Minggu ini terlalu sibuk.menguruskan Majlis Hanis.. mungkin ada yang bertanya mengapa aku terlalu sibuk dengan Majlis Hanis? Aku sebenarnya buat freelance Make up untuk pengantin dan juga baru berjinak jinak di alam Modelling.. tapi bukan aku yang jadi modelnya.. just tumpang sekaki untuk mencontengkan muka muka si model….
Majlis Hanis memang meninggalkan kesan kepenatan yang teramat sangat …bermula dari mekap hinggalah pelamin semuanya aku yang uruskan. Dengan bantuan Liz & Nora…semuanya telah selesai…Hanis amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang di berikan & aku juga amat bersyukur dapat memenuhi kehendak pelanggan..
Majlis bertandangnya juga amat gilang gemilang di Dewan Perdana Felda.. dan aku di pertanggungjawabkan untuk menatarias wajah Hanis di malam itu..
Dan aku telah memberikan yang terbaik untuk Hanis…
kerja telah selesai.. majlis juga sudah berakhir.. tapi masih ada yang belum langsai….. Setelah seminggu lebih majlis berlalu tapi aku belum pun mendapat bayaran.. memang terasa teramat penat..
SMS ringkas yang ku terima dari Hanis menyatakan betapa dia kesempitan wang kerana sudah berhabis untuk majlisnya yang telah terover badget… dan meminta tempoh.. menunggu bonus suaminya yang di jangka keluar xlama lagi…
Katanya dia hanya mampu membayar aku 700 sahaja buat masa ini..
Tapi sehingga ke saat ini.. 700 itu juga belum Nampak bayangnya…
Aku masih mempunyai hati perut.. aku faham keadaan Hanis yang kesempitan.. tapi janganlah menganiaya aku.. ..aku bukan saja saja membazirkan wang.. dan seluruh tenaga aku secara percuma untuknya..
Aku juga mencari rezeki.. Aku sanggup mengorbankan masa cuti yang sepatutnya ku luangkan dengan anak2 kerana sesuap nasi..
Kata Liz, aku sepatutnya melayan Customer sebagai customer dan x lebih dari itu..
Tapi bagi aku bukankah elok jika melayan customer seperti kawan…Supaya hubungan antara aku & customer akan berpanjangan… tapi kini aku sedar kebenaran kata kata Lis..
Liz membebel pada aku bila aku mengadu yang Hanis minta tangguhkan bayaran.. ‘Orang dah pijak kepala kau. Benda lain dia boleh bayar.. kenapa tak pada kau?
Mungkin kerana itulah bayaran untuk aku ditangguhkan.. kerana dia menganggap aku kawannya….Hubungan yang baik membuatkan orang mengambil kesempatan di atas kebaikan aku.. tanpa mengira keadaan aku.
Tatkala terasa diri ini amat kerdil.. Mengapa aku selalu menjadi mangsa keadaan..?
Eh, Hai!
1 year ago
Akak dulu macam suri, sementelah, dah banyak ranjau yang akak lalui, buat hati akak jadi sekeras kerikil. Akak tak bagi muka lagi. Betul tu kata kawan suri. Sekarang akak dah tak mudah nak tunduk dengan kata orang.Buat apa je ikut hati sendir. Tak payah nak jaga hati orang. Siapa lagi, yang dapat gembirakan hati kita, kalau tak, kita sendiri.
ReplyDeleteitulah kak.. lembek sgt pun asik kena pijak orang.. cemana ya nak bagi hati ni keras sikit?
ReplyDeletehurmmmm