Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya & Selamat Kembali Bekerja

Cakkk!!!
wah lama betul bercuti raya.... ni baru ada kesempatan mengapdate blog...
selebihnya sibuk mengupdate kat kampung aja..story mory dgn adik beradik... sambil masak
sambil buat ketupat.. sesekali berkumpul adik beradik mmg la seronok abis kan.. smpai terlupa nak snap gambar raya..
asik makan aja.. pegi umah ni makan.. pegi umah nun makan....
pendek kata makannnnnn jelah kerjanya...

Mood raya masih lagi terbawak2 bila balik Kl...
Pagi tadi ke opis berjumpa kawan2 yang masih juga dlm mood raya.. berseri seri semuanya..
tapi.. bila ke tempat aku jer dari jauh aku dah nampak...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

hukhuk macam nak roboh tray..
punah ranah rasanya mood raya aku...
Mcm tu lah kan.. kalau dah cuti panjang...
apa apa pun raya raya jugak.. tugas tetap di laksanakan....

Friday, August 26, 2011

Norrie Zallyna, Aku Dah Dapat!!

Jeng Jeng Jeng...
Tengahari tadi aku mendapat satu Pos Ekspress..
Sungguh Suprisee sekali.. ahakss


owh rerupanya ini gift yang di hantar oleh Norrie Zallyna sempena kebertuahan aku sebagi Follower di blognya.. Terima Kasih banyak2 ya Norrie..


Nilah rupanya Gift yang Norrie Kasik... Cantik kan...
jangan jeless...



Sesapa yang nak nak shawl mcm ni kenalah rajin melawat blog Norrie...


 Ni model x berbayar utk iklan shawl.. heheh

Shawl ni mmg cantik..sesuwai sgtlah dgn Hanna si Merah Jambu..
Pasti akan Hanna pakai di pagi Syawal Nanti...
Terima Kasih sekali lagi...
Murah Rezeki Norrie.. lebih lebih lagi di bulan yang mulia ini..
Harap Ukhwah kita berkekalan ya Norrie..



Aura Hari Raya

Salam semua..
harini rasanya merupakan hari terakhir aku mengapdate blog. sebabnya.. semua org pun tau kan.. nak coti lama balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri Yang bakal menjelang..

Sana Sini berkumandang lagu raya dan sekarang barulah aku merasakan Mood sebenar hari raya heheh
Sebut pasal Hari Raya,
semlm aku menerima  dua keping kad Hari Raya yang pertama dan mungkin yang terakhir untuk raya tahun ini..

Wahh.. menjangkit dari Kak Zakie ni.. aritu kakak dapat kad raya.. semlm Hanna pulak.. : )

Kad yang pertama datangnya dari :
Puan Saliha Dari Butik Raja Sehari.. wah dah mcm deejay redio la pulak.. hihii

Alamat dah aku tepek kat sini.. salin cepat.. taun depan leh antar kad raya.. ngee.. 


Terima kasih ya kak, kirimkan kad untuk Hanna.
Kepada sesapa yang nak kawin leh la amik pakej dari Butik Aura ni... mcm mcm ada...



Kad Kedua  dan yang terakhir pulak, datangnya dari  Dato Jamaluddin ADUN negeri Perak.





Senyum jerr muka Dato ni...
Mekasih yer Dato' walupun Hanna tak pernah jumpa Dato, tapi Dato antar gak kad kat Hanna...

Kad ini di hantar ke rumah mak aku kat Slim River nun...
Baik sungguh adun perak nih..

Di kesempatan ini juga aku ingin memohon seribu kemaafan kepada rakan rajan bloggers semua, kak Ina dodocheng, Kak Zakie, Pinky Mommy, Eka, Putu Bambu, Ct Noarizah, Acik, cik bulat, Fisilly, ahmoicomot, Zanna Rohim, Mizz Pink, Ratu siput, Widia, Norrie Zallyna, notti netti dan juga blogger blogger lain yang tak tertulis namanya di sini.. Maafkan Hanna yer kalau ada yang tersalah kata.

Maklumlah kadang-kadang sebagi tuan tanah kita tak sedar tulisan dan bebelan kita tu kadang2 boleh membuat org lain terasa hati walupun kita tak bermaksud begitu...

Kepada yang nak balik kg, hati2 di jalan raya, mulakan perjalanan anda dengan Bismillah...
Semoga Ramadhan yang bakal kita tinggalkan memberi seribu keinsafan kepada kita dan Syawal yang bakal menjelang akan menjalinkan uhkwah yang teguh antara kita.

Salam Aidilfitri dari Hanna Si Merah Jambu!!

Thursday, August 25, 2011

Hadiah untuk pemenang peraduan Cer Teka telah pun selamat di berikan kepada Zanna Rohim
Cuma tinggal Widia & KakZakie saja yang belum di selesaikan.
Widia, nanti akak masukkan topap tu yer...
Kak Zakie pulak tanak topap.. so tak apalah nanti Hanna gantikan dengan yang lain yer kak..

Okay okay berbalik pasal semalam..sebelum balik aku sempat meround ke blog kak Ina dodocheng.. biasalah.. aku kalau ke blog dia tu mesti terpengaruh punyalah dengan gambar gambar yang dia tepek kat situ..
 So semlm akibat terpengaruh tu maka jadiklah Cucur Ikan bilis versi pengaruh dodocheng..hikhik..
jangan maree ya kak Ina..
Rasanya sejak ternampak Iklan  resepi bergambar cucur udang tu, aku dah 4 kali buat cucur udang tu
dalam bulan puasa ni.. tapi semlm barulah dapat buat kuahnya sekali..




Cucur ni aku tak letak baking powder sebb lupa beli..
tapi still lembut & sedap jugak.. - ini anak anak aku yang kata sedap.. bukan aku yer....


Wednesday, August 24, 2011

Pengumuman!! PEMENANG Peraduan Cer Teka..

Tadaaa...........

Wah bermacam jawapan yang aku terima semlm.. lapik mejalah, pasu bungalah, daun jambu rosaklah,
lace langsirlah...
Seronok jugak kan memerah minda benbulan posa ni... yalah daripada pikir nak masak apa nak makan apa.. sesekali kita mencabar minda la pulak...

Sekarang dengan bangganya aku memberikan jawapan kuiz semalam

GAMBAR DI BAWAH ADALAH GAMBAR Daun Pokok Jambu Bola
 
 ini yang telah aku zoom kan
Yang kat bawah ni pulak gambar sebenornya


Ini pulak gambar buah jambu bola

 
setengah orang memanggil jambu keling atopun jambu bol. Tapi aku panggil jambu bola. Rasanya masam2 manis.. kdg2 ada kelat2 sikit.. sungguh best kalau di cicah dengan gula & kicap.. haduhai,.. kecur pulak air liur bulan bulan posa ni...
 
Sekarang mari kita lihat siapa yang kenaaaa............
Berbalik kepada sarat sarat pertandingan semlm di mana :
 
* Jawapan haruslah tepat & tak de sipi sipi
* Peserta pertama yang menjawab dengan betul di kira sebagai pemenang
* Tiada talian hayat
 
Tapi aku sebagai tuan empunya blog, dengan suka hati telah membubarkan sarat sarat tersebut..
Sebabnya aku nak ucapkan tahniah kepada :
 
Widia - Yang telah meneka pasu bunga...
 
KakZakie - Yang telah meneka Lace kain langsir umah aku .. isk isk kakak.. Hanna x tukar langsir taun ni.. kalau tukar pun jait strett jer..xde lace..
 
Zanna Rohim -Yang telah 3 4 kali meneka, lapik meja, daun jambu rosak dan jawapan yang seterusnya Daun jambu susu.  Sebenar jambu susu & Jambu bola ni laian.. tapi dauunya lebih kurang jugaklah  berjerawat..
 
Maka Tahniah Kepada Zanna Rohim
Walaupun Jawapannya sipi2 tapi berkat kesungguhhannya aku dengan bangganya mewartakan
Zanna Rohim sebagai pemenang Hadiah Utama berupa Top up RM10.00
 
Juga Kepada peserta seterusnya Kak Zakie & Widia yang masing masing menggondol hadiah
berupa Top Up sebanyak RM5 tiap seorang.
 
kepada para pemenang sila hubungi penganjur di finance@knm-group.com dan sertakan sekali dgn no hp anda dan sila nyatakan nak top up Maxis ke Digi ke atoupun Celcom untuk urusan menambahan Topap.
 
Terima kasih kerana sudi memerah otak anda dengan menyertai peraduan Cer Teka ini..
 

Tuesday, August 23, 2011

Peraduan Mari kita Teka!!!

Jeng jeng jeng...
Harini aku nak buat peraduan cer teka..cer teka... cer teka...
Ingat tak masa kekecik dulu ada rancangan TV kat rtm yang suh teka2 benda2 cenggini..?
so memandangkan rtm dah tak buat rancangan tu maka hari ini aku dengan bangganya
nak buat peraduan cenggitu...
Sesapa pun boleh participet dlm peraduan aku yang tak berapa glemer ni...

Sarat sarat peraduan ni mudah jer :

* Jawapan haruslah tepat & tak de sipi sipi
* Peserta pertama yang menjawab dengan betul di kira sebagai pemenang
* Tiada talian hayat

Hadiah utama : Berupa hadiah misteri yang teramat misterinya...

Soalannya :  baca bebaik yerr..

Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul :
( ayat mcm soalan UPSR jer.. )


GAMBAR DI BAWAH ADALAH GAMBAR _______________________




Selamat Meneka Yer..

Monday, August 22, 2011

Akulah Yang Bertuah Tuue..

Suke suke sukkeeeeeeee,,,
Jeng jeng jeng,...
Harini .. tadi..
aku bersiar siar ke blog2 yg lazimnya aku ziarahi eberiday..
tup tup.. ahakss....
setibanya di blog Norrie Zallyna aku telah di umumkan sebagai followers bertuah..
wahh kelasss gituw... 'Bertuah' aku rupanya..
Mekasihlah yer norrie... sebab anda telah menjadikan diriku amat berharga...

minta maaflah andai aku ni terober seronok sgt..
ngalahkan org menang loteri jerk kan...
sebenarnya dunia blogger ni baru jer la jugak dgn aku.. dulu aku tak serius ..
just tepek tepek gambar hasil kerja aku jer kat blog satu lagi
Sekarang jer lepas segala galanya dah lepas... aku kembali merepek & tak sangka pulak..
hari ni terpilih jadik follower bertuah...
Seronokkan..
mcm2 org buat kat blog ni..  rasa rapat dgn kawan2 blogger walaupun x pernah jumpa
bersua muka...

Kalu sehari tak bersiar ke blog kawan2 semua, aku rasa mcm sawan pun ada ..
tambah2 lagi kalau sehari tak ke blog kak ina...

Aku mmg susah sikit nak lupa kak ina DDC sebabnya masa aku mula belajar berblogging dulu, kak inalah orang pertama yang menghulurkan salam perkenalan pada aku...

dan kini aku mempunyai 21 org rakan2 blogger. Walaupun x ramai mcm org lain.. tapi aku amat gembira & seronok banget berkongsi cerita dengan uolss semua..
Salam Sayang


Karipap Karipap Cinta

Wahh.... kelasss tajuk entry kali ni...
Sebenarnya aku balik ke rumah mak sabtu tadi.. saja ambik kesempatan berbuka dgn mak & di samping tu nak ambik kuih2 raya ala2 kampung yang kawan2 seopis tempah kat mak..
Ondewe balik teringat plak nak singgah pasar Ramadan kat Slim River.. nak carik putu beras sebb mak suka makan yang itu..
sampai sana jam pun dah 6.30 petang,,, ujan renyai renyai.. aku redah jugak.. carik putu beras punya pasal.. tapi hampa... pusing satu PARAM bukan kata putu.. berasnya pun aku x nampak...
yang aku jumpa adalah.........
Gerai Karipap..  karipap karipap chenta..
Mcm2 jenis karipap ada...
Karipap daging, karipap ayam, karipap Sardin & Karipap Udang...
Tapi bila aku sampai tinggal karipap udang jer.. 6 7 ketul..
aku borong jelah semua...


Tokey karipap tengah paking karipap terakhir yang aku beli..
Mmg sedap karipap dia...



 Semlm pulak..pakat dok tolong emak & kak ti packing kuih..  aku tolong tengok jelah...
Dua org anak dara kak ti dok tolong tempek label kat bekas kuih..

Bayangkanlah kesemua kuih2 ni aku sumbat dalam kancil aku..
apa pun Syukur Ke Hadrat Allah sebb semua kuih2 ni dh selamat sampai ke Kl

 

Copyright © 2011 Reserved to Hanna Si Merah Jambu Design with love by CikBulat