Tuesday, March 22, 2011

Red Cuppies

 Ahad tadi sy siapkan Red Cuppies tempahan dari Sham & Shiela untuk wedding diorg pada ahad ini. Cuppies2 ni akan di masukkan ke dlm goodies bag untuk tetamu VIP's.
Sham & Sheila menempah 60 pcs Red Cuppies & juga 30 pcs Bunga dada yang simple.
Tema perkahwinan Sham & Sheila ni ialah Putih & merah.
Nanti sy akan uploadkan gambar bunga dada tu ya..


Gambar kat bawah ni sebahagian dari Red Cuppies yang telah siap.




Designya simple saja..tapi tetap nampak menarik dengan padanan warna merah & putih.

Wednesday, March 2, 2011

Sifat 20

Sedang aku asyikk dengan tugasan harian (asyik la sangat..huhu) kawan2 kat depan aku plak tgh buat keje sambil borak2 yang aku pun xpastu bijik butirnya..tiba2 aku dengar suara sang jejaka ni ' cuba tanya Hanna'
mendengarkan nama aku di sebut makan ondespot aku angkat muka. Apadia? soal aku..
' Hanna cuba bacakan sifat 20'  adehhh...terkujat la aku kan... bukannya tak taw pun sifat 20 tu tapi bila tetiba jer di terjah mcm tu mcm panik la jugak...sebutir sebutir kuar dari mulut aku sudahnya aku hanya dapat menyenaraikan 15 jer daripada 20 tu... 5 lagi aku mcm blur blur aja nak recall balik ( jahilnya aku : ( )

Sib baik dapat jugak jawab walopun short 5 lagi berbanding dgn kawan2 lain yang mcm buat2 x dengar aja sang jejaka ni bertanya..
Bila pikir-pikir balik memang aku rasa ramai yang tak ambil kisah benda-benda macam ni... mungkin org anggap kurang penting ( macam aku jugak). Teringat pulak masa aku kecil dulu mak selalu tampal poster cecara sembahyang.. doa-doa.. dan ada satu ayat tu (dari Surah Yunus ) mak letak dalm bilik aku kesannya sampai sekarang aku masih ingat & hafal ayat tu di sebabkan hari2 membacanya secara tidak sengaja... maksudnya aku bukan nak baca pun tapi bila terpandang otomatik aku akan terbaca.. bila dah selalu terbaca lama2 mestila terhafal...
Aku rasa aku pun haruss buat macam tu jugak untuk diri aku & anak-anak aku supaya diorang tahu Sifat 20 dan pengertiannya..
kat bawah ni aku share kan SIFAT 20 utk panduan kita bersama yang aku copy dari http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/209/-Sifat-20-Bagi-ALLAH

Sifat 20 Bagi ALLAH


Sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam yang terkandung di dalam al-Quran berjumlah 20 sifat. Termasuk juga sifat-sifat Mustahil yang wajib diketahui.

BIL : 1
SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

BIL : 2
SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

BIL : 3
SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)

BIL : 4
SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

BIL : 5
SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

BIL : 6
SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

BIL : 7
SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 8
SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

BIL : 9
SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

BIL : 10
SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

BIL : 11
SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

BIL : 12
SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

BIL : 13
SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

BIL : 14
SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.

BIL : 15
SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

BIL : 16
SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

BIL : 17
SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

BIL : 18
SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

BIL : 19
SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

BIL : 20
SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.

Renung2kan dan Selamat Beramal...!

Tuesday, March 1, 2011

Wooden Clip


comey kan wooden clip ni...boleh clipkan note kat sicomel2 nihh pastu stick kat fidge
 ( belakangnya ada magnet ).


Wooden clip ni sebenarnya sept baju yang kayu tu tapi telah di warnakan..pastu tempekkan jer rama2 ni kat sepit kayu tu... (yang ni sepit baju saiz mini )


Yang kat bawah ni pun sepit baju jugak... di warnakan.. cantikkan.. kalau letak di nuseri atau di bilik anak-anak mesti diorg suka...wooden clip ni satu set cuma RM5.50




Yang kat bawah ni pun wooden clip jugak... ala..sepit kayu yang kita buat sepit baju tu.. tapi yang ni telah di ubah suai ... yang ni seekor RM2.50. Sesuai utk doorgirf birthday party anak-anak.


Ball Pen

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat