Friday, August 5, 2011

Pelancong Yang Melencong

Arini kepala berdenyut –denyut…
Penangan kena hujan kat pasar ramadan semlm la ni…
Dah la abis duit aku …sakit kepala pulak tu.. hurmm…
Nak salah sapakan..
Cita cita nak masak ikan bakar ala alal kak Ina Dodo Cheng semlm tak kesampaian..
semlm Cikna ngajak aku pi Pasar Ramadan.. So layan jelah.. sian lak dia tak de kawan…
hujan lebat betul semlm...
Sib baik ada paking… dlm hujan tu berpayunglah kami berdua…
Dlm tak sedar tu aku pun tunjuk ini tunjuk itu,.sudahnya melayang 3 keping note merah dlm purse.. sampai senget tangan dok jinjit metabak, roti jon, popia, putu bambu, air tebu wahhhh

Nak stori sikit…sepanjang panjang aku kerja kat dept skrg ni, tempat aku ni suka sangat di kunjungi oleh pelancong  dari dept lain...aku sendiri pun tak tau apa istimewanya tempat aku ni… ke aku yang istimewa pun x tawlah..
ada yang hantar document. Sehari 8 kali dtg sini... ada yang mintak signature.. ada yg nak ini nak itu..
tapi yang paling aku hot tu  yang tak de urusan pun rajin gak dtg melepak2 kat sini…

nak pulak kat belakng kosi aku ni  aku letak side table yg ada drawer tu .. tapinya aku letak kat situ sebb senng nak letak document2, tapi diorang suka suki menjadikan side drawer tu tempat lepak....
Ni ha pepagi tadi ..aku tgh sibuk mengkeyin currency kat system..
yalah kang kalau dah ramai yang dtg kang jem plak system.. mnyalak2 la pulak bos aku tu kang.. so baik masuk cecepat kan….
tup tup ada lak si minah dr dept sebelah dept aku, mai dok lepak kat belakang aku…sambil meneggekkan bontot kat drwer tu la..
Ntah apa yang di bebelnya aku pun wat dek jelah.. lantaklah.. malas nak layan ceciter karut pepagi nih… aku teruskan wat keje..
lebih kurang 10 menet baru aku terpasan masih ada org kat belakang aku ni.. rupanya minah tu dah tdo  tepi drawer tu.. baik punya dia landing bontot dia ats kotak A4 yang aku letak used paper..
Ya ammpunn… terkujat aku…
Di buatnya bos aku nmpak.. kang di katanya tempat aku ni markas utk org mngular pulak…
aku sergah la dia..Weiiiiii tido ke?
Selamba dia jawab.. sementara tunggu giliran nak potosetet, tdo la kejap..
Mcm tu pun hado….. hurmm..
Ni ha.. aku sertakan bukti tentang kewujudan A4 paper & side drawer table tuh..


Korang abaikan jelah tempat aku yang berselerak tu yer....
sengaja aku letak kotak kecik & document atas side table tu... tu pun muat lagi utk diaorg tenggekkan bontot diorg...  kdg2 siap ubah lagi benbarang aku tu demi utk keselesaan bontot diorg..
aku bukanlah nak mngata benbulan posa ni.. tapi kdg2 ade benda yang patut diluahkan..

Thursday, August 4, 2011

Kejelitaan Adalah Hak Milik Setiap Insan

Penat menaip arini .. entah kenapa pc ni.. dah abis menaip bila nak publish leh ilang lak...
sabo jelah ha..
Posa posa ni tekak sakit.. hidung pun dah mula meleleh leleh... kepala pun dah mula berdenyut...
itu tetanda nak MC la tuh..  esuk Jumaat.. kalau Mc besh jugak.. heheh
Belek-belek muka, nmpaklah gunung jerawat 3 4 biji.. haishhh .. ni kalu sampai raya x ilang ni... tak dapat la aku nak melaram...
citer bab jerawat ni.. mmg masa sekolah dulu aku xde sebijik jerawat pun..
boleh caya ke ni?? huhu... sumpahhh.. mmg xde..
setat kerja la.. dah ada duit ..pandai pakai ini itu..kejap beli set ini.. kejap beli set itu..cocok sana.. cocok sini -... ini bukan cucuk botok tau,..
ala.. kan bila kita wat facial tu dia akan cucuk2 dgn besi penyucuk jerawat tu...
kesannya abis berlubang pipi.. tu la aku lebih suka kalau facial yg guna suction..
tapi skrg ni facial sendiri jelah...
sampai skrg ni masih cenggitu.. kalau beli mingguan wanita tu sebenonya nak nengok iklan jer.. iklan yang paling aku suka tengok adalah...
minuman utk kurus.. dan skin care lah....
Biasalah kan pompuan...bak kata Becky Mc Logardo
' Kejelitaan Adalah Hak Milik Setiap Insan'

Wednesday, August 3, 2011

Sambal Bilis Ngetopp

Entah kenapa harini aku x dapat nak komen komen.. banyak kali sign in  pun x dapat dapat jugak.. haishhh..

Ni nak share nih.. semlm kan.. try buat sambal ikan bilis dgn kentang ala2 kak ina do do cheng..
bukan tak pernah buat tapi  mmg lama dah x buat..  tetiba selera berkobar kobar plak bila tengok gambar sambal kak ina tuh..
singgah kedai carik kentang..sampai umah dah 6.30 letak nasik.. tup tip tup tip jam dah 7.15 baru terhegeh hegeh nak goreng ikan bilis.... dah tu carik carik carik kentang x de.. mana pulak kentang nih...aduhh baru teringat tertinggal kat kedai..... hurmm.. hampa... nampak gayanya makan ikan bilis jelah... tetiba ternampak lak kentang kecut terselit kat tempat cili.. ntah belen taun bila lah tu.. ada gak rezeki...
Time makan anak kata..' sedap la ma, masak ni.. esuk sahur buat lagi'
wah.. kembang kempis lahai ciknott mendengarnya... mana taknya sempat mencedok tips ngetop dari kak Ina, guna gula merah...

Sambal apa ni Ma? soal si anak..
Sambal bilis ngetopp' jawab ciknott

So lepas ni akan bersiar siar ke blog kak ina dan yang sewaktu dengannya, nak mencedok resepi utk menu menu ringkas tapi sodappp...

p/s pas masak, sebok dok cr kamera, kenkonon nak share la gambar sambal ikan bilis  yang tak berapa ngetop tuh.. tapi hampa.. kamera x de bateri huhuhuu

Tuesday, August 2, 2011

Selamat menyambuat Ramadhan Al-Mubarak

Rasanya tak terlambat lagi kalau Hanna nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua tenteman Blogger.
Memang bnyak abuk dah kat blog ni.. maklumlah tuan ghumahnya selalu out syesen..

Hari ni baru jer hari kedua kita berpuasa tp dah tak tau nak masak apa...  Maklumla kan org malas masak sesekali kena masak mmg la tak tau nak masak apa.
Godek-godek blog kak ina do do cheng..wahhhhhhhhhh sudah maju nmpaknya.. macam2 resepi leh cedok kat sana. Syokkk sgt.. sebb resepinya senang + ringkas + sodap.. dalam gambar dh nmpk dah kesedapannya..

Lepas ni nak jenjengah blog org lain pulak.. mencari resepi.. hehhe

Friday, July 29, 2011

Cerita Di Hari Jumaat

Walopun Singapore menang semlm, tapi hari ini aku tetap gumbira.. sebab Ratna dengan sangat  bermurah hatinya belanja aku makan A&W hehe.. tenghkiu ya cik Ratna..

Lepas makan kami pi window window kat kedai kain… cencadang nak sebey sebey kainlangsir.. almaklumlah walupun umah aku tu ada satu jer tingkap tapi teringin jugak nak pasang lansir lawa2...

Aku balik opis dengan perasaan yang gumbira… collect surat kat reception – rutin harian.. & naik cek cek emel maka terpandanglah satu emel.. memula baca sikit.. lepas tu perasaan mula manjadi tak keruan…

emel ini mungkin telah di copy oleh blog seseorg,

Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm....*paused*

Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan merasai setiap detik-detik penuh nikmat.

Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.
Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal. 

Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada

Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan *

I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan. 
Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah?

Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm...ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...
Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah.
cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif

Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.
Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)
Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang. 

Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon. Sila lah panjang-panjang kan diFB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.

Tuesday, July 26, 2011

Safi Rania Gold

Entry kali nk Hanna nak share pasal Safi Rania.. mmg sebenarnya Hanna kurang berminat dengan produk2 yang di iklankan di TV aicehh…
tapi lebih mudah terpengaruh dgn iklan kat majalah mcm Mingguan Wanita.. boleh di katakan sejak lebih 8 tahun lalu Hanna selalu mencuba produk2 yang iklannya terpampang kat dlm mingguan wanita tu..
Tapi sejak sebulan lepas dok terpikir pikir nak pakai Safi Rania pulak lah..
( walhal pakai sabun Honey skrg pun dah okay/ Tapi adat la kan menusia ni mana pernah pueh.. heheh
Di tambah pulak bila melihay kegebuan member satu opis.. warghhh.. berkobar la semangat nak mencuba Safi Rania Nih.. So Minggu lepas, Hanna pun sambar la satu set…


Setakat ni baru pakai seminggu.. So far kulit rasa lembut jelah.. yang lain2 lain belum nmpak la kesannya…aishh.. bilanya nak gebu kulit nihh… at lis, dpt ilangkan peparut jerawat ni dah cukuop baik dah.. sampai bila just nak hide hide peparut tu kan.. sesekali nak gak merasa kulit yang sihat muluss tuluss & gebusss….

Nanti after sebulan Hanna akan upload pulak  gambo selepas menggunakan Safi Rania..
Hikhik.. tunggu yerr...

Monday, June 27, 2011

The Red Kebaya Photoshoot ( Saloma Vs P.Ramlee)


Date : 25/6/11
Venue : Pullman Lake Putrajaya
Model : Mizz Chainy


Comey jer pasangan ni.. Model lelakinya Hanna lupa pulak nama talent tu.
Sebenarnya dah lama Hanna tak follow mana2 photoshoot or outing. Jadual agak padat tapi Hanna mencuri jugak masa untuk outing kali ni sebb sukakan temanya The Red Kebaya - Saloma & P.Ramlee
 
Model ni Chainy namanya..mukanya persis anak cina, susah la jugak nak mensalomakan dia.
akhirnya Hanna hanya dapat mensalomakan rambut dia aja.. heheh


 Make up gaya Saloma alaf baru .. heheh

Tuesday, June 14, 2011

Aquara Spray & Make Up Base Girrafine

Hi semua, minggu lepas Hanna telah menerima oder daripada Cik Erna dari Kelantan dan  Hanna telahpun menghantar pesanan untuk Erna melalui perkhidmatan Pos Malaysia. Jom kita tengok apa yang Cik Erna oder : )


Tadaaaa.. ini adalah Aquara Bio Essense dari Giffarine.  Aquara ini adalah semburan mineral dengan campuran bung alily yang membantu seimbangkan kulit muka kita. Hanna mmg sukakan sgt Aquara ni
sehari berkali kali Hanna akan semprotkan ( spray) kat muka..bila rasa panas.. muka melekit.. ke mengantuk ke... terus jer hanna spray kat muka dan ianya mmg menyegarkan.. mmg Hanna transfer dlm botol kecil &; masukkan kat dlm hanbeg ..so bebila masa jer Hanna boleh spray kat muka & rasakan kesegarannya.  yang paling best lagi sebelum mekap.. spraykan dulu aquara ni kat muka..sebab ia juga berupaya untuk membantu staykan mekap kita...
Untuk yang memandu jauh pula highly recommaded untuk menyegarkan muka & menghilangkan rasa mengantuk. Ada sorang pemandu teksi yang dah berbotol guna Aquara ni sebb ianya sangat membantu menghilangkan rasa mengantuk.. OOpsss.. Harganya?? cuma RM18.90 sebotol.. (200ml)

Jom tengok pulak barang kedua yang di Oder oleh Erna

ha..ini adalah Make Up based daripada rangkaian kosmetik Giffarine dan kegunaanya adalah untuk mekap tahan lebih tahan lama & sekata. Ia juga mampu untuk melindungi garis garis halus di muka kita. Make up base ini di datangkan dalam 3 warna yang berbeza iaitu kuning untuk kulit sawo matang, purple untuk kulit cerah dan hijau untuk kulit kuning langsat.
Tapi Hanna lebih menggemari warna Kuning dan Hijau kerana bagi Hanna kedua warna ini senang di matchkan dengan apa jua warna kulit. Caranya senang aja.. sapukan secara nipis & ratakan di muka lepastu barulah pakai Foundation. Hasilnya solekan akan lebih licin & tahan lebih lama

Semoga Erna telah pun menerima courier dari Hanna : )


 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat