mula Panas…tak apalah Mak, kalau dia tak mahu adik saya, tak apa...saya takkan biarkan adik saya mati kebuluran makk…..
Azman melangkah keluar rumah, aku mengikutinya dari belakang….ku kucup tangan Azman walaupun jauh di sudut hatinya aku tahu tiada sedikitpun perasaan kasih Azman buat dirinkua…… Mak masih lagi menangis….wajah cucunya yg nyenyak di buai mimpi di renung…..sungguh kasihan cucuku….
 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat