Thursday, November 25, 2010

Diari Hatiku - Bab 8

Aku berkira kira untuk mencari pekerjaan.. tapi kalau setakat di kampung, kerja apalah sangat yang boleh aku buat….terlintas di hatiku untuk berhijrah ke kuala lumpur… Tapi bagi kah mak kalu aku ke sana… bagaimana dengan Saraa dan Imran yang ketika itu masih menyusu badan….
Aku kembali menghubungi kawan kawan lama untuk meninjau ninjau peluang pekerjaan…
Gembira aku bukan kepalang apabila mengetahui Kak Sheila, Abg Hasrul, Kak Miza, semuanya masih lagi bekerja dengan syarikat lama tempat aku bekerja dulu...

Atas persetujuan mak aku membuat keputusan untuk berhijrah.. Ku cekalkan hati berbekalkan baki simpanan hasil dari penjualan bunga aku mula mengatur langkah. Genap umur Imran 6 bulan aku membuat keputusan ke Kuala Lumpur. Imran ku ajar menyusukan melalui botol...
Sayu hati aku bila memandang mata kedua dua anakku… Namun apakan daya…mama terpaksa sayangg…

Aku bersyukur, setibanya aku di KL aku telah mendapat kerja di sebuah syarikat pembentungan. Walaupun hanya berpendapatan asas RM500 dan selebihnya bergantung kepada komisyen namun aku tiada pilihan.
Tak apalah..buat sementara bisik hati kecilku….
Di sana aku berkenalan dengan Liza…Dengan ehsan Liza, aku menyewa bilik di rumah sewanya dengan kadar RM200 sebulan…di sebabkan aku tidak mempunyai kenderaan, En, Syawal bos di syarikat tempatku bekerja menyewakan keretanya kepada aku dan Liza untuk memudah kan aku mencari jualan…
Hidup tak semudah yang di sangkakan…..

Kalau pada waktu siang aku kesana sini mencari jualan, waktu malamnya aku banyak menghabiskan masa berseorangan di bilik…Keadaan bilik ku kosong….hanya ada beg pakaian dan sebiji bantal kecil yang ku bawa dari kampung….
Setiap kali ku pandang siling, wajah Saara & Iran bermain di fikiranku…malam ku rasakan terlalu panjang….terlalu rindu hati ini pada Saara & Imran....

Tinggal bersama Liza benar benar mencabar aku dgn telatahnya... Liza ketika itu berusia 28 tahun…janda anak 7 dan berasal dari Utara tanah air.. Tapi tingkah lakunya tak ubah seperti anak gadis yang berusia 18 tahun… suka bersosial dan gemar memasang muzik dengan kuat sambil menggoyang goyangkan kepala dan badannya sambil mengikut rentak …kadang kadang lucu juga melihat gelagatnya…. Aku selalu mengusik Liza....."Liza.. kalau la anak anak hang yang 7 orang tu tengok mak dia terkinja kinja begini…macamana lah agaknya reaksi diorg ya…
Walaupun begitu Liza tak pernah melupakan aku…. kemana saja dia pergi selalu aku di ajak bersama…pernah jua dia mengajak aku ke Disko dan Pub yang seumur hidup tak pernah aku kunjungi…….Namun aku cepat sedar…itu bukan dunia aku….Aku datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki yang halal untuk Saara & Imran…

Sebulan bekerja aku mendapat tawaran baru di Syarikat ‘M’ yang sama tempat aku, Abg Hasrul dan Kak Sheila bekerja dulu… kebetulan aku pergi utk menziarahi Kak Sheila di sana dan aku di tawarkan bekerja .Gembira hati ku bukan kepalang… Imbuhan yang ku terima jauh lebih baik dari sekarang….Rezeki Saara & Imran.mungkinn….

Jika dahulu aku berkongsi dengan Liza menyewa kereta En. Syawal tapi kini aku tak ada kenderaan untuk ke tempat kerja… kebetulan tak ada bas mahupun public transport dari rumah sewaku untuk ke tempat kerja yang baru… Liza mencadangkan agar teman lelakinya yang ku kenali sebagai Rizal menghantarku ke tempat kerja buat sementara waktu…mulanya aku agak keberatan ..bimbang apa pula tanggapan orang nanti...tapi akhirnya aku tiada pilihan…
Atas izin Liza setiap hari Rizal menghantar dan mengambil ku dari tempat kerja.


Setelah menerima gaji pertama di Syarikat M, aku pulang ke kampung menjenguk Imran dan Saara..Riang hati ku tak terhingga apabila menatap wajah anak anak ku...tak puas rasanya sehari bersama Saara & Imran..
Petang itu Kak Wati menghantar ku ke perhentian bas... tak lupa ku tinggalkan duit untuk perbelanjaaan anak anak ku dan ku hulurkan sedikit belanja untuk mak….sejak itu setiap 2 minggu sekali akukan pulang ke kampung menjenguk Saara dan Imran

Masuk bulan kedua aku di Syarikat ‘M’, sok sek sok sek perihal diriku mula di perkatakan di pejabat. Di sebabkan aku pernah bekerja di Syarikat ‘M’ satu tika dulu Rata rata dari staff lama mengenali aku sejak dari anak dara hinggalah aku berkahwin dengan Azman…kisah hidup aku menjadi bahan sendaan…. Apa aku pakai…apa aku buat…dengan siapa aku keluar..dengan siapa aku makan semuanya menjadi topik hangat di pejabat….Hinggakan ramai yang beranggapan buruk padaku. Pernah aku terfikir untuk berhenti… tapi atas Nasihat abg Hasrul aku pekakan juga telinga… ….

Sejak Azman mengetahui aku berada di kuala Lumpur, seringkali dia menalifon aku dan selalu marah marah dengan sebab yang aku sendiri pun tak tahu… pernah sekali Azman mengungkit yang Saara & Imran tu anaknya..dan bukan anak aku bila aku berkeras tak mengizinkannya mengambil Saara & Imran. Katanya benih itu benih dia….dia hanya tumpangkan di dalam rahim aku…dan meminjam alat aku untuk melahirkan Saara & Imran…
Azman mengugut untuk melarikan Saara & Imran.. aku jadi takut & tertekan… .. masih ku ingat ketika di Mah kamah dulu… Azman merayu rayu supaya aku tidak menuntut harta sepencarian dan nafkah tertunggak…. Katanya kalau aku tak tuntut harta..dia juga takkan tuntut anak….
Tapi sekarang lain pula jadinya….
Dia benar benar mengganggu perasaan aku…....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Yang Sudi Singgah....

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat