ada yang bertanya kepada aku.. mengapa lenggok bahasa aku di dalam tamansuri ini sudah tidak seperti dulu..
Terima kasih kerana menyukai lenggok bahasa aku sebelum ini..
Mungkin ada yang terbuai buai atau membuai buai perasaan pabila membaca entry aku sebelum ini.. terima kasih kerana selalu mengikuti penulisan aku walau Taman Suri ini baru sahaja aku wujudkan...
Jawapannya ialah kerana aku tidak mahu lagi bersedih2 di tahun baru ini...
bukankah aku sudah berjanji aku tak mahu lagi menjadi lembek dan akhirnya dengan senang menjadi bahan pijakan orang lain...
posting2 aku sebelum ini lebih menjurus kepada hati aku... emosi aku.... kesedihan aku... kesayuan aku...hinggakan aku lupa untuk berkongsi kegembiraan aku bersama kalian...
Tidak salah bukan andai di tahun baru ini aku ingin menulis sesuatu yang baru dan tidak hanya menjurus kepada kesedihan semata mata...dan aku tidak mahu di cop sebagai 'penagih simpati' dengan posting2 sebelum ini..
Salahkan aku untuk berkongsi rasa dengan pengunjung di Taman Suri ini?
Namun aku tetap seperti aku yang dulu.. bukan bermakna aku telah berubah sepenuhnya...cuma berazam untuk sedikit bertegas dan tak mahu lagi melayan benda benda remeh yang bisa mengganggu emosi aku di 2011 ini..
Aku mahu lebih maju & suksess.. doakan ya...
Eh, Hai!
1 year ago
Ye betul, tekatkan azam untuk tahun 2011.susah atau senang, gembira atau sedeh , hidup ni untuk dinikmati
ReplyDeleteyeahhh... betul kata kak ina.. hidup ini perlu di nikmati....
ReplyDelete