Monday, January 10, 2011

Gothic Punya Pasal

Hari ni bekerja seperti biasa.. bangun pagi badan terasa sengal2 di serata sendi..mcm selepas berlari 100 meter pula.. urat2 terasa terik…
Kenapa ya? Apa aku tersalah makan?
Selalunya aku rasa begini kalau lepas bersukan saja.. maklumla aku ni setahun sekali aja bersukan..itupun jika kompeni membuat tournament.. heheh
Ligat kepala mencari jawapan..
Ahahhh… baru tingattt..semlm semasa photoshoot aku membongkok selama lebih sejam.. photoshoot di buat di sebuah rumah lama ataupun lebih tepat di katakan rumah tinggal dan di rumah itu hanya ada sampah2 dan botol2 todi bergelimpangan.. & make up artis terpaksa mencari port yang baik & selesa utk melakukan tugas… sib baik aku ada bawak stool … tapi di sebbkan aku yang baik hati jadi aku bagi model aku duduk atas stook tu & aku membongkok utk mekapkan mukanya.. kejap bongkok ke ats.. kejap bongkok ke bawah, kejap bertinggung pula mengambil barang mekap… dan aku pasti ‘ aktiviti bongkok membongkok inilah yang membuatkan urat2 dan sendi2 aku mogok hari ini…

Sebut pasal Gothic.. aku pun sebenarnya tak tau apa dia Gothic tu & apa yang cantiknya pada mekap Gothic ni.. di sebabkan mendapat job semlm, terpaksa juga aku mengoogle mencari contoh dan di sini aku sertakan contohnya :


Nak mekap gothic ni sebenarnya ada alat2 makeupnya… cuba tengok kat bawah ni :



Tapi di sebabkan aku ni bukannya biasa sgt menghotic2 ni.. dan biasanya mekap aku menjurus kepada melawakan orang aja.. jadi aku tak adalah alat2 seperti di bawah ni… aku hanya menggunakan alat mekap yang aku ada supaya dapat juga kesan gothic tu. Model yang datang tu comey… kulit nya mulus walaupun mempunyai lobang2 jerawat batu.. pendek kata muka baik suci & bersih… tapi aku telah menukar penampilannya menjadi gothic.. nasib baik dia pakai tudung.. so tak la nampak keganasan sgt..





Aku sebenarnya kesian nak mekapkan muka diorg teruk2.. nak buat darah2.. dakwat hitam meleleh leleh segala tu rasa tak sanggup.. lagipun bukan budaya kita kat malaysia ni buat bebenda mam tu lagi pun mcm kesian pulak.. dah la diorg ni bertudung…tapi atas tuntutan kerja aku terpaksa juga mengothickan muka diorg… jadi aku pun buat gothic yang ala2 muslimah..

Sebok dok citer pasal Gothic ni.. tapi aku sendiri pun tau tau asal usul Gothic ni.. ada sesapa tahu?

2 comments:

  1. cantiknya suri, bersenilah. cam anak perempuan akak, walaupun dia tak belajar asas make up, tapi bila dia letak tangan je, muka terus jadi lain.cantik.gothic tu selalunya cam make up ganas kot.warna gincu agak gelap sikit.

    ReplyDelete
  2. waa.. baguslah anak akak.. macam akak juga... masak bendi kecut pun jadi sedap.. kiranya mak & anak sama sama berseni...

    ReplyDelete

Terima Kasih Yang Sudi Singgah....

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat