Friday, February 11, 2011

Aku Gemuk

Salah ke kalu gemuk..? kenapa pulak kalau gemuk?
Pagi tadi aku dah di tegur oleh seseorang
‘ Hanna, apa hal ko nampak makin gemuk sekarang?
Aku dengan spontan menjawab “ aku bukan nampak gemuk sekarang.. aku sememangnya dah gemuk’

Semlm juga aku di terjah oleh soalan yang sama oleh orang yang bebeza..
Aku akui mmg aku tergolong dlm golongan yang chubby chubby gituw…
Tapi takde lah dlm kategory Obess…
Aku terfikir.. kenapa pula kalau aku gemuk?
Masalah ke bagi mereka?
Owh.. mungkin diorg mahu aku kembali dgn bentuk badan asal 10 tahun lalu.. bolehkah begitu?
Or mereka mahu menjual ubat kurus keluaran syarikat MLM yang mereka sertai..?

Aku selesa dgn bentuk badan aku sekarang.. adatla kalau ada spare tyre seketul dua tu kan.. dah beranak pinak mana mungkin mendapatkan tubuh yang persis model kan..
Lainlah artis or model2.. baru mengandung 2 3 bulan , banyak dah syarikat pelansingan yang sibuk mengoffer menjadi Duta mereka… diorg pun bnyak duit.. x heranlah takat buang 10 20 ribu utk cantik.. Kalau aku banyak duit mungkin aku pun nak kot..ha ha ha


Kadang- kadang perkataan2 yang keluar dari mulut orang mmg boleh membuat kita tension & tertekan..
Memanglah kita boleh ignore kalau sekali dua.. tapi kalau asik berkali kali org tegur mmg boleh stress jugakkan…
Patutla kakak aku selau tension bila org asik bercerita pasal kegemukan dia..
Aku masih ingt ketika kami berdua ke kenduri kawin.. dari jauh seorang makcik dah menjerit..
“ laaaa……hang ka Sarimah….tak kenal mak cik… gemuk sungguh hang sekarang.. dah macam Yusni Jaafar pulak…

Serta merta air mata kakak aku berubah…dah la kat kenduri kawin… memang tak patut..
Itu baru org luar.. belum lagi adik beradik sepupu sepepat yang sesekali berjumpa.. mungkin lagi pedas ayatnya

“ Sarimahhh…. Gemuknya engko sekarang… dah macam tong dram dah aku tengok…’
“ Ko makan beras cap apa Sarimahh? Besar sungguh ko sekarang’

Kadang –kadang aku juga terkena tempiasnya…
“ Laa… ko ke Hanna.. makcik ingat Sarimah tadi.. dari belakang dah macam Sarimah dahh… gemuk ngko sekarang…”
Aku hanya tersenyum & terkadang membalas ‘ Bahagia makcik.. sebb tu la gemuk..’ dulu asik makan hati jerr tu yang kurus kering..”

Aku tak kisah la kalau yang menegor tu badannya persis Rozita Che Wan walau dah beranak 3 4… ini yang menegur pun 2 x 5 aja…

Sejujurnya aku tidak terasa terasa hati dengan teguran2 tersebut…
Mungkin juga aku perlu buat sesuatu dengan lemak yang berkilogram di badan aku ini..
Tapi bagi aku, ukuran kebahgiaan bukannya mengikut kelansing badan sesorang ..
Kakak aku yang di jadikan bahan kegemukan itu, memang gemuk ( maaf yer kak Imah)
Tetapi dia mempunyai keluarga yang bahagia..Suami yang penyanyang.. anak2 anak yang baik baik…
Bukankah itu lebih dari mempunyai rupa paras yang cantek jelita, badan yang lansing menggoda tetapi tidak BAHAGIA?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Yang Sudi Singgah....

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat