Friday, September 30, 2011

Bayo Singgit jer untuk Urut dengan Gentel

Badan ni dah lama sakit sakit...
mintak di urut.. mintak di belai...
tapi mmglah xde masa untuk semua tu... dapat buat sit up 3 4 kali sehari pun dah cukup baik dah.. tu pun kalu nasib baik dapat la 'sit & up' kalau nasib tak baik.. sittt jer la x boleh nak up up...

Aku suka gak ngurut ngurut badan nih... nak nak pulak kalau Zanna si tukang karut yang urutkan..puas rasanya mendengarkan dia sendawa berkali kali.. heheh macam magic plak.. boleh transper transper angin nih...

Kalu nak urut geli geli vs manja manja bolehla mngurut si Spa Spa... mcm mcm jenis urut ada... korang sediakan duit jelah yer... sebut pasal Spa ni, nak pomot siket Spa kawan aku si Dina,
De AUra Spa kat Sri Kembangan...

Kalu nak urut power siket kenalah cr tukang urut, mak mak bidan ke.. haa.. time tu rasa nak terkencing pun ada.. memang sakit diorang mencari urat urat kita tuh.. dan bayarannya seikhlas hati... tapi sekranag rasanya dah ada bayaran tetap RM30.00 sekali urut... kalau amik pakej urut bersalin 10 kali urut RM500 termasuk ubat.. kelass kan..

Tapi semlm aku ke Mines temankan Cik Akua sopping smbil2 tu cecuci mata...
Lepas tu ternampak la kerusi hitam macam ni :




sementara Tunggu Cik Akua membelek belek baju.. aku melabuhkan punggung kejap.. tetiba terasa plak nak cuba kusi urut ni...
masukkan seringgit & anda akan di urut selama 3 minit.. wah sedapp betul... complete dari kaki hingga ke kepala di urut.. perghhhh lega rasanya....
3 minit berlalu.. mesin dah berhenti....
pandang kiri.. pandang kanan.. masukkan lagi seringgit.. heheh.. hilang rasa sesengal badann. dan yang paling best vontot kita pun di urutnya.. kelass ko cik jahhh


Tengok ni... Fara Fauzana pun guna kosi Gentel ni youuu...


So, kepada sesapa yang nak terasa di belai.. di urut dengan best & murah, boleh le dapatkan kerusi Gintell ni di kedai berdekatan yerr..
Tapi kalau tak nak beli pun x pe.. masukkan jer singgit & anda akan di layan sepenuhnya selama 3 minit...
Selamat Mencoba...

Sedekah Jariah

kata orang aku ni terlalu lembut hati.. mudah terpengaruh & mudah terpedaya.. selalu percaya kepada benda benda yang belum tentu kesohehannya..
Di sebabkan perangai aku yang satu ni jugak..aku acapkali di tipu oleh syarikat goreng & menang... ngeee... itu belum di kira lagi aku kena tipu masa beli gula gula kat kedai antie sebelah opis ni...
seposen 2 biji... tapi kalu beli yang dah siap peket , sepeket 0.50 sen..kalau kira balik dlmnya cuma ada 8 bijik. sepatutnya 50 sen 10 biji kan..? ha.. tulah korang semua x tau... tektik antie jual gegula dlm peket utk cepat kaya.. heeeee..

Adatlah kan dalam dunia ni pasti ada adengan tipu menipu punya... even kita pun sesekali akan menipu jugak kan.. tipu sunat lah katakan...
alau apa pun aku sgt bersyukur kerna di kuniakan hati yang lembut & mudah tersentuh melihat kesusahan orang lain walau aku sendiri bukanlah dalam kategori senang lenang. Tapi bagi aku tak salah andai rezeki yang Allah Taala kurniakan pada aku ini, di kongsikan dengan orang lain..
Andai kata aku di tipu, itu antara orang yang menipu itu dengan Allah  Taala.. Tanggunglah dosa menipu
Tentu ada yang tak bersetuju dgn statement aku ni kan.. tak apa.. setiap orang ada pandangan masing masing.
Bersedekah ini tidak terikat kepada wang ringgit sahaja, banyak lagi kaedah kaedah lain.. mendoakan orang lain jugak sedekah... kongsi kongsi resepi jugak di anggap sedekah.. banyak lagi cari kita untuk bersedekah.
Teringat pula kehebatan Saiyidina Umar Al-Khattab bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang bersedekah seluruh hartanya.
“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)


Tapi kalau tiap kali kita mahu bersedekah & tiap kali itu jugak kita takut 'org yang patut menerima sumbangan kita itu menipu' kita, sampai kiamat pun kita tidak dapat bersedekah...
Teori aku senang saja...  kalau di datangi si peminta sedekah aku akan bagi jer seihklas hati aku.. x kisahlah 2 ringgit ke singgit ke... dan aku niatkan sedekah aku itu ikhlas kerana Allah Taala...
selebihnya aku hanya berserah.. andai kata orang yang aku sedekah tadi menipu aku, itu antara dia & Allah Taala... antara aku sesama manusia dah lepas dah. Dan yang paling aku pasti aku takkan akan miskin pun kerana memberi seringgit dua kepada dia walupun dia ada potensi untuk kaya dengan koleksyen seringit dua ringgit yang dia terima sepanjang hari.. Wallahualam..

Cer baca email yang aku terima semlm...
sebak aku membacanya.. membayangkan kalau itu adalah anak aku...


SESUAP MAKANAN, SEJAMBAK HARAPAN
by Help KAFA Integrasi Al-Insaniah on Friday, September 9, 2011 at 7:08pm
Ini Izam. Sebabnya saya tak letak nama penuh dan terpaksa memozekkan wajahnya adalah kerana janji saya pada bapanya (kejap lagi saya terangkan).
 
Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3.
Kenapa? Sebab nak beli beras.
“Kami lapar sgt,” kata mereka.
“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah  sejak  2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT  (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang.
“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.” 
Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka.
Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan.
Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah.
Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui.
Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan.
Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja.
Pertama kali kami bertemu, Izam  senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu.
Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah.
Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi.
Tak makan, jawabnya.
Sebelum ke KAFA?
Tak makan.
Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami.
“Jadi.. ni  baru Izam nak makan?”
Dia mengangguk.
Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa.
Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari.
Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan.
Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan.
Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju.
Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu. 
Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk. 
“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya. 
Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan  mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum. 
Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2. 
Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka? 
Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak.
Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w.  
Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya. 
Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah.   
Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?”
Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik. 
Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg. 
“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya. 
Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat.
Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar.
JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan.
Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka.
“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.” 
Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka,  baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk.  Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar. 
Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal.
Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya. 
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim)
------------------------
Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:
Maybank
MBB account - 164388710655
(SAKINA BINTI HAJI MOHAMED).
Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan email sakina_amx@yahoo.com.
 
RHB
Account number 1-12479-00092090
(TENGKU ELISA BUSTAMAN BT TENGKU MOHD ALI)
Sila tulis  'For KAFA' di kotak komen dan elisa_taufik@yahoo.com.
 
Sumbangan terus kepada: 
Bank Islam SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372
Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971
 
Minta tolong sebarkan, jazakumullahu khairan.



Mencongak congak baki simpanan di dalam mebenk tuyu aku. lantas aku klicklan sejumlah amount yang amat kecil utk di salurkan ke KAFA ini.. ( ini bukan riak yer penpuan.. sekadar berkongsi cerita).
Yalah, nak hantar beras ke gula ke jauh pulak aku nak menghantarnya ke PJ sana..
 kebetulan datang seorang sahabat & bertanya
' Akak percaya ke bebenda macam ni?
' Ya.. percaya... jawab aku... akak ni banyak dosa.... jadilah kot sedekah ni dapat bantu serba sedikit kat akhirat nanti....
masih teringat petikan dari http://rahsiasedekah.wordpress.com/ yang berbunyi :

“Carilah anak-anak yatim untuk diberikan sedekah. Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari”.

Wallahualambisawab....

Thursday, September 29, 2011

Retis Pizza Hutt

Waduhss.. sana sini citer pasal retis... ngeee....
siokkan kalau dapat bergambo dgn retis... bohongla sapa kata tak siok tu kan..
contohnya aku la.. walupun aku tak berapa suka dengan fasha sendat tu kan.. tapi kalau jumpa dia harusla aku mngetepikan perasaan tak suka aku tu demi nak bergambo dengan dia.. ahahahaa.. lihatlah betapa hipokritnya aku... ngee...

Jomla kita citer pasal makan pulak.. semlm anak2 sibuk nak makan luo... ada yang vote nk makan MekD ada yang vote nak KFC si kenot tu plak nak makan pizzahut..
husih mcm tetau jer aku dah gaji nokk... so semlm demi anak & demi anak tekak aku jugak.. aku memutuskan untuk makan kat Pizza Hut.

Sebut pasal Pizza Hut ni, aku lebih suka makan di Pizza Hut Maluri walupun tempatnya agak pack & crowded. Sebabnya serbis kat sini bagus.. dok sat jer.. makanan dah sampai... at least air dulu ke sampai... mushroom soup dulu sampai.. so sementelaaah tggu Pizza sampai tu boleh la cecah2 garlic bread tu dengan soup kan.. xdolah mati kutu dok melenggung tggu Oder.

Kalu ikutkan anak2 diorg suka la kalau aku bawak diorg ke Pizza Hut Kuchai Lama.. sebab bersebelahan dgn KFC.. diorg leh kluar masuk KFC tu dari Pizza Hut.. satu kompenilah katakan... pastu tempatnya luas & selepas...depannya plak ada taman permainan.. bagi budak budak syoklah...

Tapi mmg aku dah black list dah kalu nak makan kat Pizza Hut kat situ... cukuplah sekali aku kena..
dah la masa kita masuk xde sapa serve kita.. terlambai lambai la nak panggil staff diorg amik oder.
sorang pun x dtg...tekan butang call kat atas meja tu 3 4 kali dah tapi  x dtg2 jugak...
dah 15 menet lalu seorang budak lelaki bawak troli nak kemas meja .. aku tanya dia..
dik tanak amik odr ke..? dh lama tggu ni...
dia jawab, sori kak, x de org.. sy pun baru jer masuk kerja arini...

Sudahnya aku keluar ajak anak2 makan kat lain.. itulah kali terakhir aku  makan kat situ...
menci menci menci...

sejak itulah aku beralih arah kat Pizza Hut Maluri...


Tempat mcm crowded skett tapi servis besttt...
Gambo ni seperti biasa godek kat Mak cik Google... ntah pasai apa norkiah aku ni tak leh transper gambo pulak...

Seperti biasa anak anak berselera jer makan Pizza.. Si Imran yang susah nak makan tu pun habis 2 keping pizza pepperoni, chicken wing 2 ketul,  garlic bread 3 ketul & mushroom soup semangkuk..

Si saara pun sama... licin di bantainya... geram jer aku tengok.. kalau aku yang masak makannya sejemput jer..
kalau makan kat luar makan macam sebulan lak tak makan lagaknya...
itulah ragam anak anak.....

Wednesday, September 28, 2011

My Asam Pedasss

Semalm badan rasa xsedap.. tekak rasa mcm pahit2.... tu la akibatnya kerja lebih masa.. heeee
Terasa rasa nak makan asam pedas pulak... biasanya aku makan di kampung baru.. walopun kedainya hodoh jer tapi masakannya sedap... hurmmm terasa rasa di mulut nihh... tapi senin dia cuti plak... so terpaksa la ubah haluan ke tempat lain...
nak tau di mana.... jom kita skodenggggg


Taraaa.... kedai Linda Onn you.. tapi gambo aku pinjam kat makcik google.
Gambar yang snap sendiri tak mau masuk plak..
Dekorasi kedai ni sgtlah menarik...  tapi gambar tak dapat nak share kat sini di sebabkan kemogokkan hp norkiah aku..
masa aku sampai adala sorang dua jer pelanggan... kawasan situ mcm lengang jer.. mebi sebb hari kerja kot...
Ha.. gambar menu kat bawah ni seperti biasa dari HP Norkiah aku tu la...
Ini menu2 nya... kalau nak oder setlah....


Tapi aku oder ala carte jer...
Aku oder nasik putih RM1.80 sepinggan, asam pedas ikan merah RM11.00 sekeping, ayam goreng - yang ni lupa nak cek rege.. pastu sambal & ulam RM2.00.
air pulak aku oder kasturi asam boi.. sedap gak tapi pekat sgt... tak tertelan aku... pastu biasalah ni Nana nak yg up up ajer..oder eskrim ada tapai... sudahnya aku yang abiskan....
semuanya kami makan bertiga RM36.90 okla tu...
so sebagai Juri berikut adalah komen aku ek... walopun aku tak pandai masak.. tapi lidah aku ni tau jer mana masakkan yang best.. heeeee

Kuahnya okay tp Ikannya keras & bau hanyir...  mengikut pirasat aku, dia sepatut nya defrost dulu ikan tu sebelum masak.. aku saspek dia terus masukkan jer isi ikan yang masih beku tu ke dalam kuah asam pedas yang mmg telah sedia. just heat up & campak ikan jerr....

kalau kat kg baru tu ikan tu mmg fresshhh.. you pilih kat peti ikan tu & dia akan rebus dulu ikan tu & buang air hanyir dia... lepas tu baru masukkan ke dalam kuah yang sedia ada.. sementara tggu ikan tu di rebus.. kuah asam pedas tu akan di panaskan & di masukkan hirisan terung & bendey.

pastu setnya dia akan kasik sekali telur dadar & ulam ulaman + sambal + telur asen..
ya ammpun sedapp banget...
biasa kalau 2 -3 orang makan harganya bawah RM30.00.
Nantilah kalau aku kesana aku sharekan gambo kedai tu kat sini yek....

Friday, September 23, 2011

Suka Duka Mencari Sesuap Nasik

Bestnya harini Jumaat.. Esuk Sabtu.. Lusa Ahad.. heheh
Tapi minggu ni schedule penuh pulak.. bukan penuh dgn undangan open house yerr tapi dengan booking mekap... esuk aku ada 3 booking mekap utk dinner... Syukur ada rezeki aku & anak anak.. lepas raya ni banyak pula booking utk kawin

Bila di imbau imbau balik rasanya dah hampir 10 tahun aku menceburkan diri dalam bidang mekap mekapan ni...  Usia Saara 8 bulan aku belajar mekap dengan ZulFazli.. masa tu Zul baru jer mekapkan Ziana Zain kawin..aku lak masa tu mmg gila kencang dengan Ziana Zain sejak remaja lagi.. abis poster2 aku tepek dlam bilik... Masa tu aku rasa Ziana Zainlah yang paling jelita sekali... 2 minggu aku berulang alik ke Pucong semata2 nak mendaptkan Ilmu dari Zul..

Lepas abis blajar... org pertama yang aku mekapkan adalah Nurol Azimah iaitu kawan aku.. punyalah nak mekapkan dia sampaikan aku cas dia 80 ringgit utk 3 kali mekap termasuk duit minyak aku dari KL ke umah Nurol di Perak... kesian aku kan...
 Di sebabkan minat agaknya.. tu la sebab sanggup kot..
Lupa nak story, masih ingt kakak aku 'Yang' yang suka hias umah tu? 
dia tu dulu lulusan IKBN pertak. amik bidang solekan & dandanan rambut... time tu aku pun kecik lagi... kami punya minat yg sama...agaknya minat dia tu menurun kat aku lak kot...

 Kini Saara dah 12 tahun.. bermakna  lebih dr 10 tahun lah aku melibat kan diri dlm dunia mekap mekapan nih... tapinya dalam 6 tahun kebelakangan ini yang aku betul betul serius...

kedai pengantin pertama yang aku bukak adalah di bangi.. menumpang sudut di kedai dobi seorang kawan dengan bayaran 400 sebulan... tapi x ada rezeki.. tak sempat beroperasi aku dah ttup...
Lepas tu menyewa pulak di Cheras... kedai kecik la sesangat kat bawah flet.. lokasi menarik.. facing jln besar & tempat org lalu lalang nak ke LRT...tapi sewanya 1000 sebulan.. dah le xde toilet..
suam suam kuku jer kedainya...
jap aku godek godek gambo kot masih ada dlm simpanan...
Hah ade ade.. gmbo ni malap skeet..amik time mlm... gambo ni sebenarnya utk dapatkan lesen signboard dari DBKL...





kat sini banyak aku dapat kasteme Walk In... pendapatan ok juga.. tapi tak tahan pulak dengan sewanya.. mana dengan upah pekerja lagi..... setahun setengah jer..
time ni aku kena tifipufu dengan cifinafa...
seposen pun dia tak pulangkan deposit aku... katanya patut aku sewa 2 tahun.. tapi sebb tak cukup 2 tahun aku nak kuar dah so dia takmou refund deposit.. sikitt pun dia tak kasik.. mmg la dasar cifinafa asik nak menipufu jer kerjanya.. 3000 hangus camtu jerr....

aku pindah lokasi lagi...
kali ni jauhhhh di hujung dunia,, hahah
Di tanjung Malim.. berdekatan dengan pasaraya Billion... mesti Cik Eka tau kan...
aku namakan dengan BUTIK PERKAHWINAN NOURS.. kedainya besarrr & sewanya hanya 450 sebulan... lokasi menarik....  aku siap sediakan tempat tinggal utk pekerja aku... siap cat kaler pink.. lampu dinding pun cecantik aku pasang... dengan harapan nak stay lama kat situ... ingat nak buat spa sekali la kununnya...tapi setahun aku di sana aku hanya dapat 1 booking jer.. pelik x?  senbod punyalah besar xkanlah org taknampak..... ( senboard tu skrg ni tersadai kat garaj kereta kat umah mak aku.. isk sik srotttt)

Inilah sesatunya Job - full package yang aku dapat  masa di Tanjung Malim.. baju + pelamin + mekap


lepas tu aku pindah balik ke KL... hangkut semua barang2...isk isk srottt..
mohon sewa kedai kat DBKL...
dapat... tapi kat Cheras...sewanya pun hanya 400..
kedainya besar tapi lokasi lansungg out... kedai bawah flet... fletnya pula ke dalam... org dari main road mmg x nmpak lansung dan yang paling best kedai kat situ ada 10 pintu tapi yang bukak hanya kedai gunting rambut & kedai aku jer... mmg sunyi... lipas pun banyak.. cik Ti pun ada...

Kali ni dah tak tempah senboard.. buat banner jer... & tukar nama dari Butik Perkahwinan Nours ke NEEYZZ BRIDAL...


pemandangan dalam kedai....


antara koleksi baju... abaikan baju hijau yang berkedut tu yerr....
2 tahun aku kat situ alhamdulillah ada jugak bisness walau tak kencang... kali ni tak pakai pekerja....
aku sendiri yg bukak kedai by appoiment...

Lepas dua tahun.. aku lak sambung belajar... tiap sabtu ada kelas.. jadi masa dah kurang...
pikir punya pikir.. akhirnya aku melepaskan kedai aku tu kembali ke DBKL... sayang mmg sayang  tapi apakan daya...  atas persetujuaan Hasrul, dengan rasminya Neeyzz Bridal pun berkubur...

Lepas dah ttup bisness.. ada je pulak rezeki yang dtg... maka naiklah semangat nak meniaga tu...Lepas tu pikir pikir balik.. belajar pun dah nak smpai ke hujungnya maka aku dengan bangganya menghidupkan semula perniagaan tetapi secara kecil kecilan sahaja... Masih lagi menyediakan perkhidmatan yang sama.. tetapi aku kini lebih menumpukan kepada job mekap sahaja.. namun begitu, masih juga mengambil tempahan utk pelamin dan baju...

Bukan senang nak senang sebenarnya... pahit maungnya dah jenuh aku telan...
nasib baiklah aku tak amik pinjaman mana2.. buat jelah apa yang ada.. bukan apa,  risau tak berbayar nanti...
 terkadang terbit rasa cemburu melihat orang lain yang mempu kembangkan perniagaan mereka walaupun baru setahun dua berniaga..
Mungkin belum ada rezeki untuk aku agaknya...

Thursday, September 22, 2011

Kerudung Ungu Untuk dot dot dot

Uolls lunch apa tghari ni?
aku tghari tadi tak kuar makan... maklumla banyak baju yang dah muat... hahaha..
orang lain puasa turun berkilo2.. tapi aku lak naik 2kilo..

Sebenonya Lunch aku hari ini di taja Oleh Leez..dar LR caterer
Tajaannya berupa sebungkus nasik goreng cina
sempena membodek aku untuk menjahit Veil a.k.a selendengan untuknya...
( jangan maree ya Leez aku tau ko ekhlass belanja aku.. huhuu)

Lusa dia nak pakai.. nak terberak dah barulah nak gali lubang... sib baiklah aku mmg spare jarum & benang kat opis...
Ni lah ropanya selendang a.k.a veil yang aku jahit...

simple jer.. benbahan & cecara nak membuatnya adalah.. teng teng teng
1 meter suku kain chiffon. Ikutlah korang nak kaler apa pun... Dak Leez ni suka kaler purple kot...
Biasa utk veil orang guna kain net tapi Dak Leez nak lain skett maka di gunakan kain Chiffon..so boleh di jadikan tudung utk panten...

Kain ni boleh di potong half moon.. tapi Dak Leez nak potong tiga segi.... adalah sebabnya tu..
I pollow jelah... customer is always right ler katakan....

Lepas tu jahit tepi gulung  dengan benang yang senada dengannya... bab ni kena anto kedai jait sebb aku x sediakan kemudahan camtu.. : ))

Bila dah siap jahit tepi, Tepekkan dgn lace yang anda suka..
Boleh gunting lebihan perca kain2 Lace lebih lebih uolls kawin dulu & jahit kat kerudung tu.. atopun boleh beli yang dah siap..kalu nak ensem lagi boleh tambah manik2 & labuci..

Taadaaa.....Sedia untuk di gayakan... jgn lupa sematkan dengan peniti..
kalu tak kang mau terbang di bawa angin....
Boleh ikat macam tudung atoupun boleh buat ala2 veil selendang mcm ni




glemer youyy....Kerudung cenggini sesuai utk panten.. bertunang & akad nikah pun boleh.. tapi gunakan kekaler yg sweet & soft  adalah highly recomended. Nak nak lagi kalu guna kaler Merah jambu yang soft tu.. mmg la cun habess...
Kalu nak shantek lagi.. sanggul tu tinggikan sikit.. barulah terletak kerudung tu.. kalau yang rambut pendek boleh guna sanggul tipu .. melambak jual skrang...

Selain utk panten, uolls jugak boleh pakai untuk pg ke kenduri kawen ke.. dinner ke.. atopun majelis majelis yang ada Puan Sri & Datin- datin.. ngeee.... barulah meletops gitu nokk...
Anyway terima kasihlah pada Kak Imah kerana sudi menjadi model sukarela untuk Kerudung ungu ini.
Tak lupa kepada my beloved friend.. Dak Leez yang sudi menyemponserkan Nasik goreng untuk aku.

Kita Berjumpa lagi di Rancangan Akan Datang yer... Assalamualaikum..

Wednesday, September 21, 2011

Rumah Ku Rumah Mu

Arini kita ke topik yg lain sikitlah...
kalu sebut bab konsep iyasan umah uolls suka konsep apa?
kalu bukak majalah ANjung Seri tu mcm mcm konsep yang ada..
konsep bali lah.. kontemporari lah.. moden la.. classic la...country la... kedesaan Inggeris lah...

Aku suka gak konsep2 semua tu tapinya buat masa sekarang aku mengamalkan konsep berserdehana jelah dalam iyasan umah...  bak kata arwah abah aku dulu.. umah aku di kampung dulu di buat ikut konsep 'ADA DUIT' bila ada duit sikit, tambah bilik.. ada sikit lagi, besarkan dapur... pendek kata tak de plen plen.. semuanya bergantung kepada 'Duit'.
Masa Mak & Abah pindah ke Tanah Felda dulu aku belum lahir pun lagi...
Kata Mak, dia pindah masuk Felda pada 29/12/1973... wahh kelass mak.. siap Tarikh lagi dia ingat..
lepas 5 tahun dok kat Felda, tetiba terlahir la pulak aku... tu la sampai sekarang aku ni mak gelar Anak Felda...

Memula masuk tanah Rancangan dulu, macamnilah rumah rumah peneroka yang gomen sediakan


Kata mak, syukur yang tak terhingga dapat dok kat tanah rancangan ni... umah ada.. tanah kebun 10 ekar.. dan dengan duit sawit tu jugaklah aku membesar bagai juara mcm skang..
Lepas beberapa tahun umah asal telah di transform kan oleh arwah abah mengikut konsep ' Bila Ada Duit' di sebabkan arwah abah mmg tukang rumah, maka bila ada duit jer mulalah dia renovet umah sikit sikit...& hasilnya  mcmnilah rumah aku kat kg skrg..

Gambar ni di ambil pd tahun lepas...
Cat Biru tu haruslah ya.. sebb Mak mmg suka kaler biru....
Masa ada arwah abah umah ni mmg lagi berseri..sebb abah rajin...

Oklah yer.. aku ni sebenarnya dah lari dari tajuk.. kan tadi aku bercerita pasal konsep umah... Ha... kalau ciknoot kan nokks, ciknoot suka konsep ala2 Inggeris gituw...
tapi di sebabkan keadaan kewangan ciknoot yang meruncing.. so hanya angan angan jelah...
hahaha...
aku kalau pegi KK home deco ke... SSF ke..Romantika ke.. mmg la sawan sekejap tengok bunga bunga & hiasan ala2 Inggeris tu...  tapi hanya mampu tengok jelah.. sebb tercekik nak telan air liur di sebabkan harganya... perabot2 yang kaler putih ni pulak biasanya harganya mahal sikit dari perabut biasa...

Nak nak pulak kalau pegi ke tempat2 mcm tu dgn Yang ( Kakak aku) yang mmg minat sgt hias hias umah ni... Apa yang aku salute kat Yang adalah, Yang adalah seorang suri rumah sepenuh masa...
Mengambil upah jahit baju aja.. tapi pandai berjimat demi minat dia terhadap benbarang yang berkonsepkan Inggeris...
Jom kita tengok apa yang ada kat Umah Yang....

*
*
*
*
*
*
*
*

Salah satu sudut di ruang tamu... owhh aku mmg adore sgt dgn bunga  Hydrangea tu...
tapi sebatang jer dah 29.90 huk huk...

 Pasu pasu biru dlm lemari putih ni dah berusi lebih 25 Tahun... aku masih ingat dari aku kecik Yang mmg minat kumpul2 pasu nihh... pasu2 biru tu kebanyakannya di beli kat Central Market
masa kami pirst time mai KL dulu...

  Koleksi Vantage ... ala 2 3 bijik jer yang bebetul Vantage.. yang lain lain tu beli kat Romantika jer...

Basikal tu pun aku suka... banyak kali dah ngendeng kat Yang tapi tak pernahnya dapat....
dapat tong bunga tu satu pun jadilah....

Teruk betul aku ni kan.. kalu nak mintak kat orang jawapnya sampai tualah tak dapat..
Tak apalah.. bak kata orang ukur baju di badan sendiri.. nampak gayanya memang aku kena ikut
konsep arwah abah aku dululah iaitu . konsep " bila ada duit '
ngeee....
Banyak lagi sudut2 yang menarik kat umah Yang... specially kat bahagian dapur.. nantilah ada masa kita story mory lagi ek.. Rasanya inikah entry terpanjang aku di abad ini...

Tuesday, September 20, 2011

Akibat Degil

Wah... Tajuk Entri kali ni dah macam Siri Cerita Tauladan untuk kanak-kanak pulak yerr...
memang pun Entri kali ni ada Moral of the Story.
Sebelum itu yer memurid, jom kita lihat gambar apa yang cekgu nak tunjukkan/...



Dah benjol camni barulah nak buat muka sedih kan.. sebb takut kena tibai lagi dengan mama...


Ini adalah gambar budak degil yer murid murid....
semlm balik dari opis, tengok si Imran tidur... sambil kepalanya di tutup dengan kusyen.. pelik jugak... jarang anak teruna aku ni tidur penpetang.. lainlah si Saara memang kaki mereluh jerr..

Aku kejut Imran... suh bangun Mandi, solat Magreb & pi Ngaji kat umah Ustat...
di samping tu aku bokbek bokbek la tgk bilik diorg mcm di langgar garuda...
masing2 diam jerr...

Balik ngaji si Saara, bgtau aku yang dahi adiknya dah bertelur... terkejut la aku...
aku pandang Impan.. barulah dia selak remos rambutnya.. lalu terkujat la aku...
serta merta air mata meleleh...melihat betapa besarnya benjol kat dahi dia...
Marah memang marah tapi rasa kesian tetap ada.. anaklah katakan...

Dia tak beritahu aku sebab takut katanya..
semlm diorg semua sekolah pagi sempena sambutan Hari Satu Malaysia kat sekolah..
Balik sekolah, salin baju, Imraan senyap2 keluar..tanpa memberitahu aku, rupanya terus ke taman permainan.. selalunya dia akan menalifon aku untuk kemana mana...
 Tapi kebiasaannya aku mmg tak izinkan anak anak ke taman permainan tanpa pengawasan orang dewasa... tambah2 pulak Imran suka sgt main kat taman waktu2 tengahari.. tak pun lepas sekolah petang selalu sangat menyinggah ke taman sebelum balik ke rumah..
 AKu risau sebenarnya.. banyak lagi kes kes kanak kanak yang di culik yang belum selesai.. tapi anak anak ni kadang kadang tak faham yang kita sayangkan diorg...

segera aku tuam benjolan kat dahi Imrann.. berdesit desit dia menahan sakit...
aku tanya mcmana boleh jatuh..
Katanya dia Panjat gelungsur..panjan gelung.. selipar tergelincir... lalu dahinya mencium  simen..
'Tak menangis'? soal aku..
'nangis sekejap..' lepas tu terus balik umah sebab sakit sangat..jawabnya minta simpati
Itulah akibatnya kalau orang degil... aku memandang muka Imraan..
Imran hanya terkulat kulat.....

Monday, September 19, 2011

2 Minit Yang Berharga Di Perarakan Satu Malaysia

Assalamualaikum semua...
wah wah wahhh bercoti 3 hari ..ari mmg la mim alif lam sinn nak bagun pi kerja...
Tapi jadual aku mcm padat jugakklah.. Hari Jumaat, Follow Hasrul ke Dataran Merdeka sempena perarakan satu Malaysia.. seumur hidup aku inilah kalu pertama aku pergi ke perarakan tu..
Hasrul mengambil bahagian dalam sektor Perkhidmatan awam... rasanya ada 54 buah teksi turut serta pada hari tu termasuk teksi baget yang merah putih tu.. teksi limo yang kaler itam teksi eksekutif yang berwarna biru.  Kami berarak dengan Teksi Eksekutif Hasrul di dataran Merdeka.. Sebenarnya malas nak pegi tapi sebagai Support kat dia.. ok lah.. aku & anak2 pollow jerlah./..
seawal 3 pagi aku & anak2 dah bangun bersiap.. jam 5 pagi taklimat di Muzium Negara.. time ni acara pasang memasang bendera di mulakan...




 Masing masing dok sebuk hiaskan teksei memasing dengan bendera .....

Jam 7 semua peserta dah setat  berbaris & mengambil tempat,
Jam 8, kami masih lagi standby & menunggu giliran untuk berarak..
sambil tu aku jamah la nasik lemak yang di agihkan oleh penganjur...
ntah berapa kali aku berenti makan sebab lagu negaraku asik di mainkan..
haruslah berdirikan.. semangat cinthakan negaralah katakan....

sementara tu aku & anak2 meninjau ninjau keadaan sekeliling... sempat lagilah berposing


Anak teruna aku, berposing di kereta berhias sambil sedut air botol...

 Anak dara aku pulak...dengan selipar jepun dia...
aku suh tukar pakai kasut elok sikit.. tanak katanya selipar tu trend sekarang...


Freelance Model utk kereta berhias...




Lama sungguh kami standby tapi belum sampai2 lagi gilirannya.. si Nana dah tertidur keletihan...


Akhirnya.. saat yang di tunggu
teksi teksi eksekutif  dan bersedia untuk berarak...




Ramai betul yang datang ke Dataran... seronok plak tengok.....
masa lalu depan kemah kuning tu aku sempat jeling kat Tuanku Permaisuri..
mmg lawaaaa.......


Terima kasih yer En Hasrul, sebab sudi bawa aku & anak anak meraikan Perarakan Satu Malaysia..
pengalaman yang cukuppp berharga....
I LOVE U sooo Muchh..............MALAYSIA.

Thursday, September 15, 2011

Kipas AMTAC

Semlm, si pinky momma bercerita pasal kipas & lampu tantek tentek yang dia beli...
Harini aku lak nak bercerita pasal kipas...
Sejak kipas dalam bilik rosak, aku & si Nana asik tido kat hall jerr..
nak tumpang bilik Imraan & Saara x siok plak...
nak tanak terpaksa beli kipas baru... beli jenama cecikai jerr.. maklumlah dah ujung ujung ni..
beli  kat Tesco...brand AMTAL. korang pernah dengar ke..?
memang tak lahkan..
kalu korang google pun x jumpa image dia .. lihatla betapa cikainya brand tu.. heheh
Ni kotaknya... teruk betul aku ni kan.. kotak pun nak tunjuk...


Buatan Malaysia you....
Ala.. table fan kan.. apala sangat.. lebih kurang mcm gambar kat bawah ni jelah...



Kipas AMTAC ni best la jugak... walaupun murah kurengg di kenali.. tapi kipasnya laju..
dan anginnya pown kuat...tekan butang no 1, tapi lajunya macam no 3....
bayangkan kalau tekan butang no 3.. mau terbang semua sawang2 dalam bilik aku tu..
Kat sini bolehlah aku rekemenkan kepada sesapa yang nak beli kipas tentime sangap , boleh la dapatkannya di Pasaraya  Tesco berdekatan yerr...
Sejak guna kipas Amtac ni, Nana dah 4 kali kencing tilam dan kali ke empatnya adalah malam tadi...
Ingatkan mimpi lagi...
sedar sedar dah lenjun baju tidur aku...



Wednesday, September 14, 2011

Pocong & Nasi

ni nak citer pasal lunch tghari tadi...
Sebenarnya sejak cuti raya smpailah ke semlm aku dah lama x kuar lunch..
waktu lunch aku hanyalah di opis.. ..bukan diet yek...
tapi sebb menyiapkan tugasan a.k.a assaigment.. yang dah lama tertangguh
Kalu di ikutkan aku mmg dah abis belajar namun begitu di sebabkan aku telah menyekip ( skip)
Math paper.. jadinya sabtu tadi aku telah mendudukinya semula..

Di sebabkab kerindukan yang tidak bertepi pada masakkan di restoren "kak mok' maka
ketamakkan telah menguasai diri

Nasik penuh yerrr kak mok....
Ikan Keli goreng sambal seekor
Sayur Peria katak goreng
Tempe goreng
Teh Ais
 semuanya RM7.50...wawawaaa... besar napsu aku harini..


 segala tugasan yang tertangguh telah aku sempurnakan.. Alhamdulillah..skrg aku dah boleh tido lena... huhuhahah

Tapi semlm di kejutkan panggilan oleh si Ipar.. ish.. x abis2 pasal citer seram...
Ipar aku nih baru je pindah ke rumah baru ramadan lepas... so semlm dia singgah makan kat bawah flet tempat dia dok tu..
Menurut ceritanya, dia kuar makan kat kedai bawah flet dia tu.. dia dgn pembantu rumah dia & anak dia yang kecik..
pastu ada sorang mckik tegur dia..

Makcik : Baru ke kat sini x pernah nmpak punn
Ipar : Ha ah makcik..sy baru jer sebulan lebih pindah sini... ( sambil tersenyum )
Makcik : ko kuar memalan dgn anak kecik ni tak takut ke
Ipar : terdiam.. nape makcik
Makcik : Ko tak tau ke kat sini tgh kecoh pasal  Pocong  & hantu xde kepala..

Bersungguh sungguh la Ipar aku bercerita sambil menggigil gigil badan dia..
aku cuba la memujuk dia waima aku sendiri pun takut....

Malam tadi aku tidur seperti biasa...anak anak semua dh tdo.. dengar pintu di ketuk..
aku bukak..
Nak tercabut jantung aku tgk sekujur tubuh berbalut kain putih terpacak di hadapan pintu umah aku.. mengigil gigil la
seluruh badan.. aku nak lari tapi tubuh rasa tak terdaya...terketar2 aku membaca ayat kursi.. payahnya nak menyebut ayat ayat sebb bubir menggeletar..  Pocong masih lagi di situ.. aku kuatkan semangat sekali lagi aku baca ayat kursi.. kali ni lancar sedikit.. dan dengan sekelip mata pocong hilang begitu sahaja.. aku kembali ke dalam bilik dan tidur..
 baru nak lelapkan mata terasa ada jari jari bermain dgn jariku..aku tepis tetapi jari jari itu masih lagi mengganggu aku... aku semakin kecut..
peluh makin merembes keluar...
aku bukak mata dan terkejut nak mampos terlihat kelibat budak kecil duduk di sebelah aku...

' Mama... nak nasik...........'
Astagfurullah al'Azim... aku mengigau rupanya....

anak aku bangun tgh malam nak mintak nasik rupanya... heheheh

Tuesday, September 13, 2011

Bisikan Dajjal

Hari ni x mou citer pasal senseramlah..
Nak citer pasal drama yang aku tgk malam tadi... lupa lak chanel mana..kalu
x silap kat Astro Oasis rasanya... tajukknya " Bisikkan Dajjal".





Tajuk cam senseram .. aku ni dah la penakut...
pelik betul skrg kan.. bukak tv jer mesti ada citer hantu..
tekan channel ni, citer 'Pocong Mengamuk Di sekolah' lah.. tekan chanel sana citer " Dendam Sundel bolong lah, tekan chanel sinun citer ' pontianak lah' mmg tak senang hidup aku...
aku lebih rela mngadap citer katun kat chanel 611 tu daripada nonton citer antu ni semua...

Berbalik kpd citer 'Bisikan Dajjal ' tadi di barisi Ogy ahmad Daud sebagai Biah, Ahmad Tarmimi serigar sebagai Hj Malik , pastu ada lagi pelakon2 lain yang aku tak berapa tau namanya..

mengisahkan seorang Haji yang pada Zahirnya baiklah sgt..
tapi sebenarnya Jahat.. sanggup merogol si biah seorang janda yang beranak 4.. bahkan sanggup membunuh ketiga tiga orang anak si Biah ini hanya kena geramkan si biah yang menolak cintanya..
cerita ni berjaya menggugurkan air mata aku tanpa aku sedari...
Begitulah kasih seorang ibu.. sanggup berbuat apa saja demi mencari sesuap nasi untuk anak anak... sanggup menerima tohmahan masyarakat...demi kasihkan anak..
Si along anak yang sulung pula sanggup ponteng sekolah & mengambil upah menggilap kasut
demi adik adiknya.. biarlah along berenti sekolah asalkan adik adik berjaya katanya..
Biarnya hanya sekadar drama.. namun mesej yang di sampaikan baik sekali.
kebetulan anak-anak aku sama2 menonton..  aku biarkan..semoga anak2 dapat iktibar
merembes rembes air mata aku melihat Biah yang meraung raung melihat ketiga tiga mayat anaknya yang bergelimpang akibat di racun oleh Hj Malik .. kemudian anak anak kafankan sebelum di semadikan...
Imran menjeling2 sambil tersenyum melihat aku dok srott srett srott sret...
tetiba Imran bersuara " tak lemas ke Ma, diorg berlakun mati & sumbat kapas dlm hidung mcm tu?'
Cehhh potongg betulla la si Imran ni... aku ingatkan dia menghayati jalan cerita tersebut
& faham kenapa aku sedih..
rupa rupanya sibuk dok memikirkan 'si pelakon lemas atau tak berlakun jadi mayat'


Monday, September 12, 2011

Kisah Seram Yang Benar Bab 2

Rentetan daripada pristiwa di rumah aku tu..
Tetiba teringat lak sebuah kisah tahun lepas semasa aku beraya di rumah saudara..
tahun ini pulak ada cerita baru di tempat yang sama
kebetulan aku ada snap gambar ni tahun lepas tp x smpat nak share jadik hari ni aku sharelah...

Alkisahnya, sesapa yang pernah lalu jalan lama dari sungkai menghala ke pekan Bidor pasti akan lalu
Kg Bikam.. kat Kg Bikam di pulak ada sebuah perkuburan Islam betul betul kat tepi jalan..
Begini ceritanya...

Kami pergi beraya di Kg Bikam, (lalu depan warung ni) lepas tu ondewe balik.. mak bukak citer..
katanya :

Mak : Kat warung nilah anak makcik milah makan lemang..
AKu : Bukak lagi ke warung ni mak..? nmpak mcm semakk jer..
Mak : Siang memang tak bukak.. tapi malam ada orang yang bukak.. ( bercakap dengan nada yang lain macam
Aku : Hah? betul  ke mak.. ( tetiba bulu roma meremang ) cemana citernya mak...

Mak pun bercerita kat aku & lebih kurang mcmnilah citernya......
Si Leen anak cik milah tu kan ke dok kat Kampar... 2 3 ari sebelum raya aritu dia nak balik ke umah Mak cik milah la... dah tu tetiba perut lapar sgt... time tu bukanlah lewat sgt.. lebih kurang pukul 10 lebih jer... tapi sepanjang jalan dari Kampar  ke bidor tu tak ada pulak dia nmpak gerai yang bukak..
bila sampai  jer kat kg bikam ni, si Leen nmpak warung kat depan kubur ni bukak.. ramai jugak orang yang makan kat situ jadi si Leen ni pun berentilah... makan lemang cicah rendang.. 
sedap betul lemang kat warung tu lemak sungguh.. si leen oder lagi..
lepas abis 3 ketul lemang dia makan, si Leen pun balik...
tak sempat menjelang esuk si leen muntah muntah & ceret beret non stop.. bawak pi klinik.. tapi doc terus hantar di sepital... keracunan makanan yang teruk.
sehingga seminggu selepas hari raya si Leen masih lagi di tahan di Hospital Slim River...
sian si Leen tu..

Masa di hospital,  kawan- kawan Mak si Leen dtg la menziarah.. biasalah kan.. anak kawan masuk sepital mestilah kita dtg melawat.. bila diorg tanya punca jadik camtu mak si Leen pun citerlah yang Leen ni makan lemang kat Kg Bikam.. lepas makan lemang yang terus jadi camni.. lepas tu..
ada sorang makcik ni kata, Warung kat tepi kubur tu ke?
Mak si Leen iyakan lah.. si Leen pun cakap betul..
pastu mak cik tu kata, setahu makcik warung tu dah sebulan tutup..
org kat situ dah xtahan meniaga sebb kena ganggu..
Habis kalau dah sebulan tutup sapa pulak yang meniaga malam tu..?
Lemang yang si Leen makan tu lemang apa sebenarnya..? teng teng tengggg

Gambar kat atas ni Permandangan kawasan perkuburan dari jauh..
Yang kat bawah ni pulak jalan masuk ke kawasan perkuburan tu.. mmg dekat sesangat dgn Jln besarx caye cuba tengok side mirror kete aku tu.
Yang nmpak mcm pondok tu adalah gerai yang di maksudkan



Yang kat bawah ni pulak gambar jelas depan Warung.


balik umah sambil cucuk sate kitaorg bersembang lagi.. tup tup abg aku lak nyampuk..



'warung tu mmg dah lama tutup, pakcik kat Timur (kg sebelah ) pun ada kena.. ari tu abg bersembang dengan dia kat kedai kopi dia ada cerita...
Dia dari bidor jugak.. pi sopping kat Bidorlah.. maklumlah kat kg aku tu kalau nak shopping best sikit kenalah keluar ke pekan Bidor.. Dia ni berdua la dgn isteri dia.. otw balik singgah minum kat Warung tu... oder mee goreng dua pinggan & teh o ais 2 gelas...
lepas makan diorg nak bayar la.. panggil budak kedai tu kira semuanya RM8.50.
Pakcik tu bagi 10.00 so belen 1.50.
Lepas amik belen pakcik tu pun balik.....

Esuknya pacik tu nak cuci la seluar dia pakai tu.. teringat plak ada belen 1.50 semlm dlm poket suar..
dia pun seluk la nak amik baki sebelum campakkan suar dia kat mesen basuh..
seluk seluk tengok ada sebiji batu & sehelai daun kering dalam poket suar dia....
dia pun pelik.... bila dia siasat siasat barulah tau yang Warung tu mmg dah lama x beroperasi...
Seramlah jugak tp sib baik dia tak kena keracunan makanan...

so so so...cuti Raya lepas mcm biasa aku ke Bidor soping soping kat pasaraya kat situ...
maka kenalah lalu depan Warung tu... macam dah uzur warungnya...zink pun ada roboh.. tapi ada bekas org bakar lemang.
Balik umah tanya mak... mak kata mmg ada orang meniaga tapi 2 3 ari jer.. tak tahan kena ganggu.
bila di fikirkan balik.. yang buat warung kat tanah perkuburan tu kenapa.. byak lagi tanah kosong kat sekitar situ...
Wallah'hualam bisawab...

Friday, September 9, 2011

Kisah Seram Yang Benar

Masih ingat entry aku pasal lesung batu tempohari?
skrg bunyinya makin menjadi jadi... di tambah pula bunyik orang mnyeret tong gas & mengubah
meja...
Kemarin aku terkenang a.k.a mengadu domba kat kawan yang dok kat flet yang sama.. kot la dia pun mempunyai jiran yg suka menyambal mcm jiran atas umah aku...
tup tup aku di kejutkan dgn cerita bunyik lesuing nih..
katanya dia hampir bergaduh dengan jiran atas umah dia pasal bunyi menumbuk tgh2 malam.. tapi  bila naik ke rumah jiran dia, jiran tu tak plak menumbuk... abis siapa yang menumbuk?

Aku tak puas hati..semlm kebetulan terjumpa dgn Jiran sebelah umah.
Berikut adalah dialog aku & dia

Aku : Kak.. lama x jumpa akak... ( mukadimah hehe)

Kak Yati  : akak pun lama x nampak ko..

Aku : kak.. akak selalu tak dengar kalu jiran akak menumbuk sambal?

Kak Yati : Tak pulak.. tapi si Sue jiran atas umah ko ni selalu komplen.. ko selalu menumbuk tetengah malam..

Aku : Saya menyambal tetengah mlm..? takat mulut sy sorang tak de nyer sy menyambal kak...

Kak Yati : Itulah akak cakap dengan dia, Hanna tu jarang masak. apatah lagi nak menyambal..
( ceh.. pandai jer kakak ni kata aku jarang masak )- aku ckp dlm ati

Aku : Kak.. kalau iya pun saya menyam,bal mestilah org bawah umah saya yg dengar.. napa lak org atas umah saya yang dengar... ?

Kak Yati : Entahlah tapi si sue cakap dia dengar ketukan tu dari bawah.. dari umah ko mngetuk ke lantai umah dia..sampai tersentak dia tgh tidur

Aku : kak.. sy tak mnyambal kak.. nak blend cili pun malas.. pakai cili boh jer.. ( aku dah pucat time ni takut..). Tapi bukan bunyi menyambal jer sy salu dgr kak.. bunyik dia heret tong gas pun  ada.. kdg2 bunyi org ubah meja.. tapi sy diam je.. lately ni lak yang kerap sgt bunyiknya

Kak Yati : owh.. tapi umah akak xde pulak bunyik2 cenggitu..

Aku : Tak pelah kak.. nanti kalau akak jumpa sue tolong bgtaulah yer yag sy tak pernah ketuk syiling umah dia... err.. masuk dulu yer kak..

sepanjang ptg semlm ( semlm aku cuti) aku asik terpikir jer pasal hal bunyik2 ni... aku takut sebenarnya kalau bukan manusia yang menumbuk2 ni.. tapi aku x bgtau anak2 takut diorg lak yang takut nanti...
Aku rasa, aku nak jumpalah Jiran atas umah aku tu nak tanya betul ke dia dengar aku menumbuk dr bawah? dan aku nak tanya dia ke yang menumbuk malam malam tu... kalau betul dia, aku nak suh la dia lapik sket dgn kain.. tapi kalau dia kata bukan...??? huhuuu aku takut ni...

Malam tadi pun aku dengar bunyi org menumbuk lagi.. satu rumah bergema...anak2 dah tdo..jantung aku dap dap dap... tengk jam 10.59mlm.. aku baca ayat kursi... senyap pulak....



Wednesday, September 7, 2011

Cerita Si Nasik Impit

Semlm kawan aku si Zila wat makan2 kat opis dia... banyak nasik impit yang berlebih... mana taknya.. majority department dia semuanya Foreigner...manalah tau nak makan benbenda himpit himpit ni kan..
so penuh sebeg di presentnya kat aku..

sayang pulak tengok nasik impit terbiar gitu jadinya tanpa melengahkan masa sampai jer kat rumah aku terus la memblender bahan2 untuk membuat rendang ayam. Resepi tak payahlah yer..sebbnya aku nu tak reti sgt bab bab masak ni.. lepas tekak aku jer lah.. ayam nya seekor jer.. tolak suku yang aku goreng, tinggal seekor suku lah yang aku rendangkan.. tinggal semangkuk utk anak anak.. so belennya hanya tinggal separuh ekor jerlah



Lepas tu ternmpak ada kacang tanah dlm fridge... buatlah kuah kacang siket..


So pagi tadi bawaklah aku setapawe rendang bersama setapawe kuah kacang dan setapawe nasik impit..
bagi bebudak melayu kat dept aku ni makan.. bukan tanak bagi budak bukan melayu makan..
mau rabak poket aku nak beli ayam pat lima eko nak jamu semua org...

Terhegeh2 la aku bawak plastik2 bersama dgn kuih2 raya untuk santapan seisi department..
singgah kat reception, bagi dia kuih raya sebekas.. bukan aku nak bodek si reception tu.. tapinya setiap kalai Deepavali dia tak lupa bagi aku kukis.. so skrg giliran aku la bulak membalasnya.. bak kata org, Orang berbudi kita berbahasa.. Orang memberi Kita Merasa..

Masa aku tgh tgu lif tup2.. dtg seorag cleaner.. dari jauh menjerit kat aku " Owhhhhh yu bawak makanan tarak kasi sama saya haa..."..
Panas la telinga mokcik dengar ayat camtu..
dah la ada ramai gak yang tgah tggu lif ..

Aku tak pernah sebuk ko makan apa ko bawak apa..
aku jawab balik ' U Deepavali time pernah kasik sy makanan ke?'
serta merta muka clearner tu dah dah clear dah..
mungkin terasa dgn apa yang aku cakap... tp aku mmg dah tak tau ayat apa aku nak balas kat dia.. itu jer yang terlintas dipikiran...

Ini bukan kali pertama terjadinya bebenda camni..segelintir manusia kat opis ni akan terasa hati kalu aku bawak makanan tak kasik kat diorg... nak kata aku ni masak sedap taklah pulak.. tapi mcm tu la hakikatnya..
tulah sebabnya aku malas nak bawak apa2 nak pi opis.. sebb org suka jer nak bertanya.. kang tak bagi kang kecik ati.. terasa ati lah..
susah la mcm tu.. kdg kdg kita niat nak bersedekah.. bila jadi mcm ni dah kurang la pahala nak bersedekah tu...




 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat