Friday, August 26, 2011

Norrie Zallyna, Aku Dah Dapat!!

Jeng Jeng Jeng...
Tengahari tadi aku mendapat satu Pos Ekspress..
Sungguh Suprisee sekali.. ahakss


owh rerupanya ini gift yang di hantar oleh Norrie Zallyna sempena kebertuahan aku sebagi Follower di blognya.. Terima Kasih banyak2 ya Norrie..


Nilah rupanya Gift yang Norrie Kasik... Cantik kan...
jangan jeless...



Sesapa yang nak nak shawl mcm ni kenalah rajin melawat blog Norrie...


 Ni model x berbayar utk iklan shawl.. heheh

Shawl ni mmg cantik..sesuwai sgtlah dgn Hanna si Merah Jambu..
Pasti akan Hanna pakai di pagi Syawal Nanti...
Terima Kasih sekali lagi...
Murah Rezeki Norrie.. lebih lebih lagi di bulan yang mulia ini..
Harap Ukhwah kita berkekalan ya Norrie..



Aura Hari Raya

Salam semua..
harini rasanya merupakan hari terakhir aku mengapdate blog. sebabnya.. semua org pun tau kan.. nak coti lama balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri Yang bakal menjelang..

Sana Sini berkumandang lagu raya dan sekarang barulah aku merasakan Mood sebenar hari raya heheh
Sebut pasal Hari Raya,
semlm aku menerima  dua keping kad Hari Raya yang pertama dan mungkin yang terakhir untuk raya tahun ini..

Wahh.. menjangkit dari Kak Zakie ni.. aritu kakak dapat kad raya.. semlm Hanna pulak.. : )

Kad yang pertama datangnya dari :
Puan Saliha Dari Butik Raja Sehari.. wah dah mcm deejay redio la pulak.. hihii

Alamat dah aku tepek kat sini.. salin cepat.. taun depan leh antar kad raya.. ngee.. 


Terima kasih ya kak, kirimkan kad untuk Hanna.
Kepada sesapa yang nak kawin leh la amik pakej dari Butik Aura ni... mcm mcm ada...



Kad Kedua  dan yang terakhir pulak, datangnya dari  Dato Jamaluddin ADUN negeri Perak.





Senyum jerr muka Dato ni...
Mekasih yer Dato' walupun Hanna tak pernah jumpa Dato, tapi Dato antar gak kad kat Hanna...

Kad ini di hantar ke rumah mak aku kat Slim River nun...
Baik sungguh adun perak nih..

Di kesempatan ini juga aku ingin memohon seribu kemaafan kepada rakan rajan bloggers semua, kak Ina dodocheng, Kak Zakie, Pinky Mommy, Eka, Putu Bambu, Ct Noarizah, Acik, cik bulat, Fisilly, ahmoicomot, Zanna Rohim, Mizz Pink, Ratu siput, Widia, Norrie Zallyna, notti netti dan juga blogger blogger lain yang tak tertulis namanya di sini.. Maafkan Hanna yer kalau ada yang tersalah kata.

Maklumlah kadang-kadang sebagi tuan tanah kita tak sedar tulisan dan bebelan kita tu kadang2 boleh membuat org lain terasa hati walupun kita tak bermaksud begitu...

Kepada yang nak balik kg, hati2 di jalan raya, mulakan perjalanan anda dengan Bismillah...
Semoga Ramadhan yang bakal kita tinggalkan memberi seribu keinsafan kepada kita dan Syawal yang bakal menjelang akan menjalinkan uhkwah yang teguh antara kita.

Salam Aidilfitri dari Hanna Si Merah Jambu!!

Thursday, August 25, 2011

Hadiah untuk pemenang peraduan Cer Teka telah pun selamat di berikan kepada Zanna Rohim
Cuma tinggal Widia & KakZakie saja yang belum di selesaikan.
Widia, nanti akak masukkan topap tu yer...
Kak Zakie pulak tanak topap.. so tak apalah nanti Hanna gantikan dengan yang lain yer kak..

Okay okay berbalik pasal semalam..sebelum balik aku sempat meround ke blog kak Ina dodocheng.. biasalah.. aku kalau ke blog dia tu mesti terpengaruh punyalah dengan gambar gambar yang dia tepek kat situ..
 So semlm akibat terpengaruh tu maka jadiklah Cucur Ikan bilis versi pengaruh dodocheng..hikhik..
jangan maree ya kak Ina..
Rasanya sejak ternampak Iklan  resepi bergambar cucur udang tu, aku dah 4 kali buat cucur udang tu
dalam bulan puasa ni.. tapi semlm barulah dapat buat kuahnya sekali..




Cucur ni aku tak letak baking powder sebb lupa beli..
tapi still lembut & sedap jugak.. - ini anak anak aku yang kata sedap.. bukan aku yer....


Wednesday, August 24, 2011

Pengumuman!! PEMENANG Peraduan Cer Teka..

Tadaaa...........

Wah bermacam jawapan yang aku terima semlm.. lapik mejalah, pasu bungalah, daun jambu rosaklah,
lace langsirlah...
Seronok jugak kan memerah minda benbulan posa ni... yalah daripada pikir nak masak apa nak makan apa.. sesekali kita mencabar minda la pulak...

Sekarang dengan bangganya aku memberikan jawapan kuiz semalam

GAMBAR DI BAWAH ADALAH GAMBAR Daun Pokok Jambu Bola
 
 ini yang telah aku zoom kan
Yang kat bawah ni pulak gambar sebenornya


Ini pulak gambar buah jambu bola

 
setengah orang memanggil jambu keling atopun jambu bol. Tapi aku panggil jambu bola. Rasanya masam2 manis.. kdg2 ada kelat2 sikit.. sungguh best kalau di cicah dengan gula & kicap.. haduhai,.. kecur pulak air liur bulan bulan posa ni...
 
Sekarang mari kita lihat siapa yang kenaaaa............
Berbalik kepada sarat sarat pertandingan semlm di mana :
 
* Jawapan haruslah tepat & tak de sipi sipi
* Peserta pertama yang menjawab dengan betul di kira sebagai pemenang
* Tiada talian hayat
 
Tapi aku sebagai tuan empunya blog, dengan suka hati telah membubarkan sarat sarat tersebut..
Sebabnya aku nak ucapkan tahniah kepada :
 
Widia - Yang telah meneka pasu bunga...
 
KakZakie - Yang telah meneka Lace kain langsir umah aku .. isk isk kakak.. Hanna x tukar langsir taun ni.. kalau tukar pun jait strett jer..xde lace..
 
Zanna Rohim -Yang telah 3 4 kali meneka, lapik meja, daun jambu rosak dan jawapan yang seterusnya Daun jambu susu.  Sebenar jambu susu & Jambu bola ni laian.. tapi dauunya lebih kurang jugaklah  berjerawat..
 
Maka Tahniah Kepada Zanna Rohim
Walaupun Jawapannya sipi2 tapi berkat kesungguhhannya aku dengan bangganya mewartakan
Zanna Rohim sebagai pemenang Hadiah Utama berupa Top up RM10.00
 
Juga Kepada peserta seterusnya Kak Zakie & Widia yang masing masing menggondol hadiah
berupa Top Up sebanyak RM5 tiap seorang.
 
kepada para pemenang sila hubungi penganjur di finance@knm-group.com dan sertakan sekali dgn no hp anda dan sila nyatakan nak top up Maxis ke Digi ke atoupun Celcom untuk urusan menambahan Topap.
 
Terima kasih kerana sudi memerah otak anda dengan menyertai peraduan Cer Teka ini..
 

Tuesday, August 23, 2011

Peraduan Mari kita Teka!!!

Jeng jeng jeng...
Harini aku nak buat peraduan cer teka..cer teka... cer teka...
Ingat tak masa kekecik dulu ada rancangan TV kat rtm yang suh teka2 benda2 cenggini..?
so memandangkan rtm dah tak buat rancangan tu maka hari ini aku dengan bangganya
nak buat peraduan cenggitu...
Sesapa pun boleh participet dlm peraduan aku yang tak berapa glemer ni...

Sarat sarat peraduan ni mudah jer :

* Jawapan haruslah tepat & tak de sipi sipi
* Peserta pertama yang menjawab dengan betul di kira sebagai pemenang
* Tiada talian hayat

Hadiah utama : Berupa hadiah misteri yang teramat misterinya...

Soalannya :  baca bebaik yerr..

Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul :
( ayat mcm soalan UPSR jer.. )


GAMBAR DI BAWAH ADALAH GAMBAR _______________________




Selamat Meneka Yer..

Monday, August 22, 2011

Akulah Yang Bertuah Tuue..

Suke suke sukkeeeeeeee,,,
Jeng jeng jeng,...
Harini .. tadi..
aku bersiar siar ke blog2 yg lazimnya aku ziarahi eberiday..
tup tup.. ahakss....
setibanya di blog Norrie Zallyna aku telah di umumkan sebagai followers bertuah..
wahh kelasss gituw... 'Bertuah' aku rupanya..
Mekasihlah yer norrie... sebab anda telah menjadikan diriku amat berharga...

minta maaflah andai aku ni terober seronok sgt..
ngalahkan org menang loteri jerk kan...
sebenarnya dunia blogger ni baru jer la jugak dgn aku.. dulu aku tak serius ..
just tepek tepek gambar hasil kerja aku jer kat blog satu lagi
Sekarang jer lepas segala galanya dah lepas... aku kembali merepek & tak sangka pulak..
hari ni terpilih jadik follower bertuah...
Seronokkan..
mcm2 org buat kat blog ni..  rasa rapat dgn kawan2 blogger walaupun x pernah jumpa
bersua muka...

Kalu sehari tak bersiar ke blog kawan2 semua, aku rasa mcm sawan pun ada ..
tambah2 lagi kalau sehari tak ke blog kak ina...

Aku mmg susah sikit nak lupa kak ina DDC sebabnya masa aku mula belajar berblogging dulu, kak inalah orang pertama yang menghulurkan salam perkenalan pada aku...

dan kini aku mempunyai 21 org rakan2 blogger. Walaupun x ramai mcm org lain.. tapi aku amat gembira & seronok banget berkongsi cerita dengan uolss semua..
Salam Sayang


Karipap Karipap Cinta

Wahh.... kelasss tajuk entry kali ni...
Sebenarnya aku balik ke rumah mak sabtu tadi.. saja ambik kesempatan berbuka dgn mak & di samping tu nak ambik kuih2 raya ala2 kampung yang kawan2 seopis tempah kat mak..
Ondewe balik teringat plak nak singgah pasar Ramadan kat Slim River.. nak carik putu beras sebb mak suka makan yang itu..
sampai sana jam pun dah 6.30 petang,,, ujan renyai renyai.. aku redah jugak.. carik putu beras punya pasal.. tapi hampa... pusing satu PARAM bukan kata putu.. berasnya pun aku x nampak...
yang aku jumpa adalah.........
Gerai Karipap..  karipap karipap chenta..
Mcm2 jenis karipap ada...
Karipap daging, karipap ayam, karipap Sardin & Karipap Udang...
Tapi bila aku sampai tinggal karipap udang jer.. 6 7 ketul..
aku borong jelah semua...


Tokey karipap tengah paking karipap terakhir yang aku beli..
Mmg sedap karipap dia...



 Semlm pulak..pakat dok tolong emak & kak ti packing kuih..  aku tolong tengok jelah...
Dua org anak dara kak ti dok tolong tempek label kat bekas kuih..

Bayangkanlah kesemua kuih2 ni aku sumbat dalam kancil aku..
apa pun Syukur Ke Hadrat Allah sebb semua kuih2 ni dh selamat sampai ke Kl

Friday, August 19, 2011

Selsun Blue

Hari ni xde citer nak share..
Sementara tggu kawan aku balik dari Mines ni,  aku just jalan jalan ke blog2 orang lain...
Aku malas nak berjalan panas-panas ke Mines..
so tadi  kirim kat member suh belikan shampoo kat pamasi..
kepala aku ni jenis yang cepat berminyak.. - .. maksud aku kulit kepala yang jenis berminyak
dan cepat berkelimumur... 2 hari sekali mesti cuci.. kalu tak cuci bergaroklah jawabnya...
dulu memacam shampoo aku try... pendek kata, yamg kuar kat TV tu semua aku try tapi kelimumur
masih ada & yang tak bestnya makin banyak pulak...
sehinggalah pada suatu hari aku telah berjumpa dengan sidia...




Ini bukan botol nila yer puan puan...
 ini adalah sejenis shampoo.. mmg kurang top pun.. dalam TV pun xde iklan dia... Shempo ni khas utk menghilangkan kelimumur...

shampoo ni mmg bagus.. masuk hari ni aku dah pakai almost 8 botoi...
Shampoo Selsun Blue ni boleh di dapati di Guardian.
Untuk 120ml regenya biasa aku beli RM18.90. Tapi tadi uh kawan belikan dah naik seringgit RM19.90.
wah wah mementanglah nak raya ni.. dan dan naik harga.. huh
Ada botol besar jugak .. rege dalam RM35.00
Ada 3 jenis tak silap aku Shampoo ni.. aku suka pakai yang tutup purple.. sebb yang ini
2-in-1 sekali dgn conditioner. So sesuwai sgtlah dgn aku yang pemalas ni kan.. heheh
Lagi satu Jenis tutupnya kaler Hijau..

sejak aku guna Shampoo Selsun Blue ni , yang aku pasan, hujung rambut aku tak pecah..
rambut pun lembut jer lepas shampoo..
& menurut antie aku, dia pun guna shampoo ni...dia kata rambutnya yang dah agak kureng tu. tumbuh semula sejak dia gunakan shampoo ni.. itu dia katalah..
kalau nak tau betul ke tak haruslah cuba kan...

Thursday, August 18, 2011

Model Roti Putar

Semlm sempena Nuzul Quran kat selangor aku ngambik kesempatan bawak anak dara aku pi buat IC..
Kengkawan kata kat Putrajaya cepat.. tapi memandangkan tak berapa tau jalan nak ke JPN sana jadinya aku pegi JPN Bdr Tun Razak jelah.. Dokek pun dokek.. tak de jem jem...





Anak sulung aku si Kakak komain siok lagi.. tergedik gedik nak buat IC..
lagi x buat lagi tulah asik dok tanya jer.. sib baikla cuti semlm...
lupa lak nak tanya mak aku,  aku dulu ngedik cam tu jugak ke time nak buat IC ..

Walupun aku sampai dedekat jam 9 gitu tapi Orang tak ramai pun..
anak aku si kecik tu siap boleh tawaf satu JPN tu..buat macam rumah atok dia jer..
jenuh aku besarkan spotlight ni kot dia faham.. tapi dia wat selamba jer...
tak sampai setengah jam urusan pun dah selesai...

Ondewe nak pi kat kereta tu kami lalu kat kedai 1 Malaysia..
Si Kakak singgah jap wat part time modelling kat situ


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Model Iklan Roti putar...


Model Jus Blackcurrant..


Cukoplah 2 pose aja...
Si kakak nak berposing kat gambar beras pulak... malas aku nak layan...

Bodo Pianggg

Tentu semua tahu gambar ni kan...




Ya betull....... gambar ini adalah gambar lesung batu... hahah
puas godek maka terjumpalah gambo ni kat blog ayeenmuhammad.blogspot.
dan di sebabkan lesung batu nilah tido aku terganggu sepanjang malam.. Rasa nak hentak2 jer jiran atas umah aku tu... bukanlah kita ni tak boleh bertolerate..dah bertahun aku tinggal kat situ.. mmg bnyak berkurang dari pada berlebihnya.. hinggakan tempat aku patut sidai kain baju pun di gunakan oleh Jiran sebelah umah aku.. xmo gaduh punya pasal.. biarlah aku mngakah sidai di dalam rumah aja..

Bunyi org menumbuk dgn lesung batu aku rasa perkara biasa kalau dok di flet... even aku jugak pakai lesung batu.. tapi haruslah lapik dgn kain yang tebal.. kalau takat alas dgn sehelai kain jer baik x payahkan... berdentam dentunlah bunyiknya.. kita mungkin x terasa.. tapi jiran yang di bawah umah kita mcmana pulak? kenkadang kena pikirkan perasaan orang jugak...jgnlah pikirkan tekak kita yang nak makan sambal belacan tu jer....

Jiran atas umah aku mmg suka sgt mnyambal.. pernah dgr katanya suaminya x suka makan kat luar..so hari2 kena masak...tiap hari dentingan lesungnya mengganggu aku.. tapi tak apa.. sabar...
mungkin dia lapik.. tapi mungkin setakat sehelai tuala kecil... atau mungkin jugak dari kithen kabinet dia terus hentam dam dum dam dum... 
 yalah aku nak kata dia tak lapik pun bukannya aku nampak.. tapi bunyik yang kuar tu mau bergegar umah aku tu... maklumla umah kecik.. kalau dia menumbuk di dapur.. aku yang di bilik tidur pun jelas dengar,. waima solat pun sering terganggu dgn irama.. klentung klentang dia tu...

waktu pagi dalm jam 7 lebih dia akan menumbuk sekali - buat nasik goreng agaknya..
tghari sekali lagi - masak tghari mungkin... * yang ni aku tak kisah sgt sebb aku kerja.. time aku dok umah jer aku selalu dengar..
Malam lepas magrib.. ktang ktung ktang ktung.. - masak utk makan malam.. ok x pe.. tahan jugak...

tapi kalau dah jam 11.30 mlm ko dok kletung kletang kletung keltang.. bagi aku org yang mcm tu xde sivik..xde sensitivity.. lainlah dia dok umah teres.. nak menumbuk smpai jam 5 pagi pun x apa... fikirlah sikit ttg jiran yang dok kat umah bawah..  org mcm tu org kampung akau kata 'bodo piangg' x de otak....

lepas berbuka semlm... lepas mngemas apa yang patut aku terlelap .. dalam jam 11.30 aku terjaga sebb rasa mcm bergegar seluruh rumah...bunyi klung klantang ..  rupanya bunyik org atas menyambal lagi...
aduii... nak ketuk umah dia kang jadik gaduh pulak... anak2 pakat bangun x boleh lena...
esuk nak sekolah...hampir jam 12 pun belum abis menumbuk...  ntah apa yang di tumbuknya...
Nak tegur karang.. lain pulak jadinya.... Nak sabar.. tapi sampai bila...
Agak2 bilalah birthday dia ek.. rasa mcm nak persent mesin pengisar jer kat jiran aku tu...

Tuesday, August 16, 2011

Keledek

pernah tak makan daun keledek?
Semlm balik singgah pasar tak berapa segar kat bawah flet. Tak tau nak masak apa...
lauk basah pun dah tak berapa nak ada.. ada ikan selar aja... tu pun stock yang dah tak laku.. ketam pun tinggal 7 8 ekor aja.. aku sebatlah 5 ekor.. cukupla tu..sayur pun sama.. yalah kalau dah jam 6ptg baru nak beli haruslah benyek benyek sayurnyakan...
tup tup ternmpak pulak daun keledek.. aku belek 2 3 kali...ni daun keledek ke pucuk keledek?? teringat dedulu pernah makan pucuk keledeknya...tapi daunnya yg tua2 tu aku buang..
Balik umah.. pucuk nya dapatlah sejemput aja.. so aku amik lah jugakl daun daun yg keras tu

 Daun yang kuning pun aku bedal jugak.. teruk betul aku ni kan.. heheh


Ha.. yang ni dah di masak... lama betul tak makan pucuk keledek... anak2 puji sedap sedap... siap ratah ratah lagi.. firtst time tgk anak2 meratah sayur.. selalunya kuis2 ketepi aja...

Teringat nostalgia masa kecik..  pantang nmpak kangkung or keledek menjalar kat tepi umah org ke, depan umah orang ke.. waima yang menjalar kat longkang pun.. pasti aku mintak....  masa tu aku makan pucuk keledek jenis yang daunnya biru biru tu...

umah jiran yang top yang banyak tanam keladi, kangkung & keledek time tu adalah umah mak cik teh
Bukanlah dekat sgt sgt dgn umah mak aku.. tapi sanggup kayuh basikal  semata mata nk pg kutip kangkung & pucuk keledek..
Sebenarnya bukan nak makan sgt pucuk tu.. tapi seronok..sebb sambil2 petik pucuk keledek tu boleh tangkap belalang sekali..
Bila imbas balik.. seronok sgt time tu...Ntah sihat lagi ke Mak cik teh tu agaknya....
yalah .. masa dok petik kangkung & keledek tu aku baru 7 8 tahun.. sekarang aku dah 33 Tahun..
Owh.. betapa cepat masa berlalu...

Lupa lak nak tepek gambar ketam semalam..

Monday, August 15, 2011

Tetamu @ 15 Ramadhan

Wah,, harini redio redio sebok memutarkan lagu raya...
syok dengar tapi Mood nak raya belum lagi naik.. 
Mungkin minggu2 akhir nanti baru terasa kot..

Semlm ada 3 org tetamu bertandang ke rumah utk berbuak bersama sama,,
katanya " Hanna ko takyahlah jamu ikan bawak ke, ayam golek ke.. masak ikan keli dah cukup'
risau betul.. dah la tak reti masak... kang ntah apa rasanya..
yalah nak  jamu kat org kan..segan la jugak...
kalu boleh naklah masak sesedap.. tapi.. apakan daya.. xleh nak rasa..

so balik dari Keramat semlm ( Buat apa di Keramat? nanti Hanna citer) terus bergegas ke NSK..
dengan si kecik.. kakak & abangnya ke rumah Azman....
ramai betul org kat Nsk.. besesak sesak..  smpai umah dah jam 5
Kelam kabut la..
mana nak cuci ikan keli lagi...serius tak berapa nak pandai...

 Pisau tumpul.. susah nak kelar ikan keli nih...

 Lala... tinggal sebungkus jer kat NSK.. mmg rezeki

 Kangkung....Si kecik yang tolong petik petikkan.. ada yang panjang.. yang pendek...

Menu pertama yang di masak. Jeng jeng jeng...
 *
*
*

Kari Ikan Keli dgn Bendey.
Hurmm.. mcm tak selere jer tgk kan... tak de presentation lansung! heheh 

 Menu Kedua.. Lala Berrlado
Bila dah siap masak Si kecik bukan main lagi ambik piring nak meratah lala..

 Menu Ketiga, Kangkung goreng ikan bilis.. ikan bilisnya dah tak nampak sebb aku dah tumbuk sekali dalam bumbunya.

Menu keempat.. Ikan Keli Goreng.. tapi xdo gambar....
Orang dah nak Azan baru terkocoh kocoh nak angkat ikan dari kuali...
Lepas Tetamu dah balik.. aku bersandar sekejap... Terasa penatnya.. heheh
maklumlah orang pemalas.. sekali kena masak barulah tahu penat ..
Tapi tak apalah.. memasak utk jamu tetamu berbuka puasa kan di kira Ibadah jugak kan..




Friday, August 12, 2011

Apam Polkadot Dot Dot

Seronok ronda ronda blog org lain.. tetambah lagi yang suka masak..
Skrang ni kalu buka fesbuk.. org meniaga mcm2 dlmnya... mekap lah..tudung la...
termasuklah apam yang warna warni tu..
ape namanya ' apam pokodot ke polkadot' mcm tu la lebih kurang namanyanya...
100 bijik RM30.00.. lawa2.. mmg la tergoda.. tetambah pulak aku ni mmg suka kalau yang berwarna warni tu... geramm jer rasa..

so sebelum posa  aritu aku buatlah apam polkadot mcm ni
*
*
*
*
*
*
*


cantikkan?? heheh
Tapi yang ni bukan aku yang buat...
Gambar ni aku buat iyasan jer copy dari myresepi

Yang kat bawah ni barulah yang aku & anak2 buat.. sungguh burukkan..
First time buat.. hukhuk
Anak anaklah org yang paling excited nak buat apam ni.. masing2 pilih warna kegemaran masing..
Mamanya pun 2 x 5 jugak...
Telur kena putar... tapi xde mixer..
so kami pakat2 pukul dgn pemukul telur jelah...
teringat dedulu masa kekecik tolong mak pukul telur utk buat bahulu..
'kechik..kechik..kechik' bunyinya bila di pukul menggunakan pemukul telur yang mcm spring tu
piping beg pun xde...
tak pe kita guna plastik jer..
Semuanya tak ada...nampak sgtla tak pernah buat kuih kat rumah ni.. heheh

Dannnn.. inilah hasilnya... Apam Polkadot Versi Ciknott :
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Heheh.. cuba teka... Filing apakah yang aku letak kat dalam apam tersebut..?
Stoberi kah?
Kaya Kah?
Bluberi Kah?

Buruk kan rupanya....
anyway aku & anak anak enjoyyyy buat apam polkadot ni..
nanti yer nak.. mama beli mixer & piuk kukus... kita buat cecantik lepas ni...










Mee Goreng Koboi

Sehari sebelum kami pi makan kat Wong Solo, aku tgh sibuk memasak untuk Juadah berbuka, anak2 leka pula dok leka nengok citer Kampung Boy...aku pun kadang kadang layan jugak lah cerita tu walaupun pelik 'slang' watak Ana bercakap dlm Kampung Boy tu macam mat salleh cakap melayu pulak..

dok asik aku kat daput tetiba tu aku tedengar pulak suara Chef Wan tengah memasak.. Aikk.. takkan lak anak2 aku ni tukar ke Chanel masak memasak pulak.
Intai sikit..
Owh...rupanya ada karekter 'Che Wan' dlm citer Kampung Boy tu..
Chef Wan tengah memasak..Karekter katun tu pulak.. sebijik macam Chef Wan

Dah tu semlm, anak2 request buat Mee Goreng..
Mungkin terpengaruh tgh masakan KatunChef Wan tu atopun mebi bosan gamaknya makan nasik aja...
so request mama masak Mee Goreng tak pedas...
Benbahannya .. campak apa yang ada jelah..





Berikut adalah Wajah Mee Selepas di makeober..

anak2 komplen.. napa nmpak tomato jer mama?
Udang & sotongnya mana..?

Udang & Sotong Mnyorok kat dalam..
kalau nak.. kenalah cedok & makan mee tu banyak sikit...
barulah dapat makan Udang & sotong tu..
haha Trick la tu.. nak suh anak2 makan banyak ....




Thursday, August 11, 2011

Seksi ke Punggung Ko??

Mahap la... Tajuk entry aku ni agar tidak sopan...
Tapi mmg itulah sebenarnya berlaku..
Kemaren.. datangla sorg adik manis  mngendeng kat aku..
Adik manis ni baru jelah dlm 3 bulan menjoen kat opis aku nih…
Aku as usual.. kalau dgn org yg bebaru ni aku mmg ramah sikit.. almaklum la.. aku paham sgt., kalau aku di tempat diorg pun  mesti macam malu2 kucing sikit kan dok kat tempat baru.. bebaru nak kekenal org..so biasa aku akan tegur2.. dok mana.. dah makan ke belum.. biasa lah tu kan... lagipun tempat aku ni mmg sebelah dgn mesin potosetet..so mmg selalu sgt la boleh tgk muka2 baru dtg bertenggek kat mesin potosetet tu..

Adik manis tersebut berdiri tepi meja aku ni... smbil tggu turn nak memfotosetet...
aku mcm biasalah teruskan kerja..bebuat tak nmpak dia berdiri kat situ... pagi tadi dah tegur dia cukuplah tu kan...yalah ramah ramahla jugak... tentime sebok tu kdg2 tak smpat nak berborak gak..

Tup tup aku dgr dia tanya aku sesuatu yang 'seksi' seksi'
Apa..? soal aku.. apa yang seksi…?

Adikmanis pun mengulangi ayat yang kurang manis tu..

‘ kak...kat sini xde ke lelaki yang punggung seksi ek..?
saya tengok semua flet flet aja punggunggnya..'

Aku tersentak..
Apahal minah ni takde angin tak de ribot leh bcakap pasal punggung seksi lak..

Aku pandang muka dia.. ‘ko ni apahal?? mimpi apa mlm tadi sampai citer bab bab bontot jantan benbulan posa nihh…

'Tak de la kak.. sy suka lelaki yang bontot seksi-seksi tapi kat sini tak de yang seksi'
huishh berani lagi menjawab ek..
Ko ni merepek repek ni apahal.. Gersang sgt ke ?? aku pandang muka dia..
sloww jer dia blah dari tempat aku..

Bulan2 baik cenggini cubala carik satu topik yang boleh mendatangkan  pahala..
sungguh kurang manis pabila seseorang yang masih single & available bertanya soklan yang cenggitu kat aku...
Mengapa  ' Keseksian bontot org' pulak yang di pertikaikan..
Kalau pun bontot org tu seksi.. apa kena mngena dgn dia..?
adakah dia akan mngurat org itu?
hadoihaii.. x paham aku.. mmg x paham...

Wong Solo Bdr Sri Permaisuri

Semlm, bagai pucuk di cita ulam mendatang...
Balik kerja sempat lagi menyinggah kedai jahit antar baju raya.. tak sangka lak dh tentime mcm ni ada jugak yg sudi menerima tempahan lagi... kata uncle tu 4 ari siap... wah wah wah...
tak sabar aku nak tengok hasil kahitan dia.. maklumlah pest time wat waju kat dia... selalunya kakak aku yang kat Rawang tu yang jahitkan tapi taun ni rasa tak berkesempatan nak ngatar ke Rawang..
Sampai umah jam 6.00, tup tup Hasrul kol ngajak berbuka kat luar...
wah.. apa lagi cecepat la suh anak2 bersiap...
6.30 kuar umah.. tik tok tik tok tehegeh2 kuar... smpai 'Wong Solo' dah jam 6.45. walhaLnya dekat sgt 'Wong Solo' tu dgn umah aku.
Belek- belek Menu




dah 15 menet duduk x sapa pun dtg amik oder... aku tgk org dah penuh dlm kedai tapi pelayan ada 2 org aja yg kulu kilir... penat dah dok panggil suh amik oder..
Sudahnya jam 7 baru dapat oder...

Best jugak la kat kedai tu.. Hasrul dah buking tempat makan yang jenis bersila2 tu... luas sikit senang anak2 nak menerap ke melentang ke...
lama sgt tggu oder sampai.. anak aku yang kecik tu dah tak sabar.. abis di bedalnya tembikai yang diorg mmg kasik free dgn 4 bijik kurma...


7.15 makanan belum sampai....
7.26 Air baru sampai
7.30 org lain dah berbuka.. kami anak beranak dok melangak tggu Oder
Hasrul bebel.. dia kata aku lambat oder.. patutnya aku oder dulu masa dia pegi paking kete tadi..
Huh.. manalah aku tau apa yang nia nak makan..

7.35 Barulah makanan kami sampai...
Aku oder Ser Nasi Ayam Penyet utk aku, set Ayam Bakar untuk Anak aku & Hasrul Oder Empal Daging (Daging Sapi), pastu additional pecel lele - ikan keli sekor dgn udang goreng tepung

Di sebabkan kelaparan sgt, maka aku pun terlupa nak snap gambar masa belum makan...
Mmg sedap Nasik ayam penyek dia...
ada nasik, ayam seketul
Sambal terung ke terung sambal..
Tempe seketu
Tauhu seketul
Timun sepotong

Tapi aku dapat tauhu & Tempe 2 ketul..sebab anak aku tak makan.. semua di humban dlm pinggan aku...

Mmg sedap la.. mungkin kena dengan selera aku.. sebab aku ni jenis kurang suka makan berkuah..tapi Hasrul kata Empal daging dia manis... aku rasa sikit mmg manis sgt.. jadi dgn separuh hati aku 'kepak' ayam aku boh dlm pinggan hasrul..

Tapi laukknya xde berkuah.. kalau sesapa yang x biasa makan kering2 ni tercekik lah jawabnya...
Aku tgk anak2 beselera makan.. kecuali si kecik yang sebok dok mngacau orang aja...
Nak tahu sedap ke tak sedap.. sila tgk gambar di bawah :
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Licin..... tinggal timun jer .. hahah
Tapi rasanya kalau selalu makan.. boleh kopak poket...
semua semua yang kami makan semlam berjumlah RM76.30


Raca cam mem bazir jer...
kalau aku beli ayam & buat sendiri 76.30 tu boleh makan 10 orang
kak ina DDC, bagilah resepi ayam penyet...

Wednesday, August 10, 2011

Tolong....

Nak mintak tolong blogger smua.. kenapa Hanna x leh nak komen kat post Hanna ek?
katakan kakzie comment kat hanna punya post, hanna nak comment balas tp tak boleh..
Jenuh Hanna godek2 settingnya..
Tolong Kak Ina DDC.....

Trajedi Ramadhan

Pagi- pagi aku dah bertandang ke umah Kak Ina, Ratu Siput, Achik.. pastu terbersiar-siar plak ke blog Pinky Mommy.. cantik blog dia.. suwit suwit gitu...
Wah rupanya Pinky Mommy upah contractor untuk cantikkan blog dia..
Kalu Ratu renovet umah nak nak raya ni.. aku pun nak renovett gaklah.. dapat renovet blog pun jadilah.. maklumlah.. tak berapai pandai nak susun batu batanya,, nak bancuh semennya.. so baik serahkan pada yang pakarr... ni tgh sebey2 ni contractor mana yang nak aku pilih.. heheh

Di sebabkan entry kak ina membuat siaran ulangan tentang cucur nya yg mabeless tu, sudah 2 hari la aku pun asik buat cucur je... kemaren buat cucur udang.. tapi cicah dgn sos jer... x sempat nak buat kuahnya...
semlm buat cucur ikan bilis lak... sempat buat sos .. heheh tapi tak guna cili kering blend... aku bantai guna cili boh jer... not bad la.. utk org yang pemalas cam aku ni kan...
Habiss anak2 tibai...  sedap katanya...  tak sempat aku nak buat siaran ulangan time sahur...
Seronok rasanya bila dapat sediakan juadah berbuka dgn air tangan sendiri utk anak anak berbuka.. walauapun hanya menu cucur bilis, buncis goreng sambal sotong & ikan selar goreng.

Pagi tadi otw pi kerja terdengar berita kat redio seorang kanak-kanak meninggal selepas 12 jam berbuka puasa dengan Abc & otak2.. Innalillahiwainaillahirojiun...
tetiba sebak melanda.. terbayang kalau si mangsa tu salah seorang ahli keluarga kita...
memang ajal maut di tangan tuhan.. tapi terkadang terfikir mcmlah boleh jadi mcm tu di bulan yang mulia ini..? apakah peniaga2 di Pasar Ramadan hanya mementingan keuntungan semata mata tanpa mempedulikan aspek kebersihan...
Pihak berwajib rasanya perlu educate peniaga2 ni... sebelum nak kuarkan lesen semua peniaga di wajibkan utk hadiri kursus penyeliaan makanan.. sehari pun jadilah..
Sebabnya bagi aku .. mmg semua org boleh memasak, boleh meniaga makanan yang di masak tu tapi bukan semuanya tahu & ambil kisah tentang penyediaan makanan, faktor kebersihan dan sebagainya...

Berniaga di bulan yang mulia ini adalah ibadah sebenarnya .. namun Peniaga2 ni lupa dosa & pahala..bila mata asik nmpak duit aja... sehinggakan makanan yang tak habis pun di recycle & di jual kepada kita.. yang kita ni pulak.. beli jerr...
Takziah buat keluarga mangsa..Alfatihah

Tuesday, August 9, 2011

Aku Gunting Kanggg!

Tajuk entry hari ni tidak ada kena mengena dgn peras ugut.. tapi lebih kepada luahan perasaan…

Sebelum nak meluahkan, eloklah aku terangkan dulu lokais kedudukan workplace aku ni yakni meja tempat akuykeja ni adalah berhadapan dgn lorong nak ke pantry..
So mmg ngetop sikitla.. sesapa yang nak pi pantry.. nak balik dr pantry haruslah lalu di tempat aku dulu…
Siok gak kenkadang cuci mata.. 'cifinafa' ni dressing mcm2 gaya, curi cium aroma kopi diorg.. walaupun terkadang terbit rasa teringin almaklumlah di benbulan posa ni kan….

Tapi tu semua dapat aku tepis…. Cumanya yang aku kurang dapat menepis adalah perasan yang 'bengkek' sebabnya ondewey diorg pi pantry tu mesti singgah mintak gunting kat tempat aku.. mostly 'cifinafa' ni,  diorg ni suka minum minuman 3 in 1, minuman peket2.. sesekali tu okaylah tapi kalau dah sehari 3, 4 kali pg pantry & singgah tempat aku mintak gunting x ke mengganggu namanya tu..
aku ni bukanlah kedekut sgt.. tapi aku tak paham napa yang mnyusahkan org smpai boleh sawan aku di buatnya.. kalau nmpak amoi tu melenggang bawak mug aku dah tau dah musti singgah pinjm gunting kat tempat aku... larat ke nak melayan kehendak orang je...
Ko dah tau nak minum minuman peket.. gunting lah sesiap… smpai pantry just tuang dlm mug & tarok air… bukan susah pun...
ko yang nak minum aku lak jadi kuli hulo gunting sehari 5 kali kat ko...
tu yang aku terasa mcm ' AKU GUNTING KANGG Minah ni!!!

untuk mempuehkan ati aku & demi keselesaan orang ramai.. aku telah ikat gunting tu kat tray aku.. so kalu sesapa yg rasa nak pakai gunting tu, pepandailah yerr...

Tengok, baik punya stand' aku parkingkan gunting aku untuk keselesaan bersama...

Monday, August 8, 2011

Kisah & Teladan

Sabtu pagi aku carik duit sikit...
kalau orang lain jual lauk pauk, jual kuih, jual bisekot tapi aku x pandai wat semua tu..
so aku carik duit cara lain.. heheh
Low season sementelaah bulan posa ni, ada lak permintaan buat kelas utk mekap pengantin...sososo...SyamHanna The makeup Touch ( Nama Glemerzz la Kunun)
menganjurkanlah Bengkel Solekan Pengantin..
Kali ni studennya tak Ramai.. 4 orang jer..
Oklah kan.. daripada  membuat taik mata jer kat umah.. baiklah membuat satu perkara yang perpaedah dan dapat gaklah menambah pendapatan. Apa yang paling penting.. ilmu yang di curahkan tu di kira sebagai ibadah jugak...Jangan hanya mengejar keuntungan semata-mata.. so memurid, jgn lupa teknik &
tip tips yang che'gu ajarkan tu yek....
Di sebabkan penat dgn kelas Mekap, so petang tu aku kelek la anak -anak pg berbuka kat luar...
'Si kakak' vote nak makan Chicken Rice.. aku on jelah.. mmg tak selalu pun bw anak2 makan kat tempat2 cenggitu.. si 'abg lak' asek merengek nak beli Jam G-shock, jadinya aku bawak diorg ke The Mines.. Jam 6.00 ptg kitaorg smpai... nmpak The Chiken Rice Shop Lengang..
Wah.. laju jerlah aku ke kaunter utk book meja...
Tapi alangkah kecewanya sebb semua meja Fully booked...
Kesian kat anak2...pergi pula ke Kenny Rogers pun fully booked, secret resepi, fully booked.
rupanya bukan aku sorang jer yang malas nak masak.... rata rata tempat semuanya penuh...

AKu ubah plan .. kami terus keluar dar The Mines terus ke Jusco Balakong, 5 6 kedai aku pegi tapi smua penuh.. katanya jam 8 kang baru boleh masuk.
Huh!! ramainya org malas masak. hukhuk...

Pandang muka anak2.. kesian.....
Pujuk bebudak tu, beli air & roti dulu utk berbuka.. nanti jam 8 baru makan kat kedai...
kami dok lepak kat foodkot sementara nak tggu Azan..
memula ok.. tapi bila tgk org sebelah dah susun Sizzling Mee, Nasik Paprik, ABC..
anak2 dah mula ubah pikiran...
'Ma... makan kat sini jelah' bisik si adik ...
' Ha ah Ma.. kakak pun x kisah.. makan kat sini pun okay...
' Ok lah' si abg menyahut..

so dengan rasminya tak adalah Chiken Rice Shop pada hari tu.....
Moral Of the Story.. Lain kali kalu malas masak, kena book awal-awal...sebab bukan ko sorang jer yang nak makan Chiken Rice....huhuhuu

Friday, August 5, 2011

Pelancong Yang Melencong

Arini kepala berdenyut –denyut…
Penangan kena hujan kat pasar ramadan semlm la ni…
Dah la abis duit aku …sakit kepala pulak tu.. hurmm…
Nak salah sapakan..
Cita cita nak masak ikan bakar ala alal kak Ina Dodo Cheng semlm tak kesampaian..
semlm Cikna ngajak aku pi Pasar Ramadan.. So layan jelah.. sian lak dia tak de kawan…
hujan lebat betul semlm...
Sib baik ada paking… dlm hujan tu berpayunglah kami berdua…
Dlm tak sedar tu aku pun tunjuk ini tunjuk itu,.sudahnya melayang 3 keping note merah dlm purse.. sampai senget tangan dok jinjit metabak, roti jon, popia, putu bambu, air tebu wahhhh

Nak stori sikit…sepanjang panjang aku kerja kat dept skrg ni, tempat aku ni suka sangat di kunjungi oleh pelancong  dari dept lain...aku sendiri pun tak tau apa istimewanya tempat aku ni… ke aku yang istimewa pun x tawlah..
ada yang hantar document. Sehari 8 kali dtg sini... ada yang mintak signature.. ada yg nak ini nak itu..
tapi yang paling aku hot tu  yang tak de urusan pun rajin gak dtg melepak2 kat sini…

nak pulak kat belakng kosi aku ni  aku letak side table yg ada drawer tu .. tapinya aku letak kat situ sebb senng nak letak document2, tapi diorang suka suki menjadikan side drawer tu tempat lepak....
Ni ha pepagi tadi ..aku tgh sibuk mengkeyin currency kat system..
yalah kang kalau dah ramai yang dtg kang jem plak system.. mnyalak2 la pulak bos aku tu kang.. so baik masuk cecepat kan….
tup tup ada lak si minah dr dept sebelah dept aku, mai dok lepak kat belakang aku…sambil meneggekkan bontot kat drwer tu la..
Ntah apa yang di bebelnya aku pun wat dek jelah.. lantaklah.. malas nak layan ceciter karut pepagi nih… aku teruskan wat keje..
lebih kurang 10 menet baru aku terpasan masih ada org kat belakang aku ni.. rupanya minah tu dah tdo  tepi drawer tu.. baik punya dia landing bontot dia ats kotak A4 yang aku letak used paper..
Ya ammpunn… terkujat aku…
Di buatnya bos aku nmpak.. kang di katanya tempat aku ni markas utk org mngular pulak…
aku sergah la dia..Weiiiiii tido ke?
Selamba dia jawab.. sementara tunggu giliran nak potosetet, tdo la kejap..
Mcm tu pun hado….. hurmm..
Ni ha.. aku sertakan bukti tentang kewujudan A4 paper & side drawer table tuh..


Korang abaikan jelah tempat aku yang berselerak tu yer....
sengaja aku letak kotak kecik & document atas side table tu... tu pun muat lagi utk diaorg tenggekkan bontot diorg...  kdg2 siap ubah lagi benbarang aku tu demi utk keselesaan bontot diorg..
aku bukanlah nak mngata benbulan posa ni.. tapi kdg2 ade benda yang patut diluahkan..
 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat