Hari ini genaplah seminggu kiranya aku tidak mengapdate blog..
kesibukan memaksa aku untuk mengabaikan 'Taman Suri' ini.. namun begitu aku masih mencuri masa menjengah ke blog2 yang aku gemari
Minggu ini terlalu sibuk.. dengan kerja dengan Asaiganment.. dengan anak-anak.. warghh.. banyak betul benda yang berputar di dalam kepala..
Imraan telah selamat aku hantar semula ke rumah kak Syimah.. cukuplah dia dengan sikap pelupanya itu.. baru 2 minggu bersekolah sudah 3 hari ponteng sebab asik terlupa... peti sejuk aku juga sudah rosak gara2 imran yang menyucuk ais batu di dalam peti dan tercucuk cooling coil di dalamnya.. mujur tak ada apa2 yang berlaku.. akibatnya zzzzzzzzzssstt gas keluar & tamatlah riwayat peti ais aku itu...
mahu tak mahu Imraan terpaksa ku hantar semula ke rumah kak syimah walaupun dengan muka yang kelat.. aku tak mahu macam2 lagi hal lagi yang timbul jika terus membiarkan Imran menguruskan dirinya sendiri..
aku tahu Imraan tak bersalah.. ini semua kecuaian aku sendiri sebagai ibu... tapi apakan daya.hukhuk..
Di sebabkan itu aku terpaksa membeli gabus ais buat simpan ikan sementara menunggu agung di dalam dompet aku ni cukup untuk aku mendapatkan peti ais baru...
Imraan hanya diam bila aku 'kononnya' nak keluarkan semua savingnya di bank sebb nak ganti peti ais aku yang di rosakkan..
Dah rosakkan peti ais mama, kena gantilah... lalalalaaa
Eh, Hai!
1 year ago
Tindakan yang bijak,hantar Imran ke rumak kak syimah.Dah tak de rezeki, nak rosak, nak buat cam mana.
ReplyDelete