Wednesday, August 8, 2012

Baby Menangis Malam


Dah lama x beranak kecil...bila dah ada bby baru  everything hv to start from ZERO lah.. experiance anak yg dulu2 pun mcm dah terlupa... ni lah bby baru aku bersama suami  baru Oppss....


 Sejak balik dr bercuti ke Bandung hari tu baby Demam... sik menangis jer.. specially tetengah malam.. smpai aku pun dah x tau nak buat apa...
 
Teringat hari yang kami sampai ke LCCT tu... Aku sampai rumah lebih kurang jam 2ptg.. sampai umah jer igtkan nak tidolah ..maklomla bulan posa kan.. sementara nak tggu time masak tu aku pun letak lah baby… nak mandi2 nak nk lelapkan mata kjap.. tetiba bby aku melalak2 menjerit2… terkejut la kan.. so aku aasume dia penat travel jauh… keadaannya on an off..tdo pun skjap je…selebihnya nangis jer… badan pun dh start panas…  demam rupanya anak mama ni yer.. so aku just bagi makan ubat demam yang ada kat aku… sebb sebelum ke bandung tu mmg bby ada checkup  & injection, so nurse tu mmg kasik ubat demam la buat spare.. 

masuk hari kedua bby masih demam.. di tambah dengan batuk dan selsema.. lagilah aku x leh nak buat kerja..melalak lalak jugak…mlm pun x boleh nk tdor... bby nangis jerrr... so hari ketiga tu aku bawa ke klinik.. bagi makan ubat apa..so panas dia ada kurang… menjelang ptg membawa ke mlm.. panas balik…. Kesian bby..dah la dia hanya minum susu aku jer.. bila masuk cecair lain dlm mulut dia x boleh nak telan.. tp terpaksa aku paksa jugak… tu pun aku mintak spare ubat demam yg masuk kot buntut…malam malam dia menangis kalau paksa makan ubat cecair tu makin kuatlah tangisnya…Begitulah hari2…

sampai seminggu dah demamnya x baik2.. aku makin risau… tanngisnya makin kuat..  sampailah lepas subuh haritu aku cadang nak lelapkan mata skjap..sebb dah beberapa malam x cukup tidor.. tapi bby menangis melalak lalak… bila aku angkat & peluk dia diam.. bila dia mcm nak terlena aku letakkan ats tilam dia sambung menangissss dan terus menangis sampai jam 8.pagi.. aku dukung & peluk dia kuat2 sambil aku pun menangis.. habis smua ayat2 suci keluar dari mulut aku..sudahnya terpaksa kol ashben aku sebb dh x tau nak buat apa… kemudian  kol mak aku n kampong mintak bantuan… habis bby aku bogelkan nak cek kot semut ke gigit.. kot kembung ke… hampir jam 9 pg ashbern aku sampai rumah dan terus ambil baby dr aku..syukur baby mula senyap dan  akhirnya terlena di pangkuan papanya… bby xmau dgn aku.. minum nenen pun sikit2 aja lps tu nangis…

Aku mula rasa samting rong samwere ttg bby aku ni…sebb bby aku ni bukan jenis yg bnyak ragam..even semasa kat bandung pun dia mmg hokeyyy sgt sgt....
kmudian mak aku kol dr kampong.. kata mak, mak dah mntak tolong Ustaz taib tengokkan bby…dalam pada tu aku & ashben bergilir2 jaga bby...tp bby mmg x berapa mau dgn aku...  

petang sikit mak kol,  menurut ustat taib katanya ada gangguan dah 6 hari dah dok ikut bby aku… Subhanallah.. antara percaya atau  tidak….katanya dari jauhhh…
Ustat Taib tolong buatkan dr jauh… syukur mlm tub by tdo dengan lena … 
Tapi esuknya bby buat hal lagi… kali ni aku sendiri yg kol ustat taib… kata ustat… Gangguan tu payah nak balik sebb dtg dr jauh… ustat Tanya aku ada pergi mana2 ke? Aku kata x ada.. tapi minggu lepas ada la pg ke Bandung.. 

Ustat taib mula bokbek kat aku… ustat taib ni sebenarnya anak angkat mak aku.. asalnya jadik anak angkat mak aku 26 tahun yang lepas bila mana ustat taib & kwn2 dia Berjaya pulihkan kakak aku dari gangguan sihir…sejak itulah dia menjadi sebahagian dr family kami…  Tapi skrg ustat taib pun dh berumur..sebaya dgn abg aku yang sulong.. dan dia skrg hanya brubat sikit2 saja…dia hanya mampu tengok2kan saja…

Ustat taib kata dia akan bantu halau sekali lagi dan minta aku ustat yg berdekatan dgn aku & berubat di sini saja …  aku kol MIL.. tapi dia pun x tahu kt mn tempat yg boleh aku tuju...

Petang tu borak2 dgn ashben.. kami amik keputusan utk mintak air tawar dari Imam masjid kat umah aku ni... aku sebenarnya risau jugak nak pegi berubat dgn org yg kita xtau latar belakang dia.. maklumla org berubat ni banyak cara...   
malam tu selepas berbuka,  aku di bekalkan dgn sebotol Air oleh ustaz Riduan.. dan air itulah yang aku gunakan utk baby aku… Setakat entry ini di tulis, alhamdulillah badan bby dah sejuk.. dah x menangis dan dah mau respon bila aku agah dia… Syukur kepada Allah...

Meh aku nak share sikit, Menurut Dr Amran Kasimin,
Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.

Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.
Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.

Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.

Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.
Walaupun demikian, tangisan yang memanjang seperti yang berlaku kepada anak puan tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu.

Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis ini, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.

Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.

Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.
Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.
Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.

Sawan tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.
Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.

Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.
Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.

Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.
Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.

Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian m
enangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.
Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.
Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.



Ni pulak aku nk kongsikan Tips Ubati Bayi Menangis Malam yang aku copy dari Blog Widura


Tips Ubati Bayi Menangis Malam


Khasiat surah Al-Baqarah untuk melindungi rumah dari gangguan syaitan telah banyak diajarkan oleh Rasulullah di dalam banyak hadis sahih. Malah menariknya, khasiatnya boleh tahan sehingga 2-3 hari untuk melindungi rumah.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan (hanya untuk tidur sahaja) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “Bacalah surat al-Baqarah di rumah kalian, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak akan memasuki sesebuah rumah yang di dalamnya dibacakan surat al-Baqarah”.

Intipati surah Al-Baqarah menceritakan tentang asal usul kejadian manusia, dan asal usul kemurkaan Allah kepada syaitan. Ia mendedahkan kelemahan syaitan dan kehormatan manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia oleh Allah SWT. Hal inilah yang melemahkan syaitan apabila manusia membaca surat tersebut.
Lepas dapat tau perkara ni, aku terus praktikkan membaca surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 30 selepas solat maghrib. Dan keajaiban itu berlaku. Khasiat surah ini memang nampak kemujarabannya serta-merta. 

Kelebihan surah Al-Baqarah juga boleh digunakan apabila berpindah rumah. Sebelum memasuki rumah baru, bacakan surah Al-Baqarah di dalam rumah tersebut. InsyaAllah selamat dari gangguan syaitan selama ianya diamalkan.
Jadi parents di luar sana, sekiranya berhadapan dengan masalah anak yang meragam akibat gangguan makhluk lain, bolehlah cuba amalkan surah ini dengan ikhlas dan yakin.
Wallahualam.

So Moral Of The Story.. kalau baby masih kecil.. jgn gatai2 nak bawak berjalan jauh jauh... huhuuuu Nyesal dulu pendapatan, Nyesel kemudian tidak berguna....

5 comments:

  1. Kes baby menangis tak berhenti pernah terjadi masa baby sulung kakak. Kakak tetekkan badan dalam kereta waktu malam balik ke kampung. Itu je puncanya. Dah nak terjadi selalu tak ada apapun tapi kali itu kata uztas ada yg menumpang hisap tetek juga itu yg baby tak mahu hisap susu kakak. Enthalah... yg penting kita nak bagi anak kita sembuh itu je..

    Kalau tak mati-mati kakak tak tahu kenapa baby kakak tak mahu menyusu dok menangis. Sejak itulah kakak tak bagi BF dlm kereta waktu perjalanan tengahmalam takut...

    ReplyDelete
  2. iya ke kak... baby hanna pun mmg x mo tetek sgt time dia x sihat tu .. smpai bengkak2 tetek hanna....lepas tu hanna pun minum sekali air yg ustaz tu kasi.. barulah dia nak minum... hubby hanna ni jenis suka berjalan mlm2... x kisah walopun ada bby kecik.. lps tu xbrp pecoyo bebenda gini.. tu yg payahnya kak...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Thanks kerana sharing

    ReplyDelete
  5. Thank la.. bby sya malam2 menangis dan air mata keluar sama seperti apa yg kak explene to..baru jew jadi dh masok hari kew 4 bnda yg sama jadi sampai xle nk tidok,, tq sbab shared ni.. insallh tengah brusaha sembuhkan puteri ku..ammin

    ReplyDelete

Terima Kasih Yang Sudi Singgah....

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat