Showing posts with label Peraduan. Show all posts
Showing posts with label Peraduan. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Pengumuman!! PEMENANG Peraduan Cer Teka..

Tadaaa...........

Wah bermacam jawapan yang aku terima semlm.. lapik mejalah, pasu bungalah, daun jambu rosaklah,
lace langsirlah...
Seronok jugak kan memerah minda benbulan posa ni... yalah daripada pikir nak masak apa nak makan apa.. sesekali kita mencabar minda la pulak...

Sekarang dengan bangganya aku memberikan jawapan kuiz semalam

GAMBAR DI BAWAH ADALAH GAMBAR Daun Pokok Jambu Bola
 
 ini yang telah aku zoom kan
Yang kat bawah ni pulak gambar sebenornya


Ini pulak gambar buah jambu bola

 
setengah orang memanggil jambu keling atopun jambu bol. Tapi aku panggil jambu bola. Rasanya masam2 manis.. kdg2 ada kelat2 sikit.. sungguh best kalau di cicah dengan gula & kicap.. haduhai,.. kecur pulak air liur bulan bulan posa ni...
 
Sekarang mari kita lihat siapa yang kenaaaa............
Berbalik kepada sarat sarat pertandingan semlm di mana :
 
* Jawapan haruslah tepat & tak de sipi sipi
* Peserta pertama yang menjawab dengan betul di kira sebagai pemenang
* Tiada talian hayat
 
Tapi aku sebagai tuan empunya blog, dengan suka hati telah membubarkan sarat sarat tersebut..
Sebabnya aku nak ucapkan tahniah kepada :
 
Widia - Yang telah meneka pasu bunga...
 
KakZakie - Yang telah meneka Lace kain langsir umah aku .. isk isk kakak.. Hanna x tukar langsir taun ni.. kalau tukar pun jait strett jer..xde lace..
 
Zanna Rohim -Yang telah 3 4 kali meneka, lapik meja, daun jambu rosak dan jawapan yang seterusnya Daun jambu susu.  Sebenar jambu susu & Jambu bola ni laian.. tapi dauunya lebih kurang jugaklah  berjerawat..
 
Maka Tahniah Kepada Zanna Rohim
Walaupun Jawapannya sipi2 tapi berkat kesungguhhannya aku dengan bangganya mewartakan
Zanna Rohim sebagai pemenang Hadiah Utama berupa Top up RM10.00
 
Juga Kepada peserta seterusnya Kak Zakie & Widia yang masing masing menggondol hadiah
berupa Top Up sebanyak RM5 tiap seorang.
 
kepada para pemenang sila hubungi penganjur di finance@knm-group.com dan sertakan sekali dgn no hp anda dan sila nyatakan nak top up Maxis ke Digi ke atoupun Celcom untuk urusan menambahan Topap.
 
Terima kasih kerana sudi memerah otak anda dengan menyertai peraduan Cer Teka ini..
 

Tuesday, August 23, 2011

Peraduan Mari kita Teka!!!

Jeng jeng jeng...
Harini aku nak buat peraduan cer teka..cer teka... cer teka...
Ingat tak masa kekecik dulu ada rancangan TV kat rtm yang suh teka2 benda2 cenggini..?
so memandangkan rtm dah tak buat rancangan tu maka hari ini aku dengan bangganya
nak buat peraduan cenggitu...
Sesapa pun boleh participet dlm peraduan aku yang tak berapa glemer ni...

Sarat sarat peraduan ni mudah jer :

* Jawapan haruslah tepat & tak de sipi sipi
* Peserta pertama yang menjawab dengan betul di kira sebagai pemenang
* Tiada talian hayat

Hadiah utama : Berupa hadiah misteri yang teramat misterinya...

Soalannya :  baca bebaik yerr..

Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul :
( ayat mcm soalan UPSR jer.. )


GAMBAR DI BAWAH ADALAH GAMBAR _______________________




Selamat Meneka Yer..

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat