Kenapa ya?
Kenapa sekarang semuanya berubah?
Akukah yang berubah? Atau diakah yang berubah..?
Ya.. memang dia yang berubah.. kemudian pura pura bertanya mengapa aku berubah..?
Sedangkan dia yang berubah.. atau dia yang membuatkan aku berubah?
Aku tak mengerti mengapa perlu dia berbuat begitu .. mengapa?
Aku bukanlah jenis manusia yang begitu.. biarkan dia berubah dan aku sebolehnya tidak mahu mewujudkan jurang persahabatan biarpun aku tahu… dia semakin jauh jauh dan terus jauh dari aku…namun untuk aku memutuskan persahabatan ini tidak mungkin…. Terlalu banyak kenangan indah untuk di kenang…tak sanggup rasanya memutuskan tali persahabatan hanya kerana mendambakan ‘kasih sayang dari seseorang’
Tapi mengapa dia sanggup mencemari ikatan persahabatan ini hanya kerana dia juga ingin di kasihi oleh orang yang mengasihi aku? Mengapa dia cuba mengganggu dan mempertikaikan kasih yang aku terima? Sedangkan aku tidak pernah mengganggu hak dia..apatah lagi mempersoalkan tentang kehidupan dia..
Salahkan aku jika ada insan yang sudi mengasihi aku?
Salahkah aku jika tiada orang yang mahu mengasihi dia?
Salahkah jika aku yang sudah ber ‘anak’ ini di kasihi?
Salahkah aku ??
Aku tidak boleh memaksa orang untuk mengasihi aku..
Aku juga tidak boleh memaksa orang untuk membenci aku
Aku tidak pernah meminta apa-apa…
Jauh sekali mengharap simpati orang…
Tapi mengapa aku menjadi bahan ‘irihati ‘ org lain ?
dan yang paling menyedihkan orang yang iri itu adalah sahabat aku sendiri…..
Eh, Hai!
1 year ago
dari lafazjiwaku aku berpinsah ke zannarohim.blogspot
ReplyDeleteBlog deleted ya Zanna? patutla xdpt buka lafazjiwaku..
ReplyDeletekenapa emosional sangat hanna. Siapa yang menguris perasaan ke? Sahabat, adalah musuh sebenar dalam kehidupan kita.
ReplyDeletePasti perasaan itu tiris dan dalam sekali lukanya. Selepas orang yang disayangi, sahabat adalah peluka paling lama yang memerlukan masa untuk sembuh. Bersabarlah dan semoga menemui cahaya baru.
ReplyDeleteKak Ina & Sephi...
ReplyDeletemmg hati sedang terguris...sahabat yang di kasihi rupanya duri dalam daging..