Hari ni genap 7 hari persekolahan dan selama 6 hari ini Imraan telah berdikari.. maksud aku dia tidak lagi tinggal di rumah pengasuh seperti tahun tahun sebelumnya..
Hari pertama persekolahan aku bercuti & tiada masalah..
Hari kedua, Imraan sudah mula berdikari... 12.30 aku menalifonnya dari pejabat untuk memastikan yang dia telah bersiap untuk ke sekolah..
'Imraan dah makan? soalku
'Dah..'
'Harini mama masak apa?' soalku sekadar menduga..
sebb Imraan ni susah sangat nak makan nasi tambah pula jika lauk tak kena dengan seleranya..
'Mama masak ayam masak kicap' jawabnya jujur..
'Okay dah 12.30 ni, pergi sekolah skrg.. jangan lewat' pesanku
'Ok mama.. Imraan nak keluar rumah dah' balasnya..
Lega.. sekurang2nya Imraan telah mendengar pesanan ku.. pukul berapa mesti mandi.. pukul berapa mesti makan.. pukul berapa mesti siap pakai baju & 12.40 mesti keluar rumah.
1.55 tghari, telefon bimbitku ku berbunyi..
'Ma.. kakak ni..' suara Saara di hujung talian
'Imraan tak pergi sekolah Ma... masa kakak balik.. Imraan duduk kat tangga kat luar rumah'
'La.. kenapa.. bukan ke tadi mama dah kol & Imraan nak pergi sekolah dah? soalku semula...
'Imraan tertinggal kunci kat dalam... semuanya dia dah siap.. Lock pintu & baru dia perasan dia pakai selipar...'
nak masuk balik tukar kasut tp kunci kat dalam rumah' terang Saara panjang lebar...
Ya ampunn.... Memang sebelum ni Imraan hanya memakai selipar bila ke rumah pengasuhnya.. sampai di rumah pengasuh barulah dia menukar uniform sekolah & menyarung kasut ke sekolah..Jadi aku tak menyalahkan imraan juga... bukan mudah untuk menukar sesuatu perkara yang menjadi kebiasaan..
dan hari itu pontenglah si Imraan..
Keesokannya... Imrann bersekolah seperti biasa...
aku lega....
Lusanya, Imraan ponteng sekolah lagi...
Kali ini alasannya 'Imraan keluar rumah tapi lupa bawa beg... nak masuk umah balik tp kunci ada dalam beg'
Aduii.. kalau begini mama hantar Imraan ke rumah cik syimah la... takkan hari2 Imraan sik nak ponteng aja...'bentakku
Imrann menangis... 'tak mau la ma... Imran tanak duduk rumah orang...'
'Habistu baru 4 hari sekolah tapi Imraan dah ponteng 2 hari tau...' tak bolehla macam ni Imraan...
dan malam tu berkilo2 la aku sekolahkan si Imraan...
Memang Imraan masih muda.. tapi aku peru mendidiknya supaya ada rasa tanggungjawab terhadap dirinya sendiri...
Ku ikat kuncinya menjadi rantai yang boleh di gantung di beg sekolahnya..
Ku ajar Imraan supaya memeriksa dulu beg, kasut, payung & pastikan kunci rumah ada bersamanya sebelum dia mengunci pintu.
Allahamdulillah 2 3 hari ini tiada masalah lagi..
dan sebagai balasannya pagi tadi aku telah memasak Gulai Ketam kegemaran Imraan..
'Ma..esuk buat gulai ketam ma.. tapi jangan buat pedas pedas ya Ma' pesan Imraan sebelum tdur.
dan pagi tadi seperti biasa aku akan masak makanan tghari untuk Saara & Imraan dulu sebelum aku ke tempat kerja..
Entah kenapa sewaktu menggunting plastik santan aku tergunting jariku sendiri ouchhh...aku terjerit kecil..
'Napa ma? soal saraa yang ketika itu sedang memakai stokin untuk ke sekolah..
' Jari mama terkena hujung gunting' balasku..
'Sakit ma?' soal saara lagii.
' Ala sikit aja..' jawab ku sambil mengesat darah yang mengalir..
memang lukanya tidak besar tapi agak sakit & pedih dan sekarang ianya sedikit membengkak..
alah luka kecil saja.... bukankah itu perkara biasa bagi ibu- ibu....
tak gitu kak Ina? :)
Eh, Hai!
1 year ago
Betul tu hana, kalau tak luka ketika memasak, belum jadi ibu tu. Suruh Imran ngan Sara duduk rumah pengasuh je, jadi tak delah kena ponteng sekolah, sebab tertinggal kunci.cian dia.
ReplyDeleteanak anak tak mahu duduk umah orang kak...
ReplyDeletedah besar besar ni banyak lak songehnya...
Saara tak ada masalah..dari darjah 3 dia dah duduk sendiri..cuma si Imraan jerr..