Friday, December 10, 2010

Lebih Senang Begini

Aku lebih senang begini… bercerita tentag kehidupan sendiri.. untuk kepuasan aku sendiri….biarlah taman suri ini yang menjadi teman setia...mendengar apa juar coretan & luahan hati aku… itu lebih baik daripada berkongsi dgn teman2 dan akhirmya cerita itu akan di panjang panjangkan dan di sampai sampaikan…paling teruk andai teman kita itu menjadikan cerita lampau kita sebagai senjata untuk menjatuhkan kita…


Tuntutan hidup terkadang membuatkan masa terasa amat berharga.. Terkadang teringat juga pada insan2 yang pernah hadir dlm hidup ini satu tika dulu.. mereka yang senantiasa memberi semangat kepada aku untuk terus maju… Tapi apalah gunanya mengenang benda yang telah lepas….
Esuk aku akan menghadapai peperiksaan dan aku perlu kuat.. perlu melakukan semuanya selagi terdaya utk masa depan aku & anak2… 2 3 hari aku telah menelaah buku tapi aku tak berapa dapat apa yang di baca… mungkin sebb bermacam2 perkara yang menghantui fikiran aku…
Kata org bukan senang nak senang.. aku akui mmg bukan senang..semuanya memerlukan pengorbanan.. antara anak2..kerjaya.. pelajaran.. minat & juga hobi…
Semuanya menuntut pengorbanan…
Mujur anak2 memahami mamanya yang masih belajar.. mamanya yang selalu tertidur dengan buku dan pen di tangan.. mamanya yang selalu meninggalkan mereka sewaktu ke kuliah.. mamanya yang selalu meninggalkan mereka tatkala mencari rezeki…
Namun aku lakukan semuanya demi mereka.. Benarlah kata orang.. kasih ibu sampai ke syurga…

3 comments:

  1. Salam kak ina... terima kasih sudi singgah..
    mama yang masih lagi belajar..taun depan habis.. tak sabar rasanya nak tamatkan kuliah....

    ReplyDelete
  2. Salam Suri

    Terima kasih berkunjung ke teratak sepiku di sana.
    Ya, aku mengerti sekali perasaanmu itu kerana aku jua pernah melalui. Apa yang diharapkan agar kamu bersabar dan jangan mudah berputus-asa. Mereka petah berbicara tetapi tak pernah memahami apa yang kita rasa.

    Semoga gembira selalu dan selamat maju jaya

    =)

    ReplyDelete

Terima Kasih Yang Sudi Singgah....

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat