Monday, December 13, 2010

Aku dan Hari Ini

Ntah kenapa hari ini mcm tak ada mood nak menulis... kerja pun bnyak..mata pun mengantuk..bermula dari Petang jumaat hinggalah ke mlm tadi tak selesai selesai agendaku..
'Ma penat ya ma..? soal Saara..'
aku hanya tersenyum...
'Kakak picitkan kaki ya? tanya saara
tanpa menunggu jawapan tangan tangan halusnya mula memicit kaki aku...
Imraan pula sibuk menunjukkan skill mengurut pinggang.. memang ku akui walaupun Imran baru berumur 8 tahun namun tangan kecilnya 'terasa' bila memicit aku.. mungkin mewarisi bakat mengurut Azman agaknya..
Sesekali berborak dgn anak2 sambil memicit badan terasa best juga.
Imraan sibuk memancing aku membawanya ke Petrosains.. ( terpengaruh dgn rancangan tom tom bak....)
'jom la ma... kita pergi petro sains..' bodek Imraan
'Nantilah kita pergi..tggu ma ada duit ya' aku pula memujuk..
'Ajak babah la Imraan.. boleh pau awek babah sekali' Saara mencelah..
wah anak-anak aku ni dah pandai mengepau rupanya..
" kita selesaikan apa yang perlu dulu ya Imraan.. mama belum beli buku sekolah... nanti dah beli semua.. ada duit lebih kita pergi ya...' aku memujuk...
" Imraan hanya diam.. aku tahu hati kecilnya memberontak...
bukannya aku tak mahu membawa Saara & Imraan ke sana tapi aku belum punya kesempatan.. hari-hari biasa aku bekerja.. sabtu pula ada kelas.. ahad saja aku ada masa.. itupun kalau aku betul2 free..
Tapi itu cerita malam semalam....Malam ni aku mesti sunyi...
Semalam Azman dtg menjemput Saara & Imraan untuk ke rumahnya pula...
seperti biasa aku izinkan...dan kini aku kembali sunyi...
Kesunyian memaksa aku membelek belek semula sms di dalam inbox hp..
sms yang ku terima dari Zam di petang Jumaat itu ku baca semula..
satu persatu ku belek & ku delete mana yang tidak patut ku simpan..
Kenapa ya? susah sungguh memadam kenangan silam..

3 comments:

  1. Akak tak pernah pergi petro sains lagi. hana mesti sibuk, nak belajar dan menguruskan keluargakan.

    ReplyDelete
  2. Hanna pun belum pernah pergi kak.. tengoklah nanti ada kesempatan bolehlah bawa anak2 pergi..
    nak buat donut gebu mcm akak pun tak de masa.. beli jerr.. hihihii

    ReplyDelete

Terima Kasih Yang Sudi Singgah....

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat