Tuesday, March 11, 2014

Roti Terbang

Pernah tengok Roti Terbang? pernah makan roti terbang?  pelik tak roti boleh terbang.. bukannya ada sayap pun...tu la keistimewaan Roti Terbang kak Ton... antara gerai yang pemes kat kampung sy di Trolak Selatan..
Di sebabkan kesedapan Roti Terbang inilah membuatkan sy telah memasukkan cerita tentang roti terbang ni di Akhbar 1 Suara dengan  pertolongan Ronnie dan Cik Hanim - Editor Akhbar 1 Suara...
erkk bukan memasukkan... sy snap gambar dan sedikit maklumat dan serahkan pada editor akhbar 1 suara....


Ada bermacam macam jenis roti..sebut je roti apa.planta.. bawang....gulung..milo...semuaaaa ada.. tapi sy suka roti jagung..huhuuuu
gerai ni buka dari jam 3.30 ptg hingga 7.30 ( bergantung kpd makanan,,kalu cepat abis..cepat la tutupnya)



Camnilah keadaan gerai ni pada waktu ptg.... ramai pelanggan.. erkk... nyamuk pun ramai kalau dah petang sangat,, maklumlah...kawasan kampung kan... lagipun meniaga kat halaman rumah je...



Selain roti terbang... kat sini juga ada mee rebus ( sedapp) laksa ( super sedap) dan bihun sup (sedap)...
sedap ni mengikut piawaian tekak sy lah yer...
bila dah ramai pelanggan maklum jelah..servis pun jadi slow....
tengoklah muka bosan kakak sy yang dah 30 minit menunggu..huhuuu





pendek kata kesemua makanan kat sini sedappp.. tapi anda perlukan KESABARAN kalau nak makan kat sini...  mungkin Kak Ton boleh improve kan sikit kecepatan servis anda.. contohnya siap siap masukkan mee or laksa dlm mangkuk..so bila kasteme oder terus je siram kuah... air pun sama.. buat sesiap satu jug mcm teh o.. teh... bila kasteme nak tuang je dlm gelas dan taruk ais batu... errkkk... maaf yer kak Ton.. bukan nak mngajar.. tapi sekadar memberi pendapat...

Semoga Bisness Kak Ton makin maju yerrr

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Yang Sudi Singgah....

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat