Thursday, November 25, 2010

Diari Hatiku - Bab 10

Hujan masih lebat ketika aku menekan loceng untuk berhenti… Jarak antara simpang tempat bas berhenti ke rumah Kak Yang agak jauh. Terlintas untuk berteduh di bus stop sahaja… tapi keadaan malam yang semakin gelap buat aku menukar fikiran . Takut juga berteduh berseorangan di bas stop yang agak sunyi itu. Aku mula mengatur langkah. Dengan beg yang tergalas di bahu membataskan langkah kaki aku… titis titis hujan mula membasahi tubuhku….Terasa diri ini begitu kecil….dalam sekelip mata tubuhku lenjun di basahi hujan....
serta merta wajah Saara & Imran terbayang di mataku….Betapa rindunya aku pada anak anakku. Fikiranku mula melayang… mengenangkan kembali apa yang telah berlaku pada diri ku…..kenangan tika aku mengecap bahagia dan saat saat manis bersama Azman kembali menerjah di kotak fikiran…. “ Sudikah Hanna jadi Isteri abang…” masih segar di ingatan ku ketika Azman meluahkan isi hatinya… ' Abang akan jaga Hanna baik baik..selagi hayat di kandung badan...." Aku sendiri tak menyangka begini kesudahannya rumah tangga yang ku bina bersama Azman… Segalanya ku rasakan bagaikan mimpi… ya mimpi ngeri yang tak akan aku lupakan sepanjang hidupku……Pertama kali aku berjumpa umi aku sudah mengagak umi kurang senang dengan gadis kampung seperti aku... huluran tangan ku hanya di sambut dengan hujung jarinya sahaja tanpa memandang wajahku...Mana mungkin dapat ku lupa watak watak penting yang telah pernah hadir dalam hidupku satu tika dulu..…wajah umi, ayah dan Azman silih berganti…..

Sedar tak sedar, aku sudah sampai ke perkarangan rumah Kak yang. Perlahan pintu rumah ku ketuk. Riuh rendah suara anak anak buahku melihat keadaan ku yang basah dan mukaku yang pucat kesejukkan. Kak Yang tiba tiba datang memelukku erat ...ku lihat ada air mengalir dari kelopak matanya…. “ Kak Yang… napa nangis nihh……'soalku....aku sedih melihat keadaan kamu yang macam pelarian Hanna’ kata kak Yang sambil menghulukan tuala …. Aku hanya tersenyum mendengarkan kata kata kak Yang….'mana ada Hanna lari kak.. Hanna naik bas lah...'aku cuba menutup mendung di hati Namun jauh disudut hatiku… aku juga sedihh dengan perjalanan hidupku sendiri… tapi aku pasti…….mendung tak bererti hujan…. satu hari nanti pasti ada sinar untukku…aku pasrah
Malam itu aku tak dapat melelapkan mata... macam macam yang bermain di fikiranku... bilalah dugaan ini akan berakhir ya Allah. Berikanlah Aku kekuatan untuk meneruskan hidup demi anak anak ku...

Di sebabkan jarak antara Rawang dan Serdang agak jauh, setiap hari, seawal 5.45 pagi aku sudah terpacak di bas stop. Seterusnya berhimpit himpit menaiki bas Dari sg Buaya ke Pekan Rawang, setibanya di pekan rawang, aku terkocoh kocoh pula melintas jalan ke stesen komuter untuk ke tempat kerja di Serdang.. Begitulah rutin harian ku…
Kadang kadang bekejar kejar aku untuk menaiki bas terakhir dari pekan Rawang ke rumah Kak Yang. Penatnya tak usah di kira..... sampai melecet kakiku di buatnya.... Kalau terlepas bas alamatnya terpaksalah menaiki teksi dengan kadar RM15 dari pekan Rawang ke Sg Buaya..... Kadang2 jika berkesempatan, Abang & Kak Yang datang menjemputku di stesen komuter Rawang......

Aku menjadi lebih tenang tinggal bersama dengan Kak Yang…kesunyian ku terisi dengan kaletah anak anak Kak Yang. Along, Angah, Alang & Boy benar benar mengisi kerinduan aku terhadap Saara & Imran.

Sejak tinggal bersama kak Yang Abg Ros kerap membawa mak bersama Saara & Imran menjenguk aku di rumah Kak Yang. Mungkin jarak antara Slim River & Sg Buaya tidak terlalu jauh membuatkan Abg Ros tak kisah untuk menghantar mak datang menjengukku setiap minggu. Tak lupa ku hulurkan duit minyak untuk Abg Ros dan selalunya Abg Ros akan menolak pemberianku. Sudahnya secara senyap ku masukkan sejumlah wang dalam poket seluarnya.
Kini hidup aku lebih ceria....kadang2 hingga seminggu mak di rumah kak Yang. Terubat segala kerinduanku selama ini. Saara sudah semakin bijak dan Imran juga sudah semakin lasak... jauh di susut hati ku berdetik...sudah besar anak anak ku......

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Yang Sudi Singgah....

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat