Sejak semlm hati aku di rundung sebal yang tebal…
Terasa macam ada benda yang menyumbat nyumbat dlm hati yang minta di keluarkan segera.. Tidur menjadi tak lena walau puas mencari posisi yang sesuai…
Terimbas imbas kepada penyebab perasaan aku menjadi sebegini..
Rasanya dah lama betul aku tak mengalami perasaan yang menyumbat menyumbat macam ni.. (maaf ya pembaca.. tak abis abis lagi pasal sahabat aku tu..)
Susahkan nak hilangkan kesumbatan hati ini…
Ini semua pasal Mawar Putih Berduri
Yang Zahirnya Nampak suci..
Yang kuntumnya Cantik Beseri
Yang baunya semerbak wangi
Yang batangnya dipenuh Duri..
Tapi sayang..
Putih tidak bererti suci..
Cantik tidak bererti baik..
Wangi tak bererti mulia…..
Mengapa ya.. Mawar putih selalu menjadi lambang kesucian??
Mengapa ia selalu menjadi pilihan?
Memang zahirnya suci.. tetapi ia berduri…
Memang ia cantik.. tetapi ia berduri….
Memang ia harum ..tetapi ia berduri……
Kecantikan.. kesucian dan keharumannya membuatkan org lupa pada durinya…
Walaupun ia bisa menyakitkan hati dan Mencederakan perasaan orang lain……
Eh, Hai!
1 year ago
Bukankah manusia hanya memandang pada zahir sahaja, sejak azali.
ReplyDeleteManusia lazim memilih yang serupa tetapi jika kita enggan, jadilah diri sendiri, yang lebih selesa tanpa perlu mengikut sesiapa.
ReplyDeleteYang penting hati sendiri bahagia.
=)