Kisah yang diadaptasikan dari Hidup aku 8 tahun dulu... Sengaja aku membuat catatan sebegini supaya satu hari nanti anak anak akan mengerti sebabnya....
Episod 1
Aku menyelak helaian gambar di dalam album kenangan perkahwinan ku…satu persatu ku tatapnya…kenangan 5 tahun lalu mula menerjah di kotak fikiran ku.. betapa anggunnya aku saat bergelar isteri org. Alangkah indahnya saat itu di rasa..Masih terbayang di mata ku betapa meriahnya suasana tika itu. Keriuhan suara saudara mara yg berkumpul benar benar membuatkan aku merasa sungguh bahagia. Mak Lang, Mak Long, Mak Su, semuanya memuji betapa cantiknya aku dgn songet biru yg aku kenakan. Yop, Abg Ros, Abg Wan semuanya sibuk bergotong royong mendirikan balai penanggah dia halaman rumah..anak anak saudara ku masing2 sibuk memasukkan telur di dalam sarung telur. Ahhh bahagianya aku saat itu. Namun semuanya tinggal kenangan. Masa merubah segalanya..kebahagian yg aku kecapi hanya sementara... Azman tidak lagi seperti dulu…kini aku di biarkan terkapai sendirian..
5 tahun tinggal serumah dgn mertua benar2 menguji kesabaran ku. Dilayan tak ubah seperti org asing. Ahh aku tak ingin lagi mengingati kenangan pahit itu. Aku tidak membenci Umi..apalagi membenci Ayah walaupun aku di layan tidak selayaknya sebagai menantu di dalam rumah itu. Tapi Itu kehendak Azman. Aku harus akur dgn kehendak suami walaupun dalam hati ku tersiksa segalanya harus ku pendamkan saja. Aku terpaksa memenuhi semua kehendak Umi, Ayah dan kehendak Azman sekaligus membuatkan aku rasa tertekan. Tetapi apakan daya..aku hanya mampu menjeruk rasa.
Sepanjang bulan Ramadan, aku mmg tak sempat untuk menyediakan juadah berbuka.. Segalanya di uruskan oleh umi ..pulang saja dari sekolah selalunya umi akan terus ke bazaar Ramadan membeli apa yang patut dan tak pernah sekali pun umi membelikan apa2 utk ku. Umi tak tahu apa yg ko nak makan ujarnya ringkas… Selalunya kalu sempat aku akan mebungkus juadah dari restoren berhampiran pejabat ku sahaja sebelum singgah ke rumah Kak Normah untuk menjemput Saara Pulang. Jika kesuntukan masa, aku terus menjemput Saara dan makan apa2 saja lebihan makanan yang ada di rumah. Azman memang jarang berbuka di rumah melainkan hari ahad sahaja. Selalunya dia akan berbuka bersama kawannya di Bank tempat dia bekerja. Pernah juga sekali dua Kak Normah mengajak aku berbuka di rumahnya namun selalunya aku menolak. Risau jika tiba lewat di rumah nanti Umi bising pula..
Waktu sahurnya selalu ku bangun awal pagi memanaskan lauk pauk yang di beli umi.
Nasik sudah ku masak terlebih dahulu sebelum aku masuk tidur, bukan apa bimbang jika terlewat bangun sahur.
Dua hari sebelum Syawal, umi sudah sibuk memesan barang. “ Umi nak buat nasi impit, kuah kacang, lodeh, laksam. Nanti kamu tolong buatkan ya dan jgn lupa buatkan pudding sikit”. Selalunya Umi hanya tahu mengarah dan akulah yang terpaksa mnguruskan semuanya. Walau bagaimana penat sekali pun segalanya harus ku siapkan sendirian. Tak kering tangan aku dibuatnya
Awal pagi itu Umi sibuk melaung laung nama Azman dari dapur. ‘ Man.. bangunlah..matahari dah meninggi nih…bawa umi kepasar banyak barang yang nak kena beli untuk open
Masih ku ingat umi menghempas kesemua pinggan pingan kotor ke singki hanya kerana aku tak sempat mencucinya sewaktu lepas makan malam. Bukan sekali dua bahkan acapkali aku di layan begitu. Mungkin kerana itu Tuhan permudahkan aku bersalinkan Sara. Dari awal kehamilan hinggalah di saat2 akhir menunggu hari tangan ini tak pernah kering. Kadang2 aku terfikir, adakah Azman mengahwiniku hanya kerana mahu menjadi hamba di rumah itu. 5 tahun bersama mertua cukup membuatkan aku tersiksa jiwa & raga. Azman sampai mati pun katanya tidak akan berpindah ke rumah lain. Baginya Umi & ayah adalah segala galanya. Aku merasa tertipu dengan janji Azman. Namun apalah dayaku walupun telah beberapa kali telah ku suarakan pada azman namu aku harus menurut apa saja kehendaknya. Tambah pula tinggal sekali dgn umi & ayah membuatkan aku tidak berkesempatan dudk berbincang dan meluahkan apa yg aku rasa pada Azman.
Genap umur Sara 3 tahun aku di sahkan mngandung anak kedua. Namun keadaan masih sama. Tiada apa yg istimewanya aku di mata mertua. Rutin harian ku sama seperti Bibik di rumah sebelah. Awal pagi ketika aku sibuk menyapu di luar rumah, bibik juga turut membersihkan lantai di rumah Majikannya…ketika aku sibuk memasak di dapur bibir juga turut memasak ..jika di ikutkan rutin harian kami mmg sama..hinggakan satu tika dulu bibik menyangka aku juga datang dari tanah seberang. Terkejut benar dia bila mngetahui aku ialah menantu di rumah itu.
Bila usia kandungan ku mencecah 8 bulan aku minta izin Azman utk pulang ke kampong. Teringat aku sewaktu melahirkan Sara dulu, Umi sibuk membantah bila Azman mnyatakan hasrat utk menghantarku bersalin di Hospital swasta. Buang duit katanya. Sudahnya aku selamat melahirkan Sara di Hospital kerajaan .Selepas keluar hospital aku di perap selama dua minggu di rumah. Dan selama itu jugaklah aku terpaksa makan nasik & ikan bilis kering yg di goreng tanpa minyak. Tiada air mandian daun2utk ku dan Umi melarang aku utk mandi. ‘Org dalam pantang mana boleh mandi” masih terngiang ngiang jawapan dari mulut Umi ketika aku meminta Azman merebus air mandianku. Bila aku di hantar ke kampung, urat2 aku sudah masuk angin. Kata mak aku sudah bentan. Bengkak susu ku semakin menjadi2. Sudahnya aku terpaksa menjalani pembedahan utk mngeluarkan susu yg beku di dalam payudara ku. Mujurlah mak membawa aku berubat secara traditional dgn seorang ustaz di kampong. Akhirnya aku tak jadi membuat pembedahan yg telah di jadualkan esoknya.
Selepas puas memujuk Azman sudahnya Azman bersetuju membenarkan aku melahirkan anak kedua kami di Hospital Slim River berdekatan dgn Kampung ku. Umi membantah buat kesekian kalinya. Jika aku pulang awal ke kampung siapa yg mahu mnguruskan rumah, siapa yg harus memasak dan macam2 lagi alasan yg di beri. Seperti biasa aku berendam air mata lagi. Mujurlah Azman menghantar jua aku ke kampong tapi katanya kalau apa2 terjadi pada kandungan aku siaplah aku nanti.
Sampai dikampung terasa dunia ini aku yg punya. Aku bebas ke sana sini…memasak apa yg aku suka.. buat apa saja yg aku tak boleh buat semasa di rumah Umi. Sara juga begitu ligat dia berlari ke sana sini..petang2 aku membawa dia meronda satu kampong, minum ABC di gerai Mak Lia, makan laksa.uhh seronoknya. Azman juga tak lupa menalifon bertanyakan khabar aku & Sara 3 4 hari sekali. Mak juga seronok melayan karenah cucunya. Mak juga gembira bila tahu aku akan melahirkan anak kedua di kampong. Di buatkan bantal kekabu, sarung tilam, dan sibuk dia mengemas bilik utk kegunaan aku ketika dalam pantang nanti.
Eh, Hai!
1 year ago
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Yang Sudi Singgah....