Monday, September 19, 2011

2 Minit Yang Berharga Di Perarakan Satu Malaysia

Assalamualaikum semua...
wah wah wahhh bercoti 3 hari ..ari mmg la mim alif lam sinn nak bagun pi kerja...
Tapi jadual aku mcm padat jugakklah.. Hari Jumaat, Follow Hasrul ke Dataran Merdeka sempena perarakan satu Malaysia.. seumur hidup aku inilah kalu pertama aku pergi ke perarakan tu..
Hasrul mengambil bahagian dalam sektor Perkhidmatan awam... rasanya ada 54 buah teksi turut serta pada hari tu termasuk teksi baget yang merah putih tu.. teksi limo yang kaler itam teksi eksekutif yang berwarna biru.  Kami berarak dengan Teksi Eksekutif Hasrul di dataran Merdeka.. Sebenarnya malas nak pegi tapi sebagai Support kat dia.. ok lah.. aku & anak2 pollow jerlah./..
seawal 3 pagi aku & anak2 dah bangun bersiap.. jam 5 pagi taklimat di Muzium Negara.. time ni acara pasang memasang bendera di mulakan...




 Masing masing dok sebuk hiaskan teksei memasing dengan bendera .....

Jam 7 semua peserta dah setat  berbaris & mengambil tempat,
Jam 8, kami masih lagi standby & menunggu giliran untuk berarak..
sambil tu aku jamah la nasik lemak yang di agihkan oleh penganjur...
ntah berapa kali aku berenti makan sebab lagu negaraku asik di mainkan..
haruslah berdirikan.. semangat cinthakan negaralah katakan....

sementara tu aku & anak2 meninjau ninjau keadaan sekeliling... sempat lagilah berposing


Anak teruna aku, berposing di kereta berhias sambil sedut air botol...

 Anak dara aku pulak...dengan selipar jepun dia...
aku suh tukar pakai kasut elok sikit.. tanak katanya selipar tu trend sekarang...


Freelance Model utk kereta berhias...




Lama sungguh kami standby tapi belum sampai2 lagi gilirannya.. si Nana dah tertidur keletihan...


Akhirnya.. saat yang di tunggu
teksi teksi eksekutif  dan bersedia untuk berarak...




Ramai betul yang datang ke Dataran... seronok plak tengok.....
masa lalu depan kemah kuning tu aku sempat jeling kat Tuanku Permaisuri..
mmg lawaaaa.......


Terima kasih yer En Hasrul, sebab sudi bawa aku & anak anak meraikan Perarakan Satu Malaysia..
pengalaman yang cukuppp berharga....
I LOVE U sooo Muchh..............MALAYSIA.

Thursday, September 15, 2011

Kipas AMTAC

Semlm, si pinky momma bercerita pasal kipas & lampu tantek tentek yang dia beli...
Harini aku lak nak bercerita pasal kipas...
Sejak kipas dalam bilik rosak, aku & si Nana asik tido kat hall jerr..
nak tumpang bilik Imraan & Saara x siok plak...
nak tanak terpaksa beli kipas baru... beli jenama cecikai jerr.. maklumlah dah ujung ujung ni..
beli  kat Tesco...brand AMTAL. korang pernah dengar ke..?
memang tak lahkan..
kalu korang google pun x jumpa image dia .. lihatla betapa cikainya brand tu.. heheh
Ni kotaknya... teruk betul aku ni kan.. kotak pun nak tunjuk...


Buatan Malaysia you....
Ala.. table fan kan.. apala sangat.. lebih kurang mcm gambar kat bawah ni jelah...



Kipas AMTAC ni best la jugak... walaupun murah kurengg di kenali.. tapi kipasnya laju..
dan anginnya pown kuat...tekan butang no 1, tapi lajunya macam no 3....
bayangkan kalau tekan butang no 3.. mau terbang semua sawang2 dalam bilik aku tu..
Kat sini bolehlah aku rekemenkan kepada sesapa yang nak beli kipas tentime sangap , boleh la dapatkannya di Pasaraya  Tesco berdekatan yerr...
Sejak guna kipas Amtac ni, Nana dah 4 kali kencing tilam dan kali ke empatnya adalah malam tadi...
Ingatkan mimpi lagi...
sedar sedar dah lenjun baju tidur aku...



Wednesday, September 14, 2011

Pocong & Nasi

ni nak citer pasal lunch tghari tadi...
Sebenarnya sejak cuti raya smpailah ke semlm aku dah lama x kuar lunch..
waktu lunch aku hanyalah di opis.. ..bukan diet yek...
tapi sebb menyiapkan tugasan a.k.a assaigment.. yang dah lama tertangguh
Kalu di ikutkan aku mmg dah abis belajar namun begitu di sebabkan aku telah menyekip ( skip)
Math paper.. jadinya sabtu tadi aku telah mendudukinya semula..

Di sebabkab kerindukan yang tidak bertepi pada masakkan di restoren "kak mok' maka
ketamakkan telah menguasai diri

Nasik penuh yerrr kak mok....
Ikan Keli goreng sambal seekor
Sayur Peria katak goreng
Tempe goreng
Teh Ais
 semuanya RM7.50...wawawaaa... besar napsu aku harini..


 segala tugasan yang tertangguh telah aku sempurnakan.. Alhamdulillah..skrg aku dah boleh tido lena... huhuhahah

Tapi semlm di kejutkan panggilan oleh si Ipar.. ish.. x abis2 pasal citer seram...
Ipar aku nih baru je pindah ke rumah baru ramadan lepas... so semlm dia singgah makan kat bawah flet tempat dia dok tu..
Menurut ceritanya, dia kuar makan kat kedai bawah flet dia tu.. dia dgn pembantu rumah dia & anak dia yang kecik..
pastu ada sorang mckik tegur dia..

Makcik : Baru ke kat sini x pernah nmpak punn
Ipar : Ha ah makcik..sy baru jer sebulan lebih pindah sini... ( sambil tersenyum )
Makcik : ko kuar memalan dgn anak kecik ni tak takut ke
Ipar : terdiam.. nape makcik
Makcik : Ko tak tau ke kat sini tgh kecoh pasal  Pocong  & hantu xde kepala..

Bersungguh sungguh la Ipar aku bercerita sambil menggigil gigil badan dia..
aku cuba la memujuk dia waima aku sendiri pun takut....

Malam tadi aku tidur seperti biasa...anak anak semua dh tdo.. dengar pintu di ketuk..
aku bukak..
Nak tercabut jantung aku tgk sekujur tubuh berbalut kain putih terpacak di hadapan pintu umah aku.. mengigil gigil la
seluruh badan.. aku nak lari tapi tubuh rasa tak terdaya...terketar2 aku membaca ayat kursi.. payahnya nak menyebut ayat ayat sebb bubir menggeletar..  Pocong masih lagi di situ.. aku kuatkan semangat sekali lagi aku baca ayat kursi.. kali ni lancar sedikit.. dan dengan sekelip mata pocong hilang begitu sahaja.. aku kembali ke dalam bilik dan tidur..
 baru nak lelapkan mata terasa ada jari jari bermain dgn jariku..aku tepis tetapi jari jari itu masih lagi mengganggu aku... aku semakin kecut..
peluh makin merembes keluar...
aku bukak mata dan terkejut nak mampos terlihat kelibat budak kecil duduk di sebelah aku...

' Mama... nak nasik...........'
Astagfurullah al'Azim... aku mengigau rupanya....

anak aku bangun tgh malam nak mintak nasik rupanya... heheheh

Tuesday, September 13, 2011

Bisikan Dajjal

Hari ni x mou citer pasal senseramlah..
Nak citer pasal drama yang aku tgk malam tadi... lupa lak chanel mana..kalu
x silap kat Astro Oasis rasanya... tajukknya " Bisikkan Dajjal".





Tajuk cam senseram .. aku ni dah la penakut...
pelik betul skrg kan.. bukak tv jer mesti ada citer hantu..
tekan channel ni, citer 'Pocong Mengamuk Di sekolah' lah.. tekan chanel sana citer " Dendam Sundel bolong lah, tekan chanel sinun citer ' pontianak lah' mmg tak senang hidup aku...
aku lebih rela mngadap citer katun kat chanel 611 tu daripada nonton citer antu ni semua...

Berbalik kpd citer 'Bisikan Dajjal ' tadi di barisi Ogy ahmad Daud sebagai Biah, Ahmad Tarmimi serigar sebagai Hj Malik , pastu ada lagi pelakon2 lain yang aku tak berapa tau namanya..

mengisahkan seorang Haji yang pada Zahirnya baiklah sgt..
tapi sebenarnya Jahat.. sanggup merogol si biah seorang janda yang beranak 4.. bahkan sanggup membunuh ketiga tiga orang anak si Biah ini hanya kena geramkan si biah yang menolak cintanya..
cerita ni berjaya menggugurkan air mata aku tanpa aku sedari...
Begitulah kasih seorang ibu.. sanggup berbuat apa saja demi mencari sesuap nasi untuk anak anak... sanggup menerima tohmahan masyarakat...demi kasihkan anak..
Si along anak yang sulung pula sanggup ponteng sekolah & mengambil upah menggilap kasut
demi adik adiknya.. biarlah along berenti sekolah asalkan adik adik berjaya katanya..
Biarnya hanya sekadar drama.. namun mesej yang di sampaikan baik sekali.
kebetulan anak-anak aku sama2 menonton..  aku biarkan..semoga anak2 dapat iktibar
merembes rembes air mata aku melihat Biah yang meraung raung melihat ketiga tiga mayat anaknya yang bergelimpang akibat di racun oleh Hj Malik .. kemudian anak anak kafankan sebelum di semadikan...
Imran menjeling2 sambil tersenyum melihat aku dok srott srett srott sret...
tetiba Imran bersuara " tak lemas ke Ma, diorg berlakun mati & sumbat kapas dlm hidung mcm tu?'
Cehhh potongg betulla la si Imran ni... aku ingatkan dia menghayati jalan cerita tersebut
& faham kenapa aku sedih..
rupa rupanya sibuk dok memikirkan 'si pelakon lemas atau tak berlakun jadi mayat'


Monday, September 12, 2011

Kisah Seram Yang Benar Bab 2

Rentetan daripada pristiwa di rumah aku tu..
Tetiba teringat lak sebuah kisah tahun lepas semasa aku beraya di rumah saudara..
tahun ini pulak ada cerita baru di tempat yang sama
kebetulan aku ada snap gambar ni tahun lepas tp x smpat nak share jadik hari ni aku sharelah...

Alkisahnya, sesapa yang pernah lalu jalan lama dari sungkai menghala ke pekan Bidor pasti akan lalu
Kg Bikam.. kat Kg Bikam di pulak ada sebuah perkuburan Islam betul betul kat tepi jalan..
Begini ceritanya...

Kami pergi beraya di Kg Bikam, (lalu depan warung ni) lepas tu ondewe balik.. mak bukak citer..
katanya :

Mak : Kat warung nilah anak makcik milah makan lemang..
AKu : Bukak lagi ke warung ni mak..? nmpak mcm semakk jer..
Mak : Siang memang tak bukak.. tapi malam ada orang yang bukak.. ( bercakap dengan nada yang lain macam
Aku : Hah? betul  ke mak.. ( tetiba bulu roma meremang ) cemana citernya mak...

Mak pun bercerita kat aku & lebih kurang mcmnilah citernya......
Si Leen anak cik milah tu kan ke dok kat Kampar... 2 3 ari sebelum raya aritu dia nak balik ke umah Mak cik milah la... dah tu tetiba perut lapar sgt... time tu bukanlah lewat sgt.. lebih kurang pukul 10 lebih jer... tapi sepanjang jalan dari Kampar  ke bidor tu tak ada pulak dia nmpak gerai yang bukak..
bila sampai  jer kat kg bikam ni, si Leen nmpak warung kat depan kubur ni bukak.. ramai jugak orang yang makan kat situ jadi si Leen ni pun berentilah... makan lemang cicah rendang.. 
sedap betul lemang kat warung tu lemak sungguh.. si leen oder lagi..
lepas abis 3 ketul lemang dia makan, si Leen pun balik...
tak sempat menjelang esuk si leen muntah muntah & ceret beret non stop.. bawak pi klinik.. tapi doc terus hantar di sepital... keracunan makanan yang teruk.
sehingga seminggu selepas hari raya si Leen masih lagi di tahan di Hospital Slim River...
sian si Leen tu..

Masa di hospital,  kawan- kawan Mak si Leen dtg la menziarah.. biasalah kan.. anak kawan masuk sepital mestilah kita dtg melawat.. bila diorg tanya punca jadik camtu mak si Leen pun citerlah yang Leen ni makan lemang kat Kg Bikam.. lepas makan lemang yang terus jadi camni.. lepas tu..
ada sorang makcik ni kata, Warung kat tepi kubur tu ke?
Mak si Leen iyakan lah.. si Leen pun cakap betul..
pastu mak cik tu kata, setahu makcik warung tu dah sebulan tutup..
org kat situ dah xtahan meniaga sebb kena ganggu..
Habis kalau dah sebulan tutup sapa pulak yang meniaga malam tu..?
Lemang yang si Leen makan tu lemang apa sebenarnya..? teng teng tengggg

Gambar kat atas ni Permandangan kawasan perkuburan dari jauh..
Yang kat bawah ni pulak jalan masuk ke kawasan perkuburan tu.. mmg dekat sesangat dgn Jln besarx caye cuba tengok side mirror kete aku tu.
Yang nmpak mcm pondok tu adalah gerai yang di maksudkan



Yang kat bawah ni pulak gambar jelas depan Warung.


balik umah sambil cucuk sate kitaorg bersembang lagi.. tup tup abg aku lak nyampuk..



'warung tu mmg dah lama tutup, pakcik kat Timur (kg sebelah ) pun ada kena.. ari tu abg bersembang dengan dia kat kedai kopi dia ada cerita...
Dia dari bidor jugak.. pi sopping kat Bidorlah.. maklumlah kat kg aku tu kalau nak shopping best sikit kenalah keluar ke pekan Bidor.. Dia ni berdua la dgn isteri dia.. otw balik singgah minum kat Warung tu... oder mee goreng dua pinggan & teh o ais 2 gelas...
lepas makan diorg nak bayar la.. panggil budak kedai tu kira semuanya RM8.50.
Pakcik tu bagi 10.00 so belen 1.50.
Lepas amik belen pakcik tu pun balik.....

Esuknya pacik tu nak cuci la seluar dia pakai tu.. teringat plak ada belen 1.50 semlm dlm poket suar..
dia pun seluk la nak amik baki sebelum campakkan suar dia kat mesen basuh..
seluk seluk tengok ada sebiji batu & sehelai daun kering dalam poket suar dia....
dia pun pelik.... bila dia siasat siasat barulah tau yang Warung tu mmg dah lama x beroperasi...
Seramlah jugak tp sib baik dia tak kena keracunan makanan...

so so so...cuti Raya lepas mcm biasa aku ke Bidor soping soping kat pasaraya kat situ...
maka kenalah lalu depan Warung tu... macam dah uzur warungnya...zink pun ada roboh.. tapi ada bekas org bakar lemang.
Balik umah tanya mak... mak kata mmg ada orang meniaga tapi 2 3 ari jer.. tak tahan kena ganggu.
bila di fikirkan balik.. yang buat warung kat tanah perkuburan tu kenapa.. byak lagi tanah kosong kat sekitar situ...
Wallah'hualam bisawab...

Friday, September 9, 2011

Kisah Seram Yang Benar

Masih ingat entry aku pasal lesung batu tempohari?
skrg bunyinya makin menjadi jadi... di tambah pula bunyik orang mnyeret tong gas & mengubah
meja...
Kemarin aku terkenang a.k.a mengadu domba kat kawan yang dok kat flet yang sama.. kot la dia pun mempunyai jiran yg suka menyambal mcm jiran atas umah aku...
tup tup aku di kejutkan dgn cerita bunyik lesuing nih..
katanya dia hampir bergaduh dengan jiran atas umah dia pasal bunyi menumbuk tgh2 malam.. tapi  bila naik ke rumah jiran dia, jiran tu tak plak menumbuk... abis siapa yang menumbuk?

Aku tak puas hati..semlm kebetulan terjumpa dgn Jiran sebelah umah.
Berikut adalah dialog aku & dia

Aku : Kak.. lama x jumpa akak... ( mukadimah hehe)

Kak Yati  : akak pun lama x nampak ko..

Aku : kak.. akak selalu tak dengar kalu jiran akak menumbuk sambal?

Kak Yati : Tak pulak.. tapi si Sue jiran atas umah ko ni selalu komplen.. ko selalu menumbuk tetengah malam..

Aku : Saya menyambal tetengah mlm..? takat mulut sy sorang tak de nyer sy menyambal kak...

Kak Yati : Itulah akak cakap dengan dia, Hanna tu jarang masak. apatah lagi nak menyambal..
( ceh.. pandai jer kakak ni kata aku jarang masak )- aku ckp dlm ati

Aku : Kak.. kalau iya pun saya menyam,bal mestilah org bawah umah saya yg dengar.. napa lak org atas umah saya yang dengar... ?

Kak Yati : Entahlah tapi si sue cakap dia dengar ketukan tu dari bawah.. dari umah ko mngetuk ke lantai umah dia..sampai tersentak dia tgh tidur

Aku : kak.. sy tak mnyambal kak.. nak blend cili pun malas.. pakai cili boh jer.. ( aku dah pucat time ni takut..). Tapi bukan bunyi menyambal jer sy salu dgr kak.. bunyik dia heret tong gas pun  ada.. kdg2 bunyi org ubah meja.. tapi sy diam je.. lately ni lak yang kerap sgt bunyiknya

Kak Yati : owh.. tapi umah akak xde pulak bunyik2 cenggitu..

Aku : Tak pelah kak.. nanti kalau akak jumpa sue tolong bgtaulah yer yag sy tak pernah ketuk syiling umah dia... err.. masuk dulu yer kak..

sepanjang ptg semlm ( semlm aku cuti) aku asik terpikir jer pasal hal bunyik2 ni... aku takut sebenarnya kalau bukan manusia yang menumbuk2 ni.. tapi aku x bgtau anak2 takut diorg lak yang takut nanti...
Aku rasa, aku nak jumpalah Jiran atas umah aku tu nak tanya betul ke dia dengar aku menumbuk dr bawah? dan aku nak tanya dia ke yang menumbuk malam malam tu... kalau betul dia, aku nak suh la dia lapik sket dgn kain.. tapi kalau dia kata bukan...??? huhuuu aku takut ni...

Malam tadi pun aku dengar bunyi org menumbuk lagi.. satu rumah bergema...anak2 dah tdo..jantung aku dap dap dap... tengk jam 10.59mlm.. aku baca ayat kursi... senyap pulak....



Wednesday, September 7, 2011

Cerita Si Nasik Impit

Semlm kawan aku si Zila wat makan2 kat opis dia... banyak nasik impit yang berlebih... mana taknya.. majority department dia semuanya Foreigner...manalah tau nak makan benbenda himpit himpit ni kan..
so penuh sebeg di presentnya kat aku..

sayang pulak tengok nasik impit terbiar gitu jadinya tanpa melengahkan masa sampai jer kat rumah aku terus la memblender bahan2 untuk membuat rendang ayam. Resepi tak payahlah yer..sebbnya aku nu tak reti sgt bab bab masak ni.. lepas tekak aku jer lah.. ayam nya seekor jer.. tolak suku yang aku goreng, tinggal seekor suku lah yang aku rendangkan.. tinggal semangkuk utk anak anak.. so belennya hanya tinggal separuh ekor jerlah



Lepas tu ternmpak ada kacang tanah dlm fridge... buatlah kuah kacang siket..


So pagi tadi bawaklah aku setapawe rendang bersama setapawe kuah kacang dan setapawe nasik impit..
bagi bebudak melayu kat dept aku ni makan.. bukan tanak bagi budak bukan melayu makan..
mau rabak poket aku nak beli ayam pat lima eko nak jamu semua org...

Terhegeh2 la aku bawak plastik2 bersama dgn kuih2 raya untuk santapan seisi department..
singgah kat reception, bagi dia kuih raya sebekas.. bukan aku nak bodek si reception tu.. tapinya setiap kalai Deepavali dia tak lupa bagi aku kukis.. so skrg giliran aku la bulak membalasnya.. bak kata org, Orang berbudi kita berbahasa.. Orang memberi Kita Merasa..

Masa aku tgh tgu lif tup2.. dtg seorag cleaner.. dari jauh menjerit kat aku " Owhhhhh yu bawak makanan tarak kasi sama saya haa..."..
Panas la telinga mokcik dengar ayat camtu..
dah la ada ramai gak yang tgah tggu lif ..

Aku tak pernah sebuk ko makan apa ko bawak apa..
aku jawab balik ' U Deepavali time pernah kasik sy makanan ke?'
serta merta muka clearner tu dah dah clear dah..
mungkin terasa dgn apa yang aku cakap... tp aku mmg dah tak tau ayat apa aku nak balas kat dia.. itu jer yang terlintas dipikiran...

Ini bukan kali pertama terjadinya bebenda camni..segelintir manusia kat opis ni akan terasa hati kalu aku bawak makanan tak kasik kat diorg... nak kata aku ni masak sedap taklah pulak.. tapi mcm tu la hakikatnya..
tulah sebabnya aku malas nak bawak apa2 nak pi opis.. sebb org suka jer nak bertanya.. kang tak bagi kang kecik ati.. terasa ati lah..
susah la mcm tu.. kdg kdg kita niat nak bersedekah.. bila jadi mcm ni dah kurang la pahala nak bersedekah tu...




Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya & Selamat Kembali Bekerja

Cakkk!!!
wah lama betul bercuti raya.... ni baru ada kesempatan mengapdate blog...
selebihnya sibuk mengupdate kat kampung aja..story mory dgn adik beradik... sambil masak
sambil buat ketupat.. sesekali berkumpul adik beradik mmg la seronok abis kan.. smpai terlupa nak snap gambar raya..
asik makan aja.. pegi umah ni makan.. pegi umah nun makan....
pendek kata makannnnnn jelah kerjanya...

Mood raya masih lagi terbawak2 bila balik Kl...
Pagi tadi ke opis berjumpa kawan2 yang masih juga dlm mood raya.. berseri seri semuanya..
tapi.. bila ke tempat aku jer dari jauh aku dah nampak...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

hukhuk macam nak roboh tray..
punah ranah rasanya mood raya aku...
Mcm tu lah kan.. kalau dah cuti panjang...
apa apa pun raya raya jugak.. tugas tetap di laksanakan....
 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat