Sudah 5 hari kita berada di 2011 namun rasanya belum terlewat untuk aku mngucapkan Selamat Tahun Baru untuk kalian semua..
Semalam aku sudah bekerja semula setelah bercuti menguruskan persekolahan anak –anak.. Namun kesibukan kerja membuatkan aku tak punya waktu untuk mengapdate blog walau ku tahu ada yang menanti...
Hari ini aku bekerja dgn mood yang ceria & berbunga bunga..dan ku harapkan mood ini akan kekal untuk sepanjang tahun….
aku tak mahu lagi memikirkan benda remeh temeh yang boleh spoilkan mood aku. Walaupun penghujung 2010 tidak memberi ending yang baik buat aku...namun aku bersyukur... segalanya ku jadikan pengajaran..Yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari aku.. di penghujung ini juga perhubungan aku dgn 2 org insan yang aku sayangi tidak lagi seperti dulu & tidak mungkin akan kembali seperti dahulu.. namun aku tidak menyimpan sebarang dendam terhadap mereka...Bagi aku, walau apa pun yang terjadi hidup perlu di teruskan...
Tahun baru membuka lembaran baru buat aku .Aku mengharap dan tentu saja BERUSAHA untuk memajukan diri tanpa bergantung pada orang lain....
Hari Pertama di Tahun baru aku mengikut Liz ke Casting QT Talent & Models.. Bermula dari menemani hinggalah aku juga turut terjebak sekali menjalani Casting dan agak kelakar bila aku di tawarkan watak pembantu dlm filem BOHSIA 2..
Ya ammpunn… mana mungkin aku terima tawaran sebegitu…dengan umur yang sebegini… malu aku pada anak anak yang semakin membesar...
Memang tak salah untuk mencuba tapi Its too late buat aku untuk menceburi bidang ini.. biarlah aku hanya bekerja di belakang tabir… merias wajah wajah model, pengantin dan sesiapa saja yang memerlukan perkhidmatan aku…..
itu lebih baik bukan... : )
Eh, Hai!
1 year ago
Filem Bohsia 2, filem siapa. dapat ceburi bidang merias wajah model pun dah cukup baik. Selamat tahun baru 2011 suri, semoga ko terus success dalam kerjaya dan kehidupan.
ReplyDeleteFilem Skop Production, Kak Ina...
ReplyDeleteShooting start 10 January sampai 30 January.. bolelah kalu kak ina nak cuba... huhuhuu